Isnin, 28 November 2011

Tazkirah SEDAP ~ Senarai Dosa-Dosa Besar


1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)
2. Membunuh manusia tanpa sebab
3. Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
4. Meninggalkan solat fardhu
5. Tidak membayar zakat
6. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
7. Tidak menunaikan haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada kedua ibubapa
9. Memutuskan hubungan silaturrahim
10. Melakukan zina
11. Tidak menunaikan hak anak dan isteri
12. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
13. Homoseksual (hubungan sesama jantina)
14. Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
15. Makan harta anak yatim dengan kejam
16. Sumpah dusta dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.
17. Melarikan diri dari medan jihad
18. Pemimpin yang menipu dan kejam terhadap rakyatnya
19. Melakukan sumpah palsu
20. Menjadi atau bersaksi palsu
21. Judi dan sebarang bentuk pertaruhan
22. Minum arak atau minuman yang memabukkan
23. Menuduh perempuan baik berzina
24. Mencuri kerana kemegahan dan kemewahan
25. Merompak
26. Melakukan kezaliman terhadap orang yang lemah
27. Menafikan hak kepada orang yang berhak
28. Mengajar orangramai tentang hukum tetapi diri tidak melakukannya
29. Mengumpul kekayaan dari sumber yang haram
30. Bunuh diri
31. Berbohong
32. Hakim yang derhaka
33. Memberi rasuah dalam masalah hukum
34. Wanita menyerupai lelaki (tomboy, penkid) dan lelaki menyerupai wanita (pondan).
35. Perkahwinan cina buta
36. Kencing tidak dibersihkan sesuci-sucinya
37. Mempelajari ilmu untuk tujuan keduniaan serta bisu dalam menyatakan kebenaran.
38. Penipu dan khianat dan riya’ (sombong)
39. Mengungkit-ungkit pemberian
40. Menyalahkan takdir
41. Mencari kesalahan orang lain (menjagaa tepi kain orang)
42. Mengadu domba (melaga-lagakan antara dua orang)
43. Membuat fitnah
44. Mengutuk orang islam
45. Mengingkari janji
46. Mempercayai dukun, bomoh, sihir dan Ahli Nujum.
47. Nusyuz (isteri derhaka kepada suami dan sebaliknya)
48. Membuat atau mengukir patung
49. Menampar pipi atau menyiksa badan ketika berdukacita
50. Berbuat buruk terhadap orang yang lemah, kanak-kanak, isteri dan binatang
51. Menganggu jiran tetangga
52. Melabuhkan pakaian untuk menyombong
53. Lelaki yang memakai sutera dan emas sebagai pakaian atau perhiasan
54. Menyembelih binatang selain kerana Allah s.w.t.
55. Mengaku bapa sendiri kepada ayah angkat
56. Menamakan anak angkat dengan berbinkan namanya.
57. Berdebat dan memusihi orang lain.
58. Menipu dalam timbangan dan perniagaan.
59. Merasa aman dari kemurkaan Allah
60. Putus asa dari rahmat Allah
61. Meninggalkan solat jumaat tanpa uzur
62. Mengubah wasiat
63. Mengintip orang Islam dan menyebarkan rahsianya
64. Mencela Nabi Muhammad s.a.w.
65. Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam
66. Menolak hadits nabi s.a.w.
67. Mengingkari ayat al-Qur’an atau menghina al-Qur’an
68. Melakukan rasuah.
69. Melanggar hukum faraid
70. Mengampu pemerintah kerana kepentingan diri
71. Berbangga dan sombong dengan anak-anak atau harta yang banyak
72. Pecah amanah
73. Tua tetapi masih berzina
74. Riak dan menunjuk-nunjuk
75. Bertenung nasib
76. Menyambut Hari Valentine
77. Dayus atau redha atau membiarkan anak dan isteri melakukan maksiat dan dosa
78. Membunuh bayi
79. Menggugurkan janin
80. Menagih dadah

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Dosa Tidak Terampun

Banyak dosa besar yang tidak diampun oleh Allah selain daripada Syirik kepada Allah s.w.t. Akan tetapi yang berhak mengampuninya ialah manusia sendiri. Dosa-dosa ini ialah dosa-dosa yang berkaitan dan bersabit dengan manusia sesama manusia. Dosa-dosa ini tidak akan diampun oleh Allah s.w.t. walaupun dengan Taubat Nasuha, Haji yang Mabrur atau puasa yang sempurna. Antara dosa-dosa tersebut ialah:

1. Mengumpat atau Membuat Gosip
2. Memfitnah
3. Memakan harta Anak Yatim
4. Mencuri
5. Berzina dengan isteri jiran atau orang lain
6. Menyakiti hati orang lain
7. Derhaka kepada kedua ibubapa
8. Membunuh jiwa orang Islam tanpa hak
9. Mengadu Domba
10. Merompak harta orang
11. Khianati amanah
12. Menuduh perempuan baik berzina
13. Menyakiti hati jiran tetangga
14. Dengki dan khianat
15. Sihir atau melakukan santau kepada orang lain
16. Menipu harta orang lain
17. Isteri yang derhaka
18. Suami yang tidak menunaikan hak isteri dan anak-anak
19. Melanggar janji
20. Mengambil hak orang lain
21. Merogol
22. Tidak membayar hutang
23. Menyebabkan kerugian nyawa, anggota atau harta orang lain

Cara Menebus Dosa 

Semua dosa-dosa di atas apabila bertaubat hendaklah disertai dengan :

1. Kemaafan orang yang terlibat atau

2. Membayar balik apa yang diambil tanpa keizinan atau

3. Menebus balik setiap kesalahan dengan hukuman Qisas atau balas balik.

4. Jika sudah tidak ditemui orang yang berkenaan atau takut membahayakan nyawa jika berdepan dengan mereka, boleh ditebus kesalahan kepada seseorang dengan bersedekah di atas nama mereka yang terlibat dengan kadar yang sepadan yang ditetapkan oleh pihak Qadhi atau Hakim.

5. Berkhidmat atau menanggung bebanan keluarga orang yang berkenaan selama kadar yang sepadan dengannya, sebagaimana yang disepakati oleh keluarga mereka atau diputuskan oleh Qadhi ataau hakim.

6. Menghadiahkan pahala zikir, haji, umrah dan seumpamanya kepada orang yang berkenaan.

7. Memohon kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan, mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat seseorang dengan takdirnya maka akan terlepaslah segala bebanan dosa.

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertauabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Taubatnya" (An-Nisa : 17)

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Tahap-Tahap Peningkatan Dosa Dan Jenis-Jenis Dosa


Dosa Peringkat Pertama
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur Murtad. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa saja, setakat sebotol tak mabuk lagi". Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula memandang hina atas kebajikan dan kebaikan. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri. Pada peringkat ini mereka akan marah dan benci kepada orang-orang yang menolak daripada menerima rasuah, riba, zina, arak dan seumpamanya. Mereka juga akan menghalalkan apa yang diharamkan al-Qur'an dan as-Sunnah.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru ke arah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap." Sahabat bertanya lagi: "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah s.a.w. menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Jenis-Jenis Dosa

Dosa terbahagi kepada 2 jenis, iaitu, dosa kecil dan dosa besar.

Imam Ibnul Qayyim berkata, Dosa itu dibahagi menjadi dosa kecil dan dosa besar berdasarkan nas Al Quran, As Sunnah, Ijmak Salafus Solih dan Qiyas. (Madarij As Salikin 1/342)

Syeikh Muhammad bin Solih Al Utsaimin menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan dosa besar adalah setiap dosa yang diancam dengan siksa khusus seperti berzina, mencuri, durhaka kepada kedua orang tua, menipu, bersikap jahat kepada kaum muslimin dan lainnya.

Berikut beberapa dalil yang digunakan dalam permasalahan tersebut :

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu" (dosa-dosamu yang kecil). (An Nisa : 31)

Imam Al Qurthubi berkata, Ketika Allah Taala melarang dosa-dosa besar dalam surah ini, Dia menjanjikan bagi orang yang menjauhinya keringanan terhadap dosa-dosa kecil . (Tafsir Al Qurthuby 5/158)

Allah Taala juga berfirman, maksudnya: "(Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil". (An Najm : 32)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat lima waktu, dari (solat) Jumaat ke (solat) Jumaat yang lain dan dari (puasa) Ramadhan ke (puasa) Ramadhan yang lain adalah penghapus dosa-dosa kecil di antara waktu-waktu tersebut selama tidak melakukan dosa besar (HR. Muslim )

Dosa-dosa samada kecil atau besar mungkin akan diampuni oleh Allah jika benar-benar bertaubat dan cukup syarat taubatnya, tetapi hukum pelakunya dari segi nama adalah mukmin yang kurang keimanannya. Disebut juga ia beriman dengan keimanannya yang fasiq akibat dari dosa besar yang ia lakukan, namun ia tidak keluar dari garis keimanan.

Allah Taala berfirman, Bermaksud: “Dan jika ada 2 golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu” (Al Hujurat : 10)

Allah Taala menyebut dua kelompok yang saling berperang sebagai saudara meskipun kedua kelompok tersebut melakukan dosa besar dan juga kepada kelompok yang ketiga yaitu kelompok yang mengislahkan (mendamaikan) keduanya.

Namun ada satu dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah Taala dan dapat menyebabkan pelakunya keluar dari Islam iaitu dosa syirik atau menyekutukan Allah Taala dengan yang lain, sebagaimana firmanNya;

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguhnya da telah berbuat dosa yang besar" (An Nisaa' : 48)

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril berkata kepadaku, 'Barangsiapa di antara umatmu yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, maka pasti dia masuk surga'" (HR. Bukhari).

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Syair si Bertudung Labuh

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
Kembalinya pun asing!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji....

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Nabi Sulaiman As & Seekor Semut

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana- mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh umatnya untuk dimintai pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Nama Nama Syurga & Neraka


Aras dan nama-nama syurga ialah:

1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Syurga Daarul Muaqaamah
7. Syurga Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Nama-nama Syurga di dalam Al-Quran (Sebagai Rujukan)

1.Firdaus — Syurga tertinggi (Surah Al-Kahfi:107, Al-Mu'minun:11)
2.Dār al-maqāmah — Rumah (Surah Al-Fathir:35)
3.Dār al-salām — Rumah Keamanan (Surah Yunus:25)
4.Dār al-akhira — Rumah Akhirat (Surah al-Ankabut:64)
5.Al-Jannah — Ini adalah perkataan yang sering digunakan dalam Al-Quran dan Hadith bagi merujuk syurga menurut perspektif Islam. (Surah Al-Baqarah:35, Ali-Imran:133 & 142, Al-Ma'ida:72)
6.Jannat al-‘adn — Taman Abadi (Surah At-Tawba:72, Ar-Ra'd:23)
7.Jannat al-khuld — Taman Kekal (Surah Al-Furqan:15)
8.Jannat al-ma’wá — Syurga Tempat Tinggal (Surah An-Najm:15)
9.Jannat al-na‘īm — Taman Penuh Nikmat 
(Surah Al-Ma'idah:65, Yunus:9, Al-Hajj:56)
10.Maq‘ad al-ṣidq — Perhimpunan Kebenaran (Surah Al-Qamar:55)
11.Al-Maqām al-amīn — Rumah Yang Dilindungi (Surah Ad-Dukhan:51)

Aras dan nama-nama neraka adalah:

1. Neraka Jahanam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Kelalaian Dalam Mendidik Anak

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"

Berkata para sahabat :
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak...
(terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain. 

Rasulullah SAW. Bersabda;

"Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "[HR Ibnu Majah] 

Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan 
meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata. 

2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan. 

Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. 

Rasulullah SAW bersabda;
"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya." [HR Ahmad]

Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. " 

Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh )."[Q.S Az-Zukhruf : 67]

Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga; 
"Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." [Q.S Al-Hijr : 47]

3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara. 

Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "[Q.S Al-Israa : 53]

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;

"Kalimah thayibah adalah shadaqah. "[HR Bukhari] 

4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya. 

Seorang ulama salaf berkata, 
" Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara. " 

5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau. 

Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau. 

6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan. 

Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;

"Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya." [HR Bukhari dan Muslim]

Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat. 

Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah 
menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan. 

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.

7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia ) 

Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan. 

Allah SWT berfirman;

"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. " [Q.S Al-Mujaadalah : 10] 

Rasulullah bersabda;

"Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. " [HR Bukhari dan Muslim]

Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ).

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Nostalgia Kelapa Tua

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah.Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak!

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan.Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"

Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."

Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni.""Oh! Sedap ikan bawal ni."

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk Tuhan.


Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Tujuh Keajaiban Dunia

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang...

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal Dan lain-lain...

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….

Murid itu menjawab….

“Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”

Guru berkata, “Banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah

1. Boleh Melihat

2. Boleh Mendengar

3. Boleh Menyentuh

4. Boleh Menyayangi

5. Boleh Merasa

6. Boleh ketawa

7. Dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB