Selasa, 25 Februari 2014

PENGUMUMAN !!!

Assalamaualaikum ! HidupMau Sedap !!! Syukur Alhamdulillah ada masa sket nak mencoret sket di kala aku tengah batuk uhuk uhuk dan sakit perut hari ni... banyak pulak idea mencurah curah... dari tercurah di daun keladi, ada baiknya aku abadikan kat sini...Arakian nak di jadikan cerita hari ni aku sibuk merancang itinerari untuk trip ke Terengganu pada cuti sekolah bulan depan dan juga mencari sebut harga bagi menguruskan penghantaran kereta wira angkasa ku balik ke kampung halaman untuk dibaik pulih. Selepas tu pi uruskan hal perbankan... amik anak sekolah and akhirnya terjelepuk di depan pc hahahah...

Aku tak berniat  nak nak cerita panjang lebar tentang aktiviti ku hari ini. Cuma aku nak bagitau... sedikit perubahan blog HMS akan dibuat. Kembara SEDAP akan ku rombak untuk fokus lebih kepada pengembaraan aku tak kisah la bersama keluarga, rakan sahabat atau lone renjer... manakala satu ruangan diberinama HOTEL SEDAP akan lebih fokus kepada pendapat peribadi tentang pengalaman bermalam di hotel yang sempat diterjah untuk sebagai rujukan hangpa jugak... hanya pendapat peribadi ku sahaja... terpulang untuk anda buat justifikasi sendiri.

Insha Allah... dengan semangat baru diperkuatkan dengan jentera baru nih...banyak lagi post yang akan ku utarakan... Wassalam and all the best !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan