Sabtu, 17 Mac 2012

Selamat Pengantin Baru...

Genaplah sebulan kubiarkan blogku ini bersawang rentetan kesibukan kerja yang semakin parah dan menjadi jadi.... Tekanan demi tekanan... ditambah lagi masalah domestik maidku yang tak selesai sampai ke sudah serta kesibukan ibukota semakin meroyan yang aku sendiri tidak mengerti sampai ke hari ini... Smart tunnel yang adakalanya terpaksa ditutup kini sudah dibuka, cuti sekolah yang sudah sampai ke penghujungnya... namun kesesakan tetap berlaku dan aku dah tak larat untuk meladeninya.....

Aku tinggalkan episod hidupku yang fana sejenak dan ingin ku nukilkan apa yang bersarang di jemalaku... Memandangkan aku diheret beban kerja yang tak pernah surut... aku gagal menghadiri majlis perkahwinan Anak Ayah Ngah si Ami di Kelantan... Namun kutebus kembali pada hari ni di mana majlis menghantar menantu dijadualkan dan ramai sanak sedara yang berada di kelate tidak dapat turut serta memandangkan esoknya sekolah bakal dibuka.

Kami berkumpul di Wisma Mais di Seksyen 3 (dekat sebelah McDonald). Anakku si Iesya tampak keletihan walaupun belum kami berangkat lagi... mungkin mengantuk agaknya... Ironiknya, si Irfan pula pantang dengar kalau nak berjalan....pasti beliau tersengeh kegirangan...


Terus terang aku katakan, aku paling malas kalau nak berkonvoi kerana seringkali kami gagal mengekori deretan kenderaan terutamanya menyusuri bandar2 besar. Seringkali lampu trafik menjadi batu penghalang dan akhirnya kami kesesatan (GPS pun sebenarnya gagal membantu). Namun kali ini memang terbaek... urusan konvoi kami diiringi dengan 2~3 biji motor besar yang mengawalselia kami sehingga tiada seorang pun yang tercicir... Kami berkonvoi dari Shah Alam ke Klang... agak panik jugak laa kerna trafik menggila di Tol Sungai Rasau... Namun keadaan dapat dikawal dan akhirnya kami selamat tiba ke destinasi....



Majlis berlangsung dengan gilang gemilang... ramai orang orang besar dan dif dif berhormat meraikan majlis ini. Aku dan mem bergilir gilir menjaga Iesya dan Irfan agar dapat menikmati majlis ini. Makanan yang enak, suasana yang nyaman, bunga telur yang sangat unik dan moden...sanak saudara yang rasanya lama tak jumpa bertaut kembali silaturrahimnya... dapat berjumpa dgn Ayah Jik sekeluarga yang banyak berjasa dgn keluarga kami (memang terbaek laa) dan yang paling penting... kami gembira untuk Dr. Ami dan pasangannya Dr Fahmi, kami doakan jodoh untuk kedua dua mempelai akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.... lekas lekas lah menimang anak....Amiin....

Terima kasih kami ucapkan kepada Ayah Ngah sekeluarga kerna menjemput kami serta sanak saudara Kak Syikin, Abang Din, abang Jan kerana sama sama datang walaupun dari jauh....

Kini aku sendirian di meja... kerna mem , iesya dan irfan sudah lama terjelepuk lena keletihan...
Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan