Isnin, 26 Disember 2011

Perchobaan Potrait... Subjek Telah Dikenalpasti !

Tak lain tak bukan my little princess laa akan menjadi subjek kali nih... model yang mudah ku perolehi di abad nih...laa ni aku mau choba genre berbeza sket iaitu potrait... hasilnya masih biasa dan masih mencari sentuhan berbisa yang ajaib untuk hasilkan sesuatu yang luarbiasa... harap otai2 dapat perturunkan hikmat hangpa... hehehehehe.....


Speed Shutter terpaksa ku tinggi kan kerna Iesya aktif menggerakkan tanggan dan ISO aku set AUTO kerna aku tak pasti tahap pencahayaan kat dalam rumah.. pelbagai chobaan mendapatkan posisi & sudut yang berbeza dan ini lah hasilnya...

Membokeh di pagi hari...

Hidup Mau SEDAP !!! Dalam suasana pagi senin yang dingin dan berangin sedikit kuat... cuaca yang baik untuk aku membokeh... Aku masih di takuk lama... membokeh jika dapat... dan masih ada saat yang tertentu G12 gagal memfokus dengan jelas.... adakah disebabkan aku off flash mode dan ISO yang kurang cukup menyebabkan kegagalan terjadi ? Masih banyak masa untuk melakukan eksperimen... Kalau boleh aku mau setiap shoot bokeh aku 90% menjadi... ni hasil 30% yang aku berpuas hati sebagai tatapan dan saya buka untuk komen otai otai sekalian... kerna saya budak baru belajaq !




Sila komen dan bantu saya.... Terima kasih daun keladi...

Jom bermain main dengan setting G12...

Hidup Mau SEDAP !!! Hari Isnin jam 8 pagi aku sudah keluar mencari subjek yang segar. Keadaan suasana yang mendung redup nan berangin sepoi sepoi bahasa amat menggamit naluri ku untuk mencari ilham. Terus terang kukatakan aku masih dalam fasa mengenali hati budi si G12 nih... semalam aku "menembak" kat KLIA menggunakan Aspect Ratio 16:9 ternyata tak syiok jika mengambil frame menegak (vertical). Jadi aku menukarkan semula Aspect ratio kembali kepada 4:3. Saksi perbezaannya aspect ration yang memberi impak sekiranya frame dalam keadaan menegak.

 

Perhatikan apabila frame menegak, gambarnya menjadi runcing dan aku kira aku kurang menyukainya. Jadi ada baiknya aku tukar setting kepada ratio 4:3 yang aku kira lebih seimbang dan jelas.



Jika otai otai ada komen...contoh soalan saya apakah faktor faktor yang mempengaruhi setting aspect ratio nih... saya membuka minda saya untuk menerima kritikan membina, nasihat tunjuk ajar dari sifu sifu... kerna saya budak baru belajar !!!

Apalagi... Bokeh Selagi Boleh... Destinasi : KLIA

Hidup Mau SEDAP !!! Hari Ahad jam 12 tengahari... aku dah bersiap sedia outdoor shooting buat kali kedua dan ini merupakan perchobaan untuk menyedapkan lagi si irfan dan keluarga ride sekali lagi sang ERL nih... Jika sebelum ini, destinasi kami adalah KL Sentral namun kali ini agak berbeza sedikit..kami menuju ke KLIA... Perjalanan tak sampai 5 minit pun membuat si irfan mengeluh kekecewaan...namun apabila menjejakkan kaki nya di KIA.. beliau tampak gembira dan bebas laksana burung yang terlepas dari snagkarnya... hahahaha... memang banyak aku amik gambaq dan aku ingin kongsikan bersama... Jika ada komen membina ...sila komen...jangan malu dan segan...
Perchobaan Bokeh
Perchobaan Bokeh


My Family Ride

Sempat laa aku bawak family aku belasah Fast Food kat sana memandang tiada pilihan lain untuk makan. Kalau ada kedai mamak alangkah syioknya... hahahaha...
Selesai sudah melantak kami anak beranak... kami bersiar siar di sekitar KLIA.. terdapat taman permainan kanak kanak dekat KFC cukup mengujakan si Irfan...  Lantas tanpa berlengah masa kami menerjah ke sana.
Aku tak lepaskan peluang untuk shoot tentang senibina KLIA nih... Agak mengagumkan kerana ia berteraskan konsep khemah yang modem... itu pendapat aku laa... memang unik senibina dan suasana yang harmoni terasa bila anda berkunjung ke sini.
Susunan Escalator yang menakjubkan
Akhir sekali... terdapat juga pameran tentang airport di sana. aku tak lepaskan peluang untuk menchoba pelbagai posisi and sudut gambar...
Irfan yang kagum dengan latar belakang Airport
Sayonara... Irfan dalam perjalanan pulang
Kembara ini tampak ringkas kan...itu mungkin pendapat hangpa laa... Kembara ini mengambil masa 3 jam dan bermodalkan kos tiket pergi balik sebanyak RM22 hengget serta makan satu family habis dalam RM70 hengget (baru ku tau makan fast food kat airport pun kira lain harga ekk)... apa yang penting...kami sekeluarga menikmati kualiti masa bersama sama dan pada masa yang sama... aku leh laa menchoba kamera G12 nih... Memang tanpa prejudis, sangsi dan ragu ragu... G12 ni memang terbaekkk laa... fungsi yang tersedia memudahkan kita "menembak" secara automatik... namun tidak melupakan kebolehan kawalan manual untuk kita choba menghasilkan karya yang terbaekk... !!!
~ Enjoy our Moment ~

Kene Penjara pun Boleh Senyum Lagi... Hebat kan ?


Tazkirah SEDAP ~ Hukum Sambutan Hari Krimas Oleh Umat Islam



Rata-rata masyarakat di dunia ini hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai penganut berbeza agama. Manakala dalam setiap agama pula mempunyai tarikh-tarikh tertentu yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa. Keadaan yang sama berlaku dalam negara Malaysia dan beberapa buah negara di Timur Tengah.

“Christmas Day” menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulangtahun kelahiran anak Allah di muka bumi, iaitu Jesus. Walaupun di sana ada perselisihan pendapat pada tarikh kelahirannya, tumpuan utama adalah pada diri Jesus yang telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan sambutan Hari Krismas. Jelas, perayaan ini disambut bersempena dua perkara ; Pertama : Jesus sebagai anak Allah dan kedua : pengorbanan Jesus yang disalib demi menebus dosa manusia.

Persoalan : Adakah perayaan ini boleh disambut oleh orang Islam dan bagaimana jika kita hanya mengucapkan tahniah/memberikan ucapan kepada masyarakat Kristian?

Jawapan : Hukum sambutan krimas ini boleh dibahagikan kepada dua :
1)Hukum Menyambut Perayaan Krismas Bersama Orang Kafir :

Ulamak bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Seperti yang telah diterangkan di atas, umat islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha.

Imam ibnu Qayyim menerangkan didalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” tentang hukum sambutan perayaan orang kafir : 
(TIDAK HARUS bagi orang mukmin itu menghadiri perayaan orang kafir dengan persetujuan semua para ulama. Perkara ini telah dijelaskan oleh para fuqaha’ mazhab empat dalam kitab mereka, berdasarkan hadis riwayat Imam Baihaqi daripada Umar bin Al-Khattab berkata “Janganlah kamu masuk bersama orang kafir ke dalam gereja mereka pada hari perayaan mereka, maka sesungguhnya kemurkaan diturunkan kepada mereka”).

Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.

Antara pendapat ulama dalam mengharamkan sambutan perayaan orang kafir adalah berdasarkan beberapa dalil antaranya :
• Sambutan tersebut menyerupai orang kafir. Pengharaman ini berdasarkan hadith baginda S.A.W. yang berbunyi :

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي مُنِيبٍ الْجُرَشِيِّ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Tsabit berkata, telah menceritakan kepada kami Hassan bin Athiyah dari Abu Munib Al Jurasyi dari Ibnu Umar ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa bertasyabuh dengan suatu kaum, maka ia bagian dari mereka.” “Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka” 
(Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)

• Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka. Allah S.W.T. berfirman :

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah ayat 51)

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, Dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra Yang ada di antara kamu Dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) Yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra Dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa Yang kamu rahsiakan dan apa Yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu Yang melakukan perkara Yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan Yang betul.
(Surah Al-Mumtahanah ayat 1)

• Perayaan merupakan hal keagamaan dan aqidah kaum tertentu, seperti dalam hadith Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ مِنْ جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ قَالَتْ وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَلِكَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaid bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Bapaknya dari ‘Aisyah berkata, “Abu Bakar masuk menemui aku saat itu di sisiku ada dua orang budak tetangga Kaum Anshar yang sedang bersenandung, yang mengingatkan kepada peristiwa pembantaian kaum Anshar pada perang Bu’ats.” ‘Aisyah menlanjutkan kisahnya, “Kedua sahaya tersebut tidaklah begitu pandai dalam bersenandung. Maka Abu Bakar pun berkata, “Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di kediaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam!” Peristiwa itu terjadi pada Hari Raya ‘Ied. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan sekarang ini adalah hari raya kita.” (Hadith ke-899 riwayat Imam Bukhari)

Perayaan krismas menunjukkan akan aqidah mereka yang salah serta mensyirikkan Allah, maka tidak harus kita menyertainya.

2) Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka:

Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula yang mengharamkan tindakan ini.

Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi : (dan adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya).

Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu." (Surah An-Nisaa’ ayat 86)

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil." (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)

Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.

Kesimpulan : Agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :

1. Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan aqidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.

2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa gembira dengan perayaan ini tetapi hanya ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti. 

Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.

Ahad, 25 Disember 2011

Benda RAHSIA memang SEDAP kan kan kan...

Sila klik utk resolusi terbaekk !!!

- Semoga Beri Manfaat -

Pengaruh Masterchef...SEDAP laa Aku Woi.. hehehehe


Hidup Mau SEDAP !!!
Aku tak menyangka pengaruh Masterchef agak memberi impak terutamanya kepada mem aku. Terus terang aku katakan... mem aku ni sebenarnya memang ada bakat semulajadi  memasak... apa jua dia  masak pasti sedap...persoalannya chuma mau atau tidak ajer dan faktor masa yang menjadi penentu hahahaha... Nak jadikan cerita... semalam mem aku tanya nak try buat spagetti setelah menonton siri Masterchef... aku dgn pantas memesan Spagetti Carbonara satu kerana itu adalah menu kegemaran aku... kalau kat foodcourt KLCC sepinggan spagetti nih boleh menjangkau soploh hengget.

Mudah aje kan... resepi nak wat benda alah ni semua berselerak di internet...hanya perlu tanya kat lebai google... hehehe ...so mem aku riki sementar ajer... dan teruih beli bahan bahan yang diperlukan. Rupanya mudah bangat nak buat dan cepat... dan hasilnya amat amat menyelerakan


Perghh... memang terbaek lah mem aku nih... SEDAP woii...yang lebih MENYEDAPKAN lagi dengan kos sebanyak soploh hengget...hanya dapat makan sepinggan kat KLCC... kos yang sama jika dibuat kat umah boleh makan 2 kali round woi utk 3 orang dewasa... bayangkan betapa untungnya tauke kedai kat foodcourt tuuuu....

Setelah mem aku menerima pujian berbakul bakul dari ku... semangatnya teruih marak dan membara untuk menchoba pelbagai masakan dan makanan barat.. aku bagaikan tukang sorak pom pom girl teruih menggamatkan suasana memberi galakkan... mem aku semacam memberi hint untuk memiliki OVEN jadi boleh laa try buat pizza ka, lasagna ka... kek ka... aku secara diam diam dah riki model model mcm cornel, elba.. harganya pun baru dlm dua ratus lebey ajer... Insya Allah... yang ni tarak DGFE... nak surprise kat mem... moga jangan hangat hangat taik ayam je laa... hehehehhe... teruskan berusaha.... You are such a adorable and talented chef laa honey... hehehehe go go...yeay !

Sabtu, 24 Disember 2011

Perchobaan Bokeh sekali lagi !!!

Masih berlegar legar di genre BOKEH... Diharap ada otai otai dapat membantu saya... saya choba utk mendapatkan ketajaman subjek tanpa flash. oleh kerana suasana berangin diluar rumah... saya tingkatkan shutter speed agar dapat "membeku" subjek tersebut. ISO saya set sekitar 800 kerna suasana agak mendung dan juga oleh kerana shutter speed agak tinggi menyebabkan saiz aperture yang kecil dan tak cukup pencahayaan laa pulak kan... tangan ni pulak asyik gegel... aduyai...saya dilemma kerna agak sukar nak dapat kualiti gambaq baguih..  mcm kene pakai tripod je nih... ni contoh 1st "tembakan di luar rumah" hehehehe... sila komen... sila sila... saya budak baru belajaq !


Dari segi tembakan kat makanan pula... saya choba dengan flash dan tanpa flash... masih gagal menghasilkan gambaq yang luarbiasa... cuma pakai flash ni memang "membunuh" suasana asal... Adakah boleh ngejas kekuatan flash agar tidak lah terlalu kuat ? Takpa kan tanya soklan bertubi tubi nih..hehehe... saya budak baru belajar... jika ada tips tips berguna... boleh share laa otai2 sekalian !!! 

Ni hasilnya homemade Spagetti Carbonara mem aku buat... tak sempat nak shoot banyak sbb aku lapaq dowh.... hehehehe...

Sebelum "Menembak" Secara SEDAP... Mesti mau ada ILMU !!!

Dengan Canon PowerShot G12 di tangan korang, aku pasti geng geng Komplot G12 khususnya dah tentu perasaannya bergelodak dan meruntun runtun untuk shoot gambaq... hahaha... ini adalah fenomena biasa aku rasa laa... namun kaedah cuba jaya (Try & Error) dalam mencuba bidang ini amat lah tidak sesuai gitu kerana aku pasti di akhir "menembak", jumlah gambaq yag berkualiti mungkin boleh dibilang dengan jari (ini kes aku laa)... Setelah membaca manual yang diberikan dalam kotak tu sebenarnya tiada apa pun yang berguna.... lagipun kapla hotak dah tak sabaq nak mencuba keupayaan sebenar G12 nih membuat aku terlupa perkara asas iaitu... kenali Kamera Anda... So tak hairan laa setelah mencuba 2-3 round shoot gambaq... hasilnya sangat hampeh... Jadi aku insaf laa ni dan choba balik kembali ke pangkal jalan untuk mengetahui dengan lebih intim G12 nih dan harapan aku agar geng2 G12 kawal emosi... jgn menembak tanpa usul periksa... dan sama sama kita berkongsi ilmu dan informasi. Sedikit info yang ingin dikongsi bersama !