Assalamualaikum... HIDUPMAUSEDAP !!! hampir 2 bulan aku tak berkesempatan untuk mencoret di lamanku ini ... bersawang bukan main,,,, maklum aje lah... aku selaku manusia yang tak terlepas dari diuji oleh Rabbiku... yang menuntun kita supaya shobar dengan segala ketentuan dan menerima dengan hati yang terbuka. Aku pasrah dan sedar... hidup ini adalah medan ujian bagi insan... walau ada suara suara kecil di benakku choba menggoyah kepercayaan tersebut... cepat cepatlah beristigfar dan beringat bahawa segala ketentuan yang tersurat dan tersirat... semuanya sudah ditakdirkan... berlapang dada dan berfikir sejenak... apa jua iktibar yang boleh diambil, sematkan dalam diri... apa jua kelemahan yang kita lakukan... kita perbaiki dan buat penambahbaikkan... mana jua yang kurang..kita lengkapkan...Panjang aku menceceh kali ini... okay.. untuk memecahkan keheningan laman ini... aku mulakan dengan adventure aku yang baru... takde lah baru sangat...cuma aku cuba mengetengahkan hobi ku ke tahap yang lebih drastik lagi..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV8Tpx0n4XPTvZ9qyMhSCpVkU7e1Gy-6aAN7QVh_e_9J0YiLBwLXJfL6pHEucQIdjhDckFoQJ2hB30yB7QWNzSPPff6yKQNzOeIvdbs5IUVG8xg7-mD_-f_4XlxplV3TbGbPXJ2TflSfUE/s400/DSCN0009.jpg)
![]() |
Aksi ala roobot laksana tiang lampu LLN (laa ni depa panggey TNB) |
Pendek cerita... ntah mcm mana komplot G12 telah tercetus...geng geng loop ofisku membulatkan tekad untuk mengangkut kamera separa DSLR berjenama Canon G12 secara berjemaah.... boleh rujuk post SINI untuk mengikuti kisahnya... aku mengharapkan dengan adanya G12 nih sedikit sebanyak dapat meredakan api nafu yang meluap luap di lubuk hati yang dalam nih... namun jangkaan ku meleset... Adatlah manusia... semakin lama semkain besar nafsunya...Tak dapat aku nafikan Canon G12 nih adalah merupakan kamera semi DSLR yang bagus untuk pengembara melihatkan keupayaan lensa nya yang hampir wide angle serta size aperture yang boleh lah aku kata ok... dan aku mula menyukai Canon berbanding NIKON adalah dari segi tone warna nya yang buat aku "selesa".... namun nak dijadikan cerita... genre yang aku gemari adalah potrait anak anak ku serta gambaq keluarga... espektasi aku semakin memuncak... kualiti yang diharapkan tidak dapat ditampung oleh Canon G12... tambahan pula setelah bercampur baur dengan kawan kawan yang kaki foto... pergh... tak tertahan rasanya... sehingga ada yang berkata... "lagi lambat hang pikiaq... lagi banyak moment yang akan terlepas"... ayat nih terus terngiang ngiang di telinga terutamanya waktu nak tidur... Akhirnya... aku tamatkan penderitaan ini dengan ini "monster" setelah meneliti spesifikasi nya serta keupayaannya yang diharap dapat meningkatkan lagi daya kreativiti dan kehendak ku... -TAMAT-
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0K4FbmNZjNkdsFGWURny_2-kP9o760sXIlPX2zfB72jxYgfegljfyZHAHNdcdVJ86dyfaqU1DYxRobEGiH0PwLgY2M10phwY6mmWNFJGNbYg8BGdru2OKJNSxodCF816gXbDBjHMN1xVA/s640/IMG-20121120-WA0001.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan