Selasa, 18 Oktober 2011

Jln Beruang ~ Pabila Bloggers Duduk Semeja

Lokasi : Gerai Makan, Jln Beruang
Waktu Niaga : Tengahari aje kut
Genre : Nasi Campur
Lazat : Maveles
Cost Damage : Less than RM10 sekali hadap
Suasana : Tepi jalan, santai bersama rakan rakan
Mau Repeat ? : Semestinya
Geng Terjah : Blogger PlatSpender, Blogger Melangkah Alam, Blogger Sehasta Mungkin, Tobab, Abg Ram, Pitek, Sani

Koordinat GPS : N  3.13536862777095 E 101.71764314174652



View Larger Map

Ulasan :

Melihatkan nama jalan, pastinya hangpa menjangkakan ada spesis beruang beruang berkeliaran di sini... hahahah namun ia hanyalah sekadar nama yang aku sendiri tertanya tanya asal usulnya. Yang penting lokasi ini, geng geng terjah termasuklah geng geng bloggers sering melampiaskan nafsu makan di sini. Menu makanan nasi campur menjadi taruhan menjadikan ramai yang datang walaupun hanya gerai tepi jalan. Bagi kami, tempat ini adalah salah satu tempat alternatif sekiranya malas hendak menjelajah kedai makan yang jauh serta muak dengan makanan mamak dan makanan arab. Lokasinya mudah utk hangpa sampai cuma kesukaran untuk parking kenderaan hangpa dan memerlukan keazaman yang tinggi utk parking di tepian jalan. Jangan risau kerana tak pernah nampak pulak Pak Polisi saman kereta yg parking di kaki jalan malahan mereka pun sama sama menketedarah di gerai ini. Bagi pemancing tegar seperti Si Platspender dan Pitek, setelah berkunjung ke kedai pancing yang seperti cendawan tumbuh melata dikawasan ini...anda boleh mai sini singgah utk mengalas perut. Juga kaki kaki gadget/elektronik yg berkeliaran di Jalan pasar, gerai ini semestinya menjadi destinasi pilihan utk makan tengahari. Selamat menjamu selera ! Adios !




Blogger HMS in action.. hahahaha !


Credit to Plat Spender di atas ihsan gambaq gambag yang dikongsi bersama ! Terbaek !

Ahad, 16 Oktober 2011

The Cottage Cafe, Sg. Udang Melaka

Lokasi : Bangunan MARA dekat dengan kem Tentera Terendak
Koordinat GPS : N  2.2859550199723646 E102.12877213954926
Waktu Niaga : Pagi sampai malam
Genre : Siam Seafood, Western Food, Masakan Panas
Lazat : Sangat Lazat wa cakap lu
Cost Damage : Tak mahai sangat, tak murah sangat... harga patut !
Suasana : Cozy, sesuai port melepak ngan member...ada screen besaq leh layan EPL atau Gusti
Mau Repeat ? : Semestinya
Geng Terjah : Aku dan family aje 

Ulasan :

Jika hangpa takde GPS (bukan GPRS tau) untuk sampai ke tempat nih, senang aje landmark dia. Kat sungai undang, ada simpang masuk ke kem terendak / MRSM Terendak, masuk situ dalam beberapa ratus meter ada simpang hangpa belok masuk ke kiri.. (kalau hangpa terus gak hangpa sampai ke pintu masuk ke kem terendak). Terus perjalanan hingga anda nampak ada bangunan MARA kalau tak silap kat belah kanan, di situ lah terletaknya cafe nih.

Port nih dibuka dari pagi sampai larut malam dan ia menyediakan sajian makanan panas melayu, seafood ala siam dan juga makanan barat. Try pesan Tomyam, ikan masak stim atau 3 rasa dan juga chicken chop...memang terbaekk dari ladang...Pelbagai minuman boleh dipesan dari jus buah buahan yang enak hingga lah air batu spesel. yang penting selain hidangan yang lazat, suasana yag cozy dan santai sesuai kalau bawak member melepak di sini kerana selain hangpa berborak, hangpa boleh layan screen projektor besar kat sini... Hangpa nak lepak sampai tengah malam pun sila kan ! Kalau sampai Sg Udang, tempat ini semestinya kene terjah dulu....

Apakah kehidupan yang SEDAP sebenarnya ?

Workstation aku
SEDAP adalah satu istilah yang aku andaikan sesuatu yang buat kita rasa senang menikmatinya dengan pancaindera kita yang lima... Sesuatu yang lazat makanannya, lunak didengari, harum bau bauannya, indah dari pandangan mata dan empuk diraba dgn deria sentuhan rasa... itu semua padaku SEDAP belaka sekiranya minda kita membenarkan ia berkata... yaa ini memang SEDAP.

Sesuatu aktiviti yang kita lakukan kerana SEDAP biasanya kita takkan berasa penat dan rungsing. Itulah dinamakan HOBI, sesuatu yang kita lakukan di saat kita mempunyai masa yang terluang. Berdasarkan pemerhatian... hobi nih memang tanpa batasan... lihat aje geng geng loop aku... ada yang hantu motor, hantu pancing, hantu ikan kelisa, hantu makan, hantu berkebun, hantu berjalan jalan, hantu buku scrap, hantu setem, hantu kerja Overtime pun ada... yang pasti depa nih melakukan tanpa paksa rela... dan mereka menikmati saat saat indah di waktu melakukan aktiviti2 yang mereka suka lakukan.

Anakku Irfan
Hidupku mudah ajer... aku lebih suka berada di workstation aku jika ada masa terluang dan membaca apa jua yang boleh dibaca. Jika rajin, aku akan spend masa berkebun, basuh kereta atau bawa family aku meronda ronda dengan kereta kancilku merentasi metropolitan Kuala Lumpur di waktu lewat malam untuk menghayati keindahan lampu neon yang bergemerlapan di bandaraya kota. 

Aku ambil contoh anakku si Irfan, beliau banyak spend masa di dalam rumah berbanding aktiviti di luar. Main  game, tonton movie kartun kegemarannya kat youtube serta belajaq education apps kat Ipad dia... kiranya memang dia pakai bandwith paling banyak  laa berbanding orang lain dalam rumah aku nih... hahahaha... Anyway, everyweek dia akan request nak pii main kat playground bawak je lah janji dia happy.

Walau apa pun aktiviti yang kita buat samada bersendirian, berkumpulan atau bersama keluarga, jangan kita spoil mood itu jika ada dugaan dan cabaran yang mendatang kerana matlamat kita adalah utk bersedap sedapan dan menikmati masa masa tersebut dengan berkualiti dan penuh pengisian.

Sekian, aku malas nak merapu dah... hahahahahahha !!!!

Cartoon SEDAP & Best ~ Car 2


Kali ini Car 2 mai dengan kualiti gambaq yang tidak mengecewakan. Pengembaraan McQueen dan kawannya si Mater ke luar negara untuk menyertai pertandingan ke peringkat antarabangsa di Kejohanan Dunia Grand Prix. Namun untuk menjadi juara di kejohanan tersebut, mereka tewrpaksa melalui liku liku yang tak terjangka di mana meraka terperangkap di dalam situasi yang mendebarkan... mereka terpaksa jadi perisik pulak... bagaiamana kesudahannya... movie ini sangat sesuai ditonton bersama seisi keluarga....

Jika korang berhajat nak download, sila klik link dibawah :-


Password: 
300mbfilms.com

Anda memerlukan HJSPLIT software utk gabungkan kelima-lima files di atas. Sila komen jika anda menghadapi masalah.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Movie SEDAP berjudul "Limitless"


Bagi aku citer ni agak SEDAP dan menarik kerana imaginasinya di luar kotak pemikiran kita. Cerita ini dikategorikan sebagai Cerita Aksi yang mendebarkan dimana ia berkisarkan apa yang akan terjadi jika kita manusia ini mampu meneroka keseluruhan kapasiti minda kita walhal kita hanya guna tak lebih pun 10% daripada keupayaan sebenar. So cerita ini cuba membawa kita kisah seorang mamat penulis chabok kiranya... dia ada makan laa sejenis dadah utk menerokai peratusan keupayaan mindanya... nak tau apa dia buat selepas menjadi bijak ? Nak tau kesan buruk / sampingan dadah tersebut ? apa yang berlaku di akhir kehidupannya ? Bagi aku cerita ni pun sukar nak jangka jalan cerita nya. So citer ni juga aku tabalkan MOVIE MESTI TONTON !!!

Jika korang berhajat nak download, sila klik link dibawah :-

http://www.mediafire.com/?7d76c72dv732uct

http://www.mediafire.com/?aennwhwarzkzc3s
http://www.mediafire.com/?00d47m0zaccv9bn
http://www.mediafire.com/?e488liai5xy6nah
http://www.mediafire.com/?1dptoa22ag899an

Password: 300mbfilms.com

Anda memerlukan HJSPLIT software utk gabungkan kelima-lima files di atas. Sila komen jika anda menghadapi masalah.

Movie SEDAP Berjudul "The Shawshank Redemption"


Hari nih aku nak berkongsi satu cerita SEDAP (bagi aku laa) bertajuk "The Shawshank Redemption". Ceritera ni mengisahkan ssorang mamat ni bernama Andy Dufresne (dilakonkan oleh Tim Robbins) adalah seorang banker muda yang berjaya. Namun hidupnya berubah apabila beliau dituduh membunuh isterinya yang sedang bermukah dgn seorang pemain golf professional. Pakwe bini dia ni pun mati kene bunuh. Nak pendekkan cerita beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan dihantar ke Penjara Shawshank.Set penggambaran dalam era 1940-an ini berkisarkan kehidupan suka duka beliau di penjara tersebut dan bagaimana beliau membantu kawannya si Mr Red (dilakonkan oleh Morgan Freeman). 2 pelakon ni aje cukup dah untuk menghidupkan cerita, plot citer memang tak terjangka dan yang penting pengisian sarat dengan nilai kemanusiaan contohnya beliau cuba mengubah persepsi HARAPAN dalam kehidupan member dia si RED. Aku bagi hint sket laa... mamat ni berjaya melarikan diri dari penjara nih... Macam mana dan bagaimana ? Mesti Tonton !!!

Jika korang berhajat nak download, klik link di bawah :-

http://www.mediafire.com/?4sl49q5d5wq729x
http://www.mediafire.com/?gb2y181m2an05t9
http://www.mediafire.com/?3vjc14x9jzln7as
http://www.mediafire.com/?xpfd6bk3m1ioeg4

Password: 
300mbfilms.com

Anda memerlukan HJSPLIT software utk gabungkan ke-empat empat file di atas. Sila komen jika anda menghadapi masalah.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Apakah Benda Paling Sedap Dalam Dunia ?

Jawapan murni dan tulus ikhlas terbit jauh dari lubuk hati nurani aku yang paling dalam... benda paling sedap dalam dunia ni sebenarnya adalah benda FREE atau PERCUMA... tak kira lah free makan ke, free dapat buku ker... free barang pancing ke... melancong orang sponsorke.. free segala gala nya adalah sesuatu fenomena yang akan menyebabkan rembesan hormon SUKARIA mengakibatkan kita akan teruja, gumbira seraya melompat lompat kegirangan.

Atas dasar di atas, aku ingin berkongsi cerita wayang (Movie) yang aku rasa SEDAP laa agar sama sama kita bersedap sedapan. Aku share link ke feveret directdownloader kegemaran aku iaitu MEDIAFIRE dan hangpa boleh download. Mungkin juga aku akan link kan hangpa ke directdowloader yang lain seperti HOTFILE, FILESERVER atau FILESONIC sekiranya aku rasa perlu. Kenapa aku suka MEDIAFIRE ? Sebab hangpa boleh download katakan ada 10 multifile... hangpa boleh download kesemua file file tersebut sekaligus. Tak seperti directdownloader yang lain, hangpa kene download satu satu bro... melangut je lah kat depan pc tunggu lepas habis download satu baru boleh klik yang lain...itu pun kene tunggu lagi sket masa baru boleh klik (ada delay).

Meh aku citer lagi. Selepas hangpa download multifile tersebut. kebiasaanya hangpa kene gabungkan fail fail tersebut dengan menggunakan HJSPLIT software kerana saiz file movie ni biasanya besaq.. kira kira 600MB ke atas jadi depa akan pecah pecahkan kepada beberapa files. So korang kene download dulu software nih... Extension file file tu hangpa akan tengok dlm bentuk .001, .002,.003 kalau ada jumlah 3 files... Utk gabungkan pecahan file nih, Klik kat bawah ni utk download dan ikut langkah demi langkah yang aku bagi nih...hangpa setup laa sendiri ye. Kalau ada masalah, bagitau aku. 

Download click here

You do not have to install HJSplit. Just extract ‘hjsplit.zip’ which you would download and double click on HJSplit.exe to start HJSplit. After thar, the main window of HJSplit will appear.

1)To join the files, click on ‘Join’:
|

2) 
In the new window that appears, click on input file:


3) 
In the new window, select only the first file of the files that we would like to join (it automatically shows only .001 file), so fired.avi.001 in this case, and click on ‘Open’ after that.


4)
Click on ‘Start’:

5) 
Now HJSplit will join the file, in few seconds. When it is finished you will see this message:



:)
The files have been successfully joined! The joined output file is stored in the default location, which would be same as the location of your input .001 file. Enjoy 

Kalau boleh tu... sambil sambil download ... rajin rajin laa klik kat nuffnang aku tu yer... kalau nak bagi derma kat aku pun aku terima hehehe... ia membantu saya lebih sedap untuk berkongsi lagi bersama hangpa semua... kire macam korang beri kata kata perangsang atau hadiahkan aku token 
kat aku.. hahahaha... 
Ok tak ayat gini PlatSpender ?


Disclaimer
hidupmausedap.blogspot.com does not host any files on it’s servers. All point to content hosted on third party websites. hidupmausedap.blogspot.com does not accept responsibility for content hosted on third party websites and does not have any involvement in the downloading/uploading of movies .we just post links available in internet.

Khamis, 13 Oktober 2011

Makanan SEDAP yang belum dikenalpasti lokasinya


Inilah pertama kali aku up post yang belum aku pii terjah... namun gambar di atas yang dikongsi oleh brader Apiz di Facebook membuat saya tidak keruan dan tertanya tanya di manakah lokasi sebenar juadah di atas boleh didapati. Yang pasti kelazatan dan keSEDAPan makanan nih akan terjawab setelah kami sendiri mencubanya. Great Picture and really mouth watering dude ! And camera phone hang memang superb... cap apa ekk ? hahahaha !!!

Nantikan post seterusnya kerana sudah pasti aku, platspender dan geng geng terjah yang lain akan menerkam ini tempat... Tunggu !!!!

Rabu, 12 Oktober 2011

Menu SEDAP ~ Petai Jeruk

Malam ini kami sekeluarga makan Nasi Goreng berlaukkan Petai Jeruk. Wadduh... Masya Allah tak dapat aku gambarkan betapa lemak dan lazatnya Petai Jeruk nih... Aku sememangnya hantu petai jeruk sampai kuah dia pun wa sebat. Cara nak buat petai jeruk ni simple ajer... hanya rendamkan petai2 nih dalam ayaq garam secukup rasa, masuk dlm botol and walla... peram secukupnya...tapi kalau nak senang... aku minta wife aku call mami dia suruh wak kelik sesupik dua petai jeruk nih... aku nok gege pun tok ngok doh... so'oh perut aku nih... hahahah... Jika anda belum mencuba... jangan lupa utk try kerana... ianya amat SEDAP & Lazat ! Tak caya... you better believe it !