Selasa, 18 Oktober 2011

Jln Beruang ~ Pabila Bloggers Duduk Semeja

Lokasi : Gerai Makan, Jln Beruang
Waktu Niaga : Tengahari aje kut
Genre : Nasi Campur
Lazat : Maveles
Cost Damage : Less than RM10 sekali hadap
Suasana : Tepi jalan, santai bersama rakan rakan
Mau Repeat ? : Semestinya
Geng Terjah : Blogger PlatSpender, Blogger Melangkah Alam, Blogger Sehasta Mungkin, Tobab, Abg Ram, Pitek, Sani

Koordinat GPS : N  3.13536862777095 E 101.71764314174652



View Larger Map

Ulasan :

Melihatkan nama jalan, pastinya hangpa menjangkakan ada spesis beruang beruang berkeliaran di sini... hahahah namun ia hanyalah sekadar nama yang aku sendiri tertanya tanya asal usulnya. Yang penting lokasi ini, geng geng terjah termasuklah geng geng bloggers sering melampiaskan nafsu makan di sini. Menu makanan nasi campur menjadi taruhan menjadikan ramai yang datang walaupun hanya gerai tepi jalan. Bagi kami, tempat ini adalah salah satu tempat alternatif sekiranya malas hendak menjelajah kedai makan yang jauh serta muak dengan makanan mamak dan makanan arab. Lokasinya mudah utk hangpa sampai cuma kesukaran untuk parking kenderaan hangpa dan memerlukan keazaman yang tinggi utk parking di tepian jalan. Jangan risau kerana tak pernah nampak pulak Pak Polisi saman kereta yg parking di kaki jalan malahan mereka pun sama sama menketedarah di gerai ini. Bagi pemancing tegar seperti Si Platspender dan Pitek, setelah berkunjung ke kedai pancing yang seperti cendawan tumbuh melata dikawasan ini...anda boleh mai sini singgah utk mengalas perut. Juga kaki kaki gadget/elektronik yg berkeliaran di Jalan pasar, gerai ini semestinya menjadi destinasi pilihan utk makan tengahari. Selamat menjamu selera ! Adios !




Blogger HMS in action.. hahahaha !


Credit to Plat Spender di atas ihsan gambaq gambag yang dikongsi bersama ! Terbaek !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan