Ahad, 2 Oktober 2011

Fotografi Sedap ~ Osama Bin Laden


Credit to Mr Ioannou. Satu perchobaan yang berani dgn teknik airbrush painting yang dilakukan secara digital. Untuk meningkatkan lagi KESEDAPAN di mata saya... saya bermain main dengan teknik Black & White color dan inilah hasilnya.....

Fotografi Sedap ~ Adolf Hitler


Credit to kyraal for the nice potrait !!

Jangan salah anggap yer... Aku bukan menyanjungi sangat mamat nih tetapi aku kagum dengan  karisma, kepimpinan dan jati diri mamat nih sehingga orang yang agak rendang ni mampu mentransformasikan rakyat Jerman ke arah yang beliau mahu... Beliau juga mampu memberi aspirasi dan harapan kepada rakyat. Mamat ni pada aku agak rare jugak laa wujud kat dunia nih...


Hangpa tau tak Adolf Hitler ini sebenarnya nak jadi pelukis, tap[i sewaktu beliau cuba memasuki kolej Kesenian di Vienna, pengajar kat situ kata lukisannya tak ada nilai nilai kehidupan dan ganaz...

Berbalik kepada gambaq potrait nih... aku ada buat sedikit eksperimen bermain main dengan contrast serta light effect... Saya open kalau kalau ada kawan2 yang ada idea bagaimana nak menjadikan gambaq biasa menjadi luarbiasa... Pasti SEDAP !!! Ha Ha Ha !!!

Nota Kaki : Sedang mencari e-buku tentang Hitler berjudul 
"The Rise and Fall of Adolf Hitler" sapa sapa ada sila kasik tangan !!!


Yes... akhirnya aku dapat gak buku nih... dah 2 round aku baca... memang SEDAP woo... Mai klik sini untuk ulasan buku "The Rise and Fall of Adolf Hitler"

Juga saya dah download dan tonton movie sedap berjudul "Hitler : The Rise of Evil" nantikan ulasan selanjutnya ! Klik sini untuk ulasan movie "Hitler : The Rise of Evil"

Sabtu, 1 Oktober 2011

Citer SEDAP ! Siapa Amik Keju Aku ?

Gile kentang aku baca buku nih terus menerus tanpa henti dan mengulanginya sebanyak 3 kali sebab KESEDAPAN tanpa batasan. Cerita yang diolah secara humor dan ringkas tetapi padat intipatinya. Gaya penyampaian yang sempoi dan selamba serta pendekatan metafora haiwan dan manusia kenit bagi saya menjadi. Ia mengisahkan 4 Watak iaitu 2 ekor tikus bernama "Sniff" and "Scurry" dan 2 orang kenit bernama  "Hem" and "Haw" hidup di dalam Maze yang penuh jalan bersimpang siur.

Ringkasnya watak tikus Sniff cepat mengesan perubahan berbanding watak yang lain. Watak Scurry pulak dia ni nampak apa yang perlu dilakukan dan mengambil tindakan dengan pantas. Watak manusia kenit bernama Hem pulak menonjolkan sifat manusia yang berharap agar perubahan tidak diperlukan dalam kehidupan kerana takut perubahan menyebabkan keadaan yang lebih buruk. Namun penulis cuba menonjolkan Haw sebagai hero walaupun sebenarnya beliau sama sifat dengan Hem tetapi akhirnya beliau terpaksa ketawakan diri sendiri kerana enggan berubah walaupun situasi sudah berbeza. Haw akhirnya bertindak bijak setelah kehabisan keju, beliau keluar mengembara walaupun pada awalnya takut namun setelah berjaya mengatasi ketakutan, dia mula sedar akan perlunya berubah dalam kehidupan dan mula bergembira dengan keju yang baru dijumpainya maka persepsi beliau bahawa kita perlu berubah untuk sesuatu yang lebih SEDAP dan KELAZATAN dalam kehidupan ini.

Secara ringkasnya... intipati tersurat dan tersirat dalam buku ini sekurang kurangnya ada 7 perkara yang beolh diambil pengajaran:-
  1. Hidup ini berubah ubah. Dalam buku ini kita dapati stesen keju sentiasa kehabisan dan berubah ubah tempat.

  2. Bersedia untuk menghadapi perubahan. Buku ini cuba menggambarkan sebelum stesen keju kehabisan stok, kita sepatutnya sedar dan sudah bersedia untuk menerima kenyataan serta bersedia untuk mencari stesen keju yang lain.

  3. Pantau perubahan. Buku ini menggariskan untuk memantau keqadaan keju samada ia berubah atau atau tidak adalah dengan keap menghidu keju tersebut jadi kita akan tahu perubahan seperti keju dah semakin lama dan kurang enak serta tahu kuantiti keju yang semakin menyusut atau tidak.

  4. Menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Buku ini menggambarkan orang yang sukar menyesuaikan diri dengan perubahan yang belaku disekeliling berpunca keenganan melepaskan keju yang lama. Lagi cepat kita lepaskan keju yang lama, lagi cepat kita akan menikmati keenakan keju yang baru.

  5. Berubah. Ada yang telah melakukan perkara yang di atas tetapi masih tidak mahu berubah.

  6. Setelah berubah, jangan monyok & toya. Bergumbiralah dengan perubahan yang telah kita lakukan. Pasti ada adventure di sepanjang perubahan itu... Jadi bergembira lah dengan kejuu anda yang baru.

  7. Jangan lupa perkara yang pertama... hidup ini sentiasa yang berubah ubah. jadi lakukan perkara yang pertama tadi dan yang seterusnya dan jangan lupa bergumbira setelah anda berubah... Ingat keju itu sentiasa berubah ubah...
Maaf, jika tak faham apa yang saya perkatakan ini, boleh cari buku ni dan baca.

Untuk menggapai SEDAP dan kelazatan dalam hidup, kita kene sentiasa peka, sentiasa bersiap siaga, cepat menyesuaikan diri dan jangan lupa untuk bergumbira di sepanjang sayembara anda... Ingat dalam dunia ini, binatang terkuat seperti Dinosour pun akhirnya kecundang dan pupus kerana gagal menyesuaikan diri dengan perubahan iklim duniai ketika itu... tetapi lihatlah lipas yang dilihat "fragile" dan lemah tetapi sejarah membuktikan... ianya telah lama wujud sejak berjuta tahun lamanya dan sampai laa ni masih dapat menyesuaikan perubahan yang telah berlaku di dunia ini.... 

Selamat SEDAP membaca !!!

Kisahku - Maid Oh Maid [Part 2]

Wisma Persekutuan Seremban
Aku cuti hari Jumaat semata mata nak uruskan dengan imigresen. Sepatutnya agensi yang aku amik maid ni yang uruskan di Johor sbb agensi ni katanya berdaftar...dan aku diminta hanya tunjuk muka aje katanya pihak Imigresen nak tengok betui ke ada majikan... so aku takde laa saspek apa apapun sbb aku memang ingat segala permohonan di bawah agensi... last last agen aku kata takleh buat kat JB dan diminta uruskan sendiri di Seremban. Depa akan uruskan segala dokumentasi, pos kat aku dan aku hanya perlu hantar segala dokumen tersebut ke Imigresen. Bila aku check balik dokumen yang dah sampai tu baru laa aku tau permohonan maid nih under Permohonan Individu dan memang majikan sendiri kena datang. Demm tepuk dahi laa aku sekali lagi sbb bayar mahai.. tapi sebenarnya setaraf dengan hangpa amik dgn agensi yang tak berdaftar jugak lah... Walau apa pun, oleh kerana dah hampir seminggu maid ni kat umah aku bekerja... prestasi dia aku rasa memberangsangkan... kalau nak ukur KPI  aku rasa meet expectation dah ni...so aku malas nak wat bising dengan agen...aku ok je lah.

Bila dokumen dah di tangan, baru agen aku cakap sebelum nak hantaq dokument tu... ada beberapa perkara kene buat... WTF.. kata aku pii hantaq aje kan... sebenaqnya depa tak berani  nak cakap pape pun sebelum aku bersetuju kata nak buat kat Imigresen Seremban... Aku kene matikan setem hasil, kene tandatangan beberapa dokumen serta lampirkan beberapa dokumen sokongan. Demm... 

S
o awal2 pagi aku dah blah pii Wisma Persekutuan Seremban... makahai punye lah azab nak cari parking... Aku rasa jauh giler nak menapak... sampai ajer... aku cari laa kat wisma tu.. kat mana boleh matikan setem... tanya situ..tanya sini... WTF sekali lagi... takde... kene pii Terminal One kat LHDN pulak.. kat situ leh matikan setem hasil... addoi laaa... jam dah pukui 10.30am nih... hari jumaat lak tu... aku mcm charlie caplin dah... cargas pii LHDN kat terminal 1. Sampai ajer... aku diminta isi satu borang.... walaupun borang tersebut dalam bahasa melayu... aku ternganga jap... demm komplikated...aku tau isi nama aku ajer... yg lain hareemmm.... aku bukannya isi borang ni hari hari bro... so buat tak malu laa tanya pegawai tu... laa encik isi 2 tempat ini aje... dokumen apa nak matikan setem dlm kes aku nih ada 3 dokumen iaitu  Kontrak kerja 2 Ori dan Personal Bond...dan dengan siapa kita deal... itu ajer.... tunggu 5 minit ajer... aku dipanggil... dah bagi borang tu aje... dia cop ketiga tiga dokumen tu dan anda selesai katanya... Aku tanya 2~3 kali... setem tu dah mati kah ? Pegawai tu dgn senyum sinis dia menjawab... ha'ah dah mati dah... aduyai laa... itu aje kesahnya nak mati kan...sapa laa cipta SOP lagu nih... simplify laa work process tak lah menyusahkan org camni... tak berbaloi aku rasa...

Aku sampai balik kat Wisma Persekutuan Seremban jam 11.30am... cam biasa amik nombor giliran...dlm sejam baru turn aku... dia check semua dokumen dah lengkap... dan keluarkan satu surat akuan penerimaan dan keputusan permohonan dalam masa 1~2 minggu dari sekarang... So ngam lah aku habis dlm 12.45... sempat menjamah makanan (sampai skip breakfats tuu) kat Wisma tu dan terus bergegas ke Masjid Seremban yang tak berapa jauh dari situ...

Aku harap pasni aku malas pulak nak uruskan... biaq agensi yg uruskan laa... aku bayaq mahai maaa.... jgn laa ambik kesempatan walaupun nampak aku ni rileks dan mudah bertoleransi kerana kalau tiap kali asyik kene aje... camne aku nak SEDAP.. kan kan kan...

SEDAP nya Khutbah Jumaat hari nih...

Masjid Negeri, Seremban
Sebelum ini aku pernah sholat di sini sewaktu aku masuk matriks di Seremban dulu. Tapi kali ini aku rasa SEDAP sangat... Mungkin aku ingin mengimbau kembali detik detik 16 tahun yang lampau. Di saat aku bergegas berjalan menuju ke Masjid ini, alunan Azan sangat menusuk kalbu... aku tak tau mengapa... aku mempercepatkan langkah... mengambil wudu' dan dengan mulai dgn kaki kananku melangkah... aku WOW sekali lagi... ada air cond laa... SEDAP kuasa dua dah ni... biasa laa... di saat climate (bukan Klimak tau) yang panas membara.... suasana sejuk dan mendamaikan memang mencipta mood SEDAP... bagi aku laa... So aku pilih tempat yang selesa sambil sambil melihat lihat senibina Masjid nih... Dulu aku tak pernah pulak perati... laa ni aku tengok... wadduh memang unik dari segi senibina luaran dan juga dalaman....

Saat dan ketika Khatib memberi salam dengan lantang dan kejelasan tuturkata dan slang arob... bertambah lagi kelazatan dan SEDAP. Beliau memberi khutbah tanpa teks dan yang aku respek habeh... sedikit pun dia tidak menghantam mana mana parti politik seperti mana pak khatib yang lain...kalau takde teks khutbah tu siap laa berbakul bakul kena...

Beliau membicarakan tentang kita ni sekadar beribadat nak lepaskan diri ajer..sekadar buat tanpa memikirkan adakah ibadat tersebut diterima Allah atau tidak... Pepatah melayu kata "janji buat sudah". Walhal Rasulullah yang menjadi Kekasih Allah, selesai sudah mengerjakan ibadah akan beristigfar dan memohon keampunan dari Allah agar diterima amal ibadahnya... aku lihat diri ku pulak... addoi laa... teruk dah ni... kene berubah... kene ikut Al-Quran dan ikut role model Sunnah Nabi Muhammad jika mau sedap di kehidupan selepas mati (Life after death).


Tuan Khatib juga berkongsi satu kisah ketika Rasulullah naik mimbar untuk memberikan khutbah, Rasulullah tidak berkata apa apa pun kecuali mengucapkan 3 kali perkataan "AMEEN". Apalagi para sahabat nabi pun pelik dan hairan la sebab tak pernah belaku sebelum ini lalu para sahabat bertanyakan kepada nabi perihal tersebut. Rasulullah menjelaskan sewaktu Baginda hendak memberikan khutbah, Malaikat Jibril datang kepadaku dan membacakan 3 doa dan aku amin kan doa doa tersebut. Bayangkan Penghulu Langit membaca doa ke hadrat Allah dan diaminkan oleh Penghulu segala makhluk iaitu Nabi Muhammad Rasulullah. Sudah tentu doa tersebut sangat sangat penting untuk kita ketahui.

3 doa tersebut adalah :-

Doa 1 : Ya Allah, andai kata berlalunya Ramadhan tetapi ada dosa dosa manusia masih tidak diampunkan oleh Mu ya Allah, Engkau masukkanlah mereka ini ke dalam neraka mu dan Engkau jauhi lah Rahmat-Mu ya Allah kepada mereka mereka ini.

Doa 2 : Ya Allah, andai kata ibubapa umat manusia masih hidup tetapi anak anak mereka masih tidak berbakti kepada ibu bapa mereka, maka Engkau masukkanlah mereka ini ke dalam neraka mu dan Engkau jauhi lah Rahmat-Mu ya Allah kepada mereka mereka ini.

Doa 3 : Ya Allah, andai kata ada umat manusia yang mendengar nama mu ya Rasulullah tetapi tidak mengucapkan Shelawat dan salam ke atas mu... Semoga Allah mencampakkan mereka ini ke dalam neraka mu dan Engkau jauhi lah Rahmat-Mu ya Allah kepada mereka mereka ini.

Aku ternganga... isu yang sangat bernas dan SEDAP sungguh gaya penyampaian khatib nih...Di saat selesainya sholat Jumaat ni... aku lihat ramai yang berkerumun, bersalaman  dan ada juga yang memeluk khatib nih... aku hanya mampu melihat dari jauh kerana segan utk berjabat memandangkan aku hanya berseluar jeans dan berbaju round neck ajer ketika itu... Bagi aku Allah telah angkat darjat Khatib tersebut sehingga ratusan orang mengambil peluang mendekatinya secara jujur...atas dasar ukhrawi...

Semoga khutbah ini memberikan kita ikhtibar dan berazam utk mempersembahkan amal ibadah terbaek kepada Allah Azza Wajalla seterusnya dianugerahkan oleh Allah Kelazatan dan SEDAP yang Hakiki... berpeluang menduduki Syurga Allah dan menatap wajah-Mu ya Allah...

Khamis, 29 September 2011

Asama Tomyam, Ayam Pecal Lele Open Table !!!

Aku terharu, rasa dihargai serta bertuah pun ada ni haa... kami dijemput untuk makan makan di Asama Tomyam, Ayam Pecal Lele walhal mulanya aku ingat sekadar ajak ajak ayam aje... ye lah kan.. kami ni pun bukannya regular customer yang datang tiap tiap hari...namun setelah kami sampai... tuan kedai menyambut mesra dan menjemput untuk kami menjamu selera.... jangan malu dan segan katanya... tambah lauk lagi tuu.... Aku mencuba ikan keli@Lele dan tempe/Tauhu goreng... Sambalnya ummph terbaek dan yang penting...SEDAP dan mengenyangkan...Suasana penuh meriah dengan pengunjung yang sedang asyik menikmati juadah serta selingan muzik lagu raya menggamit suasana amat menggembirakan !!! Syukur Alhamdulillah.. Kami doakan semoga tuan kedai maju dan berjaya dalam perniagaan beliau... Insya Allah... Jika ada lagi makan makan... jangan lupa jemput kami lagi ye !!!

Teringat pujangga mat saleh pernah berkata "What you give, You will get back !!!"

Kalau hidup mau sedap, musti mau selamat [Part 2]

Clark Kent merompak bank
Klik sini utk tengok 

Superman merompak bank 
Allah jadikan sesuatu pasti ada hikmahnya... Dia jadikan kita lapaq supaya kita mengerti erti kekenyangan... Allah anugerahkan kita sakit agar kita lebih mensyukuri sewaktu kita diberi kesihatan yang baik... dan termasuk jugak lah... Allah bagi kita SEDAP agar kita lebih bersyukur dan menghayati erti kehambaran & kekurangan insan insan yang diuji oleh-Nya.

Jadi... salah satu nikmat yang Allah beri kepada hamba hamba Nya adalah nikmat keselamatan (Security). Dahulunya aku sering alpa tentang faktor ini walhal berulangkali abah mengingatkan... Saya teringat sewaktu aku berpindah ke rumah baru, abahku dah pesan... ijal kene pasang security system mcm ni... rumah kat tepi jalan... mudah orang nak masuk. Namun waktu itu aku ambil ringan dan tak ambil pusing perkara itu. Akhirnya Allah uji aku... rumahku dimasuki perampok durjana sewaktu kami sekeluarga bekerja. Itu adalah pengalaman kedua rumahku dimasuki pencuri jahannam. 1st time pengalamanku perompak ni masuk rumah waktu kami sekeluarga sedang nyenyak tidor... mujurlah pintu bilik tidur kami berkunci... so dia kebas apa yang ada kat bilik study aku mcm lappy, jam tangan, handphone, kamerq dan wallet... huhuhuhuh aku pasrah. 

Kejadian kali kedua ni.. impak dia sangat besar buat kami sekeluarga... jumlah kerugian yg agak substantial amount serta cara dia masuk rumah itu agak klasik... umpil tingkap dan patahkan jeriji di siang hari. Aku sampai laa ni masih tak percaya bagaimana lobang yang sempit dan kecil leh bolos. Pak polisi yang datang membuat siasatan mengkhabarkan... ini kes biasa dan modus operandi ini dah banyak kali berlaku di kawasan kejiranan kami... kemungkinan penjenayah berbadan kecil dan bolos saja tingkap itu !!! anak bini seminggu trauma terbayang bayang penjenayah mungkin kembali mengenangkan depa sudah tahu situasi dalam umah membuatkan aku tidak pikir panjang utk menamatkan kesengsaraan ini. Aku cuma tau ADT System aje masa tu... so korang tau laa... establish system definitely cost me a bomb... tapi demi keselamatan anak isteri... aku redah je laa... uwang yang berguni tidak ada ertinya jika keselamatan dan kebahagian anda direnggut... Alhamdulillah...setelah security system telah dipasang... pelbagai ujian telah ku lalui seperti false alarm nye sehingga ada satu ketika.. aku ingat betui betui laa orang dah masuk umah aku kerana motion sensor yang detect pergerakan dalam rumah walhal alarm lain masih ok... siap tepon pak polisi suruh masuk and periksa rumah... mana lah tau dia masuk dan menyorok dalam rumah... Security system ini aku anggap tahap sekunder dgn harapan jika ada pencuri cuba masuk rumah setelah melepasi tahap primer, alarm yang berkumandang berupaya merencatkan keinginan depa utk meneruskan aktiviti jahat mereka itu. Dan aku bersyukur sangat sangat setelah membawa kes ini ke persatuan penduduk.. akhirnya kami sepakat untuk mendapatkan khidmat security guard yang aku anggap mata dan telinga kami utk memantau kawsan perumahan (Tertiar defence level)

Spt apa yang aku katakan tadi...setiap kejadian ada hikmahnya... jadi ada beberapa fakta aku nak kongsi bersama:-
  1. Myth 1 : Jeriji pintu & tingkap serta kunci padlock cukup utk cegah pencuri masuk rumah.
    Realiti : Boosiit !!! Jeriji pintu dan tingkap adalah tidak boleh diharap sama sekali terutamanya ia dibina hanya berdasarkan nilai estetika walhal fungsi utama adalah primary defence atau lapisan pertama pertahanan rumah telah anda abaikan. Penjenayah dgn mudah boleh memotong padlock, menggunakan kunci master key dan untuk kes umah aku depa bukan potong tapi patahkan terus jeriji tingkap dgn menggunakan alat yang nak jack lori pakai hydraulic system (menurut kata pak polisi)

  2. Myth 2 : Bahaya jugak duduk rumah atas tanah ni... baik aku duduk kondo lagi selamat... security ketat... rumah tinggi lak tu...
    Realiti : Boosiit !!! Tidak ada jaminan korang duduk kat flat ke, apartment ke, kondo ke... rumah setinggan ke... semua ada risiko yang sama... Kondo yang kita ingat selamat sebenarnya karut. Aku ada kawan sekerja aku dok kat Pertiwi Kondo (bukan nama sebenar kut), rumah beliau dimasuki pencuri.. ada rakaman CCTV.. ada bukti rumah dipecah masuk ikut main door.. tapi hapraknya pihak management kondo tersebut mau sapu semua tu bawah kapet kerana takut menjejaskan reputasi dan nama baik kondo... kemungkinan juga insider job yang bagi maklumat dan berkomplot...boosit !!!
     
  3. Myth 3 : Pencuri selalunya wat keje mencuri waktu malam !
    Realiti : Boosiit !!! Laa ni depa wat keje haram ni waktu siang ketika orang semua sibuk keluar bekerja. Siap ada yang bawak lori rompak umah... korang leh bayangkan laa mcm lori dlm citer Alibaba tu... licin !!!

  4. Myth 4 : Wajah pencuri selalunya selekeh dan berparut, watak yang mencurigakan serta berkenderaan motorsikal cabuk aje.
    Realiti : 
    Boosiit !!! Depa laa ni dah ada stylo... contoh dlm kes yang pecah masuk kondo tu... ternyata mamat cher yang menjadi saspek itu berpakaian kemas mcm nak pi pejabat gitu... siap kereta proton perdana standby untuk mengangkut hasil rompakan. 
Walaupun sudah ada ketiga tiga tahap keselamatan bagi mengecapi hidup yang lebih sedap dan selamat... namun aku sedar dan akur... apa jua keadaan hanya Allah yang menentukan... kita selaku hamba Nya perlu bergantung kepada Allah serta tak lupa berusaha memperbaiki ke tahap terbaik... so laa ni aku ada laa parang panjang dan pisau rambo sebagai last defence utk melindungi keluarga aku.... aku nak warning nih... sejak kejadian tu.. aku rasa persepsi terhadap perampok ni berbeda sudaa... jika dahulunya aku beranggapan org terpaksa merompak demi sesuap nasik... namun hakikat tersebut aku tak leh terima sekarang kerana ternyata  mereka lakukan demi hasrat jahat dan suka suka menganiaya orang... jadi awas.... jika ada yang choba choba... aku minta maaf sebab kali nih aku  tiada belas ihsan dan tiada peluang kedua... No Mercy !!!

Kalau hidup mau sedap, musti mau selamat [Part 1]

Hidup ini adalah satu perjalanan dan anda lah yang tentukan destinasi dan hala tuju masing masing sebenarnya. Di sepanjang perjalanan pasti ada ranjau dan onak berduri, kemanisan madu  serta kicauan burung yang mengasyikkan...itu lah pengalaman pahit dan manis yang sebenarnya mewarnai kemanisan dan kesedapan hidup. Hanya sedikit bilangan yang mampu mecicip kesedapan hidup walau di bawah himpitan hidup... namun ada juga merasai kenikmatannya setelah berdekad lamanya... dan masih ada juga kapan ajal datang menjemput pun masih gagal memahami erti kehidupan.

Maslow Hierarki
Cut the crap !!! Apa gunanya kelazatan makanan dan kesihatan tubuh badan yang mampan akan tetapi keselamatan diri, keluarga dan sahabat handai tidak keruan. Saya cuba kaitkan dengan Hierarki Maslow di mana kebahagiaan, kesedapan dan kelazatan sebenar berkait rapat dengan keperluan manusia itu sendiri.

Saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan rentetan peristiwa hidup saya dan rakan rakan dalam melampiaskan keperluan keselamatan. Walaupun jika dilihat dalam Hierarki Maslow, faktor keselamatan jatuh di tahap kedua... namun bagi saya ianya adalah asas dalam sayembara mencari kelazatan dan kesedapan dalam kehidupan. err... bukan sekarang nanti laaa aku luahkan.... skrang ngantuk mau beradu... tata...

Selasa, 27 September 2011

Bestnya naik bas...

Hidup mau sedap kan !!! Credit to Milosuam..lu memang sedap lah !

Kisahku - Maid Oh Maid [Part 1]

Sekadar Gambar Hiasan
Segala galanya berlaku pada petang Sabtu lepas, aku terima panggilan telepon dari agensi maid yang telah aku berhubung sejak 3 bulan lepas. Memandangkan mem aku nak melahirkan anak bulan November nih, maka aku rasa ini lah saat dan ketikanya kami perlukan pembantu rumah sekali lagi. Secara peribadi dah hampir 2 tahun aku dah tak pakai maid... aku rasa hidup aku penuh kebebasan kerana tiada orang asing di rumah sendiri. Namun begitu ia juga banyak mengajar aku erti kelelahan seorang isteri mengurus tadbir rumah yang sememangnya memenatkan... so laa ni aku setakat basuh baju, sapu dan mop rumah serta mengurus anak sekarang aku rasa mcm celah gigi laa kalau nak buat...

So dipendekkan cerita, bila aku dapat tepon dari agensi maid aku kata mereka ada sorang maid indon bersedia untuk bekerja, aku diminta datang melihat sendiri... gambaq dan biodata langsung takde. Take it or leave it kata agensi maid tu...demm... dah lah mem aku lagi 2~3 minggu rasanya nak beranak mengiklt kata pakar yang check... so aku dan mem setuju untuk lihat sendiri dan berpeluang interview in person dgn maid tu. So malam tu jugak aku cabut ke johor so takde lah aku letih nak pii JB pagi besoknya.

Dup dap dup dap janyungku berdetak... aku dah banyak pengalaman dengan maid ni... Ia seperti kita berjudi di gelanggang kasino lagaknya... Maidku yang pertama budak 20-an namanya Hartini, boleh laa kerja tapi tak lah superb dan bertahan 2 tahun cukup kontrak mau balik, so 2nd maid namanya Esih, umur 40-an... kejap ajer dia keje dalam sebulan tapi aku hantaq balik selepas aku dapat tau dia ni tak fit utk keje... so diganti dengan maidku yang ke-3 nama Yang, umur 40-an jugak tapi yang ni mula mula aku tengok menakutkan... riak muka yang kejam dengan mata nya yang menyorot ganas... so itu pun aku tak puashati dan aku hantar pulang...Maid ku yang ke-4 namanya Ikah... umur dalam 30-an...maid aku yang ni paling aku puashati kerana rajin, tak banyak kerenah serta taat. Beliau bertahan selama 2 tahun dengan kami setelah tamat kontrak dan bekas agensi dia tarik dia balik so tak dapat lah aku nak sambung kontraknya. Maid aku yang ke-5 namanya Sari. Dia ni masa aku nak ambik kata agen  umurnya 20-an tapi bila sampai kat umah baru aku tau umurnya baru 14 tahun. Tepuk dahi aku !! So maid ni aku yg nih tak leh harap langsung laa utk urus rumah kecuali jaga anak aku yang masa tu baru berumur 3 tahun. Korang leh bayangkan laa... wrong choice will suffer you the most 2 years.. you are gambling actually... Maid ku yang ke-6 namanya ntah aku pun dah lupa... yang ni aku terus deal dgn agen indonesia... so aku kene pii kutip kat Pelabuhan Klang... yang ni paling aku terkejut beruk nak mampus.... First impression aku tengok macam mat fit pun ada.... raut muka yang ganas serta berbau rokok... aku tepuk dahi sekali lagi.... itu bertahan hanya 1 minggu... bukan tak boleh buat kerja tapi setelah diselidik terdapat kesan kelar di pergelangantangan, rupa rupanya maid ni pernah choba bunuh diri... terus aku suruh dia pack beg dan besok jugak aku hantar balik indon... tak ke gila kalau ada org yang mental kinki dlm rumah hangpa dan boleh mental crack bila bila masa ajer.... so aku tak mau ambil risiko...memang rugi tang duit walaupun agen sana janji mcm mcm nak cari pengganti tapi haram tarak... itu memang pengalaman aku yang paling menakutkan. Selepas tu setahun aku tak ambil maid dan sebenarnya aku happy sangat... tiada orang asing dirumah... Namun tu lah... hidup ni mau sedap kan.... memandangkan sebab sebab yang aku katakan tadi menyebabkan kami tergerak balik untuk mengambil maid.... aku pun sebenarnya banyak terlepas Opportunity Lost... so it's time to get back what I'm supposed to get !

So kami sampai jam 10 pagi tadi di Agensi Pekerjaan Insan Management yang terletak di taman Orkid, berhampiran jugaklah ngan Angsana JB. Sayup sayup dari jauh aku dah nampak maid tu...memang dlm lingkungan 40 tahun... tapi first impression dia takde lah menakutkan... nampak ok... setelah  berkenalan dan interview dan mendengar lecture dari Puan Syikin dari agensi maid tu...mem aku mengangguk setuju. Kos dia ? Makahai memang mahai... sebab laa ni memang payah nak dapat maid... so nak tak nak aku bayaq laa full payment dan aku dikehendaki datang lagi ke JB hari Khamis atau Jumaat minggu ni untuk settlekan dengan Imigresen. Agensi tu bagi aku trial seminggu...kalau tak puashati boleh pulang balik katanya....

Harap harap maid ni bagus... kerana aku dah tak larat nak mencari lagi....