Selasa, 10 Julai 2012
Ahad, 8 Julai 2012
Jumaat, 22 Jun 2012
Makan SEDAP ~ Garrett Popcorn terbaek !!!

Hidup Mau SEDAP !!! Yaa... aku kembali mencuri masa tidorku untuk berkongsi sesuatu yang sedap dikala dinihari nih... Apa taknya... hari ini sudah tertulis rezekiku dapat merasai kelazatan dan keenakkan popcorn yang sudah lama ku mencari... asyik popcorn kat panggung aje... macam tak ikhlas dan kedekut aje nak tambah perisa caramelnya membuatku sering tidak puashati dan pernah ku terpikir kalau lah aku bukak bisnes popcorn..aka kusaluti bertih jagung itu penuh dengan caramel agar semua pelangganku puas....
Segala-galanya bermula...jeng jeng jeng... lunch time aku buntu sejak tobab cuti... geng loop lunch terus berkubur entah ke mana...dah 2 hari aku melampiaskan nafsu makan di medan cafe opisku aje... namun hari nih...aku meluahkan sesuatu kat afiz tentang hasrat mem aku nak makan popcorn sedap... mcm mengidam pun ye gak... lantas afiz kata ...ada satu popcorn memang syiok kat KLCC dan jom...naik kete aku... ajak sue... hehehe aku bagaikan orang yang disorongkan bantal aja lagaknya... Jadi kami tunggu Sue (blogger Platspender) kat lobi...punye laa lambat nak mai...tau laa lutut dia ada sedikit terkehel tapi dah 10 minit tunggu... call punye call rupanya dia tunggu lain lobi daa... apakehe ni yob ???
Setelah parking kereta kami lantas ke tingkat bawah berhampiran dgn maybank, bersebelahan dengan Candylicious... disitulah terletaknya kedai Garret Popcorn Shop. Mengikut sejarahnya Garret Popcorn Shop yang berasal dari Chicago nih telah wujud sejak tahun 1949 dan sebelum membuka cawangannya di Malaysia pada 11.11.11, mereka telah menjelajah ke New York, Dubai dan Singapura. Kita bertuah kerana bukan ada 1 kedai malah 2 kerana dikatakan ada satu lagi kedai terletak di One Utama. Apa yang best ? hehehe sudah tentulah rasanya dan juga "harganya" jika dibandingkan dengan popcorn kat panggung wayang... Terdapat pelbagai saiz yang memenuhi citarasa pelanggan samada mau bungkus kecil, sederhana besar , 1 gallon atau 2 gallon dan terdapat 5 jenis perasa pilihan untuk menjadi santapan anda...Nih aku senaraikan harga yang aku rasa berbaloi baloi walaupun mahal tetapi kualitinya terbalas...
Alang-alang misi tercapai di KLCC... aku lunch kat food court kat atas bersama sama nadeen, sue dan afiz... punye laa havoc orang ramai ketika itu...nak cari meja pun kena round 2~3 kali...akhirnya dapat gak tempat... aku tanpa pikir panjang... terus cari nasi... nampaknya hanya mamak menjadi pilihan...si nadeen pekena Ayam penyet dan sue dan afiz pulak hehehe... depa makan Sandwich Subway... Si sue katanya nak choba apa betui kaa sedap sandwich tujuh hengget setengah ni... hahaha... choba punye choba si nadeen mencelah...awat daging putih... hahahah terbayang daging benda alah lain laa pulak teruih potong selera sue... kah kah kah !!! dia leh cari nasik mamak gak pastu.... aku pun terai jugaklah sandwich subway ni... memang laa potong... takde nikmat... dalam hati ku berkata... inilah kali pertama dan terakhir aku makan subway.... memang tak berbaloi bagiku..... Yang penting lunch tu kami heppi...misi tercapai dan bila ku pulang... mem tak putus putus kata... yesszaa Popcorn terbaekk setakat ini... Aku berkerut aik ? ada popcorn yang lebih baik ke nih ? bagiku ini lah popcorn yang terbaek di atas muka bumi ini....
-TAMMAT-
Selasa, 19 Jun 2012
Tazkirah SEDAP ~ Memang ALLAH Sengaja....

Memang ALLAH Sengaja....
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kitasedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
Tazkirah SEDAP - Khutbah Terakhir Rasulullah..

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Layari http://www.islam.gov.my/
Isnin, 18 Jun 2012
Hidup Mau SEDAP !!! Euro 2012
Hidup Mau SEDAP !!! Yaaa.....Seperti tahun tahun yang sudah... aku masih tidak berganjak dan tetap bersama dengan pasukan pilihanku... Germany !!! Hail Fuhrer Hail !!! Bagiku corak permainan mereka bagus dari segi taktikal bagaikan "machine" dalam cerita terminator.. hehehe dan bagiku, kehadiran mereka ditakdirkan untuk memecahkan dominasi pasukan merah mcm Sepangnyiol dan Portugal dalam perlawanan yang berprestige nih... Pasukan Germany nih berada dlm Group B bersama sama dengan Portugal, Belanda dan Denmark dan dikenali sebagai "Group of Death" berikutan pasukan dlm group B nih bukan calang calang pasukan... dan ternyata 2 perlawanan yang sudah, Germany mencatatkan kemenangan bergaya dalam kempen EURO 2012... menewaskan portugal 1-0 dan membenam oranje 2-1... sudah cukup untuk menempatkan diri selaku juara Group B... Tunggu malam nih... harap harap Germany benamkan Denmark dgn penuh gaya dan bermaruah.... agak agak 3-1 sudah cukup sorang satu klose, podolski, gomez melampiaskan dendam kesumat yang terbuku di lubuk hati nurani yang paling dalam....
Dan aku harap aku masih mampu berjaga malam menyaksikannya.... 2.45am tuu dan kene kerja pulak esok hari nya... I'll try... hehehehe....
Dan aku harap aku masih mampu berjaga malam menyaksikannya.... 2.45am tuu dan kene kerja pulak esok hari nya... I'll try... hehehehe....
.jpg)
Nota Kaki : Jersey Germany masih belum ada lagi.... belum ada rezeki....
Langgan:
Catatan (Atom)








