Sabtu, 7 Januari 2012

Perchobaan Bokeh di Malam Hari


Otai2...Sila komen... aku tau laa aku masih tak mahir dalam kaedah Rules of Third (ROT).. details gambaq ni seperti di bawah :-

Pancit nan meruncing ? ~ Update ~

Hidup Mau Sedap !!! Ia takkan sempurna jika hidup kita tidak disulami dengan asam garam, onak duri penuh ranjau... Begitu lah kehidupanku hari ini... Pagi pagi buta sudah bikin onar ini kereta... ntah camne boleh flat pamcit tayaq... aku bawa ke Petronas pump station pun gagal mengepam... semacam angin tak boleh masuk ke dalam tayar yang durjana itu... aku segera menoleh ke arah jam tanganku dan hanya tinggal lagi 10 minit dan irfan kene ada kat sekolah pada jam 7.30am...membuatkan aku pendamkan ajer kisah tayaq kereta ku pamcit flat seraya meredah jalanraya menuju ke sekolah irfan dengan tayar yang dah pancit... teman si irfan jap kat skool dia sampai dia dah leka... jam telah mencecah 8am... Tayar masih pancit tapi aku masih leh bawak dalam kawalan... terus aku buat tak endah aje sambil bertawakkal kpd Allah... apa nak jadi jadiklah... lagipun masih boleh bawak lagi... kedai tayar kurang2 jam 9am baru bukak... aku membulatkan tekad menerpa ke kota metropolitan berbekalkan kebergantungan aku kepada Allah sambil memohon agar memudahkan perjalananku.... Teringat doa yang mak aku selalu suruh aku amalkan.. berbunyi... 


"حَسْبِيَ اللهُ لَآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ"
Hasbiyallaahu Laa 'Ilaaha 'Illaa Huwa 'Alayhi Tawakkaltu Wa Huwa Rabbul-'Arshil-'Adheem .

Allah is sufficient for me . There is none worthy of worship but Him . I have placed my trust in Him, He is Lord of the Majestic Throne

Alhamdulillah... aku selamat sampai di opis.... dek tersangatlah sibuknya menyebabkan aku lupa tentang perihal kereta pancitku... aku hanya sempat bertanya geng geng loop kat mana kedai tayar yang terdekat... syukur Si Naim ada mencadangkan kdeai kereta yang berdekatan dengan opis... so dalam keadaan tergesa gesa menyiapkan tugasan... jam 6.30pm aku berjaya laa menyelinap keluar utk setelkan masalah nih... situasi tayar keretaku nampaknya semakin getir... pancitnya semakin parah... dalam kesesakan aku membawa perlahan lahan... memang flat abis dah ni dan yang aku kagum laa... ada laa sekurang kurang lima insan yang dok lambai... kelip2kan lampu... siap ada satu mamat motor tu berhenti tepi aku sound " Sedara... tayar kereta sedara pancit laa sedara"... aku hanya mampu melambaikan tangan seraya tabik sambil tersengih sumbing... memang laa aku tau kete ku tayarnya pancit...rupa rupanya masih ada insan yang prihatin... terima kasih ku ucapkan...dalam kesesakan lalulintas yang mengganas di hari jumaat petang dek warga kota berpusu pusu mau pulang.... mataku melilau mencari cari kedai tayar yang diceritakan oleh si Naim... tapi bro.. aku gagal akhirnya menjumpai kedai yang hang bagitau tu... lantas aku tak mau dah amik risiko lagi... jam sudah 7.15pm... hari semakin gelap... aku hanya tau kawasan desa pandan ada banyak kedai tayar... tak tau laa bukak ke tak... aku sekali lagi merentasi onak ranjau kesesakan dengan tayar yang sudah RIP nih.... mulutku tak putus putus berdoa agar Allah permudahkan masalahku ini... Alhamdulillah...itu lah ayat yang pertama terpacul di bibirku selepas terlihat ada satu kedai tayar  dekat ngan kedai motor SBM (JL tau kedai nih) yang masih buka walaupun sudah jam 7.30pm... walaupun kedai itu nama je kedai tayar tapi tak simpan stok tayar pun... jadik aku hanya suruh dia tukarkan pakai tayar spare... setel masalah...mesti hangpa tertanya tanya...awat aku tak tukar sendiri tayar yang pancit tu kepada tayar spare kan ? hehehehe... dari awal lagi aku katakan aku dan masa memang kesuntukan... dan untuk aku bukak tayar dibawah terik sinar mentari... hahaha mungkin tidak.... kan panas tuu... nanti kulit hitam wooo.... walau apa pun yang terjadi... moralnya setiap kepayahan... Allah ada beri kemudahan dan kita selaku manusia yang hina nih... seharusnya berusaha dan bertawakkal.... jangan stress tak tentu hala.... simple as A B C kan kan kan.....

~TAMMAT~ 

Jumaat, 6 Januari 2012

Aku dan Waktu

Hidup Mau SEDAP !!! Haih... semenjak anakku si Irfan mula melangkah ke alam persekolahan... aku terpaksa "menala" semula masa yang aku ada memandangkan si irfan perlu tidur awal kerna waktu persekolahan memerlukan beliau bangkit awal tak seperti dahulu dah...seawal jam 6 beliau perlu bangun dan untuk mendapatkan kualiti tidur yang bagus dan mencukupi...pelbagai kaedah "choba jaya" serta eksperimen bagi membuktian hipotesis secara saintifik bagi mendapatkan kualiti tidur 8 jam secara optimum.. Maka aku selaku RAJA di rumahku ini mengarahkan semua wajib tidur dan lampu ditutup pada jam 10 malam ! haha termasuklah diri ku nih... padan muka aku... jadi jika selepas jam 10 & aku terlelap... maka nampaknya tiada aktiviti "produktif" dapat dilakukan...jika dipikir pikirkan...masa 24 jam kita ni memang tuhan bagi semua orang sama aja.. namun tertakluk bagaimana kita mengendalikannya...  bagi ku memang tak cukup kerna pelbagai rencana dan perancangan tertangguh dek tak sempat... hahaha... tarak hal laa... mari kita berfikir sejenak... kalau lah masa diandaikan / disama-ertikan dengan wang ringgit (dengan izin in english Time=Money) ini bermakna mesin ATM..ala mesin keluarkan duit tu laa... boleh menjadi Mesin merentas masa  (Time Travel Machine) ? menarikkan analogi sebegini ?

Bila bercerita tentang tentang jam sepoloh nih... teringat aku kat arwah "atuk ki" aku...rancangan kegemarannya adalah "Dunia Jam 10"... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh atuk aku ni... Al-Fatihah !

   Nota kaki : Rupa rupanya Farith Esmir yg kacak nih adalah  x-husband bik mama...huhuhu  baru tau

~TAMMAT~

Khamis, 5 Januari 2012

Tazkirah SEDAP ~ Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati


Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitukuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini.Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :

Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yanglebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandanganmereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat MendalamPengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...” (Surah An-Nuur, ayat 30)

Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan didalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian,layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untukberkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata danmenjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itudapat mengawal iaitu benteng nafsu..” (Bukhari dan Muslim )

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalamdunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskandiri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintuyang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampumenyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikatcinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islamsebagai medan jihad dan perjuangan.

Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikanmainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yangdiberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arifmalah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan?kepada Allah kita berharap dan berserah diri..moga rahmat ALLAH beserta bantuanNya tetap mengiringi ktia di setiap masa dan urusan seharian kita..amin Ya Allah...

Wallahu a'lam...

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Selasa, 3 Januari 2012

Tazkirah SEDAP ~ Aurat Wanita


"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman :
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat." 

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." [An-Nur :30-31] 

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Equatorial Malacca


Hidup Mau SEDAP !!! Tepat Jam 12 tengah malam tanggal 1 Jan 2012, di saat ramainya umat manusia meraikan tahun baru di KLCC atau di Putra Jaya, dataran mahupun di balai raya... mercun dan bunga api bergemerlapan indah menceriakan suasana... namun ironiknya kami sekeluarga sudah ketiduran demi mengumpul tenaga dan semangat untuk jelajah kembara esok hari nya. Sebetulnya memang sudah dirancang kembara ini namun yang menjadi persoalannya di mana hotel yang masih available dan boleh ditempah di akhir /awal tahun... Soalan yang sukar untuk dimengertikan... 

Sebenarnya anak aku ni Si Irfan nak sangat mandi kat swimming pool sebelum sesi persekolahan bermula. Jadi pilihan destinasi yang dekat bagi short trip adalah Melaka atau pun Port Dickson... Malangnya nampak gaya semua hotel sudah habis ditempah... dan kami hanya mampu dapat menempah hotel Renaissance di Melaka dgn kadar RM250... Bak kata pepatah... tiada rotan, akar pun berguna jua... so kami sebat jugak laa walaupun rasanya aku pernah nampak hotel ni sekilas lalu dan tiada faktor WOW untuk impress aku ... 

Aku tak tahu bagaimana setelah pagi tu kami bersiap siap utk kembara kali nih...aku semacam digerakkan naluriku untuk menelefon Hotel Equatorial di Melaka. Sebenarnya kami memang dah banyak kali lepak kat hotel nih dan memang kami tahu hotel ini punye swimming pool memang syiok laa untuk budak budak namun disahkan tarak kosong sebelum nih... Aku cuma menchoba nasib... Walla dapat !.. tu lah...Jika Allah tentukan rezeki... mai laa tang mana pun... Alhamdulillah... terdapat satu Deluxe Room, king size bed with breakfast for 2... dengan harga diskaun hanya Dua Ratus Setengah... hurmm.. good bargain indeed... Apalagi... lepas dapat confirmation booking No... teruih aku cancel tempahan ngan Renaissance Hotel dan laa tu jugak kami terjah ke sana... Perjalanan mengambil masa 40 minit untuk sampai ke Tol Ayer Keroh dgn kelajuan purata 150kmpj namun akhirnya Melaka sibuk sesak mengakibatkan kami tiba lewat ke hotel... mujur depa tak kasik kat orang lain.

Aku rumuskan Hotel Equatorial Malacca :-


Lokasi : Strategik sebelah Bandar Hilir
Bilik : Ok lah tiada WOW factor cuma susunan perabot yang teratur, LCD TV serta suasana harmoni
Suasana Bilik : Ok bersih, tarak bau hapak,
Kemudahan bilik : Stended tapi malangnya tarak sejadah disediakan, hanya ada tanda arah kiblat aje.
Kemudahan Hotel : Stended ada gymnasium dan kolam renang. Kolam renang dia terbaek laa setakat ini aku jumpa.. Semua golongan leh berenang... kedalaman yang bervariasi... Ada data connection free access (wired) tapi kemudahan Wifi dikenakan bayaran (tak silap aku puluh2 hengget laa utk sehari)
Menu breakfast : Hampagas... Kureng pilihan dan kureng sedap. Nasib baik ada omelette.. aku layan je laa...
Layanan frontdesk : Baguih cepat respons
Layanan receptionist : Aku tak choba lak...

 

Malam tu, kami bersama adik ipaq pii terjah satu tempat yang dikatakan lazat makanannya... Jemput ke link sini untuk ulasan port makan sedap nih !

Tazkirah SEDAP ~ Di sebalik WALL FB


Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ?
Ia memberi makna DINDING...

Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan..

Siapakah yang mewujudkan FB? 
Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..
DINDING RATAPAN. 
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah.. 

Jika Anda Tidak Pecaya..
Cuba Anda Buka www.google.com dan serach "wailing wall of israel".. 

Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah...

Wallahu a’lam..

Motif Artikel Post Ini Adalah Untuk Mengajak Anda Semua Berdakwah Di Facebook.. Biar Kawan-kawan Anda Terbaca Status Islam Yang Anda Post Di FB.. Mutiara Kata-kata Islam Sememangnya Indah Jika Kita Menghayatinya.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Tsunami Besar Di Langit !

Subhanallah, 

Allahuakbar,

Satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru..

Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah(air).


30/12/11 - Seperti ombak besar yang terjadi di langit baru-baru ini.. -
di Segamat,Johor,Malaysia 


30/12/11 - Subhanallah..fenomena ini turut berlaku di Labuan,Sabah..

Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam 

Tak kiralah ini satu petanda ke tak.. Mari lah kita berdoa.. Dan memperbanyakkan Ibadat Kita... Moga Allah S.W.T. Dapat Menerima Ibadat Kita..

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Memelihara Kesucian Hati Sebagai Penerima Hidayah


MENGINGATI mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Membaca al-Quran, solat dan mengingati mati asas ummah capai ketenangan hidup

PENYAKIT berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.

Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila diserang penyakit hati akan mengambil kesempatan lari daripada tanggungjawab dan menangguhkan kerja sehingga menjejaskan jabatannya.

Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabai amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat.

Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling daripada Allah, hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan kepada keperibadiannya.

Pertanyaan paling mahal dan bernilai bagi seorang Mukmin ialah: 
“Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini? Mengapa?" 
Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama sebuah kehidupan.
Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup.

Jika hati mati maka semua amalan yang dilakukan akan menjadi tempang, kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya.

Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah.

Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin. Adalah menjadi tugas seorang Mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati.

Sahabat Rasulullah pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai ejen penerima hidayah Allah.

Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”  [Surah al-Hadid ayat: 16]

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.

Pernahkah anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham daripada Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri sudah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi. Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Cahaya hati pertama – Membaca al-Quran.

Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah, dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari al-Quran.

Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan daripada Allah, tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kejayaan itu ialah sejauh mana seseorang mengikat dirinya dengan Allah dengan ikatan kuat. Maka al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak daripada batil, dia mengetahui jalan terang dan mengikuti petunjuk al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu.

Dia lahir menjadi manusia jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah. Kalaupun seseorang itu malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh daripada bimbingan al-Quran dan tidak mengenal Allah dengan lebih dekat.

Begitu pula kalau ada orang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia daripada Allah, merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu. Kejayaan atau kegagalan itu bermula daripada usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya suci.

Cahaya hati kedua – Mendirikan sembahyang.

Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan; yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak; mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur; berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya dan mahu sentiasa bergembira dan bahagia?

Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah, yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk. Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah daripada pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah.

Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja dan pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah.”Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah dengan sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan tidak akan ditolak adalah doa ikhlas dan proses pembersihan dosa dilakukan terus menerus adalah sembahyang.

Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah. Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya boleh diumpamakan stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tangki kereta agar dapat meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.’

Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup mencabar.Sembahyang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekali gus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal salih dan membina kehidupan di dunia.

Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah. Sembahyang juga menjaga seseorang daripada ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati ketiga – Mengingati mati.

Antara tanda kebijaksanaan orang Mukmin ialah pandai merancang masa depan.

Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang?

Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai kegiatan rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian. Sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah lazim menziarah kubur dan mendoakan kaum Muslimin tidak kira siang ataupun malam.

Dengan membaca al-Quran, menunaikan solat dan sentiasa mengingati mati seorang Mukmin melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini? Mungkin hidupnya begitu hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula mungkin lebih terseksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Umur Kita... Kemana Kita Habiskan ?


Rata-rata manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti), beruntung yg diberikan umur panjang dan dimanfaatkan sisa umurnya.

Baligh: Mula untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia?

Laki-laki Baligh = 15 tahun
Wanita Baligh = 12 tahun

Usia Yang tersisa untuk kita beribadah kepada-Nya kita pukul rata dengan rumus:
MATI-BALIGH= sisa USIA ?????..65-15= 50 tahun

Lalu 50 tahun ini digunakan untuk apa?
Mari kita perhatikan kemanakah usia kita dihabiskan:
Catatan: 50 tahun=
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam sehari semalam

Mari kita telaah bersama.

Waktu kita tidur = 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam=16 tahun, 7 bulan?? (digenapkan jadi 17 tahun)

Logiknya : Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya?

Catatan: Yang lebih bermasalah lagi bagi mereka yang malas, boleh jadi tidur 12 jam/hari = 25 tahun habis tertidur!!! 

Hati-hati dengan penyakit MALAS?

Waktu aktiviti kita di siang hari = 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai aktiviti: 18250 hari x12 jam=219000 jam= 25 tahun

Aktiviti disiang hari : Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan sebagainya.

Waktu aktiviti santai atau rilex = 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai rileks 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Realisasi rileksi: biasanya tengok tv sambil minum kopi, ada pula yang belajar mati-matian/ buat tesis, buat ujian, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan??

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun lebih kurang
Tidur?? Berhayal? Nganggur?

Lalu bila Ibadahnya?
Padahal manusia diciptakan-Nya tiada lain dan tiada bukan untuk semua dan segalanya hanyalah beribadah kepada-Nya, karena satu hal yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki Illahi.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk mencabut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Tuhan Maha Kuasa atas syurgakah atau Nerakakah kita bakal ditempatkan?
Memang benar! kuliah itu ibadah, kalau niat kuliahnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan niat kita kuliah kerana mau ijazah, bakal nanti bekerja agar mudah mencari nafkah?

Memang benar ! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Orang kita bekerja pagi petang siang malam, banting tulang banting orang, tujuan utamanya cari wang buat beli barang-barang biar dipandang orang-orang? jarang orang menolak untuk di puji dan di puja tatkala mereka berjaya ? Pernah kita membaca bismillah saat hendak berangkat kuliah?? tapi sayang hanya sekadar pernah?

Pernah kita berniat mulia saat hendak mencari nafkah, tapi semuanya terlupa ketika melihat gemerlapnya dunia.

Lalu bilakah ibadahnya?
Oh mungkin masa solat yang 5 waktu itu dianggap cukup ?!
Kerana kita pikir; solat begitu besar pahalanya, solat amalan yang dihisab paling pertama, solat jalan untuk membuka pintu syurga???Kenapa kita harus cukup kalau ibadah kita hanyalah solat kita !?

Berapa solat kita dalam 50 tahun ?

1 kali solat = 10 menit ?..5 kali solat = 1 jam. Ini anggaran yg panjang, sebenarnya solat kita mungkin 2 atau 3 minit saja, Ya...hanya kita yg tahu.. tetapi Allah maha tahu... Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai solat=18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun ini dengan sangka baik bahawa semua solat kita diterima oleh Allah swt.

Kesimpulan:

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat????

2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita?...
Itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima..

Dan sekiranya solat kita selama 2 tahun berpahala rasa-rasanya tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama baki 48 tahun; dalam ucap kata kita yang selalu dusta, baik yang terasa maupun yang di sengaja, dalam ucap kata kita yang selalu cerca terhadap orang tua, dalam harta kaya kita yang selalu bakhil terhadap orang faqir, dalam setiap tingkah laku kita yang selalu bergelimang dosa.

Logik dari logiknya:
Bukan satu yang tidak mungkin kita umat di akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian. Terlalu banyak waktu yang terbuang begitu saja selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana. Seandainya begini umur yang dilalui, apakah alasan kita untuk masuk syurga Allah???

Tiada kata terlambat walaupun waktu bergerak cepat, isilah dengan sesuatu yang bermanfaat...
Jangan di tunda-tunda lagi.... Ingatlah,.. Malaikat maut akan datang kepada siapa saja, dimana saja dan bila bila masa saja. Akhirat adalah tujuan kita yang terakhir !  Apakah kita sudah siap sedia menyambut malaikat maut bila bila saja dan dimana saja ?

Fikir fikirkanlah.. Wallahu a'lam...


Petikan dari Jom Berdakwah Di FB