Dari Ummu Athiyyah ra., ia berkata:” Nabi saw. memerintahkan kami untuk membolehkan gadis-gadis dan gadis-gadis pingitan keluar rumah dan beliau memerintahkan para wanita yang sedang haid agar menjauhi tempat salat kaum muslimin. [Muslim]
Huraian :-
1.Pada Hari Raya disunatkan seluruh kaum muslimin beserta keluarganya untuk hadir di tempat solat. Manakala bagi wanita yang sedang haid yang tidak dapat mengerjakan solat, mereka hendaklah menjauhi tempat solat. Kedatangan tersebut ialah supaya sama–sama dapat menyaksikan kebaikan hari itu dan bersama mengaminkan doa dari kaum muslimin.
2.Bagi wanita pula mereka hendaklah menjaga diri dan menjauhi dari perkara yang mendatangkan fitnah. Hal ini termasuk bersalaman dengan yang bukan mahram kerana sering terjadi, disebabkan alasan untuk bermaaf-maafan, seorang lelaki dapat menyalami (berjabat tangan) dengan wanita yang bukan mahram. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan wanita."
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Petikan dari Jom Berdakwah Di FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan