Jumaat, 9 Disember 2011

Nasik Kandar D'Kayu, Bandar Tasik Permaisuri

Lokasi : Bandar Tasik Permaisuri
Koordinat GPS :
Alamat : 
Waktu Niaga : 
Genre : Nasi Kandar
Lazat : Boleh Laa
Cost Damage : Mahai
Suasana : Stended
Mau Repeat ? : Erkk...
Geng Terjah : Sue, Tobab, Abang Ram, Afiz

Ulasan :

Sebenarnya pada hari kejadian di Bandar Tasik Permaisuri, geng geng loop sudah kehabisan idea mau cari port makan. Takkan nak melantak kat Wong Solo lagi kut. Jadi sederet dengan Wong Solo kat korner lot terletaknya Restoran Nasi Kandar D'Kayu. Belum masuk aje dah tau dah memang makan kat situ mahai (berdasarkan pengalaman aku melahap kat D'kayu Taipan 5 tahun duu... kene sembelih laa hahahaha). Namun kami terjah jugak lah memandangkan mudah untuk ke masjid utk sholat jumaat setelah melantak. Bagi aku nama je gah tapi kehabisan faktor WOW utk kedai nih... Jadi untuk kembali semula untuk menikmati makan tengahari di sini mungkin tidak akan terjadi kerna makanan biasa tapi charge mahai wooo !


Sup Meletop Bandar Tasik Permaisuri

Lokasi : Bandar Tasik Permaisuri
Koordinat GPS : N 3.1461777628757015 E 101.71968966722488
Alamat : N/A
Waktu Niaga : Sampai tengah malam kut
Genre : Sup dan Nasi Ayam
Lazat : Boleh la...
Cost Damage : Bawah soploh hengget
Suasana : Typical food court
Mau Repeat ? : Hurmmm.......
Geng Terjah : Sue, Pitek, Abg Ram, Tobab, Amirul

Ulasan :

Sama seperti post saya Makan Sedap di Wong Solo, port ini diperkenalkan oleh Abang Ram kerana beliau merupakan taiko besaq kat area Bandar Tasik Permaisuri nih. Ini dah kali ketiga berturut turut kami sholat Jumaat di sini. Kali ini kami terjah Sup Meletup berhampiran dengan masjid yang agak besar di situ. So senang lepas melahap teruih jalan ke masjid.

Lokasi terletak di tepi jalan dikelilingi Pangsapuri dan apartmen aku rasa strategik bagi mereka yang bujang mahupun yang dah kawin untuk melampiaskan nafsu makan depa. Deretan kedai ini aku rasa cukup untuk pelanggan membuat pilihan utk makan. Menurut Abang Ram, tempat ini "hidup" di waktu malam. Aku menchoba nasik goreng ayam dan sup daging meletop... nasik goreng ayamnya boleh laaa so-so tiada faktor wow pun tapi sup meletup dia... pergh... lain dari yang lain... berbedza dari sup daging Sururi dan tempat2 yang lain... rasa dagingnya...pedas nya...masin nya... bagi aku memang ngam ho.... dan memang benar lah sup ini dinamakan dengan sup meletup kerana selepas aku menghirup sup nih.... kapla aku rasa nak meletop pening... mungkin paras kolesterol aku dah memancut ke siling agaknya... korang choba lah kalau nak tahu meletop ke tak... hahahahahaha....



Khamis, 8 Disember 2011

Melihat Sahabat SEDAP juga merupakan KESEDAPAN diri kita sebenarnya !

Bila kita berbicara tentang SEDAP, kita seringkali memikirkan apakah perkara perkara yang boleh menggembirakan diri kita atau pun apakah sesuatu yang dapat melampiaskan nafsu kita semata mata walhal sebenarnya skop SEDAP ini memang tidak ada batasannya bagi saya lah. Salah satu perkara SEDAP yang boleh kita lakukan adalah melakukan sesuatu yang dapat memberi KESEDAPAN kepada kaum keluarga, sahabat handai mahupun jiran tetangga. Melihat orang disekeliling kita gembira juga sebenarnya memberi KELAZATAN dalam kehidupan kita.

Natijah dari perkara di atas, setelah terdengar seorang sahabat akan berangkat ke Cameron Highland untuk hanimun yang entah ke berapa kali nya... geng geng loop sepakat membuat kejutan. Setelah menketedarah di Kedai mamak Bismi di Carrefour Cheras tengahari tadi... Kami melihat lihat produk Goji iaitu herba dari Jepun yang dikatakan mempunyai kuasa mujarab utk meningkatkan kejantanan namun harganya lapan poloh hengget sekotak (ada 15 peket) menyebabkan hasrat kami terbantut ketika itu untuk bertanya dengan lebih lanjut. 

Kami choba mengheret si PITEK (bukan nama sebenar) masuk ke dalam farmasi bagi melihat produk produk yang bagus untuk meningkat tahap SUKARIA dan KELAZATAN beliau sewaktu beliau akan berhanimun hujung minggu nih. Tampak beliau malu untuk melihat dengan lebih dekat menyebabkan kami menyambar 3 produk ini agar sahabat kami si Pitek dapat menchobanya. Alhamdulillah, kos nya empat poloh hengget kami tontong sorang sikit dan tampak kawan kita nih macam tak percaya. Hahahaha... Semoga usaha geng geng loop ni membuahkan hasil. Kawan kawan hanya mampu membantu setakat ini dan berdoa hanya Allah yang menentukan rezeki kita. Yang penting banyakkan berdoa, jangan stress dan ikuti lah nasihat kawan2 yang mengusulkan agar hang menahan diri (DGFE) agar sampai ke kemuncak persada dunia.

Jangan lupa berikan testimoni  setelah pulang yer...

Ikhlas dari Geng Geng Loop,


Isnin, 5 Disember 2011

Tazkirah SEDAP ~ Hadith Tentang Kelebihan Puasa Pada 9 dan 10 Muharram


#Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. [Riwayat al-Bukhari]

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. [Riwayat al-Bukhari & Muslim]

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya”. [Riwayat al-Bukhari & Muslim]

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. 

Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
[Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245]

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. [Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi]

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. [Riwayat Imam Muslim]

#Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” [Riwayat Imam Muslim]

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9″. [Riwayat Muslim]

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. [Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254]

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram”. [Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih]

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Taubat Nasuha Dan Waktu Yang sesuai Untuknya


Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160
"Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. 

Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222 

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "Sesungguhnya Allah s.w.t membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari dan membentangkan tangannya dimalam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan disiang hari sampai matahari terbit dari barat."

Merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.

Tepatlah kiranya firman Allah dalam surah Ali Imran ayat: 133,

"Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".

Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi di masa mendatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".

Bilakah waktu yang sesuai untuk bertaubat?

Dalam Sunan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadis yang bermaksud: "Dari Abdullah Ibnu Umar r.a. 

Dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesungguhnya Allah s.w.t tetap menerima taubat hambaNya selama nyawanya belum sampai ke leher".

Kata Abu HUrairah: "Jiwa yang beriman seandainya dengan keimanannya itu tidak berbuat kebaikan sampai matahari terbit dari barat, maka tidaklah berguna apa apa yang telah dikerjakannya".

Jadi, masa yang paling baik untuk bertaubat adalah sekarang, ketika masih muda, disaat kita masih mampu beramal dan berbuat kebajikan, bukan menunggu sampai hari esok, kerana perbuatan yang semacam itu hanyalah perbuatan orang orang yang lalai. Bagi yang sudah bertaubat mari memperbarui taubatnya dan yang belum taubat mari bergegas kepada ampunan Allah. 

"Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. [Surah Ali Imran 133]

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Peliharalah Rumah Tangga Anda



1. Membaca Al Quran
Membaca Al Quran dengan penuh kusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan diri membaca Al Quran, selain beroleh pahala, ia juga membawa keberkatan dan dapat menyelamatkan penghuni rumah daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir Ketika Masuk Dan Keluar Rumah
Daripada Abu Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang hendak masuk kedalam rumah, hendaklah dia mengatakan, 'Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik baik tempat masuk dan sebaik baik tempat keluar. dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerah diri'. Kemudian hendaklah dia memberi salam kepada keluarganya". [Riwayat Abu Daud]

3. Memberi Salam Kepada Keluarga
Firman Allah Ta'ala: "Maka apabila kamu masuk kemana mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik, Demikianlah Allah menerangkan ayat ayat (yang menjelaskan hukum hukumNya), supaya kamu memahami". [An Nur 61]

Imam Nawawi berkata: "Disukai dengan mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau tidak".

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam kerana setiap rumah ada penghuninya iaitu Malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk kedalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir Ketika Makan Dan Minum
Daripada Jabir r.a bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang masuk kedalam rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: 'aku tidak makan dan tidak menginap ditempat kamu'. Dan apabila dia masuk dengan tidak berzikir kepada Allah maka syaitan berkata: ' aku boleh menginap'. Dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: 'aku boleh bermalam dan makan' ". [H.R Muslim]

5. Membersih Rumah Daripada Gambar Patung 
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan didalam rumah. Hal ini kerana Malaikat Rahmat tidak akan masuk kedalam rumah yang ada gambar patung atau tanda salib didalamnya. 

Diriwayatkan daripada saiyidatina Aisyah r.ha, beliau membeli bantal kecil yang ada gambar, ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri dipintu dan enggan masuk kedalamnya. Aisyah mengetahui rasa tidak senang Rasulullah s.a.w melalui wajahnya, lalu Aisyah berkata, "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan UtusanNya. apakah dosaku?" Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal kecil ini?" Aisyah menjawab: " aku sudah membelinya untukmu duduk dan bersandar". Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang yang membuat gambar ini akan diazab dihari kiamat dan dikatakan kepada mereka: 'hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu".

Berkata Imam Nawawi: "Jika hendak membuat juga gambar, maka buatlah gambar pokok dan segala suatu yang tiada roh padanya.

6. Perbanyakan Solat Sunat Di Rumah
Solat yang dikerjakan adalah sebagai benteng gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Dirikanlah solat sunat dalam rumahmu dan jangan jadikan rumahmu sebagai kubur". [H.R Bukhari dan Muslim]

Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat dirumah sebelum solat fardu di Masjid seperti mana sabdanya: "Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) dirumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah dirumahnya kecuali solat wajib". [H.R An Nasa'i]

7. Bentengkan Anak Anak Daripada Gangguan syaitan
Menjadi kewajiban ibu bapa untuk menjaga zikir dan doa pada waktu jimak bagi memelihara zuriat daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Andaikata salah seorang antara kamu mendatangi istri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa " Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezkikan kepada kami", Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan dapat mengganggu anak itu selama lamanya".[H.R Bukhari dan Muslim]

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Bayangkan Dunia Tanpa Islam


Tanpa orang Muslim, kita tidak mungkin akan ada:
-Kopi
-Kamera
-Experimen Fizik
-Sabun
-Shampu
-Pewangi / Spirit
-Projek pengairan
-Aci engkol, internal combustion engine, injap, piston
-Kunci gabungan
-Peralatan pembedahan
-Ubat Bius
-Kincir angin
-Rawatan Cacar
-Sistem penomboran
-Algebra/Trigonometry
-Kaca kristal
-Karpet
-Universiti
-Optik
-Berus gigi
-Hospital
-Kompas Pelayaran
-Pendulum
-Braille
-Kosmetik
-Pembedahan Plastik
-Kaligrafi

Orang Islam yang menyedari bahawa cahaya memasuki mata kita, tidak seperti orang-orang Yunani yang mengatakan kita memancar cahaya, dan hasilnya adalah penciptaan kamera dari penemuan ini.

Orang Muslim adalah yang pertama untuk membuat cubaan terbang pada tahun 852, walaupun begitu, Wright bersaudara yang telah mendapat nama...

Seorang Muslim yang bernama Jabir ibn Hayyan dikenali sebagai pengasas Kimia moden. Beliau pencipta proses: penyulingan, penulenan, pengoksidaan, penyejatan, dan penurasan. Beliau juga menemui asid sulfurik dan nitrik.

Seorang muslim yang bernama Al-Jazari juga dikenali sebagai bapa robotik
Arkitek istana Henry V adalah seorang Muslim..

Orang Muslim yang mencipta jarum berongga untuk menyedut kataraks dari mata, teknik yang masih digunakan sehingga hari ini.

Orang Muslim adalah yang sebenar menemui inokulasi, bukan Jenner dan Pasteur untuk merawat cacar. Barat hanya membawanya dari Turki

Orang-orang Islam yang telah banyak menyumbang kepada matematik seperti algebra dan trigonometri, yang telah diimport ke Eropah dan 300 tahun kemudian mereka meluaskan kepada Fibonnaci dan selebihnya.

Orang-orang Islam yang mendapati bahawa bumi ini bulat 500 tahun sebelum Galileo.

Kalau Anda Kaji Sejarah Islam.. Semuanya Telah Diputar Belit Oleh Orang Yahudi..
Renung-renunglah Wahai Saudara Islam Ku..

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Ahad, 4 Disember 2011

Tazkirah SEDAP ~ Islam Adalah Kesempurnaan Kod Dalam Kehidupan

✿.✿¯`·.¸♥.♥¸.·´¯✿✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿
I S L A M_ I S_T H E_P E R F E C T_ C O D E_O F_L I F E
✿.✿¯`·.¸♥.♥¸.·´¯✿✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿

Apabila Anda Ingin Memulakan Sesuatu Kerja...
Kata "Bismillah" ♥بِسْمِ الله

Apabila Anda Berjumpa Sesama Orang Muslim...
Kata "Assalamu'alaikum" ♥ْاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُم

Apabila Anda Kenyang Selepas Makan Atau Terasa Bersyukur...
Kata "Alhamdulillah" ♥اَلْحَمْدُ لِلَّه

Apabila Anda Mendengar Berita Sedih..
Kata "InnaLillahiWainnailaihiraaji'uun" ♥ْاِنَّا لِلَّهِ وَ اِناَّ اِلَيْهِ رَاجِعُون

Apabila Anda Berjanji Untuk Melakukan Sesuatu..
Kata "InsyaAllah" ♥اِنْ شَاءَ الله

Apabila Anda Ingin Mengucapkan Terima Kasih Kepada Seseorang...
Kata "JazakAllahuKhairan" ♥جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Apabila Anda Rasa Bersalah...
Kata "Astagfirullah" ♥اَسْتَغْفِرُ الله

Apabila Anda Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan..
Kata "SubhanAllah" ♥سُبْحَانَ الله

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Khamis, 1 Disember 2011

Satu Perchobaan SEDAP - Peta Minda

Sekadar Contoh Peta Minda

Sudah lama aku nak ketengahkan konsep peta minda dalam kehidupan kita seharian namun sering saja aku kesuntukan masa. Aku diperkenalkan konsep peta minda nih sejak aku berada di tingkatan satu lagi oleh abah aku sendiri dan sebuah buku yang dihadiahkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing a.k.a Sekolah Menengah Siapu di Mersing. Abah aku mendapat pendedahan tentang konsep yang dipelopori oleh Tony Buzan nih lantas aku dijadikan tikus makmal untuk dijadikan bahan kajian... secara hipotesisnya, kaedah peta minda disamping memudahkan kita mengingati fakta dan data, kita juga mampu melebarkan jaringan pemikiran tanpa batasan... teknik dan penggunaan warna sangat penting serta mampu mempertingkatkan daya imaginasi dan keativiti...hasilnya... hurmm... sangat bagus... hahahaha....

Adalah menjadi hasrat saya untuk berkongsi mnaklumat menggunakan peta minda...jadi sokongan kawan dan rakan semua amatlah saya perlukan....

Sekian...

Tazkirah SEDAP ~ Bunga Yang Cantik Jarang Ada Yang Wangi

Lihatlah di sekeliling kita. Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Ramai wanita cantik telah diperalatkan ke arah aktiviti-aktiviti kemungkaran. Kecantikan mereka telah dieksploitasi oleh nafsu dan kepentingan duniawi semata-mata. Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a, Atikah binti Zaid dan lain-lain. Oleh itu dapatkanlah kecantikan sejati. Carilah wajah hati dan rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.