Isnin, 30 Januari 2012

Tazkirah SEDAP ~ Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung


Orang yang melakukan perjalanan jauh, yang memakan masa yang panjang, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pasti masalah yang mungkin dihadapi juga bila waktu dia akan balik menemui kaum keluarga dinasihatkan agar:

1. Memperbanyakkan istighfar, taubat dan memohon perlindungan atau pertolongan Allah s.w.t.

2. Melakukan sembahyang istikharah sebelum itu, sekiranya tidak pasti sama ada dia perlu pergi atau tidak.

3. Melengkapkan diri dengan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tempat yang dituju dan menyempurnakan segala keperluan yang berkaitan.

4. Berpesan atau berwasiat kepada mereka yang ditinggalkan terutamanya kepada isteri dan anak-anak andainya dia seorang suami, atau kepada sesiapa yang difikirkan perlu dengan menghadirkan saksi terhadap wasiat yang dilakukan. Andainya wasiat itu dilakukan dengan bertulis, maka itu adalah lebih baik.

Pesanan atau wasiat seperti ini tidak semestinya melibatkan mereka yang berkemungkinan tidak dapat menemui anak isteri dan kaum keluarga kerana nature perjalanannya, kesihatan diri atau lain-lain faktor, kerana qadak dan qadar Allah itu apabila telah ditetapkan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya.

5. Saling bermaafan dengan mereka yang ditinggalkan terutamanya kaum keluarga, orang tua juga guru.

6. Mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan memohon restu mereka dengan doa tertentu, antaranya doa yang bermaksud: Selamat tinggal. Kupertaruhkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan titipan-titipannya.

Hadis dari Nafi' daripada Ibn Umar beliau berkata:

Nabi apabila mengucapkan selamat jalan kepada seseorang, baginda memegang tangan lelaki berkenaan dan tidak melepaskannya, kecuali orang berkenaan yang mula melepaskan tangan baginda, sambil bersabda: ``Selamat jalan, aku mohon semoga Allah memelihara agama, amanah yang diberikan kepada kamu dan kesudahan amalanmu. - Hadis riwayat Imam Ahmad.

Hadis daripada Ibn Umar daripada Rasulullah, baginda bersabda: Sesungguhnya Allah, apabila dititipi sesuatu, Dia akan memeliharanya. - Hadis riwayat Ahmad.

7. Sunat bagi orang yang ditinggal minta didoakan oleh mereka yang musafir ke tempat yang baik, biarpun orang yang tinggal itu lebih afdal daripada diri orang yang musafir, kerana doa orang yang berada dalam keadaan musafir termasuk dalam doa mustajab. Ada tiga doa mustajab yang tidak diragukan padanya, iaitu doa orang yang kena zalim, doa orang yang musafir juga doa orang tua terhadap anaknya. - Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibn Majah.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan