Selasa, 20 Disember 2011

Pulut Durian di Malam Hari

Hidup Mau Sedap ! Walaupun aku balik dari opis keletihan (pukul 8.30pm baru punch card @ home) malam tadi, mood tak mau makan malam tetiba bertukar secara 360 darjah... Mem masak pulut durian daaa... walaupun nampak simple... tapi yang penting rasanya pasti lazat... tak percaya ? try laa... hahahahha... juri nya si irfan... dia tukang tengok ajer.... rugi laa si irfan tak mau try durian... aku pun sebenarnya dok laa berahi sangat durian nih... 3 ulas dah rasa mcm aku telan sebijik ajer.... anyway rezeki kami anak beranak dapat beli durian yang okay... sedap !

Tazkirah SEDAP ~ Orang Yang Berhasad Dengki Tidak Akan Menuai Hasil Keuntungan


Ilmu dan taqwa adalah senjata yang dapat melawan segala bentuk ancaman yang boleh merosakkan manusia. Ilmu yang dimiliki dapat memberi amaran mengenai akibat yang bakal diterima sekiranya melakukan kemungkaran dan maksiat. Dengan ilmu juga, sese-orang itu akan berusaha menjadi orang yang bertaqwa.

Sifat taqwa akan menjadikan seseorang itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini sebagai seorang khalifah yang dipe-rintahkan untuk memakmurkan bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan serta meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. Sifat taqwa jugalah yang mendorong kita sanggup melakukan apa saja yang dipe-rintahkan Allah dan meninggalkan larangan-Nya demi mendapatkan keredaan Allah. Dan ketahuilah bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu melakukan dusta dan dosa yang nyata.”

Nisbah orang yang memperolehi kelulusan ijazah doktor falsafah (phd) dalam bidang ilmu dalam masyarakat sangatlah rendah berbanding dengan orang yang mem-punyai sindrom “phd” atau penyakit hasad dengki. Salah satu tanda wujudnya penyakit hasad dengki dalam masyarakat ialah berlakunya per-buatan jatuh-menjatuhkan, pulau-memulau dan fitnah-memfitnah di kalangan segelintir anggota masyarakat. Sindrom negatif ini wujud kerana ada yang kurang senang ataupun iri hati terhadap kelebihan ataupun kejayaan yang dinikmati oleh orang lain. Sifat dengki yang keji ini bukan sahaja boleh menimbulkan perselisihan, perasaan dendam dan permusuhan yang berpanjangan, malahan ia juga berpotensi memporak perandakan masyarakat hatta menjejaskan ke-amanan negara.

Di samping itu saudara-saudara sekalian, terdapat beberapa implikasi lain yang berpunca daripada sifat dengki itu. Di antaranya adalah seperti berikut:--

1. Sifat dengki menghapuskan amalan baik.

Setiap kali seorang muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Tetapi, apabila dia memiliki sifat dengki, amalan kebaikan yang dilakukannya akan terhapus gara-gara perasaan keji itu. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:

“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar. (Al-Hadis).

Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.

Pada kebiasaannya, bilamana hasad dengki bersarang dalam dada, maka dia akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki itu mengharapkan yang kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.

Sifat dengki menyebabkan sese-orang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.

Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bersumber daripada Abdullah bin Basyar, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:

“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.” (Al-Hadis).

Ini bererti amat rugilah mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati kerana tidak akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak.

4. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.

Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:

“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”

Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain.

Kenyataan kesan buruk ini dapat disandarkan kepada kisah Habil dan Qabil yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Hasad dengki dan dendam kesumat yang membelenggu perasaan Qabil mendorongnya untuk membunuh Habil.

6. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.

Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.

7. Hasad dengki boleh menyebab- kan seseorang itu sukar memahami ilmu agama dan hukum hakam.

Ini boleh terjadi kerana tumpuan hanya diberikan kepada mencari jalan bagaimana hendak memperolehi nikmat yang dikecapi oleh orang lain di samping mencari muslihat bagaimana mengikis nikmat atau menjatuhkan orang yang didengki. Kegairahan dalam mencapai matlamat yang tidak baik itu melalaikannya daripada mengingati Allah. Dan keadaannya akan lebih parah lagi bilamana tidak timbul keinsafan dalam dirinya kerana ia boleh merenggangkan hubungannya dengan Allah. Situasi ini sesuai de-ngan sekuntum kata-kata hikmat yang berbunyi:

“Orang yang berhasad itu tidak akan menuai hasil keuntungan.”

Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya justeru ia akan terpinggir daripada hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan menyebabkannya melakukan perkara lebih keji.

Manakala di akhirat kelak, orang yang memiliki penyakit hasad dengki akan menanggung kerugian lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang tidak terkira. Ini ke-rana dia tidak layak untuk menerima dan mendapat syafaat di samping tersisih daripada memperolehi tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkataan di syurga Allah.

Meskipun natijah pe-nyakit hasad dengki itu ditanggung sendiri oleh pengamalnya, namun jika tidak dikikis ataupun dibendung, ia dikhuatiri boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Kerana itulah kita sentiasa dianjurkan supaya berusaha menghindari diri daripada dijangkiti penyakit hasad dengki serta sifat-sifat keji yang lain seperti mengumpat, tabiat suka mencari-cari kesalahan orang lain, memfitnah dan sebagainya yang bukan sahaja merosakkan hubungan sese-orang individu dengan individu yang lain, bahkan ia turut merosakkan hubungan dengan Allah sehingga boleh menyebabkan orang yang berhasad dengki itu tersisih daripada mendapat hidayat serta rahmat Allah di dunia dan di akhirat. 

Firman Allah:-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)

Mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Quran , surah Al-Hujraat ayat 12)

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
[Riwayat Al-Tabrani]

Huraian:-

1) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

2) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

3) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Sedikit Peringatan Mengenai Solat

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
Syarat syarat sah sembahyang
1. Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Baligh
4. Berakal.
5. Jaga (tidak tidur)
6.Mengetahui masuk waktu sembahyang
7. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
8. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis yang tiada dimaafkan.
9. Menutup Aurat, Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut atau satu langkah yang keji.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. hilang akal
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
11. Menambahkan rukun.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Ahad, 18 Disember 2011

Tazkirah SEDAP ~ Lalat dan Penyakit (Rasulullah dan Saintis...)

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." [Riwayat al-Bukhari]

Huraian Hadith:
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini.

Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair.

Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Tentang Nikah

Bismillahirrahmaanirahiim....

Dengan kerendahan hati mari kita semak pesan2 Al-qur’an tentang tujuan hidup yang sebenarnya Nasehat ini untuk semuanya ………..
Untuk mereka yang sudah memiliki arah………
Untuk mereka yang belum memiliki arah………
dan untuk mereka yang tidak memiliki arah. nasehat ini untuk semuanya…….
Semua yang menginginkan kebaikan.

Saudaraku………….
Nikah itu ibadah…….
Nikah itu suci,ingat itu……
Memang nikah itu boleh kerana harta, boleh kerana kecantikan, boleh
kerana keturunan dan boleh juga kerana agama.
Jangan engkau jadikan harta, ketutunan maupun kecantikan sebagai
alasan…………
karena semua itu akan menyebabkan celaka.
Jadikan agama sebagai alasan……..
Engkau akan mendapatkan kebahagiaan.

Saudaraku……….
Tidak dimungkiri bahwa keluarga terbentuk kerana cinta……..
Namun……jika cinta engkau jadikan sebagai landasan, maka keluargamu
akan rapuh, akan mudah hancur.
Jadikanlah ” ALLAH ” sebagai landasan……
Niscaya engkau akan selamat
Tidak saja dunia, tapi juga akherat…….
Jadikanlah ridha Allah sebagai tujuan……
Nescaya mawaddah, sakinah dan rahmah akan tercapai.

Saudaraku………..
Jangan engkau menginginkan menjadi raja dalam “istanamu”……
disambut istri ketika datang dan dituruti segala keperluan…….
Jika ini kau lakukan ” istanamu ” tidak akan bertahan…..
Lihatlah manusia teragung Rasulullah saw…. tidak marah ketika harus tidur di depan pintu, beralaskan serban, kerana istri tercinta tidak mendengar kedatangannya.
Tetap tersenyum walaupun tidak mendapatkan makanan tersaji dihadapannya ketika lapar……..
Menjahit bajunya yang koyak……..

Saudaraku………
Jangan engkau menginginkan menjadi ratu dalam “istanamu “……..
Disayang, dimanja dan dilayani suami……
Terpenuhi apa yang menjadi keinginanmu……..
Jika itu engkau lakukan ” istanamu ” akan menjadi neraka bagimu

Saudaraku…………
Jangan engkau terlalu cinta kepada istrimu………
Jangan engkau terlalu menuruti istrimu……
Jika itu engaku lakukan akan celaka….
Engaku tidak akan dapat melihat yang hitam dan yang putih, tidak akan dapat melihat yang benar dan yang salah…..
Lihatlah bagaimana Allah menegur ” Nabi “-mu tatkala mengharamkan apa yang Allah halalkan hanya karena menuruti kemauan istri.
Tegaslah terhadap istrimu……………..
Dengan cintamu, ajaklah dia taat kepada Allah…….
Jangan biarkan dia dengan kehendaknya……..
Lihatlah bagaimana istri nabi Nuh dan nabi Luth………..
Di bawah bimbingan manusia pilihan, justru mereka menjadi penentang…..
Istrimu boleh menjadi musuhmu………..
Didiklah istrimu……..
Jadikanlah dia sebagai Hajar, wanita utama yang redha terhadap tugas
suami, Ibrahim.
Jadikan dia sebagai Maryam, wanita utama yang sangat menjaga kehormatannya……
Jadikan dia sebagai Khadijah, wanita utama yang mendampingi suaminya Rasulullah saw menerima tugas risalah…..
Istrimu adalah tanggung jawabmu….
Jangan kau larang mereka taat kepada Allah…..
Biarkan mereka menjadi wanita solehah….
Biarkan mereka menjadi Hajar atau Maryam……..
Jangan kau belenggu mereka dengan egomu…

Saudaraku…….
Jika engkau menjadi istri………
Jangan engkau paksa suamimu menurutimu……
Jangan engkau paksa suamimu melanggar perintah Allah……
siapkan dirimu untuk menjadi Hajar, yang setia terhadap tugas suami…..
Siapkan dirimu untuk menjadi Maryam, yang boleh menjaga kehormatannya….
Siapkan dirimu untuk menjadi Khadijah, yang boleh mendampingi suami menjalankan misi.
Jangan kau usik suamimu dengan rengekanmu….
Jangan kau usik suamimu dengan tangismu….
Jika itu kau lakukan…..
Kecintaannya terhadapmu akan memaksanya menjadi
pendurhaka…………….jangan……….

Saudaraku……..
Jika engaku menjadi Bapa……
Jadilah bapa yang bijak seperti Lukmanul Hakim
Jadilah bapa yang tegas seperti Ibrahim
Jadilah bapa yang kasih seperti Rasulullah saw
Ajaklah anak-anakmu mengenal Allah……….
Ajaklah mereka taat kepada Allah…….
Jadikan dia sebagai Yusuf yang berbakti…….
Jadikan dia sebagai Ismail yang taat…….
Jangan engkau jadikan mereka sebagai Kan’an yang durhaka.

Mohonlah kepada Allah……….
Mintalah kepada Allah, agar mereka menjadi anak yang shalih…..
Anak yang membawa kebahagiaan.

Saudaraku……..
Jika engkau menjadi ibu….
Jadilah ibu yang bijak, ibu yang teduh….
Bimbinglah anak-anakmu dengan air susumu….
Jadikanlah mereka mujahid………
Jadikanlah mereka tentera-tentera Allah…..
Jangan biarkan mereka bermanja-manja…..
Jangan biarkan mereka bermalas-malas……….
Siapkan mereka untuk menjadi hamba yang shalih….
Hamba yang siap menegakkan Risalah Islam.
AMIN...

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Jika Mau SEDAP berkelana... itu kuda mesti mau bagi makan baeekkk punye !

Hidup Mau Sedap !!! Hujung minggu ni adalah antara yang kurang produktif bagiku. Semalam aku terpaksa menyambung tugasku memeriksa pakej budak2 Mekanikal utk projek Trukmenistan.  Aku ada FAT untuk pakej Waste Water Treament dan kali ini aku ditugaskan untuk memeriksa 2 jenis Analyzer iaitu Phenol dan Hydrocarbon Analyzer. Mengikut jadualnya 1 hari leh setel tapi tu laa..sometimes shit happens.. Vendor aku ni mati kutu analyzer dia menggila... so kene sambung hari sabtu laa untuk setelkan pakej nih...So semalam kira burn sudaa satu hari kerna walaupun aku sampai rumah jam 3pm, aku dah keletihan... so aku sekadar bawa anak anak dan mem ke Tesco & Giant untuk menikmati angin petang... hahahahaa... Ok tapi bukan itu yang aku nak citer sebenarnya... Ni kisah Sang Kancil aku ni haaa....

Dah 2 minggu sang kancil ku ini meronta dan menjerit manja dengan ku... Ye lah kan... rentetan sibuk dengan urusan duniawi..aku terlupa bahawa sang kancil ku nih dahagakan makan&minum (aka minyak hitam) yang segar bugar, tapak ladam kuda (aka break pad) yang mencengkam dan juga tali kendati yang baru (aka Tali kipas). So aku manfaatkan laa hari nih untuk menyervis sang kancil ku nih... Minyak itam ngan filter aku beli kat kedai spare part dengan harga yang memuaskan... so aku segera ke kedai servis kete dan nampaknya lengang (mungkin hujung bulan dah tiba kut) membuatkan urusan ku selesai dalam tempoh masa 75 minit sahaja. kos keseluruhan untuk menyervis sangkancil ku nih ada laa dalam serat lapann poloh gak laa... Apadehal, aku mempunyai balang ke-5 untuk digunakan... (nanti aku ringkas dan kongsi tentang sistem JAR atau balang dalam pengurusan kewangan diri nanti)... yang penting perjalananku sehari hari tidak terganggu dan SEDAP...Insya Allah...

Bil Servis Sang Kancil @ 181211



Sabtu, 17 Disember 2011

TERGEMPAR !!! Geng2 Loop...Berita Kurang SEDAP woiii !!!

Inilah contoh pemeriksaan
MRI kat Kapla Lutut
Geng geng loop sekalian... saya dapat berita bahawa salah seorang dari geng loop kita telah mengalami kecederaan di kapla lututnya sewaktu beriadah semalam... Beliau dijangka akan menjalani pemeriksaan MRI isnin nih bagi mengetahui  situasi sebenar kapla lututnya dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil ujian MRI tersebut. Menurut mem saya... sekiranya kecederaan melibatkan ligamen yang terkoyak samada koyak secara "partial" ataut pun secara total, beliau mungkin dinasihatkan untuk berehat agak panjang jugaklah tempoh masanya bagi meminimumkan pergerakan  yang boleh merencatkan self healing (dengan izin).

Nama beliau terpaksa lah saya rahsiakan kerna takut menimbulkan komplikasi pulak di masa hadapan... Jadi untuk memudahkan penceritaan nih...saya namakan beliau dgn nama Mr S. Boleh laa saya bagi hint sket.. beliau mempunyai title IR (secara tak rasmi) serta pernah menjawat jawatan tuan speaker Rimbara tetapi digulingkan oleh John Labu (JL) secara Revolusi Jalanan...(kalau tak silap aku laa kronologi Loop aku ingat2 lupa daaa...) Jika hangpa boleh agak siapa individu yang saya maksudkan... boleh lah sms beliau bertanya khabar... Saya betul2 mengharapkan agar beliau hanya mengalami ilusi semata mata dan tiada kecederaan serius yang berlaku sebenarnya.

Saya secara khususnya dan geng geng loop secara amnya mendoakan agar beliau sihat sejahtera hendaknya ...Moga moga beliau selamat !!!! Ala terkehel aje tuh....

Jumaat, 16 Disember 2011

Kekadang Benda Free Pun Jadik Tak Sedap Jika ...

Jika kita tau rupa rupanya tawaran benda free itu pada awainya nampak mahai tapi hakikatnya merupakan satu benda yang murah... pasti dari perasaan melonjak kegembiraan boleh berubah dalam sekelip mata dan 360 degree berubah arah...Ini adalah lumrah kehidupan manusia...Bukan tidak bersyukur terhadap pemberian goodies dan gift chuma kita tak sepatutnya cepat berpuashati dlm sayembara Komplot G12 mencari "The best Deal In Town"...  Yang pasti jangan salahkan orang lain kerana jikalau 1 jari yang kita tuding ke arah orang lain... 3 jari lagi berkait menonjol ke dahi kita sendiri... Jadi kita seharusnya mesti lebih peka dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang accessories camera G12 nih...

So far tawaran terbaekk adalah dari Digital Mania terletak di Plaza Pudu di mana Canon Powershot G12 ditawarkan dengan harga RM1.4k berserta goodies di bawah:-

a. 4G memori card - upgrade 8G tambah RM30, upgrade 16G tambah RM80.
b. Bateri satu - Free
c. Screen Protector.
d. Casing Canon.

Saya serta sedikit informasi bagi tatapan korang agar kita mampu meminta sedikit pencerahan dari tauke2 kedai kamera di ibukota Metropolitan apa jua goodies yang mau depa tawarkan

Battery Mahai

Bateri murah

Lagi satu... bak kata Blogger BumieEmasAquaculture (BE)... "kalau kita bersatu depa tak boleh buat apa apa" aku rasa ada benarnya... apakata kita fight untuk dapatkan pouch di bawah ni... tampak bergaya lagi kan kan kan... hahahaha... memandangkan countdown semakin menghampiri... aku sedang menunggu kata putus dari Komplot G12 bilakah tarikh nye untuk sentap ini "monster" Blogger melangkahalam tu pun sedang riki sendirian...katanya mahu kepastian tentang ND filter (Neutral Density), fish-eye dan apa ntah... biasa laa otai otai fotografi ni mcm mcm depa tau... aku ni hanya budak baru belajar aje... hahahaha




Komplot G12 ~Suatu Pencarian Kelazatan dalam Kehidupan

Matlamat komplot G12 adalah sama... mencari kelazatan dalam kehidupan.  Setelah terjah ke Ampang Park di kedai si Jeff dalam ekspedisi mencari "the best deal in town" tentang G12 nih... kali ni kami terjah Plaza Pudu yang dikatakan terletaknya kedai kamera yang boleh memberikan harga terbaekk... kenapa kami yakin boleh dapatkan harga terbaek ? hahaha kerana kami bukan nak beli satu tapi 4 bijik sekaligus... mungkin 5 biji atau mungkin 6 bijik... masih belum diputuskan... yang pasti kamera semi-DSLR nih mengagumkan aku kerana fungsinya seakan akan DSLR yang pasti berupaya memberikan kepuasan tahap maksima kepada Ahli komplot G12 nih.  Dalam masa sesingkat 2 jam nih... kami sempat menggempur 2 kedai kamera dan hasilnya setakat ini kedai Digitalmania menawarkan harga yang cun beserta free gift & goodies yang ok lah bagi aku... Perut ku yang berkeroncong nih.. kami menjamu selera di gerai tepi jalan ajer... walaupun lauknya simple tapi sedap dan menyelerakan... kari ikan dia sedap woooiii... suasana & ambien persekitaran agak unik bagi aku laa... seolah olah berada di penang pun ada gak aku rasa... aku suka suasana seperti ini...


All photos are courtesy from Blogger PS (Sue) and Blogger Melangkahalam (Bro Azali).. Thanks !