Selasa, 19 Jun 2012

Tazkirah SEDAP - Khutbah Terakhir Rasulullah..


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Layari http://www.islam.gov.my/

Isnin, 18 Jun 2012

Hidup Mau SEDAP !!! Euro 2012

Hidup Mau SEDAP !!! Yaaa.....Seperti tahun tahun yang sudah... aku masih tidak berganjak dan tetap bersama dengan pasukan pilihanku... Germany !!! Hail Fuhrer Hail !!! Bagiku corak permainan mereka bagus dari segi taktikal bagaikan "machine" dalam cerita terminator.. hehehe dan bagiku, kehadiran mereka ditakdirkan untuk memecahkan dominasi pasukan merah mcm Sepangnyiol dan Portugal dalam perlawanan yang berprestige nih... Pasukan Germany nih berada dlm Group  B bersama sama dengan Portugal, Belanda dan  Denmark dan dikenali sebagai "Group of Death" berikutan pasukan dlm group B nih bukan calang calang pasukan... dan ternyata 2 perlawanan  yang sudah, Germany mencatatkan kemenangan bergaya dalam kempen EURO 2012... menewaskan portugal 1-0 dan membenam oranje 2-1... sudah cukup untuk menempatkan diri selaku juara Group B... Tunggu malam nih... harap harap Germany benamkan Denmark dgn penuh gaya dan bermaruah.... agak agak 3-1 sudah cukup sorang satu  klose, podolski, gomez melampiaskan dendam kesumat yang terbuku di lubuk hati nurani yang paling dalam....

Dan aku harap aku masih mampu berjaga malam menyaksikannya.... 2.45am tuu dan kene kerja pulak esok hari nya... I'll try... hehehehe....


Nota Kaki : Jersey Germany masih belum ada lagi.... belum ada rezeki....

Jumaat, 15 Jun 2012

Hidup Mau SEDAP ~ Sikit sikit lama lama jadi bukit

Simpanan tahun ini utk anak anak nak belajar nanti...Alhamdulillah rezeki Allah...

Ahad, 27 Mei 2012

Ubat SEDAP ~ Duromine yang LAZAT tapi...



Assalamualaikum semua... Hari ini saya nak berkongsi pengalaman menchoba ubat ini yang diberi nama Duromine. Bagi saya ubat ini sangat berkesan kerana ia berfungsi menyekat nafsu makan menyebabkan kita tidak terasa lapar langsung. Duromine merupakan bahan aktif yang berbentuk kapsul dan berisi phentermine sebagai alat penekan  nafsu makan (appetite suppressant).  Biasanya Duromine tersedia dalam 3 kekuatan/dosis, 15mg, 30mg & 40 mg.  Sejak diperkenalkan pertama kali, Duromine telah berhasil dimanfaatkan sebagai terapi untuk membantu orang-orang yang berkelebihan berat badan untuk menurunkan beratnya secara santai dan sukses.  Duromine direkomendasikan hanya untuk pesakit yang obes berat badan macam aku laa atau lebih dan akan digunakan dalam kombinasi diet sehat dan olahraga. Duromine dianggap baik hanya untuk pesakit dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau diabetes. Duromine merupakan "appetitie suppresant" dan mengurangi nafsu makan dengan mempengaruhi sistem saraf pusat dengan bahan kimia aktif.  Phentermine adalah unsur aktif dalam duromine yang mempengaruhi neurotransmitter di otak yang menyebabkan rangsangan di area yang mengontrol nafsu makan. Rangsangan ini mempengaruhi keinginan makan dan rasa lapar berkurang. 

Namun aku menchoba secara konsisten selama 6 bulan sahaja kerana penggunaan jangka panjang phentermine tidak dianjurkan dan juga karena penggunaan jangka panjang cenderung membuat phentermine tidak efektif. Phentermine dapat menyebabkan kita rasa ketagih (sebab duromine ni pun geng amphetamine jugak aku rasa ) dan karenanya harus dikawal dalam penggunaannya.  Duromine juga bertindak dengan memecah lemak yang tersimpan.

Jika merujuk kepada forum perubatan, kesan sampingan ubat Duromine ni adalah seperti berikut :-

* Merasa gelisah
* Merasa lemah
* Tekanan darah tinggi
* Perubahan dalam drive Seks
* Sembelit
* Sakit kepala
* Kesulitan bernafas
* Kekeringan pada mulut
* Imsomnia

Simptom dari duromine dengan dos yang berlebih termasuk kelebihan tenaga, tremor, laju pernafasan meningkat, kebingungan, panik, kelelahan berlebihan, depresi, hipertensi.

Duromine harus dihindari dalam kondisi apapun jika Anda menderita dari salah satu kondisi medis yang diberikan di bawah ini:

* Tekanan darah sangat tinggi
* Masalah dengan hati
* Penyakit jantung
* Penyempitan pembuluh darah

Simptom di atas tak sama di antara individu dengan individu yang lain... Aku mengalami kekurangan air, kulit menjadi kering dan menggelupas serta tak boleh tidor malam... Oleh yang demikian, aku berhenti mengambil ubat ini secara serta merta.

Saya tidak sarankan anda menchoba ubat ini... serius... walaupun anda boleh menurunkan berat badan secara drastik, namun kesan sampingannya tidak berbaloi....

Semoga beri manfaat...

Ubat SEDAP ~ Orlistat si pil biru


Wujudkah ubat yang SEDAP ? hahaha aku sendiri tak mengerti sehingga ke saat ini. Bagiku ubat adalah sesuatu yang pastinya pahit, payau dan menjelikkan... Namun setelah menjejakkan kaki ke umur era 3 series ni... mau tak mau kene jugaklah beringat... jadi aku nak kongsikan sesuatu yang aku kene makan berikutan paras triglycerides dan kolestrol aku sudah melepasi had kelayakan sebenarnya... Ubatnya berwarna biru... harga dlm 3 ringgit sebijik yang diberi nama Orlistat keluaran xenical dan banyak jugak jenama generic yang harganya aku rasa boleh dapat sekitar 2 ringgit sebijik.

Xenical (orlistat) ni berfungsi menyekat sesetengah lemak yang kita makan, mencegah agar lemak  dari hasil pemakanan  diserap oleh badan anda. Xenical digunakan bersama-sama dengan diet yang dikurangkan kalori dan penyelenggaraan berat untuk merawat obesiti di kalangan orang yang mempunyai faktor risiko tertentu (seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi atau triglycerides). 

Namun kalau anda menchoba ubat ini...hati hati ketika kentut atau "melabor" kerana lemak yang tidak diserap ke dalam tubuh kita akan dinyahkan melalui proses penyahtinjaan berbentuk minyak oren... jika tidak pasti anda akan terkincit dengan lelehan minyak di punggung anda... hahahaha jaga jaga yaa.... anda juga tak perlu meneran ketika "melabor"...hanya perlu berdehem sudah cukup untuk proses penyahtinjaan berlaku... sangat efisien... heheheheh...

Ubat ini sebenarnya perlu mendapat kebenaran dari doktor kerana ia mungkin memberi kesan sampingan terutamanya pesakit yang mempunyai penyakit kardiovaskular, masalah dengan hati atau pun tidak boleh diambil oleh wanita yang sedang mengandung kerana selain dia menghalang lemak diserap ke dalam tubuh, ia juga menghalang  beberapa vitamin yang diperlukan oleh badan diserap. Jadi pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor anda sebelum menchoba...

Aku pernah mengambil ubat ini secara konsisten selama 3 bulan... hasilnya memang bagus... paras kolesterol turun, berat badan menyusut tetapi ada kesan sampingannya seperti aku cepat letih dan aku memerlukan air dalam kuantiti yang banyak... Jadi aku berhenti ambil ubat ini dan hanya makan ketika aku melantak makanan berkolesterol tinggi seperti layan sup kambing ka atau apa jua makanan berminyak... Jadi, dalam kantung ubatku, pasti ada bekalan jika saat memerlukan...

Sabtu, 26 Mei 2012

Ubat SEDAP ~ Misai Kucing...



Aku adalah seorang yang cukup payah makan ubat... hatta ubat batuk cap kelapa laut yang orang kata best dan sedap pun aku payah nak telan.... masih teringat lagi ketika aku batuk kuat abahku memaksaku makan ubat batuk cap kelapa laut... aku boleh muntah balik.... punya laa marah abahku ketika itu... masa demi masa telah berlalu...aku masih setia dengan tabiat buruk nih... kalau pun aku insaf kejap dengan membeli vitamin dan makanan kesihatan tambahan, pastinya ia bersifat sementara...namun kali ini aku tekad... setelah usia dalam 3 series serta aku dikejutkan dgn kawan kawan sebaya ku sudah kembali ke rahmatullah... aku jadi insaf... walaupun ajal dan maut di tangan Allah... Allah mahu kita berusaha menjaga amanah Allah iaitu diri kita... maka terlahirlah seksyen terbaru ini iaitu berkenaan dengan ubat "SEDAP"...hehehehe...aku akan kongsikan apa jua makanan tambahan yang aku telah choba serta memberikan sedikit ulasan... aku harap korang jangan laa telan bulat bulat... aku hanya beri pandangan aku ajer...segala risiko akibat ulasanku... aku tidak akan bertanggungjawab...hehehehe... harapanku korang jugak buatlah sedikit pencarian dan kongsikan bersama sama tentang info yang diperolehi...


Kali ini aku nak berkongsi info tentang pokok Misai Kucing... rupa rupanya kawan kawan aku loop aku telah menchoba produk produk yang berasaskan misai kucing yang dipercayai telah digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang. Ada juga mendakwa ianya mampu menurunkan tekanan darah tinggi,gula dalam darah dan menurunkan berat badan. Setelah mendengar info info dari brother Azali, blogger SehastaMungkin, tobab dan kawan2 yang lain... aku telah menchobanya... produk yang dipilih oleh geng geng loop adalah cap Polens... mudah didapati di farmasi atau di toko toko yang menjualubatan herba... aku sebat 2 kotak dulu sebagai perchobaan...sekotak mempunyai 20 sachets berharga RM14 hengget...jadi sekotak aku letak di opis dan satu lagi ku bawa pulang... pada hari yang sama jugak aku minum 2 cawan di opis... aku siap letak gula lagi...namun geng geng loop kata tak payah laa letak gula... teh herba elok diminum begitu saja... mana lah aku tau..hehehehehe....
Ihsan dari Tobab...
Duta produk misai kucing
Pulang aja dari opis...aku tetiba jadi letih... sekejap aja, aku letak je kapla kat bantai teruih pengsan... pelik jugak aku...namun pagi esoknya...pergghhh.... aku bangun dengan penuh "bergaya"...tiada letih dan sakit kapla... terasa segar bak sesuci embun jantan yang menitik di waktu pagi hari.... aku tak pasti adakah ini "placebo effect" atau pun sesuatu yang klise... apa yang pasti, aku mulai hari ku dengan penuh semangat...

Hari ini adalah hari ke-dua aku menchoba...2 cawan dah aku teguk.... kesan yang aku alami skrang ni... agak lawas jugak laa ketika kencing dan "melabor" pun dah 2~3 kali gak nih... lagi satu aku dah start batuk batuk ... isap rokok pun dah tak syiok... betul laa kut depa ni ada cerita salah satu impak...  mungkin laa produk ni macam jenis detox ke apa yang menyahtoksin benda2 berbahaya dalam badan kita.... banyak kahak dah aku buang pun masih tetap ada.... aku harap simptom ini saementara aje laa... Anyway, anak aku cukup suka main kotak dia... Nanti aku kongsikan apa apa yang berkenaan dengan misai kucing nih.... tunggu !!!!


Rabu, 9 Mei 2012

Peranti SEDAP ~ Galaxy Note Phablet


Hidup Mau SEDAP !!! Aku hampir tergoda dengan Samsung Galaxy Note setelah DGFE hampir 4 bulan jugak lah.... melayari internet tok sah cakap laaa berapa juta kali...dah masuk 3 kali aku merambu kat IOI Mall kasik hands on.... soalan demi soalan kepada Ir Faris sudah bertubi tubi kurasa... racun dan tuba dari kawan kawan cukup menghangatkan suasana... sehinga suatu hari sanggup ku kata "Pergi Jahanam dengan DGFE"... mungkin sedikit emosional ketika itu rentetan ku rasa hidup kita ini terlalu singkat... namun akhir ku kembali ke pangkal jalan... kerna tujuan DGFE bukan lah menyeksa batin kita semata mata, bukan nya soal wang yang menjadi taruhan walhal ianya satu alat dan methode untuk kita meningkatkan lagi tahap sukaria...

Android 2.3.3 Gingerbread... ku rasa sudah setahun usianya... bagiku ia sudah usang dan keberet. Generasi Android 4.0 Ice-Cream Sandwich bakal menjelma dengan macam-macam feature tambahan termasuklah Angry Bird Space special stage. Ice Cream Sandwich adalah kemaskini terbaru platform Android. Ianya menawarkan fungsi rich notifications, fungsi skrin utama yang boleh diubahsuai, widget yang boleh diubah saiznya dan lebih interaktif berbanding platform Android yang sebelumnya.



Premium Suite pada Samsung Galaxy Note pula adalah kemaskini perisian yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note yang kini menawarkan lebih banyak fungsi, peningkatan kelajuan operasi dan pelbagai ciri-ciri multimedia lain. Pendek kata Premium Suite ini adalah sebuah kemaskini yang menjadikan Samsung Galaxy Note lebih menarik dan seronok untuk digunakan.

Secara umumnya, 4 ciri utama kemaskini Ice Cream Sandwich pada Samsung Galaxy Note:
  1. Kemaskini S Note
  2. Kemaskini S Memo
  3. My Story
  4. Angry Birds Space 30 level istimewa Danger Zone

Jadi ku rasa inilah feature yang kucari selama ini yang tiada kat tablet Ipad2 ku... alang alang ku tahan nafsuku ini... baik ku tunggu ice cream yang lazat dari melampiaskan nafsu kat roti halia yang sudah kusang dimamah usia... jika ada yang berkata... takyah tunggu rembat je dulu pastu leh upgrade kan... err... saya rasa itu agak berisiko... ada baiknya kita tahan aje nafsu nih.... DGFE rulezzz !!!! Sedikit pencuci mulut (dessert) untuk tatapan hangpa... Amacam... berbaloi tak kalau tunggu ??? hehehe !!!


Tag: Galaxy Note Ice Cream Sandwich ICS

Selasa, 1 Mei 2012

Demo sudah, berarak sudah, bergaduh pun sudah...err Sudah Bersih Kah ?

Tatkala negara kita dilanda fenomena demam kuning.... tak kira lah siapa dan pihak mana yang mencetusnya.... keganasan pasti akan terjadi dan berleluasa... siapakah kita manusia yang berani menjamin tiada apa yang berlaku... sedangkan rambut sama hitam hati lain lain... untuk apa berarak bak semut menghurung sesuatu ? apakah yang mahu dibersihkan... untuk apa ? Aku biarkan persoalan dan telahan hangpa semua... yang penting... liberalisasi, demokrasi dan kebebasan yang dituntun... adakah matlamat yang mahu dicapai ? Lihat lah apa yang akhirnya dicapai di Iraq, Libya dan laa ni di Syria ? Kebabasan tajaan barat akhirnya merugikan rakyat negara itu sendiri.... negara kucar kacir... rakyat berbunuhan dan bertelagah... barat pula duduk ketawa berdekah dekah melihat telatah umat islam saling berbalah sampai ke sudah....

The day I have lost faith in democracy, liberalization and freedom because everything have limit and boundaries... No absolute power exist except the resurrection of Daulah Islamiah... ressurrectiom the power of Khalifah... resurrection of Hukum Allah...

Blog ini membantah sekeras kerasnya demonstrasi secara keganasan dan membuta tuli.


Sedikit paparan lengkap insiden yang telah berlaku... kesian kan anak bangsa ku cenggini perilaku... teringat kata kata Syeikh Muhammad Abduh... nak tengok ciri ciri seorang muslim kat negara islam... memang payah... inikah yang kita nak warisi kepada generasi anak anak kita ? Good luck !


My 2cent



Jumaat, 20 April 2012

Perchobaan ngejas dual tone warna untuk potrait...

Assalamualaikum... rasanya dah 2 minggu aku tak menjengah ke mari rentetan kesibukan kerja yang tak surut surut gamaknya... kekalutan hidup yang tiada maid serta faktor waktu yang jelas sekali mencemburuiku... Walaupun tak sempat mencoret apa pun di blog..aku masih sempat mencurik sedikit waktu untuk melampiaskan minatku terhadap fotografi nih.... Kali nih aku main main dengan dual tone gambaq... macam syiok gak selepas berborak borak dengan blogger sehasta mungkin... aku belum memperincikan secara ilmiah... hanya suka suka mengejas gambaq gambaq yang sempat ku"tembak"... dan inilah hasilnya...

 
 
 

Selasa, 10 April 2012

Tahukah Anda tentang Cicak Tokek ?

Tokek adalah sejenis cicak yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat.

Habitat asal cicak ini adalah di dalam Hutan hujan Tropika, ia lebih sesuai hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing. Cicik tokek juga mudah untuk mengadaptasi suasana persekitaran kawasan perkampungan, dinding, siling rumah khususnya rumah papan kampung, serta ia aktif pada waktu malam untuk menangkap serangga sebagai makanannya. Namun berikutan kebanyakan kawasan hutan sudah terokai untuk dijadikan kawasan perbandaran, maka cicak tokek semaakin terancam dan sukar untuk mendapat habitatnya yang semulajadi menyebabkan populasi cicak ini semakin berkurangan. Pada akhirtahun 1980 hingga akhir tahun 1990, tokek mula diperkenalkan di Hawaii, Florida, Texas, Belize, dan sebahagian kepulauan Caribbean, kini ia merupakan spesies terancam.

Dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Tokay Gecko, juga dikenali sebagai Tuko atau Toko di Filipina, Tokek di Malaysia, Indonesia, dan Jawa. Orang Vietnam pula memanggilnya tắc kè. Cicak ini dapat dikenalpasti dari alunan vokalnya. Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini keraa saiz yang agak besar, kulitnya yang pelik walaupun unik serta jarinya dianggap boleh menyirat kulit orang terkena pada cakarannya. Di Filipina, kebayakkan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan haiwan berbahaya seperti kala jengking dan lipan.

Steady laa Tokek !!! hahahahahaha