Selasa, 27 September 2011

Bestnya naik bas...

Hidup mau sedap kan !!! Credit to Milosuam..lu memang sedap lah !

Kisahku - Maid Oh Maid [Part 1]

Sekadar Gambar Hiasan
Segala galanya berlaku pada petang Sabtu lepas, aku terima panggilan telepon dari agensi maid yang telah aku berhubung sejak 3 bulan lepas. Memandangkan mem aku nak melahirkan anak bulan November nih, maka aku rasa ini lah saat dan ketikanya kami perlukan pembantu rumah sekali lagi. Secara peribadi dah hampir 2 tahun aku dah tak pakai maid... aku rasa hidup aku penuh kebebasan kerana tiada orang asing di rumah sendiri. Namun begitu ia juga banyak mengajar aku erti kelelahan seorang isteri mengurus tadbir rumah yang sememangnya memenatkan... so laa ni aku setakat basuh baju, sapu dan mop rumah serta mengurus anak sekarang aku rasa mcm celah gigi laa kalau nak buat...

So dipendekkan cerita, bila aku dapat tepon dari agensi maid aku kata mereka ada sorang maid indon bersedia untuk bekerja, aku diminta datang melihat sendiri... gambaq dan biodata langsung takde. Take it or leave it kata agensi maid tu...demm... dah lah mem aku lagi 2~3 minggu rasanya nak beranak mengiklt kata pakar yang check... so aku dan mem setuju untuk lihat sendiri dan berpeluang interview in person dgn maid tu. So malam tu jugak aku cabut ke johor so takde lah aku letih nak pii JB pagi besoknya.

Dup dap dup dap janyungku berdetak... aku dah banyak pengalaman dengan maid ni... Ia seperti kita berjudi di gelanggang kasino lagaknya... Maidku yang pertama budak 20-an namanya Hartini, boleh laa kerja tapi tak lah superb dan bertahan 2 tahun cukup kontrak mau balik, so 2nd maid namanya Esih, umur 40-an... kejap ajer dia keje dalam sebulan tapi aku hantaq balik selepas aku dapat tau dia ni tak fit utk keje... so diganti dengan maidku yang ke-3 nama Yang, umur 40-an jugak tapi yang ni mula mula aku tengok menakutkan... riak muka yang kejam dengan mata nya yang menyorot ganas... so itu pun aku tak puashati dan aku hantar pulang...Maid ku yang ke-4 namanya Ikah... umur dalam 30-an...maid aku yang ni paling aku puashati kerana rajin, tak banyak kerenah serta taat. Beliau bertahan selama 2 tahun dengan kami setelah tamat kontrak dan bekas agensi dia tarik dia balik so tak dapat lah aku nak sambung kontraknya. Maid aku yang ke-5 namanya Sari. Dia ni masa aku nak ambik kata agen  umurnya 20-an tapi bila sampai kat umah baru aku tau umurnya baru 14 tahun. Tepuk dahi aku !! So maid ni aku yg nih tak leh harap langsung laa utk urus rumah kecuali jaga anak aku yang masa tu baru berumur 3 tahun. Korang leh bayangkan laa... wrong choice will suffer you the most 2 years.. you are gambling actually... Maid ku yang ke-6 namanya ntah aku pun dah lupa... yang ni aku terus deal dgn agen indonesia... so aku kene pii kutip kat Pelabuhan Klang... yang ni paling aku terkejut beruk nak mampus.... First impression aku tengok macam mat fit pun ada.... raut muka yang ganas serta berbau rokok... aku tepuk dahi sekali lagi.... itu bertahan hanya 1 minggu... bukan tak boleh buat kerja tapi setelah diselidik terdapat kesan kelar di pergelangantangan, rupa rupanya maid ni pernah choba bunuh diri... terus aku suruh dia pack beg dan besok jugak aku hantar balik indon... tak ke gila kalau ada org yang mental kinki dlm rumah hangpa dan boleh mental crack bila bila masa ajer.... so aku tak mau ambil risiko...memang rugi tang duit walaupun agen sana janji mcm mcm nak cari pengganti tapi haram tarak... itu memang pengalaman aku yang paling menakutkan. Selepas tu setahun aku tak ambil maid dan sebenarnya aku happy sangat... tiada orang asing dirumah... Namun tu lah... hidup ni mau sedap kan.... memandangkan sebab sebab yang aku katakan tadi menyebabkan kami tergerak balik untuk mengambil maid.... aku pun sebenarnya banyak terlepas Opportunity Lost... so it's time to get back what I'm supposed to get !

So kami sampai jam 10 pagi tadi di Agensi Pekerjaan Insan Management yang terletak di taman Orkid, berhampiran jugaklah ngan Angsana JB. Sayup sayup dari jauh aku dah nampak maid tu...memang dlm lingkungan 40 tahun... tapi first impression dia takde lah menakutkan... nampak ok... setelah  berkenalan dan interview dan mendengar lecture dari Puan Syikin dari agensi maid tu...mem aku mengangguk setuju. Kos dia ? Makahai memang mahai... sebab laa ni memang payah nak dapat maid... so nak tak nak aku bayaq laa full payment dan aku dikehendaki datang lagi ke JB hari Khamis atau Jumaat minggu ni untuk settlekan dengan Imigresen. Agensi tu bagi aku trial seminggu...kalau tak puashati boleh pulang balik katanya....

Harap harap maid ni bagus... kerana aku dah tak larat nak mencari lagi....

Ahad, 25 September 2011

Nasi Beryani, Maluri

Lokasi : Bertentangan dengan Masjid Al-Imam Asy-Shafie, Maluri
Koordinat GPS : N 3.1342170037132253 E 101.7313277721405
Alamat : Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100, Kuala Lumpur 
Waktu Niaga : Tak pasti yang penting kalau mai hari Jumaat pasti bukak.
Genre : Nasi Beriyani
Lazat : Sedap !!!
Cost Damage : Tak lebih RM10 utk sekali hadap.
Suasana : Sesuai port melepak dgn member, layanan sendiri, senang nak pii sholat jumaat pastu.
Mau Repeat ? : Tarak hal !!!
Geng Terjah : Sue, JL, Man Daud, Pitek, Abg Ram

Ulasan :
Masjid Al Imam Ash Shafie,
Taman Maluri, Kg Pandan
Landmark kedai ini senang aje... Cari lah Masjid Al Imam Ash Shafie, Taman Maluri, Kg Pandan. Kedai ini terletak bertentangan dengan masjid ini menyebarangi jalan.

Port nasik beriyani adalah merupakan salah satu tempat yang biasa kami kunjungi. Kelazatan nasi beryani tidak boleh dipertikaikan dengan pelbagai lauk pauk seperti ayam masak merah, kurma kambing, ayam dan daging serta dalca dan acar buah dipersembahkan untuk santapan peminat peminat beryani. Konsep khidmat layan diri di kedai ini menambahkan seri dan kemeriahan para penggemar beryani. Pelbagai minuman disediakan termasuklah air tebu dan kelapa untuk menghilangkan dahaga kehausan setelah menketedarah beryani yang enak. Saya dapati operator kedai tersebut dah berbeza (Indon) namun rasa lauk pauk an beriani masih taidak berubah. Yang paling ketara sekali terdapa menu seperti ayam pecal lele juga disediakan di kedai ini namun saya tak sempat mencubanya. Maybe next time !!!

Port ini juga kami tabalkan Port Makan Terbaek untuk makan terutamanya di hari jumaat kerana selesai melampiaskan nafsu makan bersama rakan rakan, anda boleh terus menyeberangi jalan untuk menunaikan sholat jumaat.


Ahad, 18 September 2011

Sup Sururi, Alam Shah

Lokasi : Dekat sebelah Masjid Jamek Alam Shah, KL
Koordinat GPS : N 3.1350445662456807 E 101.71818494796753
Waktu Niaga : Tengahari aje... Tutup Sabtu dan Ahad
Genre : Sup Daging
Lazat : Sangat Hao Liao !!!
Cost Damage : Tak lebih RM10 utk makan tengahari (Nasi Campur dgn semamngkuk Sup Daging)
Suasana : Santai, sesuai port melepak dgn member, layanan sendiri, agak panas sket tempat makan
Mau Repeat ? : Korang petik aje aku setuju sokmo, makan sini gerenti kenyang dan puas !!!
Geng Terjah : Geng2 Loop

Ulasan :

Kedai Sup Sururi ni aku rasa memang terkenal  melihatkan kunjungan pelanggan yang tak putus putus di waktu tengahari. Terletak di sebelah Masjid Jamek Alam Shah berhampiran dengan kawasan pudu menjadikan lokasinya terletak di tengah tengah  kekecamukan manusia warga kota. Menu yang disediakan adalah nasi campur di tambah dengan Sup daging Istimewa dengan kadar harga yang munasabah dan yang paling penting, hajat kita melampiaskan nafsu makan tertunai sudah. Secara peribadi Kedai Sup Sururi ini adalah Port makan Terbaek yang saya kira keenakan sup daging lembu asli yang direneh secara perlahan lahan menjadikan sup dagingnya sangat berperisa dan kelembutan daging yang tak dapat saya gambarkan dengan kata kata. Di sini juga terdapat ikan terubuk bakar dan pelbagai ikan bakar namun saya tidak begitu berminat kerana asyik menikmati sup daging setiap kali berkunjung ke sini. Jika anda sudah kenyang utk makan tengahari, anda juga boleh memesan Bihun Sup sebagai hidangan dan santapan.

Awas, Kedai ini sentiasa penuh dengan warga kota. Anda perlu datang awal sekiranya ingin menikmati kelazatan sup dagingnya. Jika anda alah kepada makan di tempat yang tidak berhawa dingin, lupakan saja untuk datang ke sini, kerana ramai lagi manusia bernafsu yang mahu datang 
melampiaskannya ke situ dan bergumbira bersama rakan rakan... Ha Ha Ha (ketawa jahat) !!!

Nota tambahan : Saya diberitahu pada hari khamis ada menu istimewa Sup Kambing. Kawan kawan terjah tak ajak. Jadi nantikan kemunculan saya menerai Sup Kambeng Istimewa di Sup Sururi nanti !!!


Sabtu, 17 September 2011

Restaurant Tajine

Lokasi : Dekat dgn Jalan Inai
Koordinat GPS : N 3.1441584235413877 E 101.71997129917145
Waktu Niaga : Siang sampai malam
Alamat : 25, Jalan Delima Off Jalan Imbi
Tel : 03-21413581 / 03-21421214
Genre : Nasi Arab
Lazat : Lazat
Cost Damage : Tak lebih RM20 utk makan set
Suasana : Santai, bersih, sesuai port melepak dgn member, layanan cepat dan mesra.
Mau Repeat ? : Tarak hal, boleh aje !
Geng Terjah : JL, Pitek, Sue, Tobab, Abg Ram, Cip, Boss besar Azahar Ahmad, Sani, Fadhil,    
                           Muzzafar, (Sponsor), Wandy (Sponsor)

Ulasan :

Sebetulnya ada rakan kami yang baru balik dari Paris dan New Caledonia (site) berhajat belanja makan pada geng geng loop. Jadi kami semua ni bagaikan  orang mengantuk disorongkan bantal laa kiranya... So tempat dipilih sendiri oleh penaja kita pada kali ini Iaitu Encik Wandy dan En Muzzafar. Kami okeh ajer kerana tempat ini diketahui sesuai utk melepak dan makanannya juga sedap.

Suasana arabic theme menjadi santapan mata. Tempat yang relax dan cozy, tidak sesak seperti kedai mamak dan keadaan yang sangat bersih. Layanan waiter yang sangat mesra dan jangkamasa menunggu makanan tidak lah keterlaluan... dalam 15 minit gitu. Kami begitu santai berborak sewaktu menunggu makanan sampai.

Rata rata kami memilih menu Lamb Mandi & Chicken Mandi. Texture Lamb dan ayam terbaek bagi saya  serta sambal dan sup kosong dia memang masyuukk sampai saya mintak extra lagi. Good food with good price tags... memang kami enjoy that moment laa...

Walau apa pun, terima kasih kepada Wandy dan Muzaffar, Moga kalian beroleh rezeki yang lebih murah lagi dan diberkati Allah. Jangan lupakan kami jika nak belanja lagi.. hehehehe


Jumaat, 16 September 2011

Asama Tomyam, Ayam Pecal Lele

Lokasi : Dekat dgn SBM Kg Pandan.
Koordinat GPS : N 3.1446404942948467 E 101.73068404197693
Waktu Niaga : Siang sampai larut malam (2am)
Alamat : Desa Pandan off Jalan Kampung Pandan, Ampang, KL 55100
Tel : 016-2524914
Genre : Ayam kampung / Ikan Keli Goreng / Pecal / Tomyam
Lazat : Boleh laa...
Cost Damage : Ok laa 1 set Ayam / Lele + air tak lebih RM10
Suasana : Santai, bersih, sesuai port melepak dgn member, layanan cepat dan mesra.
Mau Repeat ? : No hal, halo aje kawan !
Geng Terjah : JL, Pitek, Sue, Man Daud, Savin, Tobab, Abg Ram

Testimoni :
  • Sue : OK, boleh mai lagi nih...
  • L : Sedap...
  • JL : Dekat ngan opis..
  • Abg Ram : ok...
  • Pitek : Burpp... kenyang !
  • Tobab : Ok la
  • Man Daud : Boleh mai lg
  • Savin : ok....

ULASAN

Terus terang cakap, pada mulanya aku tak faham mengapa depa panggil tempat ini dgn nama Kedai Toman. Ingatkan depa menyajikan ikan toman panggang ke, Toman Golek ke... Toman masak 3 rasa ker... tapi bila aku sampai kat kedai nih... tu dia... ada ikan dlm akuarium... Dewa ikan kata tu laa ikan toman... Aku ni buta tentang ikan...so aku anggap betui laa kut... hahahaha.

Kedai ini menyajikan makanan secara set menu :-

Menu 1 : Set Ayam Kampung + Ulam + sambal  + Sup kosong + Nasi
Menu 2 : Set Ikan Keli Goreng (Lele)  + Ulam + sambal + Sup kosong + Nasi
Menu 3 : Set Burung Puyuh + Ulam + sambal + Sup kosong + Nasi
Pecal boleh diorder secara berasingan. 

Secara keseluruhannya berdasarkan testimoni rakan rakan, mereka semua positif dan yang penting bile Sue kata, boleh repeat.. maka saya isytiharkan tempat ini dinobatkan sebagai salah satu tempat Port Baeek Punye !!!

Rabu, 14 September 2011

Restoran Beriani Asif


Lokasi : Dekat Jalan imbi belakang 7-11 ada rumah pangsa perang jepun gitu.
Koordinat GPS : N 3.1457385435124707 E 101.71405702829361
Waktu Niaga : Siang sampai malam
Alamat : No.9, Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi
Tel : 012-2498764
Genre : Beryani House (Istimewa Menu Pakistan)
Lazat : Unik.. lain dari yang lain
Cost Damage : Boleh Tahan... bawak RM40 leh layan buffet
Suasana : Santai, bersih, berhawa dingin dan layanan tuan kedai yang peramah.
Mau Repeat ? : Apa salahnya !
Geng Terjah : Apiz, JL, Bro Z, Nurma, Adibah, Mr Y & Wife

ULASAN

Tokey Kedai
Pertama kali, saya berkunjung ke sini bersama dengan si apiz... Si apiz ni dapat info dari si Pitek.. so kami terjah utk berbuka puasa di sana... Walaupun lewat tiba ke destinasi. rezeki kami tetap ada utk mencuba... Kami diberi pilihan sama ada mau buffet style berharga RM35 satu kapla atau pun ala carte... Korang pun tau kan banyak mana laa korang leh makan utk berbuka...so kami pilih ala carte... 1st trial, aku tak berani nak try menu spesel dia iaitu Lamb Shank... karang tak pepasal aku pengsan lak layan kambing nih masa bukak puasa... tapi lepas 1st trial nih nasik beryani dia ni lain dari yang lain dan sedap, aku tekad nak cuba gak lamb shank dia... so aku pii lagi sekali try lamb shank dia... wadduh..pergh... aku rasa kuaq asap laa ikut tinge... memang superb !!!

Menu yang disediakan adalah :-

1. Mutton Briyani
2. Chicken Tandoor Briyani
3. Chicken Curry Briyani
4. Lamb Shank briyani
5. Jus Mangga (Sangat segar... terbaeeekkk dari ladang!!!)


Selasa, 13 September 2011

Capital Cafe, Jln Tunku Abdul Rahman

Lokasi : Depan Sogo KL, Jalan TAR
Koordinat GPS : N 3 9.36402 E 101 41.766
Waktu Niaga : 10am to 8pm (Tutup Hari Ahad dan Hari Cuti)
Alamat : 213 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Genre : Kopitiam Style (Add Value ada menu rojak mamak dan istimewa Nasi Padang)
Lazat : Boleh laa...
Cost Damage : Sederhana Murah
Suasana : Hiruk Pikuk, Padat dan Meriah
Mau Repeat ? : Err... itu kene tanya Sue
Testimonial : Man Daud, Sue, Toqmat, Sabin, JL, Deen, Apiz

Ulasan

Tokey Nasi Padang, En Asril
Ini adalah perniagaan turun temurun. Ayah Asril Wahab iaitu Wahab Amir  mula berniaga di Capital Cafe pada tahun 1962 dengan menyediakan menu istimewa Bahagia Istimewa Nasi Padang. Wahab dan isterinya berasal dari Bukit Tinggi-Padang Sumatra, Indonesia. Mereka sudah berniaga di Capital Cafe sejak 48 tahun yang lalu. Asril telah membantu ayahnya sejak tamat persekolahan pada tahun 1975. Mereka pernah membuka cawangan di Bukit Bintang dan kawasan Chow kit namun tidak dapat bertahan lama. Kini abang Asril telah melebarkan jaringan bisnes dengan membuka cawangan di banguna  KWSP di Jalan Raja Laut dan juga mereka telah membuka satu lagi cawangan Jalan Raja Abdullah di Kg Baru dikendalikan oleh Anak Asril. Ketiga tiga tempat ini menyajikan menu nasi padang yang sama.


Menu Spesel 1: Daging rendang
Menu Spesel 2: Jering rendang
Menu Spesel 3: Ayam kalio
Menu Spesel 4: Daging cincang
Menu Spesel 5: Dendeng daging

Selayang Pandang



Hidup Mau Sedap... Itu lah citra yang ingin aku lahirkan... walaupun aku tidak punya waktu dan masa... biarlah coretan ringkas dan gambaran peristiwa yang bercerita kepada anda... Apa pun jua  yang tertulis di sini... hanyalah sekadar pendapat dan pengalamanku semata mata... jika hangpa tak suka... hangpa boleh diam dan beredar serta merta... kerana sesungguhnya saya tak punya waktu dan masa untuk meladeni kerenah manusia yang hanya tahu mengkritik semata mata tetapi kosong pengisiannya... 

Saya abadikan rentetan pengalaman bersama rakan rakan kerana apa pun jua lazatnya hidangan dan makanan, apa pun jua sedapnya minuman penghilang dahaga kehausan... atau betapa canggihnya peranti dan juga alatan..namun sesungguhnya saat dan ketika bersama rakan rakan adalah sesuatu yang terindah untuk kita abadikan buat selama lamanya...

Sekian...


~Mengejar kesempurnaan adalah satu yang meresahkan namun membahagiakan...