Isnin, 5 Disember 2011

Tazkirah SEDAP ~ Peliharalah Rumah Tangga Anda



1. Membaca Al Quran
Membaca Al Quran dengan penuh kusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan diri membaca Al Quran, selain beroleh pahala, ia juga membawa keberkatan dan dapat menyelamatkan penghuni rumah daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir Ketika Masuk Dan Keluar Rumah
Daripada Abu Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang hendak masuk kedalam rumah, hendaklah dia mengatakan, 'Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik baik tempat masuk dan sebaik baik tempat keluar. dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerah diri'. Kemudian hendaklah dia memberi salam kepada keluarganya". [Riwayat Abu Daud]

3. Memberi Salam Kepada Keluarga
Firman Allah Ta'ala: "Maka apabila kamu masuk kemana mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik, Demikianlah Allah menerangkan ayat ayat (yang menjelaskan hukum hukumNya), supaya kamu memahami". [An Nur 61]

Imam Nawawi berkata: "Disukai dengan mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau tidak".

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam kerana setiap rumah ada penghuninya iaitu Malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk kedalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir Ketika Makan Dan Minum
Daripada Jabir r.a bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang masuk kedalam rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: 'aku tidak makan dan tidak menginap ditempat kamu'. Dan apabila dia masuk dengan tidak berzikir kepada Allah maka syaitan berkata: ' aku boleh menginap'. Dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: 'aku boleh bermalam dan makan' ". [H.R Muslim]

5. Membersih Rumah Daripada Gambar Patung 
Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan didalam rumah. Hal ini kerana Malaikat Rahmat tidak akan masuk kedalam rumah yang ada gambar patung atau tanda salib didalamnya. 

Diriwayatkan daripada saiyidatina Aisyah r.ha, beliau membeli bantal kecil yang ada gambar, ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri dipintu dan enggan masuk kedalamnya. Aisyah mengetahui rasa tidak senang Rasulullah s.a.w melalui wajahnya, lalu Aisyah berkata, "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan UtusanNya. apakah dosaku?" Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal kecil ini?" Aisyah menjawab: " aku sudah membelinya untukmu duduk dan bersandar". Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang yang membuat gambar ini akan diazab dihari kiamat dan dikatakan kepada mereka: 'hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu".

Berkata Imam Nawawi: "Jika hendak membuat juga gambar, maka buatlah gambar pokok dan segala suatu yang tiada roh padanya.

6. Perbanyakan Solat Sunat Di Rumah
Solat yang dikerjakan adalah sebagai benteng gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Dirikanlah solat sunat dalam rumahmu dan jangan jadikan rumahmu sebagai kubur". [H.R Bukhari dan Muslim]

Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat dirumah sebelum solat fardu di Masjid seperti mana sabdanya: "Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) dirumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah dirumahnya kecuali solat wajib". [H.R An Nasa'i]

7. Bentengkan Anak Anak Daripada Gangguan syaitan
Menjadi kewajiban ibu bapa untuk menjaga zikir dan doa pada waktu jimak bagi memelihara zuriat daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Andaikata salah seorang antara kamu mendatangi istri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa " Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezkikan kepada kami", Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan dapat mengganggu anak itu selama lamanya".[H.R Bukhari dan Muslim]

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan