Aku lontarkan persoalan di atas bukan sekadar mencari jawapan tetapi aku cuba membawa hangpa semua bersama sama aku menaiki otopet merentasi ruang dan masa memikirkan secara rasional dalam mencari erti kata kelazatan dalam kehidupan. Menurut Dan Ariely dalam bukunya bertajuk "Predictably Irrational" kita sering bersikap tidak rasional sebenarnya dalam memikirkan sesuatu seterusnya mempengaruhi apa jua keputusan dan tindakan selanjutnya. Aku rasa ada benarnya... jika ada sesuatu yang buruk atau bala berlaku, kita mudah menyalahkan orang lain daripada melihat ke dalam diri kita sendiri...sememangnya ia adalah sifat semulajadi manusia dan aku juga tidak terlepas dari sikap itu. Ya... aku sememangnya mencari erti sebenar kesedapan di alam maya yang fana ini tetapi rupanya ia jauh lebih dalam maksud dan natijahnya setelah aku berpikir sejenak mengenangkan apa yang telah berlaku dalam hidupku ini.
Kisah ini bermula setelah rumahku dipanah petir. Menurut bibik aku cerita laa... panahan petir itu memasuki rumah menerusi jendela dapur dan terus menyebabkan rumah aku bergelap terputus bekalan elektrik. Mem aku menelefon aku agar aku balik awal memandangkan mak abah aku ada kat umah dan kesiankan kat Irisya kalau tido tak berhawa dingin. Namun aku alpa kerana mengejar tarikh luput tugasan yang harus diselesaikan... baru ku sedar jam sudah menunjukkkan 7pm dan rumah aku masih black out tanpa tindakan susulan diambil. kerana aku pasti masalahnya berpunca dari kotak fius di luar rumah. Ia laa kan..aku dah troubleshoot ngan mem aku menerusi telefon... walaupun kotak fius di dalam rumah sudah normalise, nampak gaya masih tidak ada elektrik. Aku pasti itu adalah masalah fius di meter TNB di luar rumah... jadi aku mengarahkan mem aku agar telefon TNB utk datang.
Selesai aje keje aku, aku bergegas ke parkir kereta dan rasanya aku memandu mcm orang gila... rasa kereta kancilku ni dah tak jejak tanah doh... perjalanan yg biasa 1 jam aku pendekkan jadi 40 minit. Sampai di rumah, pekerja TNB masih belum tiba. Anakku irfan dah buat hal pulak kerana kepanasan di rumah menyebabkan aku membawa nya keluar rumah pii kerat rambut sat... mujurlah bayi kecilku si Irisya tidur nyenyak dibuai mimpi...balik je rupa rupanya pekerja TNB dah mai dan masalah masih belum setel kerana kotak meter sudah diperbaiki (tukaq fius aje) tapi elektrik masih tak masuk rumah... katanya ada wayar terbakar lah, circuit breaker rosak laa (mcm mcm alasan) dan ia memberi alasan bahawa ia bukannya di bawah bidang kuasa TNB dan aku seharusnya mencari kontraktor pendawaian jika mahu menyelesaikan masalah ini. demm... mana nak cari kontraktor malam malam buta ni bro... nampak gayanya malam itu sememangnya satu malam yang panjang...kami anak beranak termasuklah mak abah aku tidur dibawah sinaran cahaya lilin dan dengungan nyamuk mewarnai ambien malam. Aku buka pintu depan dan tido di situ agar udara segar dapat menerobos masuk ke rumah yang diselubungi kehangatan... sekurang kurangnya aku berpeluang tido berselimutkan bintang bintang berkelipan... fuih sampai ketiduran aku...
Esoknya aku EL separuh hari... mencari kontraktor utk menyelesaikan masalah aku... rupa rupanya wayar longgar daaa.... kontraktor tu tak tau nak charge berapa.. jadi aku banjer laaa ketiga tiga orang yg datang makan tengahari sorang soploh hengget sebagai tanda terima kasih ku kpd mereka...bukan main suka aku tengok depa...
Kisah ni nampak mudah aje kan... namun selepas itu aku dok mengenang apa yang telah berlaku... aku pasti Allah mahu beri hikmah disebalik kejadian.. hanya kita saja yang perlu melihat dgn mata hati, berlapang dada dengan apa yang telah berlaku... kompom ada yang boleh dihayati, dipelajari dan pengajaran yang dapat dicedok... nantikan part 2 untuk kupasan seterusnya....
~Sekian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan