Selasa, 20 Disember 2011

Kisah Si Irfan & To' Bah Mengembara Menaiki ERL

Hidup Mau Sedap !!! Ini adalah suatu kisah yang ingin ku kongsi bersama hangpa. Anakku si Irfan nih aku tak tau laa bila kah sebenarnya dia meminati keretapi... Apa yang pasti semasa kecil nya cerita feveret dia adalah "Thomas & Friends"... barangkali di situ lah titik tolak minatnya...mungkin... tapi yang pelik nya hobi dan minat ni  turut ada pada atuk irfan iaitu To' Bah dan juga pakcik Hakking.. hati kecilku terdetik... takkan laa hobi pun boleh diwarisi dan turun secara genetik... biar betui !!! hahaha... Jadi kebetulan Ayah mentua aku ni belum try naik ERL dan si irfan ni pun asyik desak aku untuk naik keretapi, jadi kami bertekad untuk menchoba pengalaman yang baru (by the way aku dah banyak kali naik this monster tapi tak tau apa yang seronoknya).

Jam 3.00pm...Kembara kami bermula dari Salak tinggi dan berakhir di KL Sentral. Perjalanan tak sampai 45 minit itu membawa kami terus ke KL Sentral di ibukota. Agak laju laa terutamanya selepas perhentian Putrajaya. Kos sehala untuk org dewasa kalau tak silap aku adalah dlm RM12.50 kut..aku dah lupa daa...  irfan nye tiket dlm separuh harga kut... demm memory loss lagi...

Setibanya di KL Sentral, orang ramai berpusu pusu membanjiri kompleks tersebut... Pak mentua aku sempat lagi usha kasut2 yang bersaiz besar yg branded tapi akhirnya misi beliau untuk sambaq kasut terkandas lagi.... Si irfan lak punya laa excited tengok ramai manusia kat situ... tangannya tak mungkin kulepaskan walaupun irfan choba meloloskan diri.. hahaha .. nanti kang kene chulik lak... aku jugak yg susah nanti...Jadi demi untuk memujuk irfan...kami ke McD untuk menikmati keenakan burger dan kentang goreng di situ. Sejurus itu, kami bertolak pulang dari KL Sentral ke Salak Tinggi semula. Sampai pun dah masuk maghrib daaa...

Dari raut wajah mereka... ternyata mereka puas dgn kembara ringkas ini... Tampak mudah kan tapi pengalaman mendewasakan... Priceless !!! Nanti kan kisah aku bawak si Irfan try naik Komuter pulak... hahahaha 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan