Sabtu, 26 Mei 2012

Ubat SEDAP ~ Misai Kucing...



Aku adalah seorang yang cukup payah makan ubat... hatta ubat batuk cap kelapa laut yang orang kata best dan sedap pun aku payah nak telan.... masih teringat lagi ketika aku batuk kuat abahku memaksaku makan ubat batuk cap kelapa laut... aku boleh muntah balik.... punya laa marah abahku ketika itu... masa demi masa telah berlalu...aku masih setia dengan tabiat buruk nih... kalau pun aku insaf kejap dengan membeli vitamin dan makanan kesihatan tambahan, pastinya ia bersifat sementara...namun kali ini aku tekad... setelah usia dalam 3 series serta aku dikejutkan dgn kawan kawan sebaya ku sudah kembali ke rahmatullah... aku jadi insaf... walaupun ajal dan maut di tangan Allah... Allah mahu kita berusaha menjaga amanah Allah iaitu diri kita... maka terlahirlah seksyen terbaru ini iaitu berkenaan dengan ubat "SEDAP"...hehehehe...aku akan kongsikan apa jua makanan tambahan yang aku telah choba serta memberikan sedikit ulasan... aku harap korang jangan laa telan bulat bulat... aku hanya beri pandangan aku ajer...segala risiko akibat ulasanku... aku tidak akan bertanggungjawab...hehehehe... harapanku korang jugak buatlah sedikit pencarian dan kongsikan bersama sama tentang info yang diperolehi...


Kali ini aku nak berkongsi info tentang pokok Misai Kucing... rupa rupanya kawan kawan aku loop aku telah menchoba produk produk yang berasaskan misai kucing yang dipercayai telah digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang. Ada juga mendakwa ianya mampu menurunkan tekanan darah tinggi,gula dalam darah dan menurunkan berat badan. Setelah mendengar info info dari brother Azali, blogger SehastaMungkin, tobab dan kawan2 yang lain... aku telah menchobanya... produk yang dipilih oleh geng geng loop adalah cap Polens... mudah didapati di farmasi atau di toko toko yang menjualubatan herba... aku sebat 2 kotak dulu sebagai perchobaan...sekotak mempunyai 20 sachets berharga RM14 hengget...jadi sekotak aku letak di opis dan satu lagi ku bawa pulang... pada hari yang sama jugak aku minum 2 cawan di opis... aku siap letak gula lagi...namun geng geng loop kata tak payah laa letak gula... teh herba elok diminum begitu saja... mana lah aku tau..hehehehehe....
Ihsan dari Tobab...
Duta produk misai kucing
Pulang aja dari opis...aku tetiba jadi letih... sekejap aja, aku letak je kapla kat bantai teruih pengsan... pelik jugak aku...namun pagi esoknya...pergghhh.... aku bangun dengan penuh "bergaya"...tiada letih dan sakit kapla... terasa segar bak sesuci embun jantan yang menitik di waktu pagi hari.... aku tak pasti adakah ini "placebo effect" atau pun sesuatu yang klise... apa yang pasti, aku mulai hari ku dengan penuh semangat...

Hari ini adalah hari ke-dua aku menchoba...2 cawan dah aku teguk.... kesan yang aku alami skrang ni... agak lawas jugak laa ketika kencing dan "melabor" pun dah 2~3 kali gak nih... lagi satu aku dah start batuk batuk ... isap rokok pun dah tak syiok... betul laa kut depa ni ada cerita salah satu impak...  mungkin laa produk ni macam jenis detox ke apa yang menyahtoksin benda2 berbahaya dalam badan kita.... banyak kahak dah aku buang pun masih tetap ada.... aku harap simptom ini saementara aje laa... Anyway, anak aku cukup suka main kotak dia... Nanti aku kongsikan apa apa yang berkenaan dengan misai kucing nih.... tunggu !!!!


Rabu, 9 Mei 2012

Peranti SEDAP ~ Galaxy Note Phablet


Hidup Mau SEDAP !!! Aku hampir tergoda dengan Samsung Galaxy Note setelah DGFE hampir 4 bulan jugak lah.... melayari internet tok sah cakap laaa berapa juta kali...dah masuk 3 kali aku merambu kat IOI Mall kasik hands on.... soalan demi soalan kepada Ir Faris sudah bertubi tubi kurasa... racun dan tuba dari kawan kawan cukup menghangatkan suasana... sehinga suatu hari sanggup ku kata "Pergi Jahanam dengan DGFE"... mungkin sedikit emosional ketika itu rentetan ku rasa hidup kita ini terlalu singkat... namun akhir ku kembali ke pangkal jalan... kerna tujuan DGFE bukan lah menyeksa batin kita semata mata, bukan nya soal wang yang menjadi taruhan walhal ianya satu alat dan methode untuk kita meningkatkan lagi tahap sukaria...

Android 2.3.3 Gingerbread... ku rasa sudah setahun usianya... bagiku ia sudah usang dan keberet. Generasi Android 4.0 Ice-Cream Sandwich bakal menjelma dengan macam-macam feature tambahan termasuklah Angry Bird Space special stage. Ice Cream Sandwich adalah kemaskini terbaru platform Android. Ianya menawarkan fungsi rich notifications, fungsi skrin utama yang boleh diubahsuai, widget yang boleh diubah saiznya dan lebih interaktif berbanding platform Android yang sebelumnya.



Premium Suite pada Samsung Galaxy Note pula adalah kemaskini perisian yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note yang kini menawarkan lebih banyak fungsi, peningkatan kelajuan operasi dan pelbagai ciri-ciri multimedia lain. Pendek kata Premium Suite ini adalah sebuah kemaskini yang menjadikan Samsung Galaxy Note lebih menarik dan seronok untuk digunakan.

Secara umumnya, 4 ciri utama kemaskini Ice Cream Sandwich pada Samsung Galaxy Note:
  1. Kemaskini S Note
  2. Kemaskini S Memo
  3. My Story
  4. Angry Birds Space 30 level istimewa Danger Zone

Jadi ku rasa inilah feature yang kucari selama ini yang tiada kat tablet Ipad2 ku... alang alang ku tahan nafsuku ini... baik ku tunggu ice cream yang lazat dari melampiaskan nafsu kat roti halia yang sudah kusang dimamah usia... jika ada yang berkata... takyah tunggu rembat je dulu pastu leh upgrade kan... err... saya rasa itu agak berisiko... ada baiknya kita tahan aje nafsu nih.... DGFE rulezzz !!!! Sedikit pencuci mulut (dessert) untuk tatapan hangpa... Amacam... berbaloi tak kalau tunggu ??? hehehe !!!


Tag: Galaxy Note Ice Cream Sandwich ICS

Selasa, 1 Mei 2012

Demo sudah, berarak sudah, bergaduh pun sudah...err Sudah Bersih Kah ?

Tatkala negara kita dilanda fenomena demam kuning.... tak kira lah siapa dan pihak mana yang mencetusnya.... keganasan pasti akan terjadi dan berleluasa... siapakah kita manusia yang berani menjamin tiada apa yang berlaku... sedangkan rambut sama hitam hati lain lain... untuk apa berarak bak semut menghurung sesuatu ? apakah yang mahu dibersihkan... untuk apa ? Aku biarkan persoalan dan telahan hangpa semua... yang penting... liberalisasi, demokrasi dan kebebasan yang dituntun... adakah matlamat yang mahu dicapai ? Lihat lah apa yang akhirnya dicapai di Iraq, Libya dan laa ni di Syria ? Kebabasan tajaan barat akhirnya merugikan rakyat negara itu sendiri.... negara kucar kacir... rakyat berbunuhan dan bertelagah... barat pula duduk ketawa berdekah dekah melihat telatah umat islam saling berbalah sampai ke sudah....

The day I have lost faith in democracy, liberalization and freedom because everything have limit and boundaries... No absolute power exist except the resurrection of Daulah Islamiah... ressurrectiom the power of Khalifah... resurrection of Hukum Allah...

Blog ini membantah sekeras kerasnya demonstrasi secara keganasan dan membuta tuli.


Sedikit paparan lengkap insiden yang telah berlaku... kesian kan anak bangsa ku cenggini perilaku... teringat kata kata Syeikh Muhammad Abduh... nak tengok ciri ciri seorang muslim kat negara islam... memang payah... inikah yang kita nak warisi kepada generasi anak anak kita ? Good luck !


My 2cent



Jumaat, 20 April 2012

Perchobaan ngejas dual tone warna untuk potrait...

Assalamualaikum... rasanya dah 2 minggu aku tak menjengah ke mari rentetan kesibukan kerja yang tak surut surut gamaknya... kekalutan hidup yang tiada maid serta faktor waktu yang jelas sekali mencemburuiku... Walaupun tak sempat mencoret apa pun di blog..aku masih sempat mencurik sedikit waktu untuk melampiaskan minatku terhadap fotografi nih.... Kali nih aku main main dengan dual tone gambaq... macam syiok gak selepas berborak borak dengan blogger sehasta mungkin... aku belum memperincikan secara ilmiah... hanya suka suka mengejas gambaq gambaq yang sempat ku"tembak"... dan inilah hasilnya...

 
 
 

Selasa, 10 April 2012

Tahukah Anda tentang Cicak Tokek ?

Tokek adalah sejenis cicak yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat.

Habitat asal cicak ini adalah di dalam Hutan hujan Tropika, ia lebih sesuai hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing. Cicik tokek juga mudah untuk mengadaptasi suasana persekitaran kawasan perkampungan, dinding, siling rumah khususnya rumah papan kampung, serta ia aktif pada waktu malam untuk menangkap serangga sebagai makanannya. Namun berikutan kebanyakan kawasan hutan sudah terokai untuk dijadikan kawasan perbandaran, maka cicak tokek semaakin terancam dan sukar untuk mendapat habitatnya yang semulajadi menyebabkan populasi cicak ini semakin berkurangan. Pada akhirtahun 1980 hingga akhir tahun 1990, tokek mula diperkenalkan di Hawaii, Florida, Texas, Belize, dan sebahagian kepulauan Caribbean, kini ia merupakan spesies terancam.

Dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Tokay Gecko, juga dikenali sebagai Tuko atau Toko di Filipina, Tokek di Malaysia, Indonesia, dan Jawa. Orang Vietnam pula memanggilnya tắc kè. Cicak ini dapat dikenalpasti dari alunan vokalnya. Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini keraa saiz yang agak besar, kulitnya yang pelik walaupun unik serta jarinya dianggap boleh menyirat kulit orang terkena pada cakarannya. Di Filipina, kebayakkan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan haiwan berbahaya seperti kala jengking dan lipan.

Steady laa Tokek !!! hahahahahaha

Isnin, 9 April 2012

SEDAP ??? Steady laa Tokek !!! Hahahhhaha


Anda Bukan Lagi Manusia Kalau Boleh Lihat Gambar Ni Tanpa Rasa Pening Selepas Seminit 

Selasa, 3 April 2012

MAKAN SEDAP ~ Sekinchan Ikan Bakar, Cawangan B.B Bangi

Tiba tiba teringin nak makan ikan bakaq... kalau tanya kawan kawan atau geng2 loop... pasti mereka mencadangkan aku ke Bagan Lalang atau nak adventure sket...pi Jeram / Aroma Ikan bakaq kat Hulu Kuala Selangor... namun aku bukannya makan bersama keluarga ku aje... ni aku nak bawak keluarga mentua pii sekali... Mana laa orang tua larat nak jalan jauh jauh wooo...Hari Ahad pulak tu besok nak kene keje beb... jadi adik ipaq aku telah mencadangkan apakata kita terjah saja Sekinchan Ikan Bakaq... aku dah mula berkeriut dahi...Sekinchan ? Kat mana pulak tu... hhehehe... rupanya ada cawangan di B.B Bangi...so aku sepantas kilat terus menggogglekan peta...laa kat seksyen 4 ajer....okeh set !!!

2 Buah kereta meluncur menghala ke Bangi...suasana agak sibuk di susur keluar Bangi... maklum aje laa...selepas tol dan roundabout tu...jalan dah start mengecik...so secara theori nya tekanan darah kita akan start mencanak menahan shobar dek penangan jem... hehehehe

Aku dengan penuh kompiden nya terus menjadi ketua mengemudi konvoi 2 kereta menuju ke kawasan yang dituju namun gagal... aku kaget...rasanya betui dah kalau ikut GPS navigator aku nih tapi awat tak nampak sebatang habuk pun kedai nih... hah...jalan terbaek... berhenti dan tanya orang... orang tua tua kata...malu bertanya sesat jalan kan kan kan...setel... aku tegur laaa sorang brader nih... mana sekinchan ikan bakaq... dia kata owh abang dah silap nih...kene menghala ke jalan Reko...nanti abang nampak laa dekat Econsave itu ajer... brader tu siap sound lagi...takyah laa makan kat situ.... menyesal nanti... aku pelik dan terpinga pinga... rileks laa bro...wa baru nak try rasa.... kasik laa peluang...(itu suara dalam hati yer... demi menjaga Hablum minannas)
Mudah aje lokasinya tepi jalan besq...leh nampak... So lepas sampai...kami order 4 jenis ikan tambah sotong goreng tepung... ikan kene pii kaunter ikan utk pilih ikan laa....nasik utk 7 orang makan... nasik tambah 2 orang makan...ayaq laichee kang sorang satu...tempoh masa menunggu agak menchabar gak laa... ada dlm 45 minit menunggu...sempat laa aku riki cari roti telur mamak untuk si irfan makan nanti...perut pun dah start berkeronchong... suasana agak hangat... nasib baik baby Iesya tak wat hal walaupun suasana yang panas dan so'oh ! Akhirnya ikan ikan pun sampai untuk menjadi santapan kami sekeluarga... Apalagi terkam !!!!


Secara keseluruhannya... Yaa memang SEDAP SEDAP belaka semua masakan... tapi kalau nak lagi Fresh...kene try riki tempat lain lah kut.... Berapa damage cost ? Hanya lebih kurang RM180... ok kan ? hehheehhehe

Kisah dari Nilai ke Sg Gadut...


Kisahnya amat mudah... dah 2 hari si irfan asyik mengulangi perkara yang sama kat aku.... dia nak naik komuter "yellow train" sampai aku tak larat nak mengiyakannya.... Tambahan pula to'bah dan poksu pun ada sini...sudah pasti si irfan akan mengajak mereka juga dan akhirnya aku tertewas dalam persada pujuk rayu irfan..... Tengahari Sabtu lepas.... cuaca nampak tenang dan maneh molek.... akhirnya ku tunaikan jua permintaan si irfan...

Keadaan stesen Nilai agak lengang.... Si irfan melompat kegirangan sambil bertanya denganku... benarkah kita nak naik komuter ? Aku diam sahaja.... beliau nampak nya tidak dapat menahan keterujaan.... tak duduk diam dia kat situ..... Rata rata pengguna komuter di stesen Nilai masih ada yang menunggu...kami terpaksa menyeberangi landasan melalui jejantas kerna destinasi kami kali ini adalah Sg Gadut... destinasi yang agak baru telah diperkenalkan selepas stesen Seremban dan Senawang. Kelihatan tak ramai yang mahu menuju ke arah selatan.... hrap harap ada laa tempat kosong untuk kami duduk nanti....G12 ku kelek ke hulu ke hilir choba mencari subjek selain irfan namun tiada yang menarik... hanya telatah irfan laa dapat menghidup suasana diselitkan dgn soalan bertalu talu bilakah kiranya train blue yellow akan tiba... hurm.....
Satu fenomena yang aku rasa aneh... sat ajer orang mai.... mai komuter terus sapu semua aku habaq ang... rupa rupanya baru ku perasan.... ada pertambahan koc daaa.... kulihat koc yang  baru bukan lagi warna "yellow blue" lagi tapi warna beige siap dengan logo 1Malaysia... hahahaha no komen pasai itu...... perasaan irfan kulihat makin tidak keruan... komuter yang kami tunggu masih belum kunjung tiba... akhirnya sampai jugak lah... cuma ralat sket sbb tak dapat laa kami merasa koc yang baru sbb hat mai adalah jenis lama "blue-yellow" train kata irfan... kapasiti ku agak sudah 75% penuh... namun dapat juga tempat utk kami melabuhkan punggung kami...hehehehe.... suasana tak lah padat seperti trip kami dahulu...


Perjalanan dari Nilai ke Sg Gadut mengambil masa lebih 30~40 minit... Irfan menumpukan seluruh perhatian menikmati perjalanan yang semakin selesa terutamanya selepas stesen Seremban...barangkali trek yang masih baru agaknya tren komuter ini meluncur laju membelah angin...laju gak.... sampai di stesen Sg Gadut... pembelian tiket masih manual...aku terus membeli tiket balik semula.... semata mata utk membawa irfan menikmati suasana menaiki komuter..... berbaloi ? Yaa sangat lumayan.....kerna aku dapat bersama anakku menikmati apa yang dia suka..aku tumpang gembira....

Ahad, 25 Mac 2012

Peranti SEDAP ~ Post Pertama

Yaa... Hidup Mau SEDAP... walaupun hakikatnya sebulan dua ni aku amat kesuntukan masa dek penangan tuntunan kerja namun... jika ada masa yang terluang... boleh lah aku melampiaskan sedikit bebanan di jemala ku kat sini... kali ni aku nak kongsi ruangan baru iaitu Peranti SEDAP... aku memang meminati bidang elektronik sejak di bangku sekolah lagi... jadi segala informasi aku pasti mengikuti tak kira laa dari media cetak...elektronik mahupun media massa.... pasti ruangan teknoligi takkan ku lepaskan....

Kali ni aku nak berkongsi satui benda yang murah...namun bagus rasanya... memandangkan aku ada workstation bersebelahan dengan TV LCD 40" kat bilik aku nih, jadi aku ingin nak sambungkan pc aku nih kat TV...mudahlah nak layan movia hanya aku pasangkan kat pc aku just pakai VGA cable ajer.... dan aku rasa ini jer jalan yang terbaek... aku dah choba media player.. hampeh buang duit... aku dah choba dengan alat converter VGA kepada HDMI... pun sama... pasti ada kelewatan (delay)... audio dan video tak synchronize serta  "hang" pun ada gak terutamanya jika melayan cerita bertaraf "Bluray".

Jadi inilah alat yang boleh switch over antara monitor pc aku dengan TV LCD dengan mudah dan pantas... nampak mudah kan tetapi berbaloi dengan harganya.... SEDAP !


Oh yer... pasti ada yang bertanya... tak perlu DGFE ker nak beli benda2 nih ? hehehehe.... Menurut Sistem JAR 6, ada peruntukan untuk benda alah ni, jadi sekiranya menjadi keperluan... aku akan beli...hehehehehe..... harap maklum

Kuda ku Lari Gagah Berani....

Kali ni dah masuk 3 minggu berturut turut aku ke IOI Mall Puchong meladeni anakku si irfan... cukup suka dia main benda alah ni...sekali naik je 2 hengget... minimum 3-4 round .... terus terang ku katakan...aku akan pening, mual dan berpinar kalau aku naik benda alah ni...pada mulanya aku teman laa si irfan naik takut laa dia tak biasa lagi kan... takut jatuh pun ye gak...... setelah habis ajer..... ku rasa kapla ku pusing... mata terasa berat serta ku lihat orang disekelilingku samar samar jer.... tu yang aku tunggu kat luar jer.... lagi pun agak selamat laa benda ini...ada tali yang ikat kat pinggang dan takde lah laju sangat.... anyway bila ku lihat irfan menunggang ini benda...tetiba lagu kak pah terngiang ngiang di benak fikiranku... panjang betui harakat kak pah nyanyi... kuda punya pasai...hahahahahhaa