Rabbi najjini wa ahli mimma ya’maluna.
Ertinya: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dan keluargaku dari perbuatan mereka.”

Segala-galanya bermula...jeng jeng jeng... lunch time aku buntu sejak tobab cuti... geng loop lunch terus berkubur entah ke mana...dah 2 hari aku melampiaskan nafsu makan di medan cafe opisku aje... namun hari nih...aku meluahkan sesuatu kat afiz tentang hasrat mem aku nak makan popcorn sedap... mcm mengidam pun ye gak... lantas afiz kata ...ada satu popcorn memang syiok kat KLCC dan jom...naik kete aku... ajak sue... hehehe aku bagaikan orang yang disorongkan bantal aja lagaknya... Jadi kami tunggu Sue (blogger Platspender) kat lobi...punye laa lambat nak mai...tau laa lutut dia ada sedikit terkehel tapi dah 10 minit tunggu... call punye call rupanya dia tunggu lain lobi daa... apakehe ni yob ???
Setelah parking kereta kami lantas ke tingkat bawah berhampiran dgn maybank, bersebelahan dengan Candylicious... disitulah terletaknya kedai Garret Popcorn Shop. Mengikut sejarahnya Garret Popcorn Shop yang berasal dari Chicago nih telah wujud sejak tahun 1949 dan sebelum membuka cawangannya di Malaysia pada 11.11.11, mereka telah menjelajah ke New York, Dubai dan Singapura. Kita bertuah kerana bukan ada 1 kedai malah 2 kerana dikatakan ada satu lagi kedai terletak di One Utama. Apa yang best ? hehehe sudah tentulah rasanya dan juga "harganya" jika dibandingkan dengan popcorn kat panggung wayang... Terdapat pelbagai saiz yang memenuhi citarasa pelanggan samada mau bungkus kecil, sederhana besar , 1 gallon atau 2 gallon dan terdapat 5 jenis perasa pilihan untuk menjadi santapan anda...Nih aku senaraikan harga yang aku rasa berbaloi baloi walaupun mahal tetapi kualitinya terbalas...
