Selasa, 3 Januari 2012

Equatorial Malacca


Hidup Mau SEDAP !!! Tepat Jam 12 tengah malam tanggal 1 Jan 2012, di saat ramainya umat manusia meraikan tahun baru di KLCC atau di Putra Jaya, dataran mahupun di balai raya... mercun dan bunga api bergemerlapan indah menceriakan suasana... namun ironiknya kami sekeluarga sudah ketiduran demi mengumpul tenaga dan semangat untuk jelajah kembara esok hari nya. Sebetulnya memang sudah dirancang kembara ini namun yang menjadi persoalannya di mana hotel yang masih available dan boleh ditempah di akhir /awal tahun... Soalan yang sukar untuk dimengertikan... 

Sebenarnya anak aku ni Si Irfan nak sangat mandi kat swimming pool sebelum sesi persekolahan bermula. Jadi pilihan destinasi yang dekat bagi short trip adalah Melaka atau pun Port Dickson... Malangnya nampak gaya semua hotel sudah habis ditempah... dan kami hanya mampu dapat menempah hotel Renaissance di Melaka dgn kadar RM250... Bak kata pepatah... tiada rotan, akar pun berguna jua... so kami sebat jugak laa walaupun rasanya aku pernah nampak hotel ni sekilas lalu dan tiada faktor WOW untuk impress aku ... 

Aku tak tahu bagaimana setelah pagi tu kami bersiap siap utk kembara kali nih...aku semacam digerakkan naluriku untuk menelefon Hotel Equatorial di Melaka. Sebenarnya kami memang dah banyak kali lepak kat hotel nih dan memang kami tahu hotel ini punye swimming pool memang syiok laa untuk budak budak namun disahkan tarak kosong sebelum nih... Aku cuma menchoba nasib... Walla dapat !.. tu lah...Jika Allah tentukan rezeki... mai laa tang mana pun... Alhamdulillah... terdapat satu Deluxe Room, king size bed with breakfast for 2... dengan harga diskaun hanya Dua Ratus Setengah... hurmm.. good bargain indeed... Apalagi... lepas dapat confirmation booking No... teruih aku cancel tempahan ngan Renaissance Hotel dan laa tu jugak kami terjah ke sana... Perjalanan mengambil masa 40 minit untuk sampai ke Tol Ayer Keroh dgn kelajuan purata 150kmpj namun akhirnya Melaka sibuk sesak mengakibatkan kami tiba lewat ke hotel... mujur depa tak kasik kat orang lain.

Aku rumuskan Hotel Equatorial Malacca :-


Lokasi : Strategik sebelah Bandar Hilir
Bilik : Ok lah tiada WOW factor cuma susunan perabot yang teratur, LCD TV serta suasana harmoni
Suasana Bilik : Ok bersih, tarak bau hapak,
Kemudahan bilik : Stended tapi malangnya tarak sejadah disediakan, hanya ada tanda arah kiblat aje.
Kemudahan Hotel : Stended ada gymnasium dan kolam renang. Kolam renang dia terbaek laa setakat ini aku jumpa.. Semua golongan leh berenang... kedalaman yang bervariasi... Ada data connection free access (wired) tapi kemudahan Wifi dikenakan bayaran (tak silap aku puluh2 hengget laa utk sehari)
Menu breakfast : Hampagas... Kureng pilihan dan kureng sedap. Nasib baik ada omelette.. aku layan je laa...
Layanan frontdesk : Baguih cepat respons
Layanan receptionist : Aku tak choba lak...

 

Malam tu, kami bersama adik ipaq pii terjah satu tempat yang dikatakan lazat makanannya... Jemput ke link sini untuk ulasan port makan sedap nih !

Tazkirah SEDAP ~ Di sebalik WALL FB


Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ?
Ia memberi makna DINDING...

Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan..

Siapakah yang mewujudkan FB? 
Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..
DINDING RATAPAN. 
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah.. 

Jika Anda Tidak Pecaya..
Cuba Anda Buka www.google.com dan serach "wailing wall of israel".. 

Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah...

Wallahu a’lam..

Motif Artikel Post Ini Adalah Untuk Mengajak Anda Semua Berdakwah Di Facebook.. Biar Kawan-kawan Anda Terbaca Status Islam Yang Anda Post Di FB.. Mutiara Kata-kata Islam Sememangnya Indah Jika Kita Menghayatinya.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah, 

Allahuakbar,

Satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah(air).


30/12/11 - Seperti ombak besar yang terjadi di langit baru-baru ini.. -
di Segamat,Johor,Malaysia 


30/12/11 - Subhanallah..fenomena ini turut berlaku di Labuan,Sabah..

Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam 

Tak kiralah ini satu petanda ke tak.. Mari lah kita berdoa.. Dan memperbanyakkan Ibadat Kita... Moga Allah S.W.T. Dapat Menerima Ibadat Kita..

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Memelihara Kesucian Hati Sebagai Penerima Hidayah


MENGINGATI mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Membaca al-Quran, solat dan mengingati mati asas ummah capai ketenangan hidup

PENYAKIT berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.

Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila diserang penyakit hati akan mengambil kesempatan lari daripada tanggungjawab dan menangguhkan kerja sehingga menjejaskan jabatannya.

Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabai amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat.

Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling daripada Allah, hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan kepada keperibadiannya.

Pertanyaan paling mahal dan bernilai bagi seorang Mukmin ialah: 
“Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini? Mengapa?" 
Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama sebuah kehidupan.
Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup.

Jika hati mati maka semua amalan yang dilakukan akan menjadi tempang, kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya.

Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah.

Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin. Adalah menjadi tugas seorang Mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati.

Sahabat Rasulullah pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai ejen penerima hidayah Allah.

Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”  [Surah al-Hadid ayat: 16]

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.

Pernahkah anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham daripada Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri sudah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi. Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Cahaya hati pertama – Membaca al-Quran.

Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah, dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari al-Quran.

Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan daripada Allah, tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kejayaan itu ialah sejauh mana seseorang mengikat dirinya dengan Allah dengan ikatan kuat. Maka al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak daripada batil, dia mengetahui jalan terang dan mengikuti petunjuk al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu.

Dia lahir menjadi manusia jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah. Kalaupun seseorang itu malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh daripada bimbingan al-Quran dan tidak mengenal Allah dengan lebih dekat.

Begitu pula kalau ada orang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia daripada Allah, merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu. Kejayaan atau kegagalan itu bermula daripada usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya suci.

Cahaya hati kedua – Mendirikan sembahyang.

Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan; yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak; mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur; berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya dan mahu sentiasa bergembira dan bahagia?

Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah, yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk. Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah daripada pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah.

Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja dan pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah.”Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah dengan sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan tidak akan ditolak adalah doa ikhlas dan proses pembersihan dosa dilakukan terus menerus adalah sembahyang.

Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah. Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya boleh diumpamakan stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tangki kereta agar dapat meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.’

Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup mencabar.Sembahyang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekali gus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal salih dan membina kehidupan di dunia.

Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah. Sembahyang juga menjaga seseorang daripada ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati ketiga – Mengingati mati.

Antara tanda kebijaksanaan orang Mukmin ialah pandai merancang masa depan.

Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang?

Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai kegiatan rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian. Sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah lazim menziarah kubur dan mendoakan kaum Muslimin tidak kira siang ataupun malam.

Dengan membaca al-Quran, menunaikan solat dan sentiasa mengingati mati seorang Mukmin melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? Mungkin hidupnya begitu hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula mungkin lebih terseksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Umur Kita... Kemana Kita Habiskan ?


Rata-rata manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti), beruntung yg diberikan umur panjang dan dimanfaatkan sisa umurnya.

Baligh: Mula untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia?

Laki-laki Baligh = 15 tahun
Wanita Baligh = 12 tahun

Usia Yang tersisa untuk kita beribadah kepada-Nya kita pukul rata dengan rumus:
MATI-BALIGH= sisa USIA ?????..65-15= 50 tahun

Lalu 50 tahun ini digunakan untuk apa?
Mari kita perhatikan kemanakah usia kita dihabiskan:
Catatan: 50 tahun=
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam sehari semalam

Mari kita telaah bersama.

Waktu kita tidur = 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam=16 tahun, 7 bulan?? (digenapkan jadi 17 tahun)

Logiknya : Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya?

Catatan: Yang lebih bermasalah lagi bagi mereka yang malas, boleh jadi tidur 12 jam/hari = 25 tahun habis tertidur!!! 

Hati-hati dengan penyakit MALAS?

Waktu aktiviti kita di siang hari = 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai aktiviti: 18250 hari x12 jam=219000 jam= 25 tahun

Aktiviti disiang hari : Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan sebagainya.

Waktu aktiviti santai atau rilex = 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai rileks 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Realisasi rileksi: biasanya tengok tv sambil minum kopi, ada pula yang belajar mati-matian/ buat tesis, buat ujian, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan??

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun lebih kurang
Tidur?? Berhayal? Nganggur?

Lalu bila Ibadahnya?
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya, karena satu hal yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki Illahi.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk mencabut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurgakah atau Nerakakah kita bakal ditempatkan?
Memang benar! kuliah itu ibadah, kalau niat kuliahnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan niat kita kuliah kerana mau ijazah, bakal nanti bekerja agar mudah mencari nafkah?

Memang benar ! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Orang kita bekerja pagi petang siang malam, banting tulang banting orang, tujuan utamanya cari wang buat beli barang-barang biar dipandang orang-orang? jarang orang menolak untuk di puji dan di puja tatkala mereka berjaya ? Pernah kita membaca bismillah saat hendak berangkat kuliah?? tapi sayang hanya sekadar pernah?

Pernah kita berniat mulia saat hendak mencari nafkah, tapi semuanya terlupa ketika melihat gemerlapnya dunia.

Lalu bilakah ibadahnya?
Oh mungkin masa solat yang 5 waktu itu dianggap cukup ?!
Kerana kita pikir; solat begitu besar pahalanya, solat amalan yang dihisab paling pertama, solat jalan untuk membuka pintu syurga???Kenapa kita harus cukup kalau ibadah kita hanyalah solat kita !?

Berapa solat kita dalam 50 tahun ?

1 kali solat = 10 menit ?..5 kali solat = 1 jam. Ini anggaran yg panjang, sebenarnya solat kita mungkin 2 atau 3 minit saja, Ya...hanya kita yg tahu.. tetapi Allah maha tahu... Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai solat=18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun ini dengan sangka baik bahawa semua solat kita diterima oleh Allah swt.

Kesimpulan:

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat????

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita?...
Itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima..

Dan sekiranya solat kita selama 2 tahun berpahala rasa-rasanya tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama baki 48 tahun; dalam ucap kata kita yang selalu dusta, baik yang terasa maupun yang di sengaja, dalam ucap kata kita yang selalu cerca terhadap orang tua, dalam harta kaya kita yang selalu bakhil terhadap orang faqir, dalam setiap tingkah laku kita yang selalu bergelimang dosa.

Logik dari logiknya:
Bukan satu yang tidak mungkin kita umat di akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian. Terlalu banyak waktu yang terbuang begitu saja selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana. Seandainya begini umur yang dilalui, apakah alasan kita untuk masuk syurga Allah???

Tiada kata terlambat walaupun waktu bergerak cepat, isilah dengan sesuatu yang bermanfaat...
Jangan di tunda-tunda lagi.... Ingatlah,.. Malaikat maut akan datang kepada siapa saja, dimana saja dan bila bila masa saja. Akhirat adalah tujuan kita yang terakhir !  Apakah kita sudah siap sedia menyambut malaikat maut bila bila saja dan dimana saja ?

Fikir fikirkanlah.. Wallahu a'lam...


Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Renung-renungkanlah


Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Peringatan buat muslimah


Berhati-hati apabila menginap di hotel-hotel,chalet,hostel atau tempat-tempat persinggahan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada kerana kemungkinan ini akan berlaku.. Ingatlah maruah kita sebagai muslimah/wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tak di ingini... Ya Allah.. Jauhilah dari sifat kedengkian dan khianat manusia...  Amin...

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Ahad, 1 Januari 2012

Tahun 2012 - Selamat Datang !


Hidup Mau SEDAP !!! Tepat jam 0000 Hrs bersamaan dengan tarikh 01.01.2012 sudah menjelma tiba. Aku dengan rendah hati dan tawadhok ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada ahli keluarga terutamanya mak, abah, mem tersayang kak oli, irfan & Irisya... adik beradikku lin, aidil dan ammar.... semua sahabat handai khasnya geng geng loop (X-Rimbara dan X-Tanpanama), Komplot G12 dan Sindiket BEA ..semoga lembaran baru ni kita sama sama membuka minda, berfikiran positif, meningkatkan usaha usaha murni serta berusaha menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Seharusnya kita menanam azam dan iktikad baru sempena tahun baru nih... Mari kita sama2 : • DELETE semua FILE kebencian & amarah • INSTALL anti-virus ego & putus asa • RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang ... • REFRESH peribadi kita kearah yang lebih baik • DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWAUPLOAD tingkah laku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS • Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih • LOADING semua dgn DOA & USAHA • COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafaat

Selamat Tahun Baru 2012 !!! Semoga tahun ini adalah tahun yang terbaekk utk kita semua !

Sabtu, 31 Disember 2011

Ekspedisi Keluarga Akhir Tahun 2011... Jalan Jalan SEDAP... Masuk Angin Keluaq Asap !


Hidup Mau SEDAP !!! Pelbagai ragam dan karenah manusia... jalan raya yang jenuh sesak... golongan marhaen pula berarak menghurungi gedung  gedung...jualan murah sana sini seolah olah menguji kerakusan manusia... dan aku ? hahahah rahsia... asalkan keluarga heppi dengan ekspedisi nih... jadik laaa.....

Nota kaki khas utk Platspender... irfan tak mau dah naik ERL..  hahahaha...  Besok ada ekspedisi ke ...
 (Rahsia)

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.... lagi setengah jam ni woiit !!!

Apa yang aktiviti SEDAP sebelum 2011 melabuhkan tirainya ?

Hidup Mau SEDAP !!! Semalam aku tak tau laa kenapa aku kepenatan.. setibanya di rumah... aku dah hampir*pengsan... tiada aktiviti produktif berjaya dilakukan malam semalam...sekadar melepak bersama sama keluarga menonton TV Maharaja Lawak Mega aje.. hehehe dan seterusnya pengsan di atas katil empukku... Hari ini hingga ke saat ini aku masih di rumah melepak di bilikku sambil sambil menonton kisah sejuta ringgit jatuh kedebap.. hahaha nanti aku nak ulas citer kisah duit jatuh nih...

Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya... aku masih tercari cari apakah aktiviti yang dapat menyedapkan keluarga aku nih... Yang penting aku seharusnya keluar dari rumah dahulu tanpa tujuan yang jelas.. hehehe lagipun aku kene laa jenguk adik aku yang baru berhijrah ke KL bagi memulakan ekspedisi kerja beliau yang baru...

Destinasi ? Masih tercari cari... pilihan yang ada... window shopping kat IOI Mall ?... menaiki cruise boat kat The MInes atau pun ronda ronda kat IKEA... hurmmm... we will see... G12 sudah pasti dikelek dan bersiap sedia siaga untuk "menembak"...