Ahad, 18 Mac 2012

Alat Penggigit aka Teething Toy Utk Iesya


Berbeza dan sungguh Ironik sekali... pelik aku dgn baby  aku si iesya... beliau dah mula menggigit jari termasuk lah jari ku... apakehe pulak... alangkah terkejutnya bila kelihatan 2 benda putih kat gusi iesya... laa iesya dah nak tumbuh gigi rupanya seawal usia 4.5 bulan....ternyata kadar pertumbuhan bayi perempuan jauh melangkaui dari bayi lelaki. Berdasarkan pengalaman aku dengan si irfan, beliau tumbuh gigi dalam usia hampir setahun tetapi si iesya lain pulak cerita... jadi aku selaku abah yang misali, aku terus mencari alatan yang sesuai utk iesya menggigit.... apalagi iesya... gigit laa jgn tak gigit... namun beliau pasti tak melepaskan tangan ku utk digigit walaupun dah ada teething toy yang baru..... anak abah laa kan.... hehehehehe

Sekian...

Ironiknya kehidupan....


Hidup ini amat pelik... ianya bukan straight forward (dengan izin) dan bukan juga kompleks kerana kita diberi panduan untuk kehidupan bukan sahaja di atas dunia malahan berbuat bekalan untuk alam akhirat.... laksana citra di atas.... kita berada dipersimpangan dilemma... antara garisan yang simetri dan lurus ataupun lentokan daunan yang ku anggap paksi fleksibility... manakah hala tuju ku... hurmmmmmm........ (sekali lagi aku biarkan hangpa dengan telahan sendirian... hahahahahhahahaa)

Ada kubah terbaru di Shah Alam ?


Aku biarkan hangpa membuat telahan sendiri... hahahahahaha....

Sabtu, 17 Mac 2012

Selamat Pengantin Baru...

Genaplah sebulan kubiarkan blogku ini bersawang rentetan kesibukan kerja yang semakin parah dan menjadi jadi.... Tekanan demi tekanan... ditambah lagi masalah domestik maidku yang tak selesai sampai ke sudah serta kesibukan ibukota semakin meroyan yang aku sendiri tidak mengerti sampai ke hari ini... Smart tunnel yang adakalanya terpaksa ditutup kini sudah dibuka, cuti sekolah yang sudah sampai ke penghujungnya... namun kesesakan tetap berlaku dan aku dah tak larat untuk meladeninya.....

Aku tinggalkan episod hidupku yang fana sejenak dan ingin ku nukilkan apa yang bersarang di jemalaku... Memandangkan aku diheret beban kerja yang tak pernah surut... aku gagal menghadiri majlis perkahwinan Anak Ayah Ngah si Ami di Kelantan... Namun kutebus kembali pada hari ni di mana majlis menghantar menantu dijadualkan dan ramai sanak sedara yang berada di kelate tidak dapat turut serta memandangkan esoknya sekolah bakal dibuka.

Kami berkumpul di Wisma Mais di Seksyen 3 (dekat sebelah McDonald). Anakku si Iesya tampak keletihan walaupun belum kami berangkat lagi... mungkin mengantuk agaknya... Ironiknya, si Irfan pula pantang dengar kalau nak berjalan....pasti beliau tersengeh kegirangan...


Terus terang aku katakan, aku paling malas kalau nak berkonvoi kerana seringkali kami gagal mengekori deretan kenderaan terutamanya menyusuri bandar2 besar. Seringkali lampu trafik menjadi batu penghalang dan akhirnya kami kesesatan (GPS pun sebenarnya gagal membantu). Namun kali ini memang terbaek... urusan konvoi kami diiringi dengan 2~3 biji motor besar yang mengawalselia kami sehingga tiada seorang pun yang tercicir... Kami berkonvoi dari Shah Alam ke Klang... agak panik jugak laa kerna trafik menggila di Tol Sungai Rasau... Namun keadaan dapat dikawal dan akhirnya kami selamat tiba ke destinasi....



Majlis berlangsung dengan gilang gemilang... ramai orang orang besar dan dif dif berhormat meraikan majlis ini. Aku dan mem bergilir gilir menjaga Iesya dan Irfan agar dapat menikmati majlis ini. Makanan yang enak, suasana yang nyaman, bunga telur yang sangat unik dan moden...sanak saudara yang rasanya lama tak jumpa bertaut kembali silaturrahimnya... dapat berjumpa dgn Ayah Jik sekeluarga yang banyak berjasa dgn keluarga kami (memang terbaek laa) dan yang paling penting... kami gembira untuk Dr. Ami dan pasangannya Dr Fahmi, kami doakan jodoh untuk kedua dua mempelai akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.... lekas lekas lah menimang anak....Amiin....

Terima kasih kami ucapkan kepada Ayah Ngah sekeluarga kerna menjemput kami serta sanak saudara Kak Syikin, Abang Din, abang Jan kerana sama sama datang walaupun dari jauh....

Kini aku sendirian di meja... kerna mem , iesya dan irfan sudah lama terjelepuk lena keletihan...
Sekian....

Ahad, 5 Februari 2012

Iesya yang SODAP !

HIDUP MAU SEDAP !!! Di saat nih aku malas nak tulis pape.. sekadar membelek hasil "tembakan" subjek serta menyunting apa yang perlu.... SODAP woooo......kerna subjek tersebut adalah I.E.S.Y.A my dotter.... Enjoy the moment.......

Kisah si iesya dengan donkey-nya... ok tak tajuk cenggini ? hehehehe

Sabtu, 4 Februari 2012

Demi SEDAP, lokasi Workstation Irfan dipindahkan !

HIDUP MAU SEDAP !!! Hari ini aku telah berkemas kemas memindahkan workstation si Irfan memandangkan beliau sentiasa bising ketika bermain video games sehingga mengganggu si Iesya tidur. Dari asyik kene marah ngan aku... baik aku pindahkan ke ruang tamu di luar kamar... Tampak beliau gembira dengan lokasi workstationnya yang baru !!! Son, enjoy yourself !

 

Jumaat, 3 Februari 2012

Noodle Station, Nilai


Nantikan ulasannya nanti... tungguuuuu!!!!!

No komen sbb ini tempat aku pangkah !!!!


Licin !!!Take my order please !Tomyam Seafood Springy NoodleCurry Springy NoodleCurry Springy NoodleTomyam Seafood Springy Noodle

Caramel Ice BlendForgotten BeverageIrfan with new toyIrfan in moodysantai si Irfan Iesya in candid
Noodle Station, a set on Flickr.

Khamis, 2 Februari 2012

Satay Station, Kampung Pandan

Lokasi : Kampung Pandan kut...aku tak pasti
Koordinat GPS : XXX
Waktu Niaga : Petang hingga ke malam
Genre : Satay, Mee Rebus, Sup Daging
Lazat : Hao Liao !
Cost Damage : Jatuh ke kategori mahal tapi berbaloi
Suasana : Boleh makan kat open air kat bawah rumah... boleh makan atas rumah kampung secara bersila.. terbaek !
Mau Repeat ? : Sudah Tentu Ya
Geng Terjah : Ahli keluarga aku je...

Peta :


Ulasan :

Hidup Mau SEDAP !!! Malam tadi aku mai lagi sini... Setelah berhempas pulas kerja Overtime di opis di hari cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan, tiba lah pula masanya utk "family Time"... Si irfan awal awal lagi dah minta jalan jalan ke KL manakala mem aku pulak terasa nak makan satay...so aku cadangkan tempat ni lagi ....ni dah kali ke berapa laa aku mai sini menketedarah pun aku tak tau laa. Jika dahulu tekak terasa nak tokak satay, apa yang bermain di benak pemikiran ku adalah Sate Kajang Hj Samuri... Namun kali nih... aku dapati citarasaku dan mem sudah berbeza sama sekali... Sebelum nih aku pernah berkunjung ke sini berbuka puasa (aku rasa dah 2 kali kut dgn geng geng loop)... memang terbaek laa port buka puasa kat situ... Bulan lepas aku teringin membawa mem dan keluarga ku ke sana memandangkan kebetulan aku membawa irfan dan keluarga bersiar siar meladeni laluan SMART Tunnel.. alang alang dah keluar kat Jalan Tun Razak, terus aku membuat kuang lentang U-Turn menghala ke Kg Pandan. Aku rasa jika orang tak biasa memang takkan jumpa laa ini tempat kerana jalannya agak "tricky" sket. Mem aku yang cerewet bab makan akhirnya menunjukkan isyarat "Thumbs up" menandakan tempat ini terbaek .

Kenapa aku suka ke sini ? Makanannya enak, suasana yang nyaman serta anak anak aku leh santai atas rumah yang berhawa dingin sambil menonton TV lagi... Menu makanannya tak banyak tapi bagiku semuanya okeh dan lazat. Sate ayam dia lembut, satay daging dia pergh berperisa... Kuah kacang yang terkstur nya kasar dan menyelerakan... Mee rebus dia aku rasa setanding jugak lah dengan Mee Rebus Haji Wahid. Sup Daging aje aku belum sempat try...Hangpa kalau ada masa try choba laa ini tempat... Terbaek !!! Enjoys gambaq gambaq nih...


Satay Ayam LazatMakan di singgahsanaSatay Ayam LazatSatay Ayam LazatGugusan SataySatay Ayam Lazat Serve with Nasi Himpit

Ulam Ulaman penghapus karsinogenSatay Daging LazatKuah Kacang yang menyelerakanSambal kacang hingga ke titisan terakhirJus Epal diperkaya dengan Asam BoiMee Rebus Bonda
Klik Satay Station untuk Slide Show

Nota kaki : Awas !!! Jika anda jenis yang berkira dalam bab / soal harga makanan... sila pegang jantung anda awal awal... agak mahal tapi aku rasa tidak keterlaluan laa dan berbaloi dgn kelazatan dan kenikmatan sewaktu kita melahap tadi...Satey dia secucuk singgit, mee rebus semangkuk 6 hengget... ok kan kan kan... hehehehehe