Jumaat, 16 Disember 2011

Komplot G12 ~Suatu Pencarian Kelazatan dalam Kehidupan

Matlamat komplot G12 adalah sama... mencari kelazatan dalam kehidupan.  Setelah terjah ke Ampang Park di kedai si Jeff dalam ekspedisi mencari "the best deal in town" tentang G12 nih... kali ni kami terjah Plaza Pudu yang dikatakan terletaknya kedai kamera yang boleh memberikan harga terbaekk... kenapa kami yakin boleh dapatkan harga terbaek ? hahaha kerana kami bukan nak beli satu tapi 4 bijik sekaligus... mungkin 5 biji atau mungkin 6 bijik... masih belum diputuskan... yang pasti kamera semi-DSLR nih mengagumkan aku kerana fungsinya seakan akan DSLR yang pasti berupaya memberikan kepuasan tahap maksima kepada Ahli komplot G12 nih.  Dalam masa sesingkat 2 jam nih... kami sempat menggempur 2 kedai kamera dan hasilnya setakat ini kedai Digitalmania menawarkan harga yang cun beserta free gift & goodies yang ok lah bagi aku... Perut ku yang berkeroncong nih.. kami menjamu selera di gerai tepi jalan ajer... walaupun lauknya simple tapi sedap dan menyelerakan... kari ikan dia sedap woooiii... suasana & ambien persekitaran agak unik bagi aku laa... seolah olah berada di penang pun ada gak aku rasa... aku suka suasana seperti ini...


All photos are courtesy from Blogger PS (Sue) and Blogger Melangkahalam (Bro Azali).. Thanks !

2 ulasan:

Mogen Ali Rico berkata...

http://shashinki.com/shop/canon-powershot-digital-camera-case-10mp-sensor-digic-1280-720p-video-variangled-28mm-lens-with-optical-zoom-hybrid-p-6353.html

HMS Admin berkata...

mahai bro... setakat riki boleh aje... nak beli huh... kene sembelih lorr...

Catat Ulasan