Setelah baca post dari blog member aku si Sehasta Mungkin aku terpanggil untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang perihal nih. Diskusi ilmiah yang penuh dengan suasana harmoni walau diselit selikan dengan bantahan keras dan hantaman bagi peluru penaboq... hahahaha... segala galanya bermula bile Plaspender yang mempraktiskan konsep DGFE dalam sayembara beliau mengidam kamera GF2. Saya cuba mempertahankan beliau di mana saya berpendapat konsep Delay Gratification First Ejaculation (DGFE) wajar dipraktiskan dalam usaha untuk memanjang tempoh kelazatan dan keseronokan dalam kita mendapatkan sesuatu. Walaupun ramai yang tidak setuju namun ini adalah pendapat saya yang sering saya pertahankan kerana seringkali kita menyesal setelah membeli sesuatu dan kadangkala terfikir sendiri.. mengapa kita membeli sesuatu yang tidak menjadi keperluan... lantas DGFE sebenarnya disamping memanjangkan temph hayat sukaria kita, ia juga bertindak sebagai mampan atau benteng dari kita membazir dengan membeli barang yang tidak perlu. ia merupakan latihan kawalan diri yang telah dibuktikan melalui eksperimen Marsmallow dan kesannya menakjubkan. Jadi lagi kita menahan kehendak kita dalam membeli sesuatu dan melakukan beberapa aktiviti yang dapat memaksimumkan kelazatan, saya percaya dan yakin kita mahu "pergi jauh" dalam hidup ini... Ia tiada kaitan dengan menyekat atau menuntun kita dari mendahulukan sesuatu keperluan kerana konsep DGFE akan terbatal sekiranya sesuatu jatuh kepada tahap keperluan...dan ia juga tiada kene mengena dengan wang...
Ini hanya pendapat peribadi semata mata.. jika rasa elok.. amalkan lah semoga saya beroleh sekelumit saham utk saya menumpang teduh di alam "sana"... sekiranya rasa tak elok... tinggalkan lah... saya tak rugi apa apa...
Natijahnya... Lagi lama lagi laa SEDAP !
-TAMMAT-
Ini hanya pendapat peribadi semata mata.. jika rasa elok.. amalkan lah semoga saya beroleh sekelumit saham utk saya menumpang teduh di alam "sana"... sekiranya rasa tak elok... tinggalkan lah... saya tak rugi apa apa...
Natijahnya... Lagi lama lagi laa SEDAP !
-TAMMAT-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan