Isnin, 30 Januari 2012

Tazkirah SEDAP ~ Fenomena Sungai Di Dalam Laut


Jika kamu termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." [Surah Al-Furqan (Ayat 53)]

"Dia biarkan dua lautan bertemu." - Surah Ar-Rahman (Ayat 19)
"Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus" [Surah Ar-Rahman (Ayat 20)]

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka.

Allahu Akbar. Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. 

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai. Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" [Surah Ar-Rahman (Ayat 13)]

Lagi Gambar Dan Video Mengenai Fenomena Sungai Di Dalam Laut..

Artikel Ini Senaja Di Post Di Pages Ini Untuk Memberi Kesedaran Kepada Kita Semua Bahawa Allah S.W.T. Maha Berkuasa Dari Segala-galanya.. 

Allahuakhbar!

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ 'Couple' Yang Halal


Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 

Indah kan?

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Siapalah Kita Untuk Menilai Insan Lain


Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah...

Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi status saya. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk saya. Ya! Termasuk saya. Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan gambar di bawah...

Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...

Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.Kkerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..

"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..

Melihat betapa pentingnya sikap positif tanpa memandang rendah insan lain, saya tertarik dengan konsep yang pernah dikongsikan sewaktu kursus KSPK lepas, dari sudut kanak-kanak, jangan sesekali kita melabelkan mereka... kerana mereka adalah insan yang masih baru mengenali dunia dan masih perlukan sokongan dan perhatian orang dewasa untuk berkembang... Jadi sebagai orang dewasa kita seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar bukannya melabel dan asyik memarahi... Sila ambil perhatian !

InsyaAllah, sesungguhnya semakin kita menerokai sesuatu ilmu yang bermanfaat, semakin banyak manfaat yang kita perolehi dan dapat dikongsikan bersama. Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat?

Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....

"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya"
[Surah Al-Isra' ayat 27]

Renungan buat kita semua...

Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... Wallahu alam..

Dikarang Oleh :
Nurul Aini Binti Marhaban

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung


Orang yang melakukan perjalanan jauh, yang memakan masa yang panjang, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pasti masalah yang mungkin dihadapi juga bila waktu dia akan balik menemui kaum keluarga dinasihatkan agar:

1. Memperbanyakkan istighfar, taubat dan memohon perlindungan atau pertolongan Allah s.w.t.

2. Melakukan sembahyang istikharah sebelum itu, sekiranya tidak pasti sama ada dia perlu pergi atau tidak.

3. Melengkapkan diri dengan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tempat yang dituju dan menyempurnakan segala keperluan yang berkaitan.

4. Berpesan atau berwasiat kepada mereka yang ditinggalkan terutamanya kepada isteri dan anak-anak andainya dia seorang suami, atau kepada sesiapa yang difikirkan perlu dengan menghadirkan saksi terhadap wasiat yang dilakukan. Andainya wasiat itu dilakukan dengan bertulis, maka itu adalah lebih baik.

Pesanan atau wasiat seperti ini tidak semestinya melibatkan mereka yang berkemungkinan tidak dapat menemui anak isteri dan kaum keluarga kerana nature perjalanannya, kesihatan diri atau lain-lain faktor, kerana qadak dan qadar Allah itu apabila telah ditetapkan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya.

5. Saling bermaafan dengan mereka yang ditinggalkan terutamanya kaum keluarga, orang tua juga guru.

6. Mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan memohon restu mereka dengan doa tertentu, antaranya doa yang bermaksud: Selamat tinggal. Kupertaruhkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan titipan-titipannya.

Hadis dari Nafi' daripada Ibn Umar beliau berkata:

Nabi apabila mengucapkan selamat jalan kepada seseorang, baginda memegang tangan lelaki berkenaan dan tidak melepaskannya, kecuali orang berkenaan yang mula melepaskan tangan baginda, sambil bersabda: ``Selamat jalan, aku mohon semoga Allah memelihara agama, amanah yang diberikan kepada kamu dan kesudahan amalanmu. - Hadis riwayat Imam Ahmad.

Hadis daripada Ibn Umar daripada Rasulullah, baginda bersabda: Sesungguhnya Allah, apabila dititipi sesuatu, Dia akan memeliharanya. - Hadis riwayat Ahmad.

7. Sunat bagi orang yang ditinggal minta didoakan oleh mereka yang musafir ke tempat yang baik, biarpun orang yang tinggal itu lebih afdal daripada diri orang yang musafir, kerana doa orang yang berada dalam keadaan musafir termasuk dalam doa mustajab. Ada tiga doa mustajab yang tidak diragukan padanya, iaitu doa orang yang kena zalim, doa orang yang musafir juga doa orang tua terhadap anaknya. - Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibn Majah.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Gambaran Mengenai Aurat Lelaki


Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.

Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Lagi Gambaran Mengenai Aurat Perempuan


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur :31].

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Rahsia Solat


Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Sampah Sarap Kehidupan


Seorang lelaki cuba memasukkan batu pelbagai saiz ke dalam sebuah bekas.

Mula-mula dimasukkan pasir, kemudian batu kecil dan akhirnya batu besar.

Malangnya batu besar tidak dapat dimasukkan sepenuhnya. Maka akhirnya batu besar ini ketinggalan daripada dimasukkan ke dalam bekas.

Batu besar tidak dapat dimasukkan kerana bekas tadi sudah hampir penuh dengan batu-batu kecil dan pasir yang diisikan awal tadi.

Sekarang, anggaplah bekas yang mahu diisikan tadi adalah kehidupan, lelaki yang memasukkan batu itu adalah kita, sedang batu-batu itu sendiri adalah semua perkara yang dilakukan di dalam kehidupan kita.

Apakah batu besar dalam kehidupan kita?

Apakah pula batu kecil dan pasir?

Batu besar adalah perkara-perkara yang sangat penting dan bermakna dalam kehidupan kita. Batu-batu kecil pula perkara yang penting manakala pasir adalah perkara yang kurang penting.

Namun, jika kita mengisi hidup ini seperti yang dilakukan oleh lelaki tadi, maka jadilah kehidupan kita seperti bekas batu yang diisikan olehnya. Hanya pasir dan batu kecil yang sempat terisi, manakala batu besar tidak muat.

Sedangkan yang sepatutnya diisikan sejak awal adalah batu besar, kemudiannya barulah diikuti dengan batu kecil dan pasir, bergantung kepada lebihan ruang yang ada.

Bekas tadi tidak akan berubah saiznya, sama juga seperti kehidupan kita. Setiap hari masa yang ada 24 jam, setiap minggu pula 7 hari. Begitulah kitarannya akan terus berputar selama empat minggu yang menggenapkan sebulan hingga bulan-bulan yang terkumpul sebanyak 12 pula akan mencukupkan setahun.

Namun, kebijaksanaan kitalah yang perlu dikerahkan demi mengisi ruang kehidupan yang sempit ini.

Apakah perkara penting dalam kehidupan kita?

Bila kita beli telefon bimbit baru, kita akan teliti buku manual yang disediakan oleh syarikat telefon bimbit berkenaan untuk memahami cara penggunaan telefon yang kita beli.

Begitu jugalah dengan kehidupan manusia.

Perlu dirujuk kepada buku manual yang dibuat oleh Pencipta manusia, iaitu Al-Qur\'an.

Maka Al-Qur'an telah menyebut bahawa terdapat satu perkara penting dalam hidup manusia, iaitu menjadi hamba kepada Allah.

Firman Allah,

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Beribadat kepada Allah dalam konteks kita sebagai seorang Islam tidaklah terbatas kepada solat, membaca Al-Qur'an, puasa, sedekah dan haji sahaja. Sebaliknya seluruh hidup kita bermula daripada bangun tidur hingga kita tidur semula boleh jadi ibadah bila kena caranya.

Kerana itulah apabila baginda nabi berpesan kepada kita dengan pesannya, "Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan", sangat perlu kepada kita untuk faham bahawa hidup kita di dunia ini akan berakhir. Sedangkan hidup di akhirat tidak akan berakhir.

Apa yang kita isi dalam kehidupan kita sangat penting untuk diperhatikan.

Jika tersalah hitung, bekas kehidupan bukan sahaja diisi oleh batu kecil dan pasir, malah ditimbuni sampah sarap!

Dikarang Oleh
Mohd Naimul Firdaus bin Abdul Latib

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Gambar Baju Replika Nabi Adam A.S.

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad. 

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam. 

Baju Nabi Adam A.S. Setinggi 29 meter

Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.

Tempoh menjahit 18 hari. Tinggi 29 meter dan lebar 9 meter..

Lagi Gambar Baju Replika Nabi Adam A.S. 

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Ahad, 29 Januari 2012

Grand Blue Wave, Johor Bahru


Hidup Mau SEDAP !!! Itu lah yang kira harap harapkan dalam hidup ini... namun bukan semua harapan kita tertunai kerana sudah pasti Allah Maha Mengetahui dan tentunya ada hikmah disebaliknya dan pastiya Allah tahu apa yang terbaek buat hambanya. Hidup ku jua begitu. Aku dikejutkan dgn berita pembantu amah ku yang  telah bertindak di luar batasan manusia... Aku malas nak cerita banyak cuma yang aku tau... akibat aku tidak membenarkan dia pulang setelah bekerja dengan kami selama 4 bulan menyebabkan dia mula memfitnah aku dan bagi aku... aku tidak dapat bertoleransi dalam hal ni. 

Aku menerima berita dari Agen Maid aku di JB tentang hal nih jam 3pm 26th January 2012. Rentetan keenganan aku membenarkan dia pulang bercuti mengundang satu lagi kisah yang aku rasa tidak munasabah. Aku tak fikir panjang dalam hal nih.... Bagi aku orang sebegini layak dicampak ke tong sampah. Aku siapkan kerja opis ku sehingga jam 12am dan memohon cuti kecemasan pada esok hari nya. Aku akan hantar balik orang yang tak guna nih ke tempat asalnya.

Penat  dan tension ? hahaha... buat apa aku fikir yang negatif... aku fikirkan yg manis manis ajer... mungkin ini takdir tuhan sebelum dia buat perkara yang lagi teruk kat family aku... baik aku buang maid aku nih... dan yang pastinya aku akan kesempatan ini membawa keluargu jalan jalan sementara dah terlajak ke JB kan kan kan.

Destinasi aku kali ini, aku cuba melepak di Grand Blue Wave, JB. Lokasinya bertentangan dengan tambak johor dan berhampiran dengan bandaraya Johor Bahru sememangnya memudahkan aku ronda ronda nanti. Aku menempah bilik Suite Executive memandangkan jenis studio dah habis. Tarak hal...hantam aje lah... dengan kos sebanyak RM245 semalam, aku rasa ok kut. Jadi setibanya aku sampai dan check in... aku terkejut beruk mat yeh wooo.... mak datuk... besar nye executive suite nih... ada dapur, ruang tamu dan 1 bilik. Kami 4 beranak ajer... tapi besarnya bukan main... hahaha layan je lah...

 

Yang pastinya aku akan pilih hotel yang baguih kemudahan Swimming Pool nya. Ternyata Grand Blue Wave Hotel tidak mengecewakan kami ! Petang tu aje 2 jam si irfan bergelumang berendam kat swimmimng pool tu... aku juga tidak terkecuali... hehehehe


Aku rumuskan Hotel Hotel Grand Blue Wave, JB :-

Lokasi : Strategik berhadapan dengan Tambak Johor, Woodland dan di tengah tengah Bandaraya Johor Bahru
Bilik : Terbaek dari segi saiz (sesuai utk 2 family sebenarnya). Susunan perabot yang teratur, suasana harmoni cuma TV aje masih jenis lama CRT... hahahaa
Suasana Bilik : Ok bersih, tarak bau hapak, tarak rasa seram...
Kemudahan bilik : Stended dan memuaskan. Sejadah disediakan di atas permintaan, ada tanda arah kiblat aje.
Kemudahan Hotel : Stended ada gymnasium dan kolam renang. Kolam renang terbaek laa. Semua golongan leh berenang. kedalaman yang berbeza. Ada data connection free access (wired).
Menu breakfast : ok..Lazat terutamanya puding roti dia...wow !
Layanan frontdesk : Baguih cepat respons. 10 minit dah leh check in !
Layanan receptionist : Mesra dan cepat. Tepon minta sejadah... 15 minit dah mai ketuk pintu... Baguih ! Terbaek !


Bagaimana dengan sarapan pagi di sana ? hahahaa... terbaek laa bagi aku..kene dengan tekak aku rasanya. Mungkin menu orang johor agaknya memang sesuai laa.... Lepas aku buang maid aku, lega rasa di hati... aku ajak mem try Mee Rebus Haji Wahid... perghh ! 2 pinggan sorang wooo.... Malam tu kami ronda ronda Bandraya JB (rasanya 3 kali aku pusing2 JB kut) pastu pekena nasi beryani kat permas jaya...itu pun  terbaek gak.... Pagi esoknya aku bersarapan di hotel aje (sekali pakej). Mem kata biasa ajer tapi bagi aku.. perghh !!! Terbaek... 


Pagi tu sempat lagi si irfan layan seround lagi mandi kolam... jam 1pm kami check out hotel. Ingatkan nak singgah melawat adik ipaq yang sakit tangan.. malangnya beliau juga sedang outing...so malas nak kacau... tepon lin pun dia kat Melaka tengah on da way balik JB... so aku terus menghala ke Hiway balik... Jam 5pm aku dah tiba di Rumahku Syurgaku !


~Sekian. TAMMAT !