Ahad, 6 April 2014

MAKAN SEDAP ~ RHB Bistro, Bandar Tasik Permaisuri

Lokasi : Bandar Sri Permaisuri
Koordinat GPS : 3.103034,101.708371
Waktu Niaga : Macam 24 jam
Genre : Nasi Khandar
Lazat : Terbaek
Cost Damage : Berpatutan
Suasana : Best melepak dan melantak sebelum sholat jumaat
Mau Repeat ? : Sudah Tentu Ya
Geng Terjah : Geng geng loop

Peta :



Ulasan
HIDUP MAU SEDAP !!! Port ini diperkenalkan oleh Abang Saf memandangkan kami nih sering tumpang kenderaan beliau pada hari jumaat. Jadi kami ikut je lah komander bahtera bawak ke mana saja pun. Genre nasik kandaq menjadi taruhan dengan menu kapla lutut kambing menjadi juadah istimewa. Aku berani katakan menu yang disajikan agak ok dan lazat terutamanya ayam goreng berempah serta kari kambing. Suasana yang ok untuk menikmati makanan tak perlu berpeluh peluh mcm pi bersauna... cuma kedai ini akan menutup kedainya atau tidak menerima pelanggan selepas jam 1pm bagi menghormati waktu sholat jumaat. 

Aku biasa akan melahap kari kambing, kuah campoq semua machaaa.... bendi 2 dengan teloq rebus sebutir... kos kemusnahan dlm 10~12 hengget sekali hadap... Lazat ? Oh yeah... syiok... Kapla lutut kambing pun ok... hanya RM15 hengget aje aku rasa berpatutan laa...

Yang tak syiok nya hanya lah kaedah pelayan nak kira lepas kami makan.. walau mereka dilengkapi dengan PDA (Personal Device) untuk kira... namun ternyata mereka ni tak paham kami mahu depa kira asing asing... banyak kali daaahhhh kena... kapla hangguk tapi akhirnya... bil mai sekali... hahahaha.. itu je lah yang spoil... yang lain aku rasa port nih okeh... boleh cuba jika berminat... layan gambaq pulak... Adios...


Kari kambing yang dimasak sempurna... mungkin menggunakan kombinasi teknik kukus grill panggang kukus grill panggang kukus! Sangat empuk dan berperisa err kambing...
Ini pula kombinasi ayam goreng berempah.. walau bersaiz kecil namun keenakan rasanya tak dapat dinafikan...

-TAMMAT-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan