Selasa, 11 Februari 2014

Hidup tak berapa nak SEDAP sebab... hahaha...


Assalamualaikum... Alhamdulillah... sempat jugak aku nak tulis sepatah dua.. hampir 8 bulan kut tak mai blog sendiri akibat tekanan hidup mencari makan di bumi yang sangat bertuah ini... hahaha sampai terlupa username and password.. memang hampeh laa... dekat sejam aku berpeluh ketiak nak retrieve apa menda laa username email aku.. mcm mana laa aku boleh lupa... simptom penuaan barangkali.... kalau lupa password ok lagi boleh dimaafkan ni sampai username email pun lupa... hahahaha nasib baik ada buat blogger account dlm semakfon.... dapat lah jugak tau apa usename.. tapi lagi sekali aku ditekan dihampuk dugaan.. apa password aku pulak... addoi laa... dah sepuluh kali cuba pun access denied... masak !!!! so langkah drastik dan tepat adalah reset email hangpa... dan nasib baik recovery email aku tu betui..... perghhh nyaris jugak lah sesawang ni terkubur tak bertuan kalau ditakdirkan aku sendiri tak dapat access sampai bila bila...

Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran yang perlu diambil iktibar... ini adalah petanda jelas... jangan terlalu lama sangat tak update blog... buruk padahnya.... hahahaha hidup ini penuh dengan pelbagai ragam dan rencah... terpulang kepada kita untuk menilai dan mempelajari apa yang telah Allah takdirkan...

Dengan azam dan tekad yang baru... saya berusaha memperuntukkan sedikit masa untuk kita sama sama berkongsi kelazatan hidup di atas mukabumi Allah ini... Buat rakan seperjuangan spt PlatSpender, Sehasta mungkin, likualam dan yang lain lain... kalau nak kutuk pun jgn laa kaw kaw sangat... hahahaha

Selasa, 7 Mei 2013

MAKAN SEDAP ~ Ana Ikan Bakar Petai (Cawangan B.B.Bangi)

Lokasi : Bandar Baru Bangi
Alamat : Lot 29991, Persiaran Kemajuan (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi)
              43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Waktu Niaga : 5pm - 12am
Genre : Ikan Bakar
Lazat : Hurmm...
Cost Damage : Mahal
Suasana : Tipikal mcm food court, sesak dengan umat manusia time orang baru dapat gaji 
                  serta kawasan meletak kereta yang terhad
Mau Repeat ? : Errkk... kena pikiaq 2 -3 kali
Geng Terjah : Ahli keluarga aku je...
Peta :



Ulasan
HIDUP MAU SEDAP !!! Kenapa aku ke sini ? hurmm... aku biasa nya akan terjah Sekinchan Ikan bakar yang terletak di Bandar Baru Bangi... Sebab apa ? Hurmm... setiap kali aku nak ke sini... pasti aku tak dapat parking kereta .. Orang bersesak sesak menjamu selera membuatkan aku lebih selesa ke Sekinchan Ikan Bakar. Namun aku terkejut beruk mendapati Sekinchan Ikan Bakar telah ditutup sepenuhnya di B.B.Bangi atas sebab yang aku sendiri tidak ketahui walhal aku tengok bisness mereka ok dan kenchang gak...

Ok berbalik kepada Kedai Ikan Bakaq Ana Petai nih... aku tahu original kedai ini berasal dari tanjung lumpur kuantan di mana kedai itu tersohor di sana. Kewujudan kedai di kawasan elit ni bagi ku sangat sesuai dan bertepatan. Alhamdulillah aku berpeluang menerjah ke sini bersdama adik ipaq aku. Walaupun padat dengan manusia...aku masih bernasib baik dapat tempat yang selesa..makan dok bersila syiok weiii... hahaha... kami memilih ikan bakaq serta lauk pauk yang lain... Verdik ? hurmm... secara peribadinya tiada wow faktor... boleh menjamu selera di sini jika berkesempatan... cuma aku risaukan adalah kawasan tempat letak kereta yang terhad dan orang ramai... suasana bagaikan majlis kenduri kendara membuatkan nak beerborak dengan ahli keluarga juga sampai tak kedengaran hahaha... bayangkan...



Aku biarkan gambaq gambaq nih berbicara.. Selamat memburu dan menjamu selera geng !!! HIDUP MAU SEDAP !!!

Jumaat, 3 Mei 2013

Gabenor Pertama ~ Tan Sri William Howard Wilcock


Aku  menganggap pengumpul wang kertas paling Malaysia sudah tahu bahawa Bank Negara Malaysia 1 gabenor adalah Australia, Tan Sri William Howard Wilcock. Dasar dan perundangan cadangan untuk penubuhan Bank Negara Malaysia (Bank Negara Malaysia) adalah "Laporan Caine Watson" yang dikeluarkan pada September 1956.

Apabila ia telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah bank pusat dalam Persekutuan Tanah Melayu, governement itu mampu untuk mendapatkan perkhidmatan WH Wilcock yang ketika itu Gabenor pembantu Komanwel Bank of Australia (bank pusat Australia). Pada tahun 1958, WH Wilcock datang ke Tanah Melayu sebagai penasihat perbankan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.


Pada tahun 1959, beliau dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman sebagai gabenor pertama dan pengerusi lembaga bank pusat Malaya (ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu) selama 2 tahun panjang. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperbaharui kontrak kemudian untuk 6 bulan lagi (dia bersara pada tahun 1962).


Apabila dia tiba di Malaya, Encik HW Wilcock berkata matlamat utama beliau adalah untuk mengetahui bagaimana bank pusat boleh membantu orang-orang Melayu dan pembangunan industri masa depan negara ini.


Wilcock sentiasa mengiktiraf keperluan untuk Bank Negara yang akan diterajui oleh seorang tempatan. Dalam ucapan sulungnya, beliau berkata: "Saya amat menghargai penghormatan ... dalam membuat saya gabenor pertama ... tetapi saya percaya paling bersungguh-sungguh bahawa ketua bank pusat sesebuah negara harus menjadi kebangsaan negara itu."


Pada 26 Januari 1959, Bank Negara Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak $ 30 juta oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Bank Negara Tanah Melayu telah membuka secara rasmi oleh Yang Dipertuan Agong pada 24 Januari 1959.


Pada tahun 1962 WH Wilcock datang ke Australia untuk mengisi jawatan sebagai Pengurus Besar Cawangan Percetakan Nota daripada Reserve Bank of Australia dan menyelia pengenalan mata wang perpuluhan Australia.


Sumber: New Straits Times, Buku Warisan Numismatik



N.U.M.I.S.M.A.T.I.C ~ Siri Pengenalan

HIDUPMAUSEDAP !!! Ya.. seperti yang ku janjikan...satu ruangan baru akan tercetus. Hobi lama yang diberi nafas baru. Mula berkecimpung dalam NUMISMATIC sejak darjah 4. Aku masih ingat lagi di saat itu lah mak aku sudah memberikan wang saku secara lumps sum setiap bulan dan aku sanggup tak  makan dan minum hanya untuk mengumpul wang kertas yang beraneka warna di zaman itu. Wang kegemaran ku adalah 20 hengget berwarna coklat. Hobi ini terhenti setelah aku melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama di Taiping di mana wang tersebut terpaksa aku masukkan ke dalam bank BIMB demi untuk belanja urus ketika aku berjauhan dengan keluarga. Sehinggalah aku menamatkan zaman universiti ku, setelah ku mula bekerja dan mak aku hadiahkan wang 1 riyal setelah beliau pulang dari mengerjakan Umrah... ya aku mula menghidupkan kembali hobi yang telah lama terkubur... namun ia dilakukan secara tidak professional dan beretika maksudku tidak teratur dan tersusun... Wang yang ku kumpul kuselit dalam buku, bersepah dan tidak tertib...sehingga lah datangnya member ku si Platspender mencetuskan fenomena dan huru hara dalam bab nih... hahaha beliau membeli money paper album di Pudu Plaza membuatku terdetik untuk memiliki sama dan walla inilah hasilnya...satu bentuk kegilaan dan keseronokan tanpa batasan sudah tercetus... yaaa.... Maniak dan ghairah wa cakap lu... meneliti dan memiliki wang Aziz Taha sudah cukup untuk buat ku teruja hari hari ketika membelek album duit nih... 

Di harap ruangan baru ini, aku dapat melampiaskan kegilaan nih kepada kawan2 agar bidang Nimismatik ni semakin berkembang komuniti nya dan semakin gila ah jadiknya... aku rela !!!! hahahahahahahahaha... Platspender... mark my word !!! Kau lah pencetusnya... Andai kata aku ditangkap dan diheret ke hospital psikiatrik (Insane Asylum)... jgn risau dengan hang aku heret sama... hahahahahahahahahah..... Adios...chow !!!

HMS Kembali (I'm back for good)

Assalamualaikum... Salam 1Malaysia... Yaaa HIDUPMAUSEDAP !!!

Hidup ini bagai topeng di pentas opera
Lama sudah aku tidak menjengah ke laman sesawang... bukan sahaja penuh dengan sarang labah labah.. tapi penuh dengan taik chicak... penuh dengan bunyi katak dan cengkerik serta dihiasi dengan bau-bauan yang kurang enak...Hahaha... sepanjang suku tahun aku menyepi diam seribu bahasa  bukan bererti aku sudah mati... atau semangat ku yang luntur ataupun desas desus mengatakan aku sudah melupakan dunia blog..hahaha... meleset telahan itu kawan kawan... Aku cuma tiada masa. itu aje sebabnya.. walaupun semua orang sama ada 24 jam, namun kesibukan hidup membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat untuk menjengah ke sesawang ini walau sesaat chuma... Memang tarak masa woi... sepanjang 4 bulan ni mcm mcm  yang berlaku dalam hidup... warna kehidupan kembali beraneka ragam serta pelbagai pengalaman yang telah kutempuhi sepanjang tempoh 4 bulan ini... 

Secara ringkasnya, dalam dunia kerjaya ku...aku telah blah dari projek Valemon secara rasminya dan terjebak dengan projek shell. AKu terpaksa menggalas beban pakej Senior jurutera, terpaksa menghadiri FAT di seberang laut serta masih bekerja di bawah seliaan Mr CFTu yang sempoi tapi ermmm... ntah laa malas nak khabar... Aku senang ajer prinsip...keje ikut arahan cukup bulan cucuk ATM keluaq duit...sudaaa......

Kehidupan peribadiku seperti biasa... semakin menarik dengan alatan alatan baru serta pelbagai hobi lama yang diberi nafas baru yang segar dan nyaman... dan oh ye.. aku ada blog baru yang memaparkan hasil citra tembakan DSLR. Di situ lah aku meluahkan segala apa yang terbuku di benak dan sanubari berkenaan dengan imej atau citra yang kuambil... Kalau hangpa senang boleh klik sini untuk mai melawat. Aku juga akan menyambung kembali legasi berkongsi info dan pengalaman tentang tempat makan yang menarik serta tempat tempat percutian yang SEDAP dan menggiurkan. Aspek keagamaan juga akan diteruskan. Akhir sekali aku juga merancang untuk mewujudkan satu ruangan Numismatik atau dengan kata lain tentang hobi mengumpul wang kertas terutamanya tentang wang kertas Negaraku Malaysia. 

4 bulan tanpa coretan buat aku terasa janggal dan melelahkan. Idea kekeringan serta tekanan dari PLATSPENDER membuat kan aku bukan menjadi diriku sendiri... hahahah aku blah dulu.. nanti aku sambung kembali...Adios Amigos !!!

Selasa, 8 Januari 2013

2013~ Permulaan tahun untuk Irfan Darjah 2 WIra

Assalamualaikum... HIDUPMAUSEDAP !!! Yaa sedap lah sangat... Malam sebelum itu... irfan kubawa untuk dipotong rambutnya... sebelum ini beliau amat payah untuk dipotong rambutnya gara gara geli geleman jika dipotong guna mesin... tapi kali ini... syukur lah beliau kuberi semakfon sewaktu abg macha kerat rambutnya... proper lah sikit kesan potong rambunya... Awal pagi pulak aku terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan persekolahan Irfan yang kini berada dalam darjah 2. Buku sekolah lama dah dibelinya.,.. cuma yuran sekolah tak tau sbb takde surat dari pihak sekolah... tambahan pula irfan yang dah bercuti hampir 2 bukan kut... syukurlah beliau takde masalah nak pii sekolah... cuma aku dan mem terpaksa tune balik aktiviti rutin irfan yang barangkali beliau dah lupa... Sempat juga memperhatikan irfan dalam kelas dan berjumpa dan berbincang dengan guru kelas Irfan. Guru kelas Irfan akan mengajar subjek Matematik, Muzik dan Lukisan. Aku siap pesan lagi kalau Irfan degil, aku benarkan dioa pakai nama aku... keranan kalau aku naik angin... irfan memang takut woo... gaya Abah mesti lah garang tapi biarlah bertempat... heheheh...

Perhimpunan pelajar pada hari pertama persekolahan
Rutin yang kususun adalah seperti... waktu rehat jgn main ke lain... pii kantin dan bawak bekal untuk makan & minum... selepas itu pegi tandas kencing... dan balik ke kelas beratur di kantin... waktu balik tunggu di satu pokok, jgn main kat lereng bukit tepi padang nanti jatuh.,. jgn duduk atas tanah nanti kotor dan pelbagai jenis nasihat dan amaran kuperingatkan... Irfan hanya tunduk akur sambil mudah jawapannya... ok bah... ok... don't worry... hurmmm leh caya ke nih...

Hari pertama sekolah... mengantuk... apa taknya tido lewat...
Ragam hari pertama ke sekolah sesi 2013
Nampak gayanya sylibus untuk linus agak ketat... ini bermakna tugas ku dan mem semakin mencabar... apa taknya 2 bulan bercuti langsung tak dipegangnya buku... haih... duganan dan cabaran.....






Kali ini jugaklah irfan terpaksa balik menggunakan perkhidmatan van. Memang payah nak carik pemandu van sekolah yang betul betul boleh kita percaya... hasil intipan aku sewaktu menunggu irfan di sekolah akhirnya aku memilih Kak Achik sbg pemandu van irfan yang baru... 


Hari pertama lepas balik sekolah
Bersama Kak Achik si pemandu Van Sekolah

Inilah gaya irfan yang pertama kali naik van sekolah... perasaannya ? Teruja , gembira dan menyeronokkan... tiada tanda tanda takut ke apa... kira ok laa tu...
INi lan van sekolah irfan yang sudah sedia untuk berlepas... 

Aku akan buat intipan sekali dua lagi untuk pastikan keselamatan irfan terjamin ketika balik dari sekolah... doakan anak aku nih selamat pulang dari sekolah kerna aku sememangnya takut dengan cabaran zaman sekarang... tak macam zaman kita dulu dulu... haih !!! 

-TAMMAT-

Indomethacin ~ Ubat painkiller yang power

Indomethacin ~ Shoot by
50mm, f/1.4 ISO 200, flash fired with diffuser
HIDUPMAUSEDAP !!! Yaa sedap lah sangat sehingga minggu pertama di awal tahun 2013 nih aku terpaksa ambil 2 hari MC akibat "sentapan" di pinggang gara gara nak sambut Iesya yang mau melompat dari atas katil ke bawah... memang tangkap belakang pinggangku pergh... tak tau cakap apa dah... malam tu kutidur dalam kesakitan lantas terpaksa berkunjung ke klinik untuk dapatkan injeksi di punggung... mujur lah mem aku leh cucukkan... kalau nurse yang cucuk karang WOW pulak... hehehehe.... Lepas dicucuk dengan ubat penahan sakit aka painkiller... terus reda sikit belakang nih... Perut pulak sudah berkeroncong lapaq... lantas...


Pekena mee goreng mamak ngan kopi tarik sat... dan pulang ke rumah... Aku dibekalkan dengan ubat Indomethacin 25 mg dan juga Magnesium Trisilicate sebagai ubat penahan sakit... walaupun ada nya pain killer.. sakit masih terasa terutamanya baring menelentang atau duduk agak lama... tangkap pinggang woi... Inilah kali pertama dalam seumur hidupku aku terpaksa sholat duduk atas kerusi gara gara tak leh bangun ... haih...Harap harap 2 hari MC nih dapat rehat dan hilang lah sakit bakang pinggang aku nih... Moga dugaan ini aku mensyukuri  kepada Rabbi ku dan lebih menghargai waktu sehat ku...

Nota kaki: 2 hari nih memang aku manfaat cukup cukup dengan "toy" baru nih... hehehe

Rabu, 2 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013 ! Ikhlas dari HMS Admin

Assalamualaikum, di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada pengunjung blog HIDUP MAU SEDAP. Moga kita semua beroleh kebahagian dan kesedapan dalam kehidupan kita di dunia dan AKHIRAT... tu yang lebih utama.... SEDAP satu perkara yang sangat bermakna bagi ku... kerana NIKMAT & KESEDAPAN itu tercetus setelah kita menghadapi ujian dan dugaan... ibarat SEDAP makan setelah berlapar dahaga mencari rezeki... NIKMAT ketenangan setelah berusaha dan menerima takdir dari NYA... dapatlah ku rumuskan bahawa intipati SEDAP adalah mensyukuri NIKMAT yang dikurniakan oleh ALLAH...  moga aku tidak lupa dan alpa dari terus mensyukuri NIKMAT-Nya, bershobar dengan dugaannya serta berlapang dada dengan segala ketentuan dari-Nya....

Selamat Tahun Baru 2013... Moga kita lebih mengenali dan mendekati pencipta kita... Ameen.


Ahad, 30 Disember 2012

Keinginan yang tiada kesudahannya...

Saat shutter ku tercetus !!! Sebulan sudah aku bereksperimen dengan 7D berbekalkan kit lense EFS 15-85mm f/3.5... zoom lense yang ok so-so kata mat saleh... tahap aperture atau bukaan yang "suci" dan "naif" masih tidak mampu melampiaskan nafsuku terhadap genre potrait dan tembakan kendid anak anak ku... Bukan salah ibu mengandung kata orang2 tua... bukan salah sesiapa pun... hahahaha... lense tu sesuai utk mengembara, lanskap serta merakam suasana dan momen dlm jarak yang sederhana... Aku dah kata dah... hobi ini menuntun komitmen dan dana... perchobaan potrait menggunakan kit lense masih belum mampu memuaskan hati ku setakat ini... hasilnya seperti berikut :


35mm, f/4.5, 1/60s, ISO 200, Tembakan dengan flash-fired
Pada awalnya memang aku tembak dengan flash-fired untuk dapatkan ketajaman gambaq... Tembakan dengan flash bagi ku agak kureng kerna selain ia meng"over-expose" kan gambaq... details background juga kelam dan hilang lesu tidak bermaya... aduyai... namun setelah berbincang dengan sifu sifu...mereka mengesyorkan aku jangan guna flash... cuba guna cahaya asli... lantas ini adalah hasilnya :-


46mm, f/5, 1/60s, ISO 3200, Tembakan tanpa flash-fired
Secara dasarnya aku berpuashati lah jugak hasilnya kerna detail background masih okeh..namun kita boleh perhatikan gambaq yang terhasil dengan tahap ISO yang agak tinggi maka hasilnya terdapat kesan "grain" akibat noise yang terjadik sekiranya tembakan dlm suasana "cahaya rendah" (low lite)... tak tajam dan detail seperti yang aku harapkan...Haih... apa barang nih nak dapat F/3.5 punye laa payah... hehehehe nanti set aperture mode besaq pulak, shutter jadik slow...padahai nak shoot budak nih yang payah nak dapat depa nih statik. Jadik inilah pendorong untuk aku menchoba prime lense 50mm f/1.4 berdasarkan hasil bacaan aku dan nasihat sifu sifu... nak amik 50mm f/1.2L harga memang agak terlampau... nak amik 50mm f/1.8 harga memang cun dah tu tapi ... aku bertekad nak jugak ada satu prime lense yang kaw kaw aperturenya yang boleh aku buat ujikaji dan berpatutan pula harganya .... Best price beli kat Tarita RM1250 plus UV lense protector RM150 (Total damage : RM1.4k) Inilah hasilnya... Kesan bokeh yang selamba serta details yang aku perlukan boleh tercapai tanpa flash-fired dan dlm keadaan low lite. Aku memang sangat puashati prime lense nih... Terbaek dari ladang...

50mm, f/1.4, 1/60s, ISO 2500, Tembakan tanpa flash-fired 

"Tembakan" Outdoor tanpa dirancang...

Saat shutter ku tercetus !!! Hahaha jgn terpedaya dengan istilah "Outdoor" tu.. kerana aku tembak pun kat porch kereta di rumah ku aje nih... Model ini saya import dari Melaka (Masjid Tanah)... Namanya Haqeem... berpendidikan sedang mengikuti Matrikulasi Sains di Melaka... tetapi bercita cita untuk menjadi "drebar" kapal terbang... Insya Allah beliau akan menghadiri exam assessment peringkat pertama minggu hadapan dengan Airasia. Momen ini saya tak rancang... Haqeem berkunjung ke rumah dengan rambut ala punk membuatkan mak bapaknya kurang selesa... jadi petang tadi agak tergopoh gapah jugak laa utk merakam saat itu sebelum bapak dia hantar balik ke kedai Tambachi (ini kedai gunting rambut yer...bukan kedai chapati) untuk di"normalize"kan rambutnya... hahahaha... Jika ada komen dari segi teknikal... sila kan...