Selasa, 3 Januari 2012

Tazkirah SEDAP ~ Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah, 

Allahuakbar,

Satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah(air).


30/12/11 - Seperti ombak besar yang terjadi di langit baru-baru ini.. -
di Segamat,Johor,Malaysia 


30/12/11 - Subhanallah..fenomena ini turut berlaku di Labuan,Sabah..

Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam 

Tak kiralah ini satu petanda ke tak.. Mari lah kita berdoa.. Dan memperbanyakkan Ibadat Kita... Moga Allah S.W.T. Dapat Menerima Ibadat Kita..

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Memelihara Kesucian Hati Sebagai Penerima Hidayah


MENGINGATI mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Membaca al-Quran, solat dan mengingati mati asas ummah capai ketenangan hidup

PENYAKIT berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.

Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila diserang penyakit hati akan mengambil kesempatan lari daripada tanggungjawab dan menangguhkan kerja sehingga menjejaskan jabatannya.

Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabai amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat.

Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling daripada Allah, hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan kepada keperibadiannya.

Pertanyaan paling mahal dan bernilai bagi seorang Mukmin ialah: 
“Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini? Mengapa?" 
Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama sebuah kehidupan.
Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup.

Jika hati mati maka semua amalan yang dilakukan akan menjadi tempang, kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya.

Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah.

Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin. Adalah menjadi tugas seorang Mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati.

Sahabat Rasulullah pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai ejen penerima hidayah Allah.

Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”  [Surah al-Hadid ayat: 16]

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.

Pernahkah anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham daripada Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri sudah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi. Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Cahaya hati pertama – Membaca al-Quran.

Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah, dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari al-Quran.

Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan daripada Allah, tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kejayaan itu ialah sejauh mana seseorang mengikat dirinya dengan Allah dengan ikatan kuat. Maka al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak daripada batil, dia mengetahui jalan terang dan mengikuti petunjuk al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu.

Dia lahir menjadi manusia jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah. Kalaupun seseorang itu malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh daripada bimbingan al-Quran dan tidak mengenal Allah dengan lebih dekat.

Begitu pula kalau ada orang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia daripada Allah, merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu. Kejayaan atau kegagalan itu bermula daripada usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya suci.

Cahaya hati kedua – Mendirikan sembahyang.

Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan; yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak; mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur; berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya dan mahu sentiasa bergembira dan bahagia?

Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah, yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk. Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah daripada pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah.

Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja dan pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah.”Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah dengan sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan tidak akan ditolak adalah doa ikhlas dan proses pembersihan dosa dilakukan terus menerus adalah sembahyang.

Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah. Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya boleh diumpamakan stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tangki kereta agar dapat meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.’

Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup mencabar.Sembahyang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekali gus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal salih dan membina kehidupan di dunia.

Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah. Sembahyang juga menjaga seseorang daripada ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati ketiga – Mengingati mati.

Antara tanda kebijaksanaan orang Mukmin ialah pandai merancang masa depan.

Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang?

Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai kegiatan rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian. Sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah lazim menziarah kubur dan mendoakan kaum Muslimin tidak kira siang ataupun malam.

Dengan membaca al-Quran, menunaikan solat dan sentiasa mengingati mati seorang Mukmin melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? Mungkin hidupnya begitu hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula mungkin lebih terseksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Umur Kita... Kemana Kita Habiskan ?


Rata-rata manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti), beruntung yg diberikan umur panjang dan dimanfaatkan sisa umurnya.

Baligh: Mula untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia?

Laki-laki Baligh = 15 tahun
Wanita Baligh = 12 tahun

Usia Yang tersisa untuk kita beribadah kepada-Nya kita pukul rata dengan rumus:
MATI-BALIGH= sisa USIA ?????..65-15= 50 tahun

Lalu 50 tahun ini digunakan untuk apa?
Mari kita perhatikan kemanakah usia kita dihabiskan:
Catatan: 50 tahun=
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam sehari semalam

Mari kita telaah bersama.

Waktu kita tidur = 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam=16 tahun, 7 bulan?? (digenapkan jadi 17 tahun)

Logiknya : Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya?

Catatan: Yang lebih bermasalah lagi bagi mereka yang malas, boleh jadi tidur 12 jam/hari = 25 tahun habis tertidur!!! 

Hati-hati dengan penyakit MALAS?

Waktu aktiviti kita di siang hari = 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai aktiviti: 18250 hari x12 jam=219000 jam= 25 tahun

Aktiviti disiang hari : Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan sebagainya.

Waktu aktiviti santai atau rilex = 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai rileks 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Realisasi rileksi: biasanya tengok tv sambil minum kopi, ada pula yang belajar mati-matian/ buat tesis, buat ujian, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan??

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun lebih kurang
Tidur?? Berhayal? Nganggur?

Lalu bila Ibadahnya?
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya, karena satu hal yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki Illahi.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk mencabut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurgakah atau Nerakakah kita bakal ditempatkan?
Memang benar! kuliah itu ibadah, kalau niat kuliahnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan niat kita kuliah kerana mau ijazah, bakal nanti bekerja agar mudah mencari nafkah?

Memang benar ! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Orang kita bekerja pagi petang siang malam, banting tulang banting orang, tujuan utamanya cari wang buat beli barang-barang biar dipandang orang-orang? jarang orang menolak untuk di puji dan di puja tatkala mereka berjaya ? Pernah kita membaca bismillah saat hendak berangkat kuliah?? tapi sayang hanya sekadar pernah?

Pernah kita berniat mulia saat hendak mencari nafkah, tapi semuanya terlupa ketika melihat gemerlapnya dunia.

Lalu bilakah ibadahnya?
Oh mungkin masa solat yang 5 waktu itu dianggap cukup ?!
Kerana kita pikir; solat begitu besar pahalanya, solat amalan yang dihisab paling pertama, solat jalan untuk membuka pintu syurga???Kenapa kita harus cukup kalau ibadah kita hanyalah solat kita !?

Berapa solat kita dalam 50 tahun ?

1 kali solat = 10 menit ?..5 kali solat = 1 jam. Ini anggaran yg panjang, sebenarnya solat kita mungkin 2 atau 3 minit saja, Ya...hanya kita yg tahu.. tetapi Allah maha tahu... Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai solat=18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun ini dengan sangka baik bahawa semua solat kita diterima oleh Allah swt.

Kesimpulan:

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat????

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita?...
Itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima..

Dan sekiranya solat kita selama 2 tahun berpahala rasa-rasanya tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama baki 48 tahun; dalam ucap kata kita yang selalu dusta, baik yang terasa maupun yang di sengaja, dalam ucap kata kita yang selalu cerca terhadap orang tua, dalam harta kaya kita yang selalu bakhil terhadap orang faqir, dalam setiap tingkah laku kita yang selalu bergelimang dosa.

Logik dari logiknya:
Bukan satu yang tidak mungkin kita umat di akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian. Terlalu banyak waktu yang terbuang begitu saja selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana. Seandainya begini umur yang dilalui, apakah alasan kita untuk masuk syurga Allah???

Tiada kata terlambat walaupun waktu bergerak cepat, isilah dengan sesuatu yang bermanfaat...
Jangan di tunda-tunda lagi.... Ingatlah,.. Malaikat maut akan datang kepada siapa saja, dimana saja dan bila bila masa saja. Akhirat adalah tujuan kita yang terakhir !  Apakah kita sudah siap sedia menyambut malaikat maut bila bila saja dan dimana saja ?

Fikir fikirkanlah.. Wallahu a'lam...


Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Renung-renungkanlah


Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Peringatan buat muslimah


Berhati-hati apabila menginap di hotel-hotel,chalet,hostel atau tempat-tempat persinggahan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada kerana kemungkinan ini akan berlaku.. Ingatlah maruah kita sebagai muslimah/wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tak di ingini... Ya Allah.. Jauhilah dari sifat kedengkian dan khianat manusia...  Amin...

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Ahad, 1 Januari 2012

Tahun 2012 - Selamat Datang !


Hidup Mau SEDAP !!! Tepat jam 0000 Hrs bersamaan dengan tarikh 01.01.2012 sudah menjelma tiba. Aku dengan rendah hati dan tawadhok ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada ahli keluarga terutamanya mak, abah, mem tersayang kak oli, irfan & Irisya... adik beradikku lin, aidil dan ammar.... semua sahabat handai khasnya geng geng loop (X-Rimbara dan X-Tanpanama), Komplot G12 dan Sindiket BEA ..semoga lembaran baru ni kita sama sama membuka minda, berfikiran positif, meningkatkan usaha usaha murni serta berusaha menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Seharusnya kita menanam azam dan iktikad baru sempena tahun baru nih... Mari kita sama2 : • DELETE semua FILE kebencian & amarah • INSTALL anti-virus ego & putus asa • RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang ... • REFRESH peribadi kita kearah yang lebih baik • DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWAUPLOAD tingkah laku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS • Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih • LOADING semua dgn DOA & USAHA • COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafaat

Selamat Tahun Baru 2012 !!! Semoga tahun ini adalah tahun yang terbaekk utk kita semua !

