Selasa, 24 Julai 2012

Kembara SEDAP ~ Sola-Stavenger-Oslo Norway

Kembara SEDAP... terima kasih kepada blogger Afiz Aoki kerana mengujakan saya berkongsi sayembara kembara SEDAP ke negara orang... Izin saya mulakan dengan destinasi di Norway memandangkan projek yang aku bekerja sekarang nih client adalah Statoil.

Jom layan gambar...


  1. Aku dibawa bersiar siar dengan bot ke pulau Lindoy, Stavenger... Setelah bersiar siar atas bot, mereka singgah di pulau tersebut dan berkelah... Diriwayatkan bahawa pulau tersebut dahulunya tempat budak budak nakal di'brainwash"... sekarang tiada lagi...
  2. Berlatar belakangkan North Sea
  3. Tu dia kapten kapal merangkap project manager bersama kuncu kuncu nya. Mereka ni dari syarikat Roxar.
  4. Gambaq belakang tu adalah gereja... aku sebat je laa sbb gereja tersebut nampak kuno dan lama... Masjid memang takde laa kat sini...
  5. Oleh kerana darah viking tetap mengalir dalam tubuh mereka, boleh dikatakan orang2 norwegian nih akan mempunyai bot setiap orang.... Bot yang aku naik ni dimiliki oleh mamat Project Manager nih.
  6. Di kota stavenger... nampak lengang dan rileks...tiada hiruk pikuk kesibukan kota.
  7. Waktu nih Zero degree C... percaya ? baik anda mempercayainya...
  8. Lokasi dekat Oil & Gas Exhibition Centre di tengah tengah kota... belakang tu terdapat jambatan yang menghubungkan antara pulau pulau... dahsyat kan ?
  9. Ni kat train centre... masa tu aku dapat youth discount sbb umur belum 25 tahun lagi... 50% discount... perghh !!!
  10. Viking Swords at Stavanger Swords Monument
  11. Pemandangan matahari terbenam di North Sea... 
  12. Panjang kisahnya... aku boleh tersalah landing kat SOLA Airport.. padahal aku kena turun kat OSLO airport... so aku naik tren selama 8 jam kalau tak silap dari SOLA ke OSLO... nice trip indeed.

Isnin, 23 Julai 2012

15 Tips untuk SEDAP berpuasa di bulan Ramadhan


Hidup Mau SEDAP... begitu juga ketika berpuasa... kita juga mau sedap dalam beribadah agar dapat menjalani puasa dengan berkualiti... Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... ia lebih dari itu sebenarnya... Sepatutnya ketika berpuasa nih, seluruh anggota badan serta roh kita berpuasa serta ambil lah sedikit masa berfikir sejenak natijah berpuasa dan selami keadaan orang yang TERPAKSA "berpuasa" setiap hari akibat kekangan rezeki.... Berpuasa juga sebenarnya adalah satu mekanisme untuk merehatkan organ penghadaman yang selama ni tak pernah berhenti beroperasi...jadik kasi laa peluang untuk overhaul system perut anda dan lakukan preventive maintenance sebulan dalam setahun... Dalam post ini izinkan saya berkongsi sedikit tips dalam mencapai keSEDAPan berpuasa di bulan yang penuh barokah ini khusus dalam aspek fizikal dan lahiriah semata mata berdasarkan pengamatan diri serta bahan bacaan yang sempat saya ingat...
  1. Sebelum berpuasa, ada baiknya jika kita mendapat khidmat nasihat doktor tentang keadaan diri kita... mana lah tau kan hangpa ada penyakit yang tidak diketahui... ataupun bila hangpa mula berpuasa ada komplikasi lain ka... atau mana laa tau hangpa ada kena makan ubat sewaktu berpuasa... tapi awas... jgn meringankan ibadah puasa... mcm senak perut sket dah kata hangpa gastrik... itu tak aci woii...Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  2. Untuk mengurangkan rasa haus, kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur.
  3. Untuk mengurangkan rasa lapar, elakkan makanan berlemak ketika sahur.  Makanan berlemak akan membuat sel darah merah menggumpal sehingga menyebabkan aliran oksigen menjadi berkurang hingga 20%. Akibatnya anda akan mengantuk pada siang hari.
  4. Makanlah makanan yang mengandung karbohidrat kompleks seperti ubi, jagung, singkong, oatmeal, roti gandum dan nasi perang (brown rice dengan izin) karena ia membantu menahan kenyang lebih dari 6 jam. Protein, buah, sayur serta air putih yang cukup juga mampu bantu menjaga stamina anda selama puasa.
  5. Perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari.
  6. Amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin.
  7. Banyakkan minum air sewaktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.
  8. Ketika cuaca panas.. hangpa jangan la dok tengah panas... cari laa tempat yang teduh dan dingin agar anda tidak kepenatan.
  9. Berbuka puasa dengan makan secukupnya. Banyak makan hanya akan membuat perut hangpa terasa sesak akibat lambung akan mengecil dan enzim-enzim pencernaan berkurang. Para pakar kesehatan menganjurkan untuk makan secara bertahap.
  10. Seelok eloknya bila berbuka, bagi saya laa... mulakan dengan minum air putih beberapa teguk, sedikit makanan manis dan pii sholat maghrib dulu... lepas sholat maghrib makan kuih muih... lepas sholat terawih baru laa nak melantak makan berat sket...
  11. Banyak orang yang keliru dengan kenyataan 'berbuka dengan yang manis'. Sememangnya berbuka dengan makanan atau minuman manis memang baik agar dapat segera memulihkan tenaga dan energi setelah seharian berpuasa. Namun yang keliru adalah apabila makanan atau minuman manis yang dikonsumsi terlalu banyak, apalagi jika rasa manis tersebut terbuat dari gula boleh membahayakan kesihatan anda... hati2...
  12. Pada saat makan malam, pastikan anda tidak makan terlalu banyak untuk mencegah obesiti atau kegemukan. Selain itu, hindari meminum kopi dan soda karena ia buat anda susah untuk tidur serta mampu menambah banyak lemak dalam tubuh. Ganti kedua minuman tersebut dengan air mineral dan jus buah, itu yang terbaek.
  13. Kalau larat, lakukan senaman ringan di malam hari. Misalnya dengan berjalan kaki selama 15 hingga 20 menit setelah makan malam. Bagi saya sholat terawih tu dah kira olahraga ringan dah tu...
  14. Jaga pola tidur anda kerana  mengantuk selama puasa bukanlah disebabkan karena tak makan dan minum seharian, melainkan karena tak memiliki waktu tidur yang cukup. Kalau malam tu hangpa nak beribadat lebih sket pun tarak hal... apa yang boleh hangpa buat adalah meluangkan waktu 20-30 minit untuk melakukan power-nap di siang hari. Tidur siang yang singkat tapi berkualiti akan bantu memulihkan tenaga dan energi anda.
  15. Jangan skip sahur... kerana Rasulullah bersabda ada keberkatan dalam bersahur itu...
Semoga tips di atas ni mampu beri manfaat kepada tuan puan sekalian... Doakan saya sekeluarga sihat, mampu menjalani ibadah puasa dengan penuh ikhlas dan diterima Allah hendakNya serta diberi peluang menemui malam Lailatul Qadar.....Ameen....

Ahad, 22 Julai 2012

Kisah Hidup SEDAP ~ Kehidupan si tukang masak...



Hari nih izinkan aku meluahkan sesuatu dah lama berbuku di sanubari ku...Dah lama aku dok perati kehidupan si tukang masak sewaktu menunggu order ku siap... tak kira lah di mana...di kedai mamak, di gerai gerai mahupun chef chef di hotel 5 bintang... bagi ku mereka semua mempunyai satu ciri persamaan... yang aku panggil PASSION atau minat dan kesungguhan... satu kerjaya yang bagiku memerlukan minat dan kecintaan terhadap memenuhi nafsu serakah manusia terhadap tuntutan nafsu makan...

Si tukang masak yang menyajikan makanan yang sedap bagi ku sangat istimewa... mereka seolah olah mempunyai peminat mereka sendiri rentetan juadah dan makanan yang disediakan memenuhi citarasa pelanggan... kekadang aku agak "ngalib" memerhatikan si tukang masak dengan pantas menyajikan juadah... seolah olah skrip memasak sudah menjadi rutin dan kebiasaan...masak main campak ajer ke kuali... and walla... siap untuk dihidangkan... yang penting SODAP... hahahaha... Jika dibandingkan kerjayaku sebagai jurutera... aku tak senasib dan mempunyai tuah seperti si tukang masak... aku tiada peminat serta hasil kerjaku bersifat kolaboratif... bukannya individualistik seperti si tukang masak. Pernah ku congak... masak nasi goreng aje 5 minit dah siap... dengan seni lenggok mereka memasak  dan kawalan api di dapur sunggih menggamit suasana... kalau sejam dah 12 pinggan nasik goreng boleh disediakan... fuih... boleh kayo pokcik... tapi tu laaa... jika mereka minat dalam bidang ini... aku pasti penat tidak akan terasa dan kepuasan pelanggan lah matlamat mereka...

Bagiku kerjaya si tukang masak mempunyai masa depan yang cerah... sekiranya mereka betul2 serius dengan kerjaya ini... setakat ini...aku lebih suka si tukang masak lelaki...lebih cepat dan sedap berbanding si tukang masak wanita... tak tau laa hangpa pulak camne ?

-TAMAT-

Sabtu, 21 Julai 2012

Doa & Niat PUASA


Selamat menyambut Ramadan 1433.. Semoga beristiqamah dlm mengejar nikmat ganjaran keampunan ini. Jgn lepaskan peluang kita sementara stok usia masih ada.. *reminder to myself n to all muslims friends/family*

Mari belajaq Bahasa Kedah...

Jumaat, 20 Julai 2012

Kisah Hidup ~ Thakur yang tersungkur...


Alhamdulillah, mujurlah aku sempat melawat sesorang yang berpangkat pokcik dua pupu belah mem aku nih.... beliau kiranya sepupu mak mertua aku laa...aku pernah jumpa sekali di kelantan...waktu itu beliau sihat dan suka melawak...cuma tu lah... yang aku tau beliau dikatakan beliau menetap di kawasan kuala lumpur bekerja sebagai posmen di kota metropolitan...namun tak pernah sekalipun berkesempatan untuk bertemu. beliau ni sewaktu mem aku kecik selalu laa tolong asuh kan dulu... kalau berborak dengan beliau memang tak kering gusi laa...beliau sangat kelakar dan hidup happy go lucky... Beliau juga tak pernah menceritakan kehidupan beliau bagaimana... hanya kata dia dok kat pantai dalam...

Minggu lepas....mak mertuaku tergerak hati nak jumpa sepupu tunggalnya sbb dah lama pi mai pi mai KL tak jugak sempat bertemu... aku tarak hal, bukak googlemap carik komuter pantai dalam terus set... perjalanan hanya mengambil masa 30 minit aja dari Nilai ke situ melalui PLUS ke sungai besi...terus masuk NPE...Setibanya di kawasan tersebut... kami dah terkejut... awat kawasan ni kawasan setinggan...try tepon pokcik pi'e dia suruh kami masuk jalan Kubur, sempat lagi beliau melawak...kalau mati mudah sket nak ke kubur... aduyai laa... sampai aje ke jalan kubur...pokcik pi'e hantaq anaknya haiqal amik kami...aku tak terkata apa daaa... 1st time jumpa aku lihat beliau gemuk sihat...tapi laa ni Pokcik Pie kurus giler pastu yang aku sedih tu...mata dia dah tak nampak akibat komplikasi diabetes... mengagau gagau tangannya nak bersalaman dengan kami sewaktu menyambut kedatangan tetamu nih... keadaan rumah setinggan... perghh... aku rasa mcm nak nangis aje kat situ...tapi tahan beb tak mau dia terasa hati.... hanya ada sekeping tikar aje sbg alas simen yang sejuk kematu... aduyai laa... beliau masih ceria dan melawak seperti dulukala... cuma tu lah... akibat diabetes, beliau kelihatan kurus, kulit gatal serta kaki luka yang seakan akan gengren doh... beliau juga seminggu sekali kene buat hemodialisis akibat komplikasi kegagalan uah pinggang...aku hanya diam membisu hanya mak pak mertua aku jah yang berborak.... waktu itu isteri beliau keluar bekerja dan hanya2 orang anaknya aje di rumah... yang lagi 3 orang ntah tak tau ke mana... Menurut beliau, beliau terpaksa naik teksi utk mendapatkan rawatan di klinik kerajaan... katanya lagi kalau takde aral ... bulan 7 ni patutnya beliau boleh menjalani pembedahan mata tapi bergantung kepada luka kakinya yang perlu disembuhkan dulu... Aku bisik kat mem... cari jalan mcm mana nak uruskan Pokcik Pi'e nih... bagaimana cara nak pulihkan matanya dulu sbb rasanya sangat kritikal kehidupan tanpa penglihatan...

Setelah mereka borak baru lah ku bukak mulut bertanyakan.... berapakah sewa rumah ni... dia kata RM500... makahai...terperanjat beruk aku...aku rasa macam nak tumbuk ajer tuan rumah setinggan nih kalau dia ada situ... dengan keadaan rumah yang sangat uzur... atap bocor, siling apatah lagi... lampu pun satu aje yang leh pakai... katanya tuan rumah ni Ustaz... puihhh.... sikit pun takde rasa belas ihsan...dah laa pokcik ni mata tak nampak... takkan nak arap dia repair... hanya harapkan pencen 800 hengget...sewa dah 500 hengget... puihh... lintah darat ! AKu tanya sapa wakil rakyat sini ? dia kata Izzah tapi tak leh pakai gak sbb kekurangan dana katanya... puih sekali lagi dalam hati... dia kata kerajaan dah banci nak pindahkan kawasan setinggan ke rumah PPRT tapi apa leh buat,..ada puak puak lain dah sapu...sepatutnya pokcik ni dapat tapi orang lain yang sebat dulu...puihh sekali lagi... dasar orang politik... huh...

Beliau kelihatan uzur membuatkan kami tak mau amik masa lama sangat berborak.... setelah mak mertuaku menghulurkan hasil jualan durian dari kebun beliau serta hulur apa apa yang patut... kami mohon diri..beliau tampak kesal sbb tak sempat menjamu apa apa... lagi laa kami sebak rasa... 

Selepas melangkah masuk ke dalam kereta ... mem aku ngan mak mertua aku dah menangis giler mengenangkan kehidupan pokcik Pi'e. Memang tak sangka laa dia hidup macam tu... ditambah dengan keadaan beliau yang buta serta sakit... Kalau di ikutkan beliau sebenarnya "thakur" di kelantan...punyai rumah pusaka, tanah, kebun dan dusun yang banyak... namun memilih untuk hidup daif di kotaraya...aduyyai laa.... aku tak mengerti... yang pasti aku akan ke sana lagi melawat pokcik Pi'e...dan misi untuk memujuk beliau agar balik semula ke kelantan akan bermula... sekurang kurangnya ada lah sanak saudara boleh tengok2kan... 

Bagiku, ini satu pertemuan yang sangat besar impaknya lebih lebih lagi Ramadhon menjengah tiba... tatkala kita sihat dan bergumbira...rupanya ada yang sedang sakit menderita, tatkala kita menjamu selera, ada yang mengikat perut menahan lapar dan dahaga...tatkala kita berbelanja bagaikan raja, ada yang kesempitan wang dan dana....  dan orang itu rupanya saudara kita... ohh... Thank You ALLAH for the reminder to US... beri lah kekuatan kepada Pokcik Pi'e untuk mengharungi dugaan-MU yaa Allah... 

-TAMAT-


Kisah SEDAP ~ Tren

Sekadar gambar hiasan

Hidup tanpa chobaan ibarat bekerja tanpa gaji, pelajar pii sekolah tanpa perlu melalui peperiksaan dan juga umpama mengail di laut tanpa mengharapkan habuan... heheheh... setelah ku terkelip kelip mengelamun sambil merenung jauh...rupa rupanya menikmati kelazatan tanpa kepayahan ternyata membosankan.... begitu juga dengan perihal hidupku, dari hari ke hari ada saja ujian dan chobaan yang ALLAH berikan.... namun ku redho dan shobar kerana kutahu... ini semua adalah perancangan ALLAH yang MAHA Mengetahui untuk menguji hamba-Nya.

Panjang ceritanya...fuihh... ku-pendekkan je lah yer.... semalam aku balik kerja naik pengangkutan awam jenis tren... jangan tanya aku kenapa... hahahaha jam dah menunjukkan 7pm... suasana hujan gerimis dan rintik rintik membasahi bumi metropolitan. Aku mendongak ke langit sambil menikmati rintihan hujan sambil tersenyum... apakah natijah dan hikmah di sebalik kejadian ini... Kutekadkan semangat, kubulatkan nekad... ku menapak dari Wisma Dijaya ke LRT Ampang Park.. Wow setengah jam ajer... satu rekod pencapaian yang cemerlang... dah lama tidak ku berjalan sejauh ni dengan masa setengah jam dek penangan kesibukan bekerja....langsung exercise tidak kupedulikan...

aku bagaikan rusa masuk kampung setibanya di LRT Ampang Park... rasanya dah berapa tahun tak naik LRT. Kulihat kaunter tiket berbaris panjang membuatkan aku beli tiket pakai kiosk yang kurang sesak... terpampang RapidKL di merata rata tempat membuatku keliru...bukankah rapidkl adalah bas aje...betul ke beli tiket di sini ? ku nekad je lah... koisk berpaparan skrin sentuh untuk menentukan perjalanan dari ampang park ke KL Sentral hanya 2 hengget aje...aik ? tiket berbentuk coin? Pelbagai ragam dan karenah manusia dapat kulihat... segerombolan warga wanita arab berpurdah dengan mahramnya berseluar tiga suku... mat & minah saleh dengan backpack nye berborak sakan... mat mat indon sibuk bergambaran bersama teman teman... minachi dan macha bergurau senda sendaan.... budak budak sekolah pula sini sana berkejaran ... amat meriah sekali panorama di stesen LRT... Suasana yang sedikit hingar dan kepanasan membuat peluh jantan ku menitik setitis demi setitis... 20 minit tampak bagai 2 jam lamanya...

Jam 7.50pm, LRT sampai lewat 10 minit dari yang dijanjikan...hurmm... nasib baik dapat tempat duduk... kulihat suasana dalam tren agak ironik... masing masing diam dengan semakfon masing masing...ada yang berchatting whatsup, ada yang surf internet..ada yang menonton movie... ada jugak yang layan kartun tom and jerry di dalam tren yang disediakan sambil terkekek keke ketawa.... ada jugak mamat berpakaian logo malakoff... agak cool juga...bukak laptop sambung kerja lagi... dia buat tak endah aje walaupun kiri kanan mamat indon dok perati aje setiap tingkahlakunya... ish ish ish... aku hanya memerhatikan setiap gelagat manusia dalam tren tersebut... kalau lah bulan puasa... aku rasa mau defisit pahalaku woi... dugaan....perjalanan mengam,bil masa 15 minit aje utk sampai ke KL Sentral...aku perlu bertukar tren menaiki komuter pulak...wow...tren baru rupanya....namanya MyKomuter... agak besar dan selesa...aku hanya perlu menunggu 15 minit dan perjalanan mengambil masa 45 minit utk sampai ke Nilai...Jam 9pm aku dah sampai di stesen Nilai.

tunggu mem amik kat stesen pun dah ambik masa 20 minit... pii dinner gedebak gedebuk pukul 10.30pm baru sampai rumah... Satu perjalanan yang agak panjang...3jam setengah untuk sampai ke rumah... fuihh.... satu sayembara pencarian yang masih mencari natijahnya....

-Tamat-

Jumaat, 13 Julai 2012

Makan SEDAP ~ DONUT Terbaek !!!

Alien-Big Apple Donut
Kali ini aku cuba bawak hangpa semua mencari sesuatu yang berlobang di tengah yang lazat dan mantap.. hahaha jangan hangpa pikiaq ke lain heh... apa yang saya maksudkan adalah DONUT... Donut merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh mahupun satu adunan cair. Kebanyakkan donut boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donut seperti gelang atau cincin, dan donut yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim). Waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga ke petang. Pemakanan kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan. Diantara penggunaan bahan asas utama donut adalah ibu roti atau yis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti, ia dikenali sebagai roti penaik. Manakala roti yang tidak digunakan ibu roti, dikenali roti tanpa penaik. Orang kata donut ni berasal dari portugal dan dibawa ke Hawaii.. Ntah laaa... Apa yang pasti donut yang aku kenal sejak kecil lagi  biasanya berlobang di tengah dan disediakan dgn taburan gula pasir aje... namun dewasa ini... ia telah dikomersialkan dengan pelbagai kreativiti... antaranya Dunkin Donut, Big Apple, J.CO dan sebagainya dan donut ini dijual berserta dengan ayaq kopi dan sesuai untuk makanan snek di kala melepak bersama kawan kawan...


Seperti biasa, sayembaraku kali ini adalah mencari donut yang paling enak dan lazat... dulu selain donut yang jenis ortodoks nih...aku hanya kenai Dunkin Donut aje disebabkan promosi dan juga iklan yang sering aku dapat lihat... feveret aku adalah bavarian Vanilla dan juga donut yang intinya strawberri...Namun akhirnya member aku si Afiz (pakcik dia asif, tokan kedai beryani pakistan) telah memperkenalkan aku dengan Big Apple dan J.CO...ditambah pulak geng geng loop mengapi apikan dan menwar warkan tentang kelazatan donut big apple terutamanya jenis ALIEN...apalagi sewaktu farewell nadeen...pertama kali dlm hidup aku pii beli sekotak 12 bijik Big Apple untuk kami semua terai rasa....perghh... memang kena dengan tekak aku terutamanya Alien.. memang berbaloi laa woi... walaupun saiznya lebih kecil berbanding dengan Dunkin Donut (ntah rasanya sama je kut saiz nya)... Aku pernah terai J.CO sekali baru baru nih kat pavillion... ok jugak rasanya... unik dan pelik..namun ianya sesuai dinikmati bersama kopi shake atau coffee blend dia serta untuk makan donut nih kene ada gaya "ropi" sket... muka kerek sambil menghirup kopi dan berbicara tentang saham juta juta dengan kawan kawan (sembang deras gak nih)... hahaha tak kene dengan jiwa "kawan" ...

Apa yang ku cari adalah sebijik donut yang teksturnya doh tetap lembut walaupun disimpan lama dalam peti ais dan masih mampu mengekalkan kelembutan serta keenakan manisan, coklat serta assessori dan sudah pasti lazat dan tidak memualkan dan membuat aku teruja untuk menikmatinya selepas itu... bagi ku sudah cukup membuat kan aku tergamak menobatkan DONUT terbaek setakat ini adalah
BIG APPLE DONUT, secara khususnya jenama ALIEN dan Wake up Wally... dah 3 hari berturut turut aku ngan mem dinner dengan donut je nih...sedap punya pasai...hahahaha.....

Jom layan gambaq pulak... hehehehe




Khamis, 12 Julai 2012

Makan SEDAP ~ Pizza terbaek setakat ini !



Lama sudah tidak ku jengah ke sesawangku yang semakin bersawang nampaknya... Apa boleh buat... waktu dan masa sungguh mencemburuiku.. Namun dikala dinihari nih aku choba amik kesempatan melampiaskan hasrat, membulatkan tekad untuk mencoret apa apa jua yang lama kupendamkan....

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman tentang Pizza... aku pasti bagi penggemar makanan pantas (Fast Food dengan izin), pizza merupakan salah satu pilihan yang mesti ada dalam senarai menu dan semakin lama ku perhatikan permintaan pizza semakin popular pada masa kini terutamanya dikawasan yang terdapat ramai populasi pelajar. Jika dulu  sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza dan lain lain...

Jika diimbas kembali sejarah silam, Pizza ni sebenarnya berasal dari masyarakat di sekitar laut tengah yang telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu picea.Jadi tak hairan laa nama pizza banyak mcm bunyi italiano sket seperti Sarpino, Margarita, Napolitana, Sorento, Aloha pun ada.... hahahaha
Dari segi promosi, rasanya hanya Pizza Hut yang beria ria mempromosi di media iklan manakala yang lain hanya mempromosikan melalui media cetak semata mata...Selain Pizza, kedai makanan segera juga ada menawarkan menu menu lain seperti lasagna, bread stick, spagetthi pun ada... Tapi maafkan laa saya... saya mai hanya mau makan pizza... kerna itu adalah produk teras (core product dengan izin) yang hampa juai, sepatutnya mereka lebih sensitif dengan kehendak pelanggan.

Berbalik kepada isu asal, sebetulnya aku mempunyai misi dan sayembaraku adalah mencari pizza lazat... sudah lama ku mencari dan sebenarnya aku juga sudah lama menemui jawapannya... rasanya semua dah kuchoba... hatta pizza di pasar malam serta mini pizza kat kedai roti pun tidak terkecuali... berdasarkan kepada pakej lengkap, keenakan dan rasa topping, kelembutan dan tekstur roti pizza dan juga kepejalan dan rasa keju ... dengan ini sukacita saya menobatkan bahawa Pizza terbaek di atas mukabumi yang fana ini adalah DOMINO PIZZA pilihan BBQ chicken dengan cheese Burst Double Decker dan juga Extra topping (lebih BBQ sauce).. Sebulan sekali mesti pekena ini Pizza....terbaek !!!!