Ahad, 29 Julai 2012

Makan SEDAP ~ Seminggu sudah kita berpuasa.. suatu penilaian...

Sudah hampir sepertiga bulan sudaa kita berpuasa... Aku lalui pelbagai cabaran getir dalam mengharungi bulan Ramadhan yang mulia nih... seperti biasa, masuk aje bulan Ramadhan, hidup ada sedikit perlu ditukar... aku kasik rehat laa kat mem dari tugas memasak di waktu  hari bekerja ... kesian kat mem yang berpuasa pada masa yang sama nak handle budak2 lagi... masak bagai nak rak tapi makannya ciput aje.. jadi aku selaku tuan besar rumah ni membuat keputusan kita beli je lah... Namun ia mengundang padah yang lain pulak.... salah satunya adalah risiko sakit perut dan cirit... masuk nih dan 2 kali aku terjerumus ke lembah kerakusan manusia yang berjual di bazaar ramadhan... asalkan jual dan meraih untung... mungkin itu yang mereka fikirkan di benak masing2 tanpa menitikberatkan soal kebersihan, dosa pahala...sedap atau tak dah tentu jauh sekali...

Jadi... sepertiga bulan nih... biasanya aku akan menjelajah mencari kedai / gerai yang dapat memenuhi iftar kami secara kaedah cubajaya aje... Kuih muih yang menjadi sasaran  famili aku adalah adalah kuih kole kacang, pulut panggang, kuih tepung talam, kuih serimuka dan karipap pusing... Kebiasaannya kami berbuka puasa dengan kuih muih ni dahulu... selepas sholat terawih baru mengadap menu yang lebih berat. yang berat ni kena belasah nasik laa dan aku seperti biasa.. aku tak lah cerewet janji mengenyangkan sudaaa.... ta kisah laa.. kekadang mem aku masak sup ayam ke, tomyam ke... layan dengan nasik putih yang hangat perghh...kalau tak...beli aje nasi kerabu ke, nasik lemak kukus ka, laksam dah cukup daa...Kami sekeluarga sahur ala kadar ajer... biasanya just alas perut... minum milo dengan roti pun surr... gak...

Jom layan gambaq... dalam kes nih, rupa paras tak penting... yang penting adalah SEDAP dan bersih (tiada mudarat cirit birit).... Ini lah satu penilaian yang diperolehi...

Ini buah mesti kena ada... Sangat menyegarkan...

Ini kole kacang yang saya dah kenalpasti gerainya... walaupun lembik sket...
namun kualiti, rasa dan tekstur terbaek !
kambing golek yang dijual 200gram soploh hengget di Param B.B.Bangi... 
Nasi Kerabu memang terbaek setakat ini...


Ini laksam... pergh... dah 3 hari berbuka dengannya...
sebungkus tak cukup... kena 2 bungkus baru kenyang... Terbaek !


Sempat jugak mem buatkan aku bologne spaghetti... thanks cayunks.....

Antara minuman yang mesti ada di kala berbuka...

Sabtu, 28 Julai 2012

Hidup Mau SEDAP ~ Impian...


Hidup Mau SEDAP !!! Salah satu impianku adalah memiliki ruangan persendirian seperti ini di kala telah mencapai kebebasan kewangan... Aku bebas lakukan apa saja yang mau... wang bukan lagi kekangan walaupun bagiku wang penting namun ia bukanlah segala galanya.... Aktiviti membaca memang mengasyikkan apatah lagi diiringi dengan desiran ombak, atau keciauan burung dan hembusan angin yang sepoi sepoi bahasa... perghh... aku tak leh bayangkan saat indah... apa pula impian anda ?

Quote SEDAP ~ Fikir fikirkan


Fikir fikirkan kata mamat nih... teringat year 2006 aku attend dia punye seminar tentang rich dad poor dad... he's my teacher and mentor that his idea affect my entire life...

Khamis, 26 Julai 2012

Kisah Hidup - bukan tang kona tapi...

Pasti hangpa tertanya tanya awat tetiba aku naik tren tempohari... Bukan sesaja mau naik tapi terpaksa... Dalam keadaan yang buntu selepas penat bekerja, aku seperti biasa melompat naik kenderaan kereta sport ku... Sekali aku nak start kereta sportku... Aik... Tarak pape.. Aiyyaaa tepuk dahi berkali kali aku... Rupanya battery kereta flat wooo... Mesti aku lupa tutup lampu akibat pagi itu, keadaan hujan dan gelap, pastinya aku bukak lampu kereta... Aku tak panjang cerita terus melompat keluar... Jam dah 7pm... Aku merenung sejenak... Kawan2 dah semua balik... Hurmm.. Malas nak susahkan depa... So aku sambil tersenyum merenung ke langit yang ketika itu hujan renyai renyai ambil keputusan... Tren laa jawapannya utk jalan pulang... 3 jam setengah utk sampai ke rumah memang melelahkan jiwa ragaku. Pagi tu pula baby aku pulak demam + allergik membuatkan aku terpaksa ambil EL dan tak berkesempatan nak pikir apa tindakan seterusnya yang perlu aku lakukan untuk settlekan masalah kereta sport ku yang masih terkontang kanting di parking wisma dijaya. Hari ahad... Aku tekad menyewa satu bateri yang fully charga dari sebuah kedai dalam perchobaan utk jump start kereta sportku... Namun gagal... Terpaksa laa aku ganti dengan bateri yang aku sewa utk startkan kereta... Bateri keretaku itu aku hantar balik kat kedai utk dichargekan agar tak perlu aku beli bateri kereta baru yang rata rata harganya perghh... Hampir mencecah 200 hengget.. Bateri tu pun tak sampai setahun dan tauke kedai tu kata bateri tersebut masih keadaan ok. So masa bile tang kona nya ? Hurmm... Aku memang tak janji dengan blogger Afiz Aoki utk buka puasa bersama... Tanya ajer.. Memandangkan petang tersebut rasanya sempat untuk aku ambil balik bateri kereta aku tu balik.. Tu yang aku blah awal sket dari opis... So harapan aku... Kita settle sini heh asif..ehh afiz... Kalau saya buat salah yang buat hang tersalah anggap.. SaYa mohon maaf. Adios...
 P/S : FIrst time update blog pakai Ipad... Not bad...

Selasa, 24 Julai 2012

Kembara SEDAP ~ Sola-Stavenger-Oslo Norway

Kembara SEDAP... terima kasih kepada blogger Afiz Aoki kerana mengujakan saya berkongsi sayembara kembara SEDAP ke negara orang... Izin saya mulakan dengan destinasi di Norway memandangkan projek yang aku bekerja sekarang nih client adalah Statoil.

Jom layan gambar...


  1. Aku dibawa bersiar siar dengan bot ke pulau Lindoy, Stavenger... Setelah bersiar siar atas bot, mereka singgah di pulau tersebut dan berkelah... Diriwayatkan bahawa pulau tersebut dahulunya tempat budak budak nakal di'brainwash"... sekarang tiada lagi...
  2. Berlatar belakangkan North Sea
  3. Tu dia kapten kapal merangkap project manager bersama kuncu kuncu nya. Mereka ni dari syarikat Roxar.
  4. Gambaq belakang tu adalah gereja... aku sebat je laa sbb gereja tersebut nampak kuno dan lama... Masjid memang takde laa kat sini...
  5. Oleh kerana darah viking tetap mengalir dalam tubuh mereka, boleh dikatakan orang2 norwegian nih akan mempunyai bot setiap orang.... Bot yang aku naik ni dimiliki oleh mamat Project Manager nih.
  6. Di kota stavenger... nampak lengang dan rileks...tiada hiruk pikuk kesibukan kota.
  7. Waktu nih Zero degree C... percaya ? baik anda mempercayainya...
  8. Lokasi dekat Oil & Gas Exhibition Centre di tengah tengah kota... belakang tu terdapat jambatan yang menghubungkan antara pulau pulau... dahsyat kan ?
  9. Ni kat train centre... masa tu aku dapat youth discount sbb umur belum 25 tahun lagi... 50% discount... perghh !!!
  10. Viking Swords at Stavanger Swords Monument
  11. Pemandangan matahari terbenam di North Sea... 
  12. Panjang kisahnya... aku boleh tersalah landing kat SOLA Airport.. padahal aku kena turun kat OSLO airport... so aku naik tren selama 8 jam kalau tak silap dari SOLA ke OSLO... nice trip indeed.

Isnin, 23 Julai 2012

15 Tips untuk SEDAP berpuasa di bulan Ramadhan


Hidup Mau SEDAP... begitu juga ketika berpuasa... kita juga mau sedap dalam beribadah agar dapat menjalani puasa dengan berkualiti... Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... ia lebih dari itu sebenarnya... Sepatutnya ketika berpuasa nih, seluruh anggota badan serta roh kita berpuasa serta ambil lah sedikit masa berfikir sejenak natijah berpuasa dan selami keadaan orang yang TERPAKSA "berpuasa" setiap hari akibat kekangan rezeki.... Berpuasa juga sebenarnya adalah satu mekanisme untuk merehatkan organ penghadaman yang selama ni tak pernah berhenti beroperasi...jadik kasi laa peluang untuk overhaul system perut anda dan lakukan preventive maintenance sebulan dalam setahun... Dalam post ini izinkan saya berkongsi sedikit tips dalam mencapai keSEDAPan berpuasa di bulan yang penuh barokah ini khusus dalam aspek fizikal dan lahiriah semata mata berdasarkan pengamatan diri serta bahan bacaan yang sempat saya ingat...
  1. Sebelum berpuasa, ada baiknya jika kita mendapat khidmat nasihat doktor tentang keadaan diri kita... mana lah tau kan hangpa ada penyakit yang tidak diketahui... ataupun bila hangpa mula berpuasa ada komplikasi lain ka... atau mana laa tau hangpa ada kena makan ubat sewaktu berpuasa... tapi awas... jgn meringankan ibadah puasa... mcm senak perut sket dah kata hangpa gastrik... itu tak aci woii...Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  2. Untuk mengurangkan rasa haus, kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur.
  3. Untuk mengurangkan rasa lapar, elakkan makanan berlemak ketika sahur.  Makanan berlemak akan membuat sel darah merah menggumpal sehingga menyebabkan aliran oksigen menjadi berkurang hingga 20%. Akibatnya anda akan mengantuk pada siang hari.
  4. Makanlah makanan yang mengandung karbohidrat kompleks seperti ubi, jagung, singkong, oatmeal, roti gandum dan nasi perang (brown rice dengan izin) karena ia membantu menahan kenyang lebih dari 6 jam. Protein, buah, sayur serta air putih yang cukup juga mampu bantu menjaga stamina anda selama puasa.
  5. Perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari.
  6. Amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin.
  7. Banyakkan minum air sewaktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.
  8. Ketika cuaca panas.. hangpa jangan la dok tengah panas... cari laa tempat yang teduh dan dingin agar anda tidak kepenatan.
  9. Berbuka puasa dengan makan secukupnya. Banyak makan hanya akan membuat perut hangpa terasa sesak akibat lambung akan mengecil dan enzim-enzim pencernaan berkurang. Para pakar kesehatan menganjurkan untuk makan secara bertahap.
  10. Seelok eloknya bila berbuka, bagi saya laa... mulakan dengan minum air putih beberapa teguk, sedikit makanan manis dan pii sholat maghrib dulu... lepas sholat maghrib makan kuih muih... lepas sholat terawih baru laa nak melantak makan berat sket...
  11. Banyak orang yang keliru dengan kenyataan 'berbuka dengan yang manis'. Sememangnya berbuka dengan makanan atau minuman manis memang baik agar dapat segera memulihkan tenaga dan energi setelah seharian berpuasa. Namun yang keliru adalah apabila makanan atau minuman manis yang dikonsumsi terlalu banyak, apalagi jika rasa manis tersebut terbuat dari gula boleh membahayakan kesihatan anda... hati2...
  12. Pada saat makan malam, pastikan anda tidak makan terlalu banyak untuk mencegah obesiti atau kegemukan. Selain itu, hindari meminum kopi dan soda karena ia buat anda susah untuk tidur serta mampu menambah banyak lemak dalam tubuh. Ganti kedua minuman tersebut dengan air mineral dan jus buah, itu yang terbaek.
  13. Kalau larat, lakukan senaman ringan di malam hari. Misalnya dengan berjalan kaki selama 15 hingga 20 menit setelah makan malam. Bagi saya sholat terawih tu dah kira olahraga ringan dah tu...
  14. Jaga pola tidur anda kerana  mengantuk selama puasa bukanlah disebabkan karena tak makan dan minum seharian, melainkan karena tak memiliki waktu tidur yang cukup. Kalau malam tu hangpa nak beribadat lebih sket pun tarak hal... apa yang boleh hangpa buat adalah meluangkan waktu 20-30 minit untuk melakukan power-nap di siang hari. Tidur siang yang singkat tapi berkualiti akan bantu memulihkan tenaga dan energi anda.
  15. Jangan skip sahur... kerana Rasulullah bersabda ada keberkatan dalam bersahur itu...
Semoga tips di atas ni mampu beri manfaat kepada tuan puan sekalian... Doakan saya sekeluarga sihat, mampu menjalani ibadah puasa dengan penuh ikhlas dan diterima Allah hendakNya serta diberi peluang menemui malam Lailatul Qadar.....Ameen....

Ahad, 22 Julai 2012

Kisah Hidup SEDAP ~ Kehidupan si tukang masak...



Hari nih izinkan aku meluahkan sesuatu dah lama berbuku di sanubari ku...Dah lama aku dok perati kehidupan si tukang masak sewaktu menunggu order ku siap... tak kira lah di mana...di kedai mamak, di gerai gerai mahupun chef chef di hotel 5 bintang... bagi ku mereka semua mempunyai satu ciri persamaan... yang aku panggil PASSION atau minat dan kesungguhan... satu kerjaya yang bagiku memerlukan minat dan kecintaan terhadap memenuhi nafsu serakah manusia terhadap tuntutan nafsu makan...

Si tukang masak yang menyajikan makanan yang sedap bagi ku sangat istimewa... mereka seolah olah mempunyai peminat mereka sendiri rentetan juadah dan makanan yang disediakan memenuhi citarasa pelanggan... kekadang aku agak "ngalib" memerhatikan si tukang masak dengan pantas menyajikan juadah... seolah olah skrip memasak sudah menjadi rutin dan kebiasaan...masak main campak ajer ke kuali... and walla... siap untuk dihidangkan... yang penting SODAP... hahahaha... Jika dibandingkan kerjayaku sebagai jurutera... aku tak senasib dan mempunyai tuah seperti si tukang masak... aku tiada peminat serta hasil kerjaku bersifat kolaboratif... bukannya individualistik seperti si tukang masak. Pernah ku congak... masak nasi goreng aje 5 minit dah siap... dengan seni lenggok mereka memasak  dan kawalan api di dapur sunggih menggamit suasana... kalau sejam dah 12 pinggan nasik goreng boleh disediakan... fuih... boleh kayo pokcik... tapi tu laaa... jika mereka minat dalam bidang ini... aku pasti penat tidak akan terasa dan kepuasan pelanggan lah matlamat mereka...

Bagiku kerjaya si tukang masak mempunyai masa depan yang cerah... sekiranya mereka betul2 serius dengan kerjaya ini... setakat ini...aku lebih suka si tukang masak lelaki...lebih cepat dan sedap berbanding si tukang masak wanita... tak tau laa hangpa pulak camne ?

-TAMAT-

Sabtu, 21 Julai 2012

Doa & Niat PUASA


Selamat menyambut Ramadan 1433.. Semoga beristiqamah dlm mengejar nikmat ganjaran keampunan ini. Jgn lepaskan peluang kita sementara stok usia masih ada.. *reminder to myself n to all muslims friends/family*

Mari belajaq Bahasa Kedah...

Jumaat, 20 Julai 2012

Kisah Hidup ~ Thakur yang tersungkur...


Alhamdulillah, mujurlah aku sempat melawat sesorang yang berpangkat pokcik dua pupu belah mem aku nih.... beliau kiranya sepupu mak mertua aku laa...aku pernah jumpa sekali di kelantan...waktu itu beliau sihat dan suka melawak...cuma tu lah... yang aku tau beliau dikatakan beliau menetap di kawasan kuala lumpur bekerja sebagai posmen di kota metropolitan...namun tak pernah sekalipun berkesempatan untuk bertemu. beliau ni sewaktu mem aku kecik selalu laa tolong asuh kan dulu... kalau berborak dengan beliau memang tak kering gusi laa...beliau sangat kelakar dan hidup happy go lucky... Beliau juga tak pernah menceritakan kehidupan beliau bagaimana... hanya kata dia dok kat pantai dalam...

Minggu lepas....mak mertuaku tergerak hati nak jumpa sepupu tunggalnya sbb dah lama pi mai pi mai KL tak jugak sempat bertemu... aku tarak hal, bukak googlemap carik komuter pantai dalam terus set... perjalanan hanya mengambil masa 30 minit aja dari Nilai ke situ melalui PLUS ke sungai besi...terus masuk NPE...Setibanya di kawasan tersebut... kami dah terkejut... awat kawasan ni kawasan setinggan...try tepon pokcik pi'e dia suruh kami masuk jalan Kubur, sempat lagi beliau melawak...kalau mati mudah sket nak ke kubur... aduyai laa... sampai aje ke jalan kubur...pokcik pi'e hantaq anaknya haiqal amik kami...aku tak terkata apa daaa... 1st time jumpa aku lihat beliau gemuk sihat...tapi laa ni Pokcik Pie kurus giler pastu yang aku sedih tu...mata dia dah tak nampak akibat komplikasi diabetes... mengagau gagau tangannya nak bersalaman dengan kami sewaktu menyambut kedatangan tetamu nih... keadaan rumah setinggan... perghh... aku rasa mcm nak nangis aje kat situ...tapi tahan beb tak mau dia terasa hati.... hanya ada sekeping tikar aje sbg alas simen yang sejuk kematu... aduyai laa... beliau masih ceria dan melawak seperti dulukala... cuma tu lah... akibat diabetes, beliau kelihatan kurus, kulit gatal serta kaki luka yang seakan akan gengren doh... beliau juga seminggu sekali kene buat hemodialisis akibat komplikasi kegagalan uah pinggang...aku hanya diam membisu hanya mak pak mertua aku jah yang berborak.... waktu itu isteri beliau keluar bekerja dan hanya2 orang anaknya aje di rumah... yang lagi 3 orang ntah tak tau ke mana... Menurut beliau, beliau terpaksa naik teksi utk mendapatkan rawatan di klinik kerajaan... katanya lagi kalau takde aral ... bulan 7 ni patutnya beliau boleh menjalani pembedahan mata tapi bergantung kepada luka kakinya yang perlu disembuhkan dulu... Aku bisik kat mem... cari jalan mcm mana nak uruskan Pokcik Pi'e nih... bagaimana cara nak pulihkan matanya dulu sbb rasanya sangat kritikal kehidupan tanpa penglihatan...

Setelah mereka borak baru lah ku bukak mulut bertanyakan.... berapakah sewa rumah ni... dia kata RM500... makahai...terperanjat beruk aku...aku rasa macam nak tumbuk ajer tuan rumah setinggan nih kalau dia ada situ... dengan keadaan rumah yang sangat uzur... atap bocor, siling apatah lagi... lampu pun satu aje yang leh pakai... katanya tuan rumah ni Ustaz... puihhh.... sikit pun takde rasa belas ihsan...dah laa pokcik ni mata tak nampak... takkan nak arap dia repair... hanya harapkan pencen 800 hengget...sewa dah 500 hengget... puihh... lintah darat ! AKu tanya sapa wakil rakyat sini ? dia kata Izzah tapi tak leh pakai gak sbb kekurangan dana katanya... puih sekali lagi dalam hati... dia kata kerajaan dah banci nak pindahkan kawasan setinggan ke rumah PPRT tapi apa leh buat,..ada puak puak lain dah sapu...sepatutnya pokcik ni dapat tapi orang lain yang sebat dulu...puihh sekali lagi... dasar orang politik... huh...

Beliau kelihatan uzur membuatkan kami tak mau amik masa lama sangat berborak.... setelah mak mertuaku menghulurkan hasil jualan durian dari kebun beliau serta hulur apa apa yang patut... kami mohon diri..beliau tampak kesal sbb tak sempat menjamu apa apa... lagi laa kami sebak rasa... 

Selepas melangkah masuk ke dalam kereta ... mem aku ngan mak mertua aku dah menangis giler mengenangkan kehidupan pokcik Pi'e. Memang tak sangka laa dia hidup macam tu... ditambah dengan keadaan beliau yang buta serta sakit... Kalau di ikutkan beliau sebenarnya "thakur" di kelantan...punyai rumah pusaka, tanah, kebun dan dusun yang banyak... namun memilih untuk hidup daif di kotaraya...aduyyai laa.... aku tak mengerti... yang pasti aku akan ke sana lagi melawat pokcik Pi'e...dan misi untuk memujuk beliau agar balik semula ke kelantan akan bermula... sekurang kurangnya ada lah sanak saudara boleh tengok2kan... 

Bagiku, ini satu pertemuan yang sangat besar impaknya lebih lebih lagi Ramadhon menjengah tiba... tatkala kita sihat dan bergumbira...rupanya ada yang sedang sakit menderita, tatkala kita menjamu selera, ada yang mengikat perut menahan lapar dan dahaga...tatkala kita berbelanja bagaikan raja, ada yang kesempitan wang dan dana....  dan orang itu rupanya saudara kita... ohh... Thank You ALLAH for the reminder to US... beri lah kekuatan kepada Pokcik Pi'e untuk mengharungi dugaan-MU yaa Allah... 

-TAMAT-