Sabtu, 31 Disember 2011

Ekspedisi Keluarga Akhir Tahun 2011... Jalan Jalan SEDAP... Masuk Angin Keluaq Asap !


Hidup Mau SEDAP !!! Pelbagai ragam dan karenah manusia... jalan raya yang jenuh sesak... golongan marhaen pula berarak menghurungi gedung  gedung...jualan murah sana sini seolah olah menguji kerakusan manusia... dan aku ? hahahah rahsia... asalkan keluarga heppi dengan ekspedisi nih... jadik laaa.....

Nota kaki khas utk Platspender... irfan tak mau dah naik ERL..  hahahaha...  Besok ada ekspedisi ke ...
 (Rahsia)

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.... lagi setengah jam ni woiit !!!

Apa yang aktiviti SEDAP sebelum 2011 melabuhkan tirainya ?

Hidup Mau SEDAP !!! Semalam aku tak tau laa kenapa aku kepenatan.. setibanya di rumah... aku dah hampir*pengsan... tiada aktiviti produktif berjaya dilakukan malam semalam...sekadar melepak bersama sama keluarga menonton TV Maharaja Lawak Mega aje.. hehehe dan seterusnya pengsan di atas katil empukku... Hari ini hingga ke saat ini aku masih di rumah melepak di bilikku sambil sambil menonton kisah sejuta ringgit jatuh kedebap.. hahaha nanti aku nak ulas citer kisah duit jatuh nih...

Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya... aku masih tercari cari apakah aktiviti yang dapat menyedapkan keluarga aku nih... Yang penting aku seharusnya keluar dari rumah dahulu tanpa tujuan yang jelas.. hehehe lagipun aku kene laa jenguk adik aku yang baru berhijrah ke KL bagi memulakan ekspedisi kerja beliau yang baru...

Destinasi ? Masih tercari cari... pilihan yang ada... window shopping kat IOI Mall ?... menaiki cruise boat kat The MInes atau pun ronda ronda kat IKEA... hurmmm... we will see... G12 sudah pasti dikelek dan bersiap sedia siaga untuk "menembak"...

Khamis, 29 Disember 2011

FAT yang Hampeh... Memang Tak SEDAP laa Woittt !

Hidup Mau SEDAP !!! Rabu bersamaan 28th Dec 2011 aku diarahkan ke Bandar Puchong Jaya berhadapan ngan IOI Mall untuk menggantikan Mr Sajeev yang balik kampung tanam jagung mutiara woii !!! ... Nampak gayanya boss aku nih kalau bab bab analyzer memang sah sah dia tolak kat aku punye dan tindakbalas aku pula... aku memang tak melawan punye... "boss is always right" kata bapak aku..so sebagai anak yang sholeh (harap2 begitu lah) aku akur dengan nasihat bapak aku nih dan aku rasa ada benarnya... hehehehehe

aku boleh rumuskan FAT kali ni memang hampeh... adakah aku seorang yang cerewet atau teliti atau terlalu rigid dan mengikut peraturan ? Aku tak tau laa tapi bagi aku... kalau specs kata A... jgn laa hangpa bagi B... memang sah sah aku reject demi menjaga bont*t masing masing. Jadi FAT kali ini aku terpaksa reject package Oxygen Analyzer yang dikendalikan oleh Company E (namanya dirahsiakan demi menjaga maruah depa) memandangkan jam sudah menjangkau 6 pm masih lagi terkial kial nak buat zeroing... span range apatah lagi... Kalau laa aku ada chop stamp reject besaq sikit...mau aku chop kat dahi engineer tu... aku bukannya marah ke apa... tapi kegagalan FAT kali ini banyak berpunca dari kelemahan manusia sebenarnya... tidak bersedia... tak buat internal test padahal report internal test dah hantar  kat aku sebelum aku mai datang... nampak sangat menipunya... sampaikan drawing pun pakai yang aku bawak..punya laa tak bersedia... Mamat Jurutera ni kata dia bidan terjun... orang yang bertanggungjawab tu tetiba cuti... demmm...aku peduli apa... misi aku mau test ini oxygen analyzer seperti speks yang tertera itu aje... Mamat ni pulak poyo dengan gaya loghat english ala ala scottish menambahkan lagi meluat aku nih... hahahaha...


Banyak jugak laa aku amik gambaq untuk buat report sekembalinya aku dari site nanti... Aku hanya menggunakan kamera kompak Nikon Coolpix ajer memandangkan malas nak bawak G12 pii site... Part yang paling aku takleh lupa ialah masa mik gambaq... terbawa bawa genre bokeh pulak... jadik pulak tu... hehehehehe...


Waktu Zohor dah masuk..so aku tanya laa salah seorang mamat melayu ni sholat kat mana... Alhamdulillah... walaupun company cher... depa ada bagi ruang untuk sholat bagi pekerja muslim... cantikkan surau depa ?


Jam 6.30pm aku terpaksa tamatkan FAT dengan ada beberapa Outstanding Work List (OWL) dan secara keseluruhannya... FAT nih FAIL ! time aku keluat ajer nak balik.. perghh punya laa azab jem kat Puchong membuatkan aku opss sorry (tang kona) untuk pii ke IOI Mall...memang SEDAp laa woi... ilang stress aku... nak tau kenapa ? nantikan post seterusnya...


TaMMaT

Hukum Rimba & Warga Metropolitan Yang Semakin Tenat


Hidup Mau SEDAP !!!
Semalam aku ke Plaza Lowyatt selepas waktu kerja... Agak lambat jugak lah aku keluar dari opis dalam 6.30pm memandangkan esoknya aku diarahkan ke Puchong utk FAT menggantikan jurutera kanan si Sajeev yang cuti lama balik kampung tanam jagung mutiara woii heheheh... so kene lah buat persediaan... ye dak.. heheheh...

Hujan renyai renyai merencatkan aliran trafik Kota Metropolitan... apatah lagi Jalan Tun Razak sememangnya hari hari jem ditambah pula dengan curahan hujan lagi bertambah lah ke"jem"memannya... kalau bawak roti memang dah kenyang doh ni... Aku gagah kan jua merentasi hiruk pikuk kota menuju ke jalan imbi... Sang kancil ku menciluk deras dan akhirnya aku parking di basement Plaza Lowyat. Tujuan aku ke sana hanya satu... aku terpaksa mencari monitor untuk pc si irfan memandangkan monitor nya dah kong so dia tanpa rasa segan dan silu telah "take over" pc aku... Jadi aku tanpa memikir panjang dan tak perlu DGFE menjatuhkan hukuman... mesti cari monitor ataupun aku sendiri terputus hubungan maya... ish ish ish... mana boleh woit... mana boleh jadi... Ini adalah satu KEPERLUAN... setara perlunya manusia kepada air, elektrik dan makanan... hahahaha...

Suasana Plaza Lowyatt sangat kelam kabut... manusia penuh bagai semut menghurungi gula... pelbagai ragam dan jenis manusia... ada wanita berseluar pendek berbaju singlet.. pak arab bersama isteri berjilbab dan anak anak... lingloi dan teman lelaki bertatu macho... anak dara dan teruna berkapel berpegangan tangan berpelukan pinggang... huh..apa laa nak jadik dunia nih.... tak lupa aku juga terserempak dgn Md Rizal yang ketika itu berlegar legar kat situ ntah buat gapo... aku sapa dia dan tanya apa bikin sini... dia jawab mudah ajer... RAHSIA... demmm... terus dia hilang dalam kekalutan manusia...

Kali ini aku terus ke tingkat 3 memandangkan tingkat 2 nih selalunya eksyen lebih... harga barang langsung tak leh main... so sapa yg biasa kat tingkat 3 tu... ada 2 buah je kedai "hyper-market" utk barang2 komputer... (Maaf... aku rahsiakan nama kedai nih keranan aku tak mau jatuhkan aib orang) dan ...sorry aku tak layan kedai kicik nih sbb harga dia lagi mahai woiii... So setelah timbal tara... harga dia takde laa banyak beza dalam tiga empat puluh hengget aje tapi yang membezakannya adalah khidmat servis... memang nasib aku kureng baik la semalam... ada ka patut mau beli barang lu terpaksa merayu salesman dia untuk tolong check samada stok ke tak... dah laa muka mencuka... servis macam nak tak nak ajer... kalau di ikutkan malas aku nak beli kat situ tapi disebabkan harga dia leh murah mencecah lima puloh hengget... aku layan je laa...cam biasa laa hangpa beli barang elektrik hang mesti mau test kan... at least test power up ... si saleman cher cilakak ni kata aku kene bayar dulu test kemudian... ok fine ! aku bayaq and pastu cashier girl kata aku diminta test sendiri... kanina.... aku kene usung laa monitor nih ke sudut test... bila aku test... monitor ni tak nyala laa pulak... dem aku panggey salesman cher tadi haram tak endah peduli.... hatiku semakin membara cilakak punye cher... mukaku dah berubah 100%...membuak buak rasa nak hempas aje monitor tu kat cashier... nasib baik laa amoi tu cool down aku sampai berlari lari anak panggey mamat mana tah utk tolong aku test.... dia test pun tak nyala... demmm... apa ni.... barang rosak ke apa nih... mamat tu cuak teruih panggey senior dia mai tengok.... baru dia kata... haiyaa... ini port tempat mau test  sudaa losak laa.... memang laa lu olang power up dan cucuk VGA tarak apa keluar... cilakak baru bagitau sampai staff sendiri pun tak tau ? pastu dia pun bawak kat satu point lain utk test baru okay dan paling aku tak tahan dia boleh tanya aku balik... sudah bayaq kaa mana resit ? Darah aku dah menyirap... kanina luu punya olang bikin aku susah.. lu boleh tanya aku sudah bayaq ke belum.... aku control temper seraya tunjuk ni resit aku dan apa masalah lu mau tengok ? Lu ingat wa tarak bayar ka ini barang ? Lu sudah buang wa punya masa banyiak lu tau tak lagi mau tanya ? teruih aku bubuh kat situ gak cer sekor nih... tuu laa... lenkali barang mesti kena test laa sebelum suruh orang bayar... aku memang ban laa ini kedai...bengap mentega tahap cipan...  Kali terakhir laa aku pii situ...

Dengan penjimatan lima puloh hengget... aku sesah satu wireless USB adapter sebabnya aku kene pindahkan pc irfan ke bilik bawah...jadi mudah lepas dia balik sekolah nanti dia perlu melepak kat bilik bawah sekaligus bibik aku boleh laa tengok2kan dia nanti sewaktu dia jaga iesya... so utk mendapatkan data connectivity tanpa wayar... aku perlukan minatang nih... so far so good... dia leh tarik 2 bar signal wifi router kat bilik atas tanpa masalah. Setakat youtube  no hal... Mungkin juga aku ingin menchoba Ethernet Adapter over powerline tapi tak banyak orang review... so belum berani laa... tunggu toqmat nye review nanti...kalau ok benda-alah ni mungkin next project boleh centralize kan semua data kat Storage Area Netowrk (SAN) pulak... heheheh DGFE dolu... hehehehe


Jam sudah menunjukkan 10 pm... hujan sudah reda tapi punye laa jem tahap gaban zek potong dua... aku pulak boleh tersasar menghala ke jalan bukit bintang... lagi laa sesak... dalam masa kereta bump to bump sesak... kereta depan aku nih ntah camne hampir tersondol seorang awek cher bersama pakwe dia yang sedang melintas jalan... punya laa marah balak dia... mula mula dia maki hamun dlm bahasa hokkien/mandarin... aku kurang pasti yang mana satu...tapi bila dia start hentak cermin kereta myvi tu.. aku dah standby kamera kompak mau rakam episod gado gado... tiba2... mamat tu hilang akal... dia terajang itu pintu kereta myvi dan tuan punye kereta tu tak berani kuar.. (aku rasa cher gak sbb dengaq dia maki bahasa cher) hanya kedengaran maki-makian dari dalam kereta jah... teruih aku pendamkan utk snap satu dua gambaq... tak pepasal aku lak jadi mangsa keadaan.. hehehe... lantak korang laa cher sama cher...apadehal... aku tiba di rumah jam 11pm... setup pc irfan dan test monitor dia ok ke tak juga test wifi adapter dia... bile sume setel... irfan pun dah heppi... baru arr aku boleh aman sket ngan workstation aku... jam 4am baru aku tidor... hehehe... kenapa aku tidoq lewat ? ada laaa... RAHSIA...

-TAMMAT-