Workstation aku |
SEDAP adalah satu istilah yang aku andaikan sesuatu yang buat kita rasa senang menikmatinya dengan pancaindera kita yang lima... Sesuatu yang lazat makanannya, lunak didengari, harum bau bauannya, indah dari pandangan mata dan empuk diraba dgn deria sentuhan rasa... itu semua padaku SEDAP belaka sekiranya minda kita membenarkan ia berkata... yaa ini memang SEDAP.
Sesuatu aktiviti yang kita lakukan kerana SEDAP biasanya kita takkan berasa penat dan rungsing. Itulah dinamakan HOBI, sesuatu yang kita lakukan di saat kita mempunyai masa yang terluang. Berdasarkan pemerhatian... hobi nih memang tanpa batasan... lihat aje geng geng loop aku... ada yang hantu motor, hantu pancing, hantu ikan kelisa, hantu makan, hantu berkebun, hantu berjalan jalan, hantu buku scrap, hantu setem, hantu kerja Overtime pun ada... yang pasti depa nih melakukan tanpa paksa rela... dan mereka menikmati saat saat indah di waktu melakukan aktiviti2 yang mereka suka lakukan.
Anakku Irfan |
Aku ambil contoh anakku si Irfan, beliau banyak spend masa di dalam rumah berbanding aktiviti di luar. Main game, tonton movie kartun kegemarannya kat youtube serta belajaq education apps kat Ipad dia... kiranya memang dia pakai bandwith paling banyak laa berbanding orang lain dalam rumah aku nih... hahahaha... Anyway, everyweek dia akan request nak pii main kat playground bawak je lah janji dia happy.
Walau apa pun aktiviti yang kita buat samada bersendirian, berkumpulan atau bersama keluarga, jangan kita spoil mood itu jika ada dugaan dan cabaran yang mendatang kerana matlamat kita adalah utk bersedap sedapan dan menikmati masa masa tersebut dengan berkualiti dan penuh pengisian.
Sekian, aku malas nak merapu dah... hahahahahahha !!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan