Selasa, 3 April 2012

Kisah dari Nilai ke Sg Gadut...


Kisahnya amat mudah... dah 2 hari si irfan asyik mengulangi perkara yang sama kat aku.... dia nak naik komuter "yellow train" sampai aku tak larat nak mengiyakannya.... Tambahan pula to'bah dan poksu pun ada sini...sudah pasti si irfan akan mengajak mereka juga dan akhirnya aku tertewas dalam persada pujuk rayu irfan..... Tengahari Sabtu lepas.... cuaca nampak tenang dan maneh molek.... akhirnya ku tunaikan jua permintaan si irfan...

Keadaan stesen Nilai agak lengang.... Si irfan melompat kegirangan sambil bertanya denganku... benarkah kita nak naik komuter ? Aku diam sahaja.... beliau nampak nya tidak dapat menahan keterujaan.... tak duduk diam dia kat situ..... Rata rata pengguna komuter di stesen Nilai masih ada yang menunggu...kami terpaksa menyeberangi landasan melalui jejantas kerna destinasi kami kali ini adalah Sg Gadut... destinasi yang agak baru telah diperkenalkan selepas stesen Seremban dan Senawang. Kelihatan tak ramai yang mahu menuju ke arah selatan.... hrap harap ada laa tempat kosong untuk kami duduk nanti....G12 ku kelek ke hulu ke hilir choba mencari subjek selain irfan namun tiada yang menarik... hanya telatah irfan laa dapat menghidup suasana diselitkan dgn soalan bertalu talu bilakah kiranya train blue yellow akan tiba... hurm.....
Satu fenomena yang aku rasa aneh... sat ajer orang mai.... mai komuter terus sapu semua aku habaq ang... rupa rupanya baru ku perasan.... ada pertambahan koc daaa.... kulihat koc yang  baru bukan lagi warna "yellow blue" lagi tapi warna beige siap dengan logo 1Malaysia... hahahaha no komen pasai itu...... perasaan irfan kulihat makin tidak keruan... komuter yang kami tunggu masih belum kunjung tiba... akhirnya sampai jugak lah... cuma ralat sket sbb tak dapat laa kami merasa koc yang baru sbb hat mai adalah jenis lama "blue-yellow" train kata irfan... kapasiti ku agak sudah 75% penuh... namun dapat juga tempat utk kami melabuhkan punggung kami...hehehehe.... suasana tak lah padat seperti trip kami dahulu...


Perjalanan dari Nilai ke Sg Gadut mengambil masa lebih 30~40 minit... Irfan menumpukan seluruh perhatian menikmati perjalanan yang semakin selesa terutamanya selepas stesen Seremban...barangkali trek yang masih baru agaknya tren komuter ini meluncur laju membelah angin...laju gak.... sampai di stesen Sg Gadut... pembelian tiket masih manual...aku terus membeli tiket balik semula.... semata mata utk membawa irfan menikmati suasana menaiki komuter..... berbaloi ? Yaa sangat lumayan.....kerna aku dapat bersama anakku menikmati apa yang dia suka..aku tumpang gembira....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan