Seawal jam 5.30pm aku dah bergerak keluar dari opis agar dapat sampai awal ke rumah... Bukannya apa... Malam ni ada acara terpenting bagi aku laa...pertembungan sekali lagi antara Skuad Harimau Muda bertemu dgn Team Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pasti menggamit seribu satu kenangan ... Aku pasti perlawanan bola ini pasti lebih dramatik yang mendebarkan dan mampu mencetus satu fenomena yang tidak terjangka...Pasukan Indonesia pasti tertekan dan bakal memberi kejutan dalam usaha menebus kekalahan mereka di tangan Skuad Harimau Muda diperingkat kumpulan dahulu...dan Pasukan Harimau Muda pula sudah pasti mahu mempertahankan gelaran juara yang dipegang sejak 2 tahun lalu di Vietnam kalau tak silap aku laa... So masing masing mempunyai alasan yang kukuh untuk menang dan sudah pastinya adegan adegan menarik akan menyusul...
Aku memang respek laa kat team Harimau Muda nih... mereka tak jemu atau berpatah hati di atas layanan dan tekanan yang diberikan oleh para penyokong Indonesia..ambien yang tidak kondusif, lokasi penginapan yang jauh (betui ke aku dengaq perjalanan amik masa 2 jam utk sampai ke stadium...jauh tuuu ) serta momokan manusia manusia yang mentalitinya aku kira di bawah tahap kemanusiaan mencalit cacat dalam temasya sukan kali nih...tengok aja lah apa yang telah mereka lakukan ketika pasukan harimau muda sampai di stadium...sebelum ini siap kene naik kenderaan anti-rusuhan (Barracuda) tapi kali ni bila naik bas pun...herdikan dan makian dilemparkan sambil membuat demonstrasi jalanan jelas menunjukkan tahap pemikiran dan tamadun mereka (Ku kira tidak keterlaluan kalau aku melabelnya sebagai 3rd class mentality)...
Petikan berita
PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno. Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlangsung. Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang berada di belakang. Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku. Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah. Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Ma laysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat.
120minit sudah pun tamat... ternyata kemenangan berpihak kepada Pasukan Harimau Muda... Terima Kasih HArimau Muda kerana memberikan kami kenangan dan memori indah yang sudah sekian lama kami ternanti nanti saat sebegini... Syabas Malaysia... Syabas Harimau Muda... Semua pemain menunjukkan prestasi dan komitment yang tinggi terutamanya si apek yang tak jemu jemu menjaga gawang Malaysia dari dibolosi seteru ... si Asra yang berjaya menanduk bola masuk seterusnya menghidupkan semula semangat yang direntap dan disentap seawal minit ke 5 perlawanan dan tak lupa kepada ketua pasukan si Baddrol... ko memang kelass laa bro !!!... Tahniah sekali lagi !!!
Anda boleh lihat sendiri kenangan manis dan detik detik yang mendebarkan semasa jaringan jaringan menerobos pintu gawang gol kedua dua pasukan... Enjoy !
Pasukan bola sepak Malaysia, yang baru sahaja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI malam tadi, dijadualkan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada kira-kira 2:30 pagi ini.
Kabinet pada mesyuarat mingguan Jumaat lalu memutuskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) itu yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan