Namun nak jadikkan cerita... Aku bawak lah mem ke Hospital Kerajaan (lokasi dirahsiakan) untuk mendaftarkan atau booking untuk mem aku deliver baby nanti. Hospital ni bukan calang calang beb...agak canggih laa gak...Disamping itu jugak, ingatkan nak suruh mem scan sekali kat situ. Ntah bagaimana nak jadikkan cerita... Hospital P tersebut didapati penuh tak cukup katil dan kelahiran akan ditolak ke Hospital K.. Wadduh... mana aku nak carik Hospital kerajaan lain memandangkan mem aku waktu itu dah 35 Weeks. Nak menambahkan perisa pulak, waktu mem nak scan oleh doktor2 fresh kat situ, agak terkial kial laa nak guna alatan scanner tu...siap mem aku lak yang ajar depa... Dari saat itu laa aku goyang jugak laa dgn kredibiliti Hospital P nih... betui ke depa leh wat keje nih atau kerja sekadar melepaskan kentut... main nyawa orang ni woiii...
Lantas aku ajak mem pii check laa kat KPJ Seremban Specialist Hospital memandangkan lokasi nya 10 minit aje dari rumah aku. First impression aku, aku ingat tak ramai kat Hospital Swasta namun ternyata sangkaanku meleset. Makahai punye laa ramai beratur... dari pagi jam 9.30am nombor giliran mem aku adalah yang ke-26... dapat jumpa doktor pakar pukul 4pm. Perghh... dalam hati aku... awat ramai datang sini... free ke apa... ataupun ramai dah orang kaya raya...Terdapat 4 orang pakar O&G kat situ, so kami pilih hok melayu laa nama dia Dr Ishak. Mem aku bile dengaq nama Dr Ishak mcm kenai tapi kat mana tak ingat... so segala galanya terjawab bila dpt jumpa Dr IShak.. Rupa rupanya Dr Ishak ni adalah lecturer mem aku di USM Kubang Kerian dulu. Depan klinik Dr IShak adalah wife dia Dr Maziah Pakar Paedetrik... pun mem aku kenai... memang 1 pakej laa...
Dr Ishak ni memang terkenai laa sbb beliau memang dah senior kat USM dan bagus dlm bidang O&G. Hasil kerja jahitan yang kemas dan jika operate, beliau terkenal dgn pembedahan dengan pendarahan tahap yang minimal. Orangnya cool dan tak banyak bicara, bercakap apa jua yang perlu dan straight to the point (tak cakap meleret leret). Tutur kata yang lemah lembut dan down to earth person. Pertemuan 10 minit tersebut membuat aku rasa inilah jalan yang Allah nak tunjuk agaknya. So kami bersetuju utk meneruskan temujanji minggu hadapan dan seterusnya setiap sabtu.
Tiga pertemuan telah berlalu dan usia kandungan sudah menjangkau 38 minggu. Dr Ishak seperti biasa akan buat scan secara 4D ke atas bayi dlm kandungan. Namun kali ini terdapat sesuatu yang aneh... Beliau menunjukkan terdapat "kalungan mutiara" di leher bayi... Rupa rupanya tali pusat sudah belit itu leher baby daa.... Juga menunjukkan baby dah matang dah sedia utk menjengah dunia. Kami diberi 2 option samada bersalin secara biasa dengan risiko tinggi ataupun Cesarean dengan risiko rendah. Tanpa pikiaq panjang, aku tanya Dr Ishak, bila boleh cesarean... Doktor mencadangkan agar mem aku dioperasikan pada hari Isnin awal pagi... waktu itu beliau kata first opt, beliau fresh dan cargas. Aku dan mem bersetuju.... Nantikan sambungan Part 2 ~ Di hari Mem aku dioperasikan.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan