Masalah ujub (bongkak) dan tidak mengamalkan ilmu yang ada semakin lama semakin membarah di kalangan penuntut ilmu. Sungguh ramai penuntut ilmu mula mencari ilmu untuk kemegahan dan keuntungan dunia. Ada juga sebahagian daripada mereka mencari ilmu semata-mata untuk berdebat dan menguji ulama' yang ada.
Kegusaran Nabi Muhammad terhadap hal ini sememangnya diduga ketika Baginda masih hidup lagi. Oleh sebab itu, Rasulullah pernah memberi amaran kepada penuntut ilmu mengenai hal ini.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Jangan mempelajari ilmu ubtuk menyombong diri pada ulama\', berbangga dengan orang yang jahil serta memilih majlis. Seseungguhnya barangsiapa yang melakukan hal itu dia akan masuk ke dalam neraka." (Hadis Ibn Hibban dengan perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu'aib Al-Arna'uth dalam semakan ke atas hadis Ibn Hibban).
Begitu juga dengan sesipa yang menuntut ilmu dengan niat ingin mendapat keuntungan dunia. Rasulullah memberi amaran keras terhadap golongan ini.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat." (Hadis Ibn Hibban)
Oleh sebab niat yang tidak jujur dan ikhlas untuk menuntut ilmu kerana Allah, membuatkan ilmu yang ada hanya setakat lidah tanpa ada pengamalan. Sedangkan ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan kerana ilmu adalah iman dan amal adalah makmum.
Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya, Tafsir Fiqh As-Suluq fi Dhau Al-Quran wa As-Sunnah menulis:
"Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya dan perbuatannya mendustakan perkataannya . Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba Allah dan tindakannya itu adalah tindakan yang diperingatkan Al-Quran kepada orang beriman.
Firman Allah :
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."(Surah As-Shaff : 3)
Maka tidak aneh apabila Rasulullah meminta perlindungan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.
Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas serta doa yang tidak dikabulkan." (Hadis Ibn Majjah)
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan