Khamis, 17 November 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda... SEDAP tak terkira... !!!


Tahniah buat Skuad Harimau Muda terutamanya Syahrul Azwari Ibrahim  yang menyumbat gol pertama dan gol kemenangan buat Malaysia... Hang memang baguih... akhirnya ngauman Harimau muda, paruh garuda tersungkur dibuminya sendiri... Tahniah sekali lagi... memang syiok !!!

Part 1 ~ Bagaimana Nak Rasa Sedap Jikalau Kita Tidak Merasa Dulu Keperitan ?

Aku lontarkan persoalan di atas bukan sekadar mencari jawapan tetapi aku cuba membawa hangpa semua bersama sama aku menaiki otopet merentasi ruang dan masa memikirkan secara rasional dalam mencari erti kata kelazatan dalam kehidupan. Menurut Dan Ariely dalam bukunya bertajuk "Predictably Irrational" kita sering bersikap tidak rasional sebenarnya dalam memikirkan sesuatu seterusnya mempengaruhi apa jua keputusan dan tindakan selanjutnya. Aku rasa ada benarnya... jika ada sesuatu yang buruk atau bala  berlaku, kita mudah menyalahkan orang lain daripada melihat ke dalam diri kita sendiri...sememangnya ia adalah sifat semulajadi manusia dan aku juga tidak terlepas dari sikap itu. Ya... aku sememangnya mencari erti sebenar kesedapan di alam maya yang fana ini tetapi rupanya ia jauh lebih dalam maksud dan natijahnya setelah aku berpikir sejenak mengenangkan apa yang telah berlaku dalam hidupku ini.

Kisah ini bermula setelah rumahku dipanah petir. Menurut bibik aku cerita laa... panahan petir itu memasuki rumah menerusi jendela dapur dan terus menyebabkan rumah aku bergelap terputus bekalan elektrik. Mem aku menelefon aku agar aku balik awal memandangkan mak abah aku ada kat umah dan kesiankan kat Irisya kalau tido tak berhawa dingin. Namun aku alpa kerana mengejar tarikh luput tugasan yang harus diselesaikan... baru ku sedar jam sudah menunjukkkan 7pm dan rumah aku masih black out tanpa tindakan susulan diambil.  kerana aku pasti masalahnya berpunca dari kotak fius di luar rumah. Ia laa kan..aku dah troubleshoot ngan mem aku menerusi telefon... walaupun kotak fius di dalam rumah sudah normalise, nampak gaya masih tidak ada elektrik. Aku pasti itu adalah masalah fius di meter TNB di luar rumah... jadi aku mengarahkan 
mem aku agar telefon TNB utk datang.

Selesai aje keje aku, aku bergegas ke parkir kereta dan rasanya aku memandu mcm orang gila... rasa kereta kancilku ni dah tak jejak tanah doh... perjalanan yg biasa 1 jam aku pendekkan jadi 40 minit. Sampai di rumah, pekerja TNB masih belum tiba. Anakku irfan dah buat hal pulak kerana kepanasan di rumah menyebabkan
 aku membawa nya keluar rumah pii kerat rambut sat... mujurlah bayi kecilku si Irisya tidur nyenyak dibuai mimpi...balik je rupa rupanya pekerja TNB dah mai dan masalah masih belum setel kerana kotak meter sudah diperbaiki (tukaq fius aje) tapi elektrik masih tak masuk rumah... katanya ada wayar terbakar lah, circuit breaker rosak laa (mcm mcm alasan) dan ia memberi alasan bahawa ia bukannya di bawah bidang kuasa TNB dan aku seharusnya mencari kontraktor pendawaian jika mahu menyelesaikan masalah ini. demm... mana nak cari kontraktor malam malam buta ni bro... nampak gayanya malam itu sememangnya satu malam yang panjang...kami anak beranak termasuklah mak abah aku tidur dibawah sinaran cahaya lilin dan dengungan nyamuk mewarnai ambien malam. Aku buka pintu depan dan tido di situ agar udara segar dapat menerobos masuk ke rumah yang diselubungi kehangatan... sekurang kurangnya aku berpeluang tido berselimutkan bintang bintang berkelipan... fuih sampai ketiduran aku...

Esoknya aku EL separuh hari... mencari kontraktor utk menyelesaikan masalah aku... rupa rupanya wayar longgar daaa.... kontraktor tu tak tau nak charge berapa.. jadi aku banjer laaa ketiga tiga orang yg datang makan tengahari sorang soploh hengget sebagai tanda terima kasih ku kpd mereka...bukan main suka aku tengok depa...

Kisah ni nampak mudah aje kan... namun selepas itu aku dok mengenang apa yang telah berlaku... aku pasti Allah mahu beri hikmah disebalik kejadian.. hanya kita saja yang perlu melihat dgn mata hati, berlapang dada dengan apa yang telah berlaku... kompom ada yang boleh dihayati, dipelajari dan pengajaran yang dapat dicedok... nantikan part 2 untuk kupasan seterusnya....

~Sekian

Restoren Ayam Bakar Wong Solo, KL

Lokasi : Area Cheras
Koordinat GPS : N  3.099091863280621 E 101.71206951141357
Alamat : Jalan Dwitasik1, Bandar Tasik Permaisuri
Waktu Niaga : Kurang pasti
Genre : Ayam Penyet
Lazat : Sedap
Cost Damage : RM16 sekali hadap
Suasana : Lain dari yg lain...leh makan bersila lagi
Mau Repeat ? : Boleh aje dong !
Geng Terjah : Sue, Pitek, Abg Ram, Tobab, HMS

Ulasan :

Restoren ni sebenarnya diperkenalkan oleh abg Ram kerana kawasan ni kira dia laa taiko besaq kat situ... abang kawasan laa katakan... Banyak kali depa pii makan kat situ tapi aku sentiasa tak berpeluang nak terjah bersama... akhirnya dapatlah menumpang Abg Ram kerana kawasan ni aku tak berapa kenal sangat. Depa selalu laa makan sini sebab lepas melantak makan tengahari terus pii Sholat Jumaat kat mesjid berdekatan...Mudah dan senang kan... 

Kami memilih untuk makan secara bersila memandangkan jarang benar dapat peluang sebegini. Menu dia stended laa style Ayam penyet... ada lele@ikan keli, ayam bakar...  pelayan yang ambil menu berpakaian ala ala jawa lagi. Kami semua pesan ayam bakar kecuali Abg Ram..dia order pecel lele... mungkin dah bosan ngan ayam bakaq kut... hehehe... tempoh masa bertenang utk menunggu makanan tiba... boleh dikatakan moderate lambat... aku tak pasti mengapa... tapi oleh kerana kami ramai sempat laa berborak sakan...Satu aje aku nak puji... dia punye ayam bakar memang ada taste dan sambal dia perghh.... aku siap mintak top up bro... memang lazat... suasana dia not bad utk lepak lepak tapi sayang... tak leh merokok...hahahahaha....


Credit to Tobab di atas ihsan gambaq gambag yang dikongsi bersama ! Terbaek !

Ahad, 13 November 2011

Tazkirah SEDAP ~ Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup.Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. 

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat Allah SWT dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.

Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi."Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! 

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. 

Perempuan tua itu pun berserah pada Allah SWT dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. 

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. 

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. 

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun muram seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. 

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi,para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah SWT, pasti Allah akan menolongnya. 

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ni." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. 

"Maaf ya Makcik, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." 

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin". 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah SWT. 

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa anak hendak membeli tempe yang belum jadi?" 

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu yang masih dalam keadaan terkejut, mengalirkan air matanya. Tidak menyangka bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT dan betapa sayangnya Allah SWT pada hambanya dan memberikan keajaiban kpd hambanya. 

Tempe yang tidak menjadi , difikirkannya sebagai satu keburukan akhirnya menjadi satu kebaikan. Perempuan tua itu menadah tangan tanda syukur, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah yang kita sendiri tidak dpt fikirkan dan berada di luar jangkauan kita. Dalam diam dia berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah SWT... 

Moral :-

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah SWT sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. 

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah SWT

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Rahsia Wajah Cantik Berseri

Tipsnya Seang Sahaja..  Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal...

* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.



* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T... Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya...

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita


Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Wallahualam...


Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Apa nak buat jika henset kita berdering semasa Sholat ?

Assamualaikum... Kepada Para Pembaca Semua..

Kadang-kadang manusia ni terlupa, masuk masjid ke surau ke tak off handset. Tiba-tiba tengah solat handset berbunyi. Apa nak buat? Berhenti sekejap jawab telefon? So far apa yang saya tahu sekiranya henset berbunyi, kita wajib matikan tepon tu kerana mengganggu sholat orang itu sesungguhnya berdosa...

Mari kita belajar sama-sama hukum off handset ni... Jika Ada Pendapat Yang Bagus.. Sila Comment..

Tazkirah SEDAP ~ Rahsia Asma'ul Husna



Rahsia Asma'ul Husna Untuk Dikongsi Bersama-sama...

01. Allah

02. Ar-Rahman - Maha Pemurah
03. Ar-Rahim - Maha Penyayang
04. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
05. Al-Quddus - Maha Suci
06. As-Salam - Maha Penyelamat
07. Al-Mu'min - Maha Pengaman
08. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
09. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Kehebatan Azan


Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begituselama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yangl ebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahumacam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca basmalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat.Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cintapada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."