Dari Abdullah r.a katanya:” Setelah turun ayat:’Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan penganiayaan...[hingga akhir ayat surah al-An’am:82] maka para sahabat merasa sukar memahami maksud ayat itu. Kerana itu mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Siapakah di antara kami yang tidak pernah menganiayai dirinya?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Bukan begitu! Maksudnya ialah sebagaimana diajarkan Luqman kepada anaknya, katanya:”Hai anakku! Janganlah kamu syirik (menyekutukan Allah), kerana syirik itu adalah aniaya besar.”
Huraian :-
Huraian :-
Kita diperintahkan menjauhi dosa syirik kerana dosa orang yang mensyirikkan Allah SWT amat besar. Antaranya ialah seperti yang disebutkan di dalam firman Allah yang maksudnya:
”Orang yang menyekutukan Allah, diharamkannya syurga atasnya dan tempat kembalinya adalah neraka. Dan orang-orang zalim itu tidak memiliki para penolong.” [Al Ma’idah: 72]
Syirik dikatakan sebagai satu kezaliman yang sangat besar kerana manusia yang diciptakan Allah, diberi rezeki oleh Allah, kehidupan oleh Allah, tetapi ia tidak tahu berterima kasih bahkan menyekutukan Allah dengan yang lain.
Rasulullah SAW telah mengajarkan sebuah doa agar terhindar daripada dosa syirik iaitu: “Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan Engkau dengan sesuatu, sedangkan aku mengetahui hal itu. Dan aku meminta perlindungan kepada Engkau dari tindakan menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku tidak tahu.”
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan