Selasa, 10 Julai 2012

Amalan SEDAP ~ Ayat 1000 Dinar



Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Doa SEDAP ~ Sebelum & Selepas Kerja


Doa SEDAP ~ Untuk Penerang Hati




Doa & Amalan SEDAP ~ Untuk Menangani Anak Yang Nakal

1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu


6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 1023.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.



 

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Doa SEDAP ~ Untuk Murah Rezeki




Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” [Surah asy-Syuara - 42:19]

Doa SEDAP ~ Semoga Rezeki Mencukupi


Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Fathir - 35:2]

Amalan SEDAP ~ Pembuka Rezeki





Doa SEDAP ~ Agar Ditambah Ilmu



Rabbi zidni ‘ilman.
Artinya: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”

Doa SEDAP ~ Untuk keselamatan keluarga


Rabbi najjini wa ahli mimma ya’maluna.
Ertinya: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dan keluargaku dari perbuatan mereka.”

Doa SEDAP ~ Ketika Melihat Anak Baru Lahir




Inni u’idzuka bikalimatillahit tammati min kulli syaitanin wa hammatin wa min kulli a’inin lammatin.
Ertinya: “Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang sempurna dari segala gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya.”