Rabu, 17 Oktober 2012

Trip SEDAP bersama kengkawan - Dusun Tua Hulu Langat

Secara ringkasnya trip ni adalah trip last minit nih dipelopori oleh Encik Nadeen yang sempat dihadiri oleh bebarapa kengkawan yang berkesempatan di pagi Ahad yang lalu. Hasrat beliau untuk membawa kami menjelajahi kawasan Hulu Langat yang sedang hangat diperkatakan berkenaan lokasi yang sesuai sekiranya berhasrat membeli tanah berhampiran dengan kotaraya KL... walaupun aku takde lah beria ria untuk membeli tanah namun peluang ni pasti takkan ku lepas membawa anak isteri jalan jalan di sana memandangkan aku tak pernah sampai kawasan nih lagi...

Trip last minit nih... memang aku tak jangka akan berhasil... walaupun ada desas desus di petang jumaat... namun kata putusnya tercetus pada pagi Ahad tersebut... tempat berjumpa dilaraskan di Restoren Mamak Pulau aka Nashwim jam 10 pagi tapi stended laa... jam 11 pagi baru ketemu... hahaha... tunggu Mand Daud las las beliau kompom akan tunggu di Batu 9 aje... 

Aku pendekkan cerita...kami sampai... tengok tanah lot yang ditawarkan... singgah kat gerai di birai Sungai Lui menikmati laksa dan mee udang buat pengisi perut serta cendol dan ABC sebagai penghilang dahaga... bersama rakan rakan... perghh... satu pengalaman yang cukup indah... mungkin kita boleh ulang kembali bersama rakan rakan yang lain di  masa yang akan datang... Insya Allah... 

Aku abadikan kenangan SEDAP nih menerusi citra je lah memandangkan mata sudah kuyu dan masa tak mengizinkan... Namun apa yang pasti, suasana kehijauan rimba yang masih belum terusik oleh "tangan2" dajjal amat mendamaikan... Saksikan lah....


























-TAMMAT-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan