Ahad, 20 November 2011

Tazkirah SEDAP ~ Dengan Siapa Kamu Duduk

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah Nafsunya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Perihal ARAK... SEDAP kah ?


Apa Itu Arak??..

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
[Surah Al- Maidah ayat 90]

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK :-

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling engkau suka”.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD 

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:

i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut

Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
[Riwayat Bukhari dalam Sahih]

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)

Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-

1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)

Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Tahukah Anda ?

Yahudi Zionist (Rothschild) yang mengasaskan Bank Riba (Bank of England) berteraskan Fractional Reserve Banking dan wang kertas kemudiannya tidak punya nilai yang hak (Sejak Dollar diputuskan pegangannya dengan emas pada tahun 1971 oleh rangkaian yang sama). 

Mereka ini menggunakan sistem bank dan wang kertas untuk mengaut keuntungan sesebuah negara dan rakyatnya, Kerana negara yang menggunakan sistem ini (bank dan wang kertas) akan dilanda hutang demi hutang yang tidak terbayar. Bila ini berlaku negara tersebut akan tergadai.

Golongan ini tidak akan mengambil alih secara terus/terang-terangan, tetapi akan membuatkan negara yang berhutang ini terus berada dibawah kawalannya secara halus. Sedar-tidak sedar rakyat negara mangsa ini akan terus menerus menjadi mangsa kepada penghambaan moden ini.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Doakan Yang Baik-baik

Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”[Al-Bukhari]

Huraian :-

Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. 

Begitulah keadaannya apabila kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Pengertian Kebajikan Dan Dosa..

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.” [Muslim]





     Huraian :-

  1. Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.
  2. Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya:” "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."
  3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. 
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Syirik Menganiayai Diri Sendiri!..

Dari Abdullah r.a katanya:” Setelah turun ayat:’Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan penganiayaan...[hingga akhir ayat surah al-An’am:82] maka para sahabat merasa sukar memahami maksud ayat itu. Kerana itu mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Siapakah di antara kami yang tidak pernah menganiayai dirinya?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Bukan begitu! Maksudnya ialah sebagaimana diajarkan Luqman kepada anaknya, katanya:”Hai anakku! Janganlah kamu syirik (menyekutukan Allah), kerana syirik itu adalah aniaya besar.”


Huraian :-

Kita diperintahkan menjauhi dosa syirik kerana dosa orang yang mensyirikkan Allah SWT amat besar. Antaranya ialah seperti yang disebutkan di dalam firman Allah yang maksudnya: 
”Orang yang menyekutukan Allah, diharamkannya syurga atasnya dan tempat kembalinya adalah neraka. Dan orang-orang zalim itu tidak memiliki para penolong.” [Al Ma’idah: 72] 

Syirik dikatakan sebagai satu kezaliman yang sangat besar kerana manusia yang diciptakan Allah, diberi rezeki oleh Allah, kehidupan oleh Allah, tetapi ia tidak tahu berterima kasih bahkan menyekutukan Allah dengan yang lain. 

Rasulullah SAW telah mengajarkan sebuah doa agar terhindar daripada dosa syirik iaitu: “Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan Engkau dengan sesuatu, sedangkan aku mengetahui hal itu. Dan aku meminta perlindungan kepada Engkau dari tindakan menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku tidak tahu.”

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Jumaat, 18 November 2011

SEDAPNYA KFC

Alhamdulillah... dapat aku bawak mem dan anak anak makan KFC baru je tadi... Si irfan dari tengahari tadi dok sebut2 nak makan... aku tang KFC ni kureng sikit.. ntah kenapa aku kurang menggemari tekstur dan kelembapan ayam goreng KFC jika dibandingkan dengan Ayam Goreng McD... Kulit yang garing dan rapuh masih gagal memikat aku kerana kemanisan dan tekstur ayam sudah hilang... Tak seperti ayam goreng McD, ia masing mengekalkan rasa ayam dgn kulit  yang tidak terlalu garing dan berempah...yang penting...semua bahagian ayam goreng McD adalah lembut...tak seperti KFC... kalau dapat bahagian dada... pergh !!! dah laa tak lembut, kering pulak tu dan kemanisan daging ayam pun dah hilang...

Bagi penggemar KFC tegar..laa ni ada tawaran ayam goreng perasa TomYam... aku tak tau laa rasa dia camne sbb kami anak beranak pasti akan memilih perasa biasa (Regular) dan hanya makan bahagian Thigh kerana bagi kami... itu lah bahagian paling SEDAP... Aku biasanya akan request dgn penuh manja dan kasih sayang agar keinginan kami dipenuhi.... tang harga..jeng jeng jeng... snack plate sekarang sudah menjangkau soploh hengget dan dinner plate pulak RM13.20... jelas menunjukkan wang ringgit semakin menyusut nilainya...

Kalau hangpa perasan laa... KFC banyak buat perubahan dari segi tagline dia dari "finger licking Good" kepada "So Good"... gambaq logo pun dah diubahsuai (kalau laa korang perasan logo yg aku attach ni pun lain kan ) Tahukah anda mengapa ? Mai aku habaq kat hangpa... KFC di bawah naungan JCorp cuba memaksimukan keuntungan mereka dgn mengurangkan kebergantungan terhadap Kentucky Fried Chicken... jadi kurang laa depa kene bayaq royalti/francise fees... kerana mereka sikit demi sedikit cuba mengubahsuai apa jua KFC yang asal kepada bentuk  yang mengikut citarasa tempatan...

Korang suka KFC ? hahahahaha

Khamis, 17 November 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda... SEDAP tak terkira... !!!


Tahniah buat Skuad Harimau Muda terutamanya Syahrul Azwari Ibrahim  yang menyumbat gol pertama dan gol kemenangan buat Malaysia... Hang memang baguih... akhirnya ngauman Harimau muda, paruh garuda tersungkur dibuminya sendiri... Tahniah sekali lagi... memang syiok !!!

Part 1 ~ Bagaimana Nak Rasa Sedap Jikalau Kita Tidak Merasa Dulu Keperitan ?

Aku lontarkan persoalan di atas bukan sekadar mencari jawapan tetapi aku cuba membawa hangpa semua bersama sama aku menaiki otopet merentasi ruang dan masa memikirkan secara rasional dalam mencari erti kata kelazatan dalam kehidupan. Menurut Dan Ariely dalam bukunya bertajuk "Predictably Irrational" kita sering bersikap tidak rasional sebenarnya dalam memikirkan sesuatu seterusnya mempengaruhi apa jua keputusan dan tindakan selanjutnya. Aku rasa ada benarnya... jika ada sesuatu yang buruk atau bala  berlaku, kita mudah menyalahkan orang lain daripada melihat ke dalam diri kita sendiri...sememangnya ia adalah sifat semulajadi manusia dan aku juga tidak terlepas dari sikap itu. Ya... aku sememangnya mencari erti sebenar kesedapan di alam maya yang fana ini tetapi rupanya ia jauh lebih dalam maksud dan natijahnya setelah aku berpikir sejenak mengenangkan apa yang telah berlaku dalam hidupku ini.

Kisah ini bermula setelah rumahku dipanah petir. Menurut bibik aku cerita laa... panahan petir itu memasuki rumah menerusi jendela dapur dan terus menyebabkan rumah aku bergelap terputus bekalan elektrik. Mem aku menelefon aku agar aku balik awal memandangkan mak abah aku ada kat umah dan kesiankan kat Irisya kalau tido tak berhawa dingin. Namun aku alpa kerana mengejar tarikh luput tugasan yang harus diselesaikan... baru ku sedar jam sudah menunjukkkan 7pm dan rumah aku masih black out tanpa tindakan susulan diambil.  kerana aku pasti masalahnya berpunca dari kotak fius di luar rumah. Ia laa kan..aku dah troubleshoot ngan mem aku menerusi telefon... walaupun kotak fius di dalam rumah sudah normalise, nampak gaya masih tidak ada elektrik. Aku pasti itu adalah masalah fius di meter TNB di luar rumah... jadi aku mengarahkan 
mem aku agar telefon TNB utk datang.

Selesai aje keje aku, aku bergegas ke parkir kereta dan rasanya aku memandu mcm orang gila... rasa kereta kancilku ni dah tak jejak tanah doh... perjalanan yg biasa 1 jam aku pendekkan jadi 40 minit. Sampai di rumah, pekerja TNB masih belum tiba. Anakku irfan dah buat hal pulak kerana kepanasan di rumah menyebabkan
 aku membawa nya keluar rumah pii kerat rambut sat... mujurlah bayi kecilku si Irisya tidur nyenyak dibuai mimpi...balik je rupa rupanya pekerja TNB dah mai dan masalah masih belum setel kerana kotak meter sudah diperbaiki (tukaq fius aje) tapi elektrik masih tak masuk rumah... katanya ada wayar terbakar lah, circuit breaker rosak laa (mcm mcm alasan) dan ia memberi alasan bahawa ia bukannya di bawah bidang kuasa TNB dan aku seharusnya mencari kontraktor pendawaian jika mahu menyelesaikan masalah ini. demm... mana nak cari kontraktor malam malam buta ni bro... nampak gayanya malam itu sememangnya satu malam yang panjang...kami anak beranak termasuklah mak abah aku tidur dibawah sinaran cahaya lilin dan dengungan nyamuk mewarnai ambien malam. Aku buka pintu depan dan tido di situ agar udara segar dapat menerobos masuk ke rumah yang diselubungi kehangatan... sekurang kurangnya aku berpeluang tido berselimutkan bintang bintang berkelipan... fuih sampai ketiduran aku...

Esoknya aku EL separuh hari... mencari kontraktor utk menyelesaikan masalah aku... rupa rupanya wayar longgar daaa.... kontraktor tu tak tau nak charge berapa.. jadi aku banjer laaa ketiga tiga orang yg datang makan tengahari sorang soploh hengget sebagai tanda terima kasih ku kpd mereka...bukan main suka aku tengok depa...

Kisah ni nampak mudah aje kan... namun selepas itu aku dok mengenang apa yang telah berlaku... aku pasti Allah mahu beri hikmah disebalik kejadian.. hanya kita saja yang perlu melihat dgn mata hati, berlapang dada dengan apa yang telah berlaku... kompom ada yang boleh dihayati, dipelajari dan pengajaran yang dapat dicedok... nantikan part 2 untuk kupasan seterusnya....

~Sekian

Restoren Ayam Bakar Wong Solo, KL

Lokasi : Area Cheras
Koordinat GPS : N  3.099091863280621 E 101.71206951141357
Alamat : Jalan Dwitasik1, Bandar Tasik Permaisuri
Waktu Niaga : Kurang pasti
Genre : Ayam Penyet
Lazat : Sedap
Cost Damage : RM16 sekali hadap
Suasana : Lain dari yg lain...leh makan bersila lagi
Mau Repeat ? : Boleh aje dong !
Geng Terjah : Sue, Pitek, Abg Ram, Tobab, HMS

Ulasan :

Restoren ni sebenarnya diperkenalkan oleh abg Ram kerana kawasan ni kira dia laa taiko besaq kat situ... abang kawasan laa katakan... Banyak kali depa pii makan kat situ tapi aku sentiasa tak berpeluang nak terjah bersama... akhirnya dapatlah menumpang Abg Ram kerana kawasan ni aku tak berapa kenal sangat. Depa selalu laa makan sini sebab lepas melantak makan tengahari terus pii Sholat Jumaat kat mesjid berdekatan...Mudah dan senang kan... 

Kami memilih untuk makan secara bersila memandangkan jarang benar dapat peluang sebegini. Menu dia stended laa style Ayam penyet... ada lele@ikan keli, ayam bakar...  pelayan yang ambil menu berpakaian ala ala jawa lagi. Kami semua pesan ayam bakar kecuali Abg Ram..dia order pecel lele... mungkin dah bosan ngan ayam bakaq kut... hehehe... tempoh masa bertenang utk menunggu makanan tiba... boleh dikatakan moderate lambat... aku tak pasti mengapa... tapi oleh kerana kami ramai sempat laa berborak sakan...Satu aje aku nak puji... dia punye ayam bakar memang ada taste dan sambal dia perghh.... aku siap mintak top up bro... memang lazat... suasana dia not bad utk lepak lepak tapi sayang... tak leh merokok...hahahahaha....


Credit to Tobab di atas ihsan gambaq gambag yang dikongsi bersama ! Terbaek !