Ahad, 12 Ogos 2012

Pagi Sabtu - Aktiviti keluarga bersama anak anak

Huarghhh... Hari minggu kunjung tiba... hari yang aku dapat bersantai bersama anak bini disamping buat apa apa yang patut di rumah... Anak kecik aku ni pasti kehairanan kerana biasanya hari bekerja... dia tengah tido lagi aku dah angkut masuk kereta untuk dihantar kepada pengasuhnya yang dipanggil "ibu"... Namun hari minggu ajer pasti dia tak melepaskan peluang berhurau senda setelah celik dari tido...aku tanpa membuang masa akan capai kamera semi DSLR untuk merakamkan aksi aksi nya...



Hari ni aku terpaksa tukar lampu kalimantang kat bilik air... ini lah kerja yang paling cukup aku menyampah sebenarnya... suruh lah aku basuh pinggan mangkuk ke...potong rumput ke, sapu dan mop lantai ke...vacuum karpet ke...aku tak kisah... tapi kalau bab repair lampu kalimantang... aku pasti naik angin dan naik syeikh sekali... kalau dilihat secara zahir apa yang susahnya nak repair lampu kalimantang nih... sama ada masalah bulb dia ataupun starter dia... tapi tu lah... dah 5 tahun rumah aku nih... pasti masalah lampu itu bukan setakat itu ajer... dan 3-4 kali aku terpaksi ganti terus lampu... dah tukar bulb dan starter pun tak jalan...dah tentu masalah "choke"... kena lah bukak terus lampu kalau nak repair choke... Jadi aku dah amik kesempatan... kalau lampu ni rosak..aku akan tukarkan dengan lampu LED... walaupun harganya mahal sket 3 kali ganda... namun ia lebih tahan lama dan gerenti sehingga 25 tahun... yang baguihnya ia juga menjimatkan tenaga elektrik... kisah hari ni nak tambah sedikit perencah... aku tak tau laa kontraktor aku buat keje macam mana masa pasang lampu nih... stended laa wayar lampu ada 2 je kan... live dan neutral.... sekali aku bukak tu dia haih... ada 6 wayar dan paling best ada wayar yang live masa tu walaupun suis ditutup.. ntah macam mana dia leh curi wayar mana ntah... mujurlah aku tak pegang...kalau tidak tak tau laa.... sejam jugak lah aku troubleshoot wayar hat mana... demm laa...

-Tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan