Jumaat, 7 Oktober 2011

Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat... Adakah ia SEDAP ?

Ihsan TV Pas

Teks ucapan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat
Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim
4 Oktober 2011



MUQADDIMAH

1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan ?Kesejahteraan Untuk Semua? ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.
5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?
6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.
7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:
a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;
b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;
c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;
d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan
e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.
10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK
11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: ?Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.?
12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.
13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.
14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.
15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri[1] jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.
16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ? dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.
17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.
18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.
19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion[2], apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?
20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak[3].
21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.
22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.
23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011[4] menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.
24. Unjuran angka inflasi[5] membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%[6].
25. Makanya, tema ?Kesejahteraan Untuk Semua? adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:
a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.
b. Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.
c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.
e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.
f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.

BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT
26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan[7].
27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.
28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.
29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.
30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.
32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.
33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.
34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:
a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;
b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;
c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;
e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;
f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;
g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;
h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;
i. Pelaksanaan skim ?Bina dan Jual? secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan
j. Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.

BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.
36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.
37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.
39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.
40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.
41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.
42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).
43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;
b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;
c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;
d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;
e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;
f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;
g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan
h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.

BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.
45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.
46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.
47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.
48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:
a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;
b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;
c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan
d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.

BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA
49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri seingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.
50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.
51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.
52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;
b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan
c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT

53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.
54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.
55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.
56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan ?salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba?.
57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi ? baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian ? maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.
58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.
59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:
a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;
b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;
c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutak BERSIH2.0;
d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;
e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan
f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.
PENUTUP
60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.
61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.
62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.
63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.
64. Sekian, terima kasih.


dan berita terkini
Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menganjurkan Forum Belanjawan Alternatif 2012 dan ingin menjemput saudara-saudari untuk hadir bagi kupasan lanjut mengenai Belanjawan Alternatif 2012.
Butiran Forum adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 Oktober 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 malam – 10.30 malam
Tempat: Kayangan Ballroom, Hotel Quality, Plaza Perangsang, 40000 Shah Alam, Selangor
Ahli Panel:
YB Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera)
Rafizi Ramli (Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor)
Moderator: YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
Orang ramai dijemput hadir

Khamis, 6 Oktober 2011

Sedapnya Abang Ibrahim Ali Tidur !!!

Saya tertidur kerana demam - Ibrahim Ali| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.

"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.
(Ibrahim menjelaskan beliau tertidur semalam kerana demam)
"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan PERKASA (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya dalam sidang dewan itu hari ini.

Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, berkata beliau kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi penyebaran gambar itu, sedangkan umum tahu beliau merupakan antara Anggota Parlimen yang aktif.

"Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya," katanya sambil tertawa.

Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan.

Selasa, 4 Oktober 2011

Sedapnya Dr. Mahathir Bantai Omputih di Studio Hardtalk, London


Sedang aku tgh seronok bersedap sedapan melihat Dr M menghantam mamat Stephen nih... rupa rupanya aku tertinggal banyak part... ternyata klip video di atas adalah part 3 dari 3 bahagian... saya sedang mencari part 1 dan part 2. Sat aku tgh carik kat TKO...kalau ada salinan rakaman interview nih saya attachkan kat sini.... tunggu !!!!

Ok... aku ada salinan temubual... hangpa baca dan nilai lah sendiri... papehal pun Dr M agak cool bantai mamat nih... hahahaha bukan selalu dapat tengok pun kan kan kan... janji SEDAP !!!


Kredit to tranungKita Online (TKO)




BAHAGIAN 1


SS: Tuduhan yang dirancangkan..tuduhan yang dirancangkan... bukan hanya oleh Human Rights Watch, Amnesty International tetapi saya juga telah semak rekod Kerajaan Canada, White House, International Commission of Jurists kesemua mereka menyatakan rasa simpati yang teramat sangat dengan cara dimana sistem penghakiman awak terhadap Anwar Ibrahim


MM: Awak bebas untuk cakap apa yang awak suka.

Intro Stephen Sackur (SS) : Bulan lepas menunjukkan satu titik kritikal berlaku yang menandakan perubahan dalam politik Malaysia. Parti yang memerintah merekodkan keputusan pilihanraya yang paling buruk dalam lima dekad. Ianya masih berkuasa tetapi jelas dilemahkan secara parah.Tetamu saya pada hari ini pernah menguasai parti pemerintah selama 22 tahun. Beliau merupakan bekas PM Malaysia dan seorang pemimpin yang amat lantang dalam dunia Islam . Pengkritik beliau menggelar beliau seorang pejuang bangsa dan juga seorang diktator. Adakah tempoh persaraan menjadikan Mahathir Mohamad (MM) semakin layu?
SS: Dr. Mohamad selamat datang ke Hardtalk .Mari kita mulakan dengan keputusan pilihanraya bulan lepas. Adakah ianya menandakan permulaan kehancuran parti pemerintah Malaysia?
MM: Tak semestinya, kecuali tiada tindakan diambil maka pasti kemungkinan hancur itu boleh berlaku. Sebaliknya kalau tindakan sewajarnya dibuat , termasuk PM sekarang mesti meninggalkan kuasanya , kemungkinan BN dapat diselamatkan bagi menjadikan BN kuat semula.
SS: Awak bermaksud PM Abdullah Badawi mesti ditendang keluar daripada parti pemerintah untuk pulihkan (BN) ?
MM: Taklah keras macam tu. Dia boleh meletak jawatan. Saya sendiri meletak jawatan semasa berkuasa. Dah sampai masa dia melepaskan jawatannya disebabkan keputusan pilihanraya menunjukkan dengan jelas ramai bekas pengikut, penyokong BN walaupun mereka tak suka kepada pembangkang telah mengundi pembangkang untuk menghantar satu mesej kepada kerajaan sekarang.
SS: PM Abdullah mengatakan bahawa awak adalah merupakan salah satu punca yang telah menjatuhkan beliau disebabkan awak telah ‘ menembak curi’ dari tepi sejak dua tiga tahun yang lepas.
MM: Mungkin jugak. Saya tak nampak kenapa saya tak perlu mengkritik salahlaku beliau.
SS: Apakah salahlaku tersebut ?
MM: OK, mula-mula kerajaan berjanji nak hapuskan rasuah dan perkara-perkara yang sedemikian tetapi kerajaan sendiri didapati mengamalkannya.
SS: Awak menghancurkan parti awak sendiri. Ini lah masalahnya. Dan ini jugalah yang dipercayai oleh ahli-ahli parti awak.
MM: Kadang-kadang ianya memang patut. Saya bagitahu orangramai bahawa saya ini doktor . Kalau saya dapati sebelah kaki telah menjadi ‘gangrene’ saya pasti akan potong kaki tersebut.
SS: Sekarang PM Abdullah telah beritahu dia akan akhirnya melepaskan jawatan tetapi dalam mesej awak kepada dia , dia mesti lakukan sekarang jugak?
MM: Dia mesti lepaskan jawatan sekarang jugak kerana dia akan mengambil masa panjang untuk memulihkan parti untuk piihanraya akan datang.
SS: Bukankah kenyataan yang dapat kita lihat di Malaysia ketidakpuasan hati yang sebenar bukan kepada PM Abdullah tetapi ianya adalah terhadap sistem dan ideologi yang diamalkan di sana?
MM: Sistem dan ideologi telah pun wujud disana sejak 50 tahun yang lepas. Ianya telah berjalan dengan baik dan kami telah sentiasa memenangi pilihanraya . Rakyat sentiasa menyokong kami dan Negara kami telah maju dengan baik sejak 50 tahun dengan system tersebut.
SS: Tetapi tand-tanda menunjukkan pembangkan telah berjaya menyatakan kepada rakyat bahawa kami tidak memerlukan sistem bertunjangkan bangsa di Malaysia, Sebaliknya sistem yang bertunjangkan bangsa inilah yang telah menjayakan awak mentadbir Malaysia selama 22 tahun.
MM: Saya percaya inilah pemikiran yang diharap-harapkan oleh pengkritik asing. Tetapi kenyataannya keputusan pilihanraya ini adalah disebabkan tindakan bertukar angin oleh penyokong parti pemerintah daripada pucuk pimpinan sekarang.
SS: Suka saya mengetengahkan satu kenyataan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dan juga jangan lupa keputusan ini telah menyaksikan 5 negeri besar dan kaya pulak tu telah bertukar kepada parti pembangkang. Lim Guan Eng berkata beliau mahu satu pentadbiran baru yang bebas daripada rasuah dan kronisme . Kami disini untuk membina negeri Pulau Pinang untuk semua. Dan awak tidak membina Malaysia untuk semua bukan ?
MM: Saya bina Malaysia untuk semua. Kalau awak lihat kepada Malaysia hari ini, Setiap orang sedang,telah menikmati kehidupan yang sangat baik. Mereka telah menjadi mewah.Malaysia tergolong dikalangan Negara yang paling cepat membangun di dunia. Kalau awak melihat pelbagai kaum , awak akan dapati mereka mendapat keuntungan daripada kerajaan. Oleh yang demikian sudah tentu awak akan memperolehi kenyataan sedemikian daripada parti pembangkang.
SS: Tetapi mereka bukan mereka-reka cerita bukan? Mari kita tengok kepada DEB polisi yang digunapakai oleh awak selama ini. Ianya mengutamakan Melayu dalam banyak hal, dari lantikan sektor awam hingga penempatan universiti, penguasaan saham, diskaun beli rumah. Saya tak tahu mana hendak berhenti.Terdapat berbagai cara dimana awak menjalankan sistem yang tidak adil.
MM: Bukan. Ini adalah polisi yang telah dimulakan oleh mereka yang mendahului saya. Ianya adalah perlu untuk..
SS: Tetapi awak telah mentadbir selama 22 tahun dan awak mempunyai peluang yang cukup untuk membuat perubahan.
MM: Benar. Saya ada peluang yang cukup untuk melaksanakan degan cara yang membetulkan segala ketidakseimbangan yang wujud di Malaysia sejak zaman British. Kecuali ketidakseimbangan ini diperbetulkan pasti akan berlaku rusuhan kaum yang baru speretimana yang berlaku pada tahun 1969.
SS: Tetapi masalahnya terdapat 80 ribu orang India sebagai contoh
telah berdemonstrasi di jalanan November lepas kerana mereka tidak sanggup lagi hidup dengan pembahagian kaum yang awak telah tetapkan.
MM: Kenapa sekarang pulak? Kenapa tidak pada masa saya memerintah ? Mereka bebas berdemonstrasi pada masa saya. Ramai yang tidak bersetuju dengan saya berdemonstrasi..
SS: Tetapi orang ramai yang tidak bersetuju dengan awak akhirnya disumbat dalam penjara.
MM: Siapa ?
SS: Beratus-ratus orang. Sila baca setiap keluaran Laporan Amnesty International dan Human Right Watch untuk tahun-tahun yang awak berkuasa.
MM: Cetakan Barat.. masalahnya awak mereka-reka cerita ini kemudian mengambilnya sebagai kebenaran..Ianya tidak benar. Beritahu saya siapakah yang beratus-ratus itu yang telah disumbat dalam penjara.
SS: Saya akan bincang pasal hak asasi manusia ini sebentar lagi. Saya mahu sebelum soalan kita mengenai masalah bangsa di Malaysia terpencong , saya mahu awak jelaskan tentang masalah ini. Anwar Ibrahim Ibrahim yang merupakan kawan baik awak yang bertukar menjadi musuh utama berkata masalah perbezaan ras ini akan diselesaikan di Malaysia . Tindakan yang saksama akan dibuka kepada semua yang memerlukan pertolongan.
MM: Ini adalah peluang terbuka bagi beliau. Sekarang beliau telah berada luar daripada kerajaan. Semasa beliau lama dengan kerajaan beliau tak pernah pun membuat sebarang rungutan. Dia tak buat apa-apa pun.
SS: Beliau sememangnya ada mengemukakan rungutan semasa awak sumbatkan dia dalam penjara. MM: Itu bukan merupakan sebab mengapa beliau dipenjarakan. Dia telah dituduh dengan liwat, salahguna kuasa. Dia telah dihadapkan dimahkamah, 9 bulan dan di bela oleh 9 peguam dan beliau telah didapati bersalah.
SS: Tuduhan yang dirancangkan..tuduhan yang dirancangkan... bukan hanya oleh Human Rights Watch, Amnesty International tetapi saya juga telah semak rekod Kerajaan Canada, White House, International Commission of Jurists kesemua mereka menyatakan rasa simpati yang teramat sangat dengan cara dimana sistem penghakiman awak terhadap Anwar Ibrahim.
MM: Awak bebas untuk cakap apa yang awak suka.


BAHAGIAN 2


Intro Stephen Sackur (SS) : Bulan lepas menunjukkan satu titik kritikal berlaku yang menandakan perubahan dalam politik Malaysia. Parti yang memerintah merekodkan keputusan pilihanraya yang paling buruk dalam lima dekad. Ianya masih berkuasa tetapi jelas dilemahkan secara parah.Tetamu saya pada hari ini pernah menguasai parti pemerintah selama 22 tahun. Beliau merupakan bekas PM Malaysia dan seorang pemimpin yang amat lantang dalam dunia Islam . Pengkritik beliau menggelar beliau seorang pejuang bangsa dan juga seorang diktator. Adakah tempoh persaraan menjadikan Mahathir Mohamad (MM) semakin layu.


SS: Saya bukan cakap sedap-sedap saya. Saya hanya kemukakan rujukan saya mereka yang bercakap terhadap awak.
MM: Tetapi bagaimana pula rekod Negara-negara ini? Orang-orang ini Negara mereka menangkap orang tanpa undang-undang dan menyumbatkan mereka di Teluk Guantanamo dan juga di Britain ini orangramai ditahan tanpa mengikut undang-undang.
SS: Adakah dengan demikian menghalakan tindakan awak semasa memerintah selama 22 tahun.
MM: Kami melakukannya mengikut undang-undang Negara
SS: Awak gunakan undang-undang zaman penjajah, ISA dan awak rasa puashati untuk berutahu saya bahawa ianya adalah sah .
MM: Bukan..kita dapati situasi dalam Negara adalah sangat cair dan kemungkinan boleh berlaku rusuhan kaum kecuali kami menghalang orang tertentu daripada sesukahati menghasut rasa benci antara kaum daripada bercakap mengenainya.
SS: Cuba kita lihat begini Dr. Mahathir. Awak telah lama melepaskan kuasa sekarang ini adakah awak ingin mempertimbangkan semula segala tindakan awak. Adakah awak bersedia untuk mengatakan bahawa awak menyesal dengan apa yang awak telah lakukkan kepada Anwar Ibrahim ?
MM: Kenapa perlu saya menyesal ? Dia ditangkap dibawah undang-undang negara . Dia telah dibicara oleh mahkamah negara dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Jika dia tidak bersalah, saya tidak fikir, bagaimana jua awak anggapan awak terhadap penghakiman, saya tak fikir dia telah dijatuhkan hukuman masuk penjara.
SS: Ianya juga telah menghancurkan maruah awak jugak kan begitu?
MM: Yalah…Saya terpaksa terimanya.
SS: Awak juga mendapatinya kembali menghantui awak kan ? Anwar kini mengetuai pakatan pembangkang. Kami telah dimaklumkan bahwa terdapat beberpa ahli Parlimen parti pemerintah akan melompat kepada parti beliau, dimana tak lama lagi beliau akan mentadbir Negara. Dan beliau telah memaklumkan bahawa beliau mahu awak menjawab segala perkara yang awak telah lakukan semasa berkuasa.
MM: Yalah…Dia dipersilakan untuk buat begitu jika menjadi PM Malaysia, tetapi sekiranya dia berjaya mendapatkan ahli Parlimen yang melompat kepada partinya , Perdana Menteri yang ada sekarang inilah yang perlu dipersalahkan kerana tidak berupaya mendapat kepercayaan ahli Parlimen sendiri.
SS: Peristiwa Anwar Ibrahim di belasah separuh mati semasa dalam tahanan tidak berlaku pada masa PM sekarang berkuasa?
MM: Belasah separuh mati ? Yang saya tahu dia hanya ditampar dan mendapat kecederaan mata dan kesan tersebut sangat menguntungkan beliau untuk tujuan pilihanraya..
SS: Kenapakah awak fikirkan dia telah mencederakan dirinya agaknya?
MM: Entahlah…saya tak tahu apa terjadi..tetapi KPN mengaku membelasah beliau…tapi itu bukan salah saya …salah KPN.
SS: Tapi bagaimana awak bertindak , jika Anwar berkuasa dan beliau telah menyatakan dalam program ini dan dalam program lain yang beliau mahu siasatan awam yang rapi dan penuh terhadap segala penyelewengan Dr. Mahathir . Bagaimana komen awak ?
MM: Dia dipersilakan untuk membuat tindakan tetapi saya harap beliau dapat mencari orang yang tidak memihak mungkin orang asing kerana saya tak percaya kepada orang yang dipertanggungjawabkan terhadap orang yang mereka tidak suka.

BAHAGIAN 3
Intro Stephen Sackur (SS) : Bulan lepas menunjukkan satu titik kritikal berlaku yang menandakan perubahan dalam politik Malaysia. Parti yang memerintah merekodkan keputusan pilihanraya yang paling buruk dalam lima dekad. Ianya masih berkuasa tetapi jelas dilemahkan secara parah.Tetamu saya pada hari ini pernah menguasai parti pemerintah selama 22 tahun. Beliau merupakan bekas PM Malaysia dan seorang pemimpin yang amat lantang dalam dunia Islam . Pengkritik beliau menggelar beliau seorang pejuang bangsa dan juga seorang diktator. Adakah tempoh persaraan menjadikan Mahathir Mohamad (MM) semakin layu?



SS: Pelik sungguh awak kata awak tak percaya orang-orang yang sedang atau akan bertanggungjawab terhadap siasatan . Adakah awak meyakini integriti kehakiman Malaysia?
MM: Saya yakin…ada masanya saya yakin tapi…….
SS: Adakah puncanya sebab awaklah yang melantik semua hakim?
MM: Saya tidak melantik hakim-hakim. Hakim-hakim disyorkan oleh Ketua Hakim Negara dan tugas saya adalah menyemak samada dia ada rekod atau tidak, dan selepas itu dia akan dikemukakan kepada Agong yang kemudiannya akan melantik para hakim.
SS: Dr. Mahathir, awak tahu sebagaimana saya tahu…bahawa isu poitik yang paling panas di Malaysia hari ini adalah keadaan kehakiman, dan integriti kehakiman dan sebuah video telah lama dimainkan di Malaysia yang menunjukkan seorang peguam kanan bercakap dengan seorang hakim kanan pada tahun 2001, dimana peguam tersebut berkata " Percayalah cakap saya , akhirnya nanti semua jawatan yang menjurus kepada Mahkamah Persekutuan akan ditentukan oleh orang politik ‘ yakni oleh awak yang merupakan Perdana Menteri ketika itu ?
MM: Adakah dia cakap macam itu ? Adakah dia sebut nama saya ?
SS: Dia tak sebut nama awak. Dia sebut semua itu telah ditetapkan. Semua akan mengikuti sistem politik. Awak yang menjalankan system poitik itu.
MM: Saya tak pasti tentang itu. Tetapi yang nyatanya orang ini telah dirakamkan videonya kerana mereka bercadang untuk membuat ugutan terhadap beliau. Kebetulan beliau adalah peguam saya ,membela saya ketika ini terhadap tuduhan fitnah terhadap Anwar dan pita tersebut diperolehi daripada Anwar. Anwar telah memperolehi perbualan ini direkodkan dengan tujuan untuk mengugut peguam tersebut.
SS: Tetapi masalahnya kerajaan sekarang yang diketuai oleh PM Abdullah Badawi , bertentangan dengan apa yang awak cakapkan dalam program ini , adalah daripada parti awak. PM Abdullah telah pun meminta maaf, dia menyebutkannya kepada Mahkamah Keadilan Persekutuan bahawa awak telah menyingkirkan mereka dan kepada para hakim lain yang telah digantung atau disingkirkan ketika zaman awak, dia memohon kemaafan kepada mereka . Dia menyebutkan bahawa dia mahu memberikan gantirugi kewangan.
MM: OKlah tapi itu adalah tindakan politik . Sesuatu yang cuba dibuat oleh orang yang tidak popular ketika ini untuk menunjukkan yang dia sedang buat sesuatu yang betul.
SS: Dr.Mahathir inilah hujah yang saya cuba bangkitkan. Rakyat Malaysia tidak ingin lagi hidup dengan sistem yang telah awak cipta.Sebab itulah PM Abdullah sedang merungkai sistem yang awak cipta.
MM: Tidak.tidak..tidak..dia bukan merungkai sistem tetapi dia sedang menggunakan sistem itu dengan cara yang teruk. Tiada seorang pun boleh cakap sesuka hati kepada beliau , Dia ada suratkhabar yang hanya melaporkan yang baik pasal beliau dan betapa hebatnya beliau. Dan dia telah diperdaya oleh penyokongnya sekiranya beliau mengadakan pilihanraya sekarang , dia boleh dapat kemenangan sapu bersih. Kalau awak tengok rekod dia ada buat kenyataan akan menang pilihanraya denagn sifar pembangkang.
SS: Lagi banyak saya dengar daripada awak pasal PM Abdullah, lagi bertambah hairan saya mengapa awak memilih dia menjadi pengganti awak ?
MM: Yalah…orang-orang ini adalah bijak menyembunyikan sifat mereka sebenar. Dia dikenali sebagai ‘Mr. Clean’ dan saya beranggapan saya akan melantik seorang yang bersih menggantikan saya. Walaupun beliau bukanlah orang yang mendapat undian yang tertinggi dalam parti, saya fikir dia lebih tua dan saya memilih dia dengan anggapan dia tidak akan melakukan sebarang kesalahan. Tetapi orang ini memberi keutamaan kepada keluarganya lebih daripada Negara.  
SS: Jadi… semua ini punca daripada kesilapan awak dalam membuat pilihan?
MM: Ya..saya mengaku…tapi kita semua buat kesilapan. Rakyat British juga membuat undian melantik orang seperti Blair . yang menipu, begitu juga rakyat Amerika …ramai orang membuat kesilapan.
SS: Macam awak cakap kita semua buat kesilapan…Adakah juga merupakan kesilapan bagi awak untuk menggambarkan diri sendiri, sebagai anti-Barat dan anti –demokrasi dalam hal dimana pihak Barat memahami demokrasi?
MM: Tidak..yang itu bukan masalahnya. Saya bukan anti-Barat. Saya hanya menentang perkara buruk yang dilakukan oleh Negara-negara Barat.
SS: Awak bukn anti-Barat tetapi pada Jun 2003 sebelum awak mengundurkan diri awak adak bercakap orang-orang Eropah anglo-saxon pelopor kepada peperangan, liwat dan penghapusan etnik.
MM: Ya sememangnya benar. Awak perlu mengakuinya.
SS: Tetapi awak mengatakan awak tidak anti-Barat?
MM: Saya hanya menyatakan fakta.Ini adalah cirri-ciri mereka dan saya akan terus mengatakan sedemikian.
SS: Jadi..bila awak datang kesini..awak duduk di studio Hardtalk..ditengah kotaraya London…awak beranggapan diri awak berada disebuah ibupejabat peperangan, liwat dan penghapusan etnik?
MM: Sebenarnya saya datang kesini menjangkakan saya akan dibelasah oleh awak sebab itulah cara awak bekerja.
SS: Saya tidak membelasah awak . Saya hanya cuba untuk mengejek awak samada awak percaya ianya merupakan satu kesilapan bagi awak untuk menggunakan bahasa sebegini sebab dengan terang ianya telah merosakkan awak sendiri daripada dapat berhujah dengan Barat ketika menggunakannya.
MM: Awak juga perlu memahami pihak Barat memanggil orang Melayu pemalas, tidak boleh dipercayai tetapi kami tak boleh mengatakan apa sesuatu terhadap kamu. Jadi, bila saya berada dalam kedudukan yang membolehkan saya berkata sesuatu terhadap kamu, saya ucapkan sedemikian dan kamu tidak menyukainya.Bila awak mengataka kepada kami awak harapkan kami menyukainya. Kami tidak menyukainya tetapi kami tidak ada jalan bagi membolehkan suara kami didengari.
SS: Bagaimanakah fikiran awak terhadap demokrasi ? Sudah tentu sejak 9/11, pihak US dan sekutunya seperti UK telah bercakap banyak tentang penyebaran demokrasi. Adakah awak percaya dengan demokrasi?
MM: Kalau awak melihat sejarah Barat, mereka telah mengemukakan berbagai jenis demokrasi . Mereka mencubanya seketika dan bila mendapatinya tidak elok mereka tinggalkan dan cuba yang baru pula.Suatu hari mereka akan lupa mengenai demokrasi kerana disesetengah Negara demokrasi sebenranya telah bertukar kepada anarki dan sebenarnya tiada kerajaan. Ianya bukan satu sistem yang boleh menolong detiap orang . Anda perlu mencapai satu tahap kefahaman tentang batasan demokrasi supaya ia dapat berfungsi.
SS: Adakah sebab itu awak bukan seorang demokrat. Kenapakah awak pada peringkat akhir pemerintahan bertukar menjadi diktator ?
MM: Yalah……itulah sesuatu yang pihak Barat ingin mengatakan kepada saya..Saya adalah seorang diktator.
SS: Sebenarnya saya hanya merujuk kepada perkataan awak sendiri pada tahun 2002. Awak cakap Raja feudal dan juga diktator telahpun menyediakan dan boleh menjadi kerajaan yang baik.
MM: Yang itu betul…sangat betul. Tamadun besar yang lepas tidak ada demokrasi. Tetapi mereka tetap agung. Tak semestinya sistem tersebut sesuai untuk semua orang . Tetapi sekiranya kita mempunyai pemimpin yang tidak baik , sistem demokrasi pun akan gagal. Kita kena ingat tindakan Negara demokratik yang menjatuhkan bom atom sehingga meragut 200 ribu nyawa manusia.
SS: Bagaimana awak fikir rakyat Malaysia akan bertindak terhadap perkataan awak yang mengatakan sekarang demokrasi bukan sistem yang terbaik dan sebenarnya pemerintahan dictator dapat memberikan kerajaan yang lebih baik
MM: Saya telah menempuhi 5 piihanraya dan saya telah menang kesemuanya dengan majoriti……….
SS: Tanpa kebebasn akhbar, penahanan semua orang-orang yang menentang kamu.
MM: Lagi lagi kamu cakap pasal penahanan orang-orang yang menentang saya…Siapa mereka?
SS: Saya tak ingat berapa kali saya telah bagitahu awak saya telah mengkaji laporan Human Rights Watch , Amnesty International , kajian daripada State Department, dari Kerajaan Kanada.
MM: Laporan tersebut berat sebelah. Pertama sekali tindakan saya ketika menjadi PM tahun 1981 saya membebaskan banduan yang telah ditahan oleh pemimpin sebelum saya, 22 orang kesemuanya termasuk pemimpin pembangkang.
SS: Dibawah Akta Percetakan 1984 yang memerlukan suratkhabar memperolehi lessen setiap tahun. Ini bertujuan untuk memudahkan awak melenyapkan suara mereka , bukan begitu ?
MM: Tidak…ianya memang telah lama begitu…undang-undang percetakan memang begitu..yang pastinya kami hidup dalam Negara yang pelbagai kaum dan sekiranya kami tidak berhati-hati, kejadian rusuhan kaum akan berlaku. Cuba awak lihat kepada Negara-negara yang mempunyai pelbagai kaum, mereka tak pernah aman, Ireland Utara mengambil masa yang lama untuk menghentikan peperangan.
SS: Bercakap soal keamanan, awak nampak bimbang terhadap kestabilan Negara awak, betul tidak ? Sebab itulah awak bertindak keras terhadap puak Islam didalam Malaysia .
MM: Ya…itu memang patut.
SS: Jadi..saya hairan bagaimana ketika sebelum awak tinggalkan pemerintahan bulan Oktober 2003 , kenapakah awak memberitahu Persidangan Islam "1.3 billion umat Islam tidak boleh dikalahkan oleh beberapa juta Yahudi" Awak turu berkata " Kita sebenrnya adalah sangat kuat. Pihak Barat telah membunuh 6 juta daripada 12 juta Yahuditetapi hari ini Yahudi menguasai dunia melalui proksi. Mereka paksa orang lain berperang dan ati untuk mereka" Awak juga cakap" Tetapi Yahudi telah menjadi sombong. Orang sombong adalah seperti orang marah mudah buat silap dan ianya akan membuka banyak peluang untuk kita.
MM: Saya hanya menyatakan fakta. Saya bersedia untuk mengucapkan yang sama berterusan. Itu yang sebenarnya berlaku.
SS: Anti-Semitik dan pejuang bangsa adalah tanggapan banyak kerajaan diseluruh dunia terhadap awak.
MM: Anti-Semitik adalah istilah yang dicipta oleh Yahudi sendiri.Kami tak boleh cakap apa-apa. Yang sebenarnya wartawan telah ditangkap kerana menyatakan sesuatau mengenai ‘holocaust’ dan dipenjara selam 3 tahun.. Dimanakah kebebasan akhbar?
SS: Jadi..perkataan tersebut saya rujuk daripada daripada pandangan awak bukan anti-semitik?
MM: Tidak…ianya bukan anti-semitik. Saya hanya menyebut fakta. Faktanya Amerika menurut apa sahaja yang Israel suruk lakukan.
SS: Awak kata semua itu fakta, kita ketepikan perkara tersebut sebentar. Saya cuba memahami logik awak. Disini kamu mengatakan Negara kamu berpotensi diganggugugat oleh pelampau Islam dan kemudian kamu pergi ke Persidangan Islam dan kamu menggunakan perkataan yang hanya digunakan oleh Osama ben Laden
MM: Tidak ada sebarang percanggahan..tiada langsung. Saya tidak mahu kepada pelampau Islam sebagaimana saya tak suka kepad seranga Israel kepada Palestin atau pengeboman tentera Amerika terhadap Baghdad. Langsung tak sama.
SS: Adakah awak rasa yakin orangramai masih mendengar mesej awak?
MM: Saya tak upaya nak cakap. Kenapa perlu orangramai risau terhadap saya?
SS: Di Malaysia orangramai berkata dan saya bercakap pasal PM , Ketua Pembangkang.. Sudah sampai masanya awak mendiamkan diri.
MM: Kenapa perlu saya senyap? Awak bermaksud bila mereka melakukan kesalahan kepada Negara dan saya tak perlu bersuara? Saya menjadi ornag yang tidak bertanggungjawab sekiranya saya melakukan sedemikian.
SS: Dr. Mahathir..terima kasih kerana sudi berada didalam rancangan ini.
MM: Sama-sama.


SEDAPnya ~ Mcd Dinner Box Package


Sebenarnya ada satu lagi set Family Dinner Box tapi bukan McChicken laa... Quarter Pounder 2 bijik, Cheese Burger sebiji and Big Mac Sebiji... yang lain sama spt di atas... kos dalam RM39.90 kalau aku tak silap laa... aku amik hok tu... tapi pelik lah awat takde advertise dlm website depa nih ? Hurmmm papehal memang SEDAP lah...

Isnin, 3 Oktober 2011

Fotografi Sedap ~ Dr Mahathir


Credit to affeysshi dengan perchobaan potrait menggunakan Oil Brush. Beliau mengunakan Corel Painter & Wacom Tablet. Picture copyright goes to Alzalfran(Flickr) Kamsahamnida! Saya pula choba choba menyedapkan potrait Dr M nih dengan mode black and white serta bermain main dgn rona rona warna di wajahnya agar kelihatan lebih "bernyawa".

Ahad, 2 Oktober 2011

Fotografi Sedap ~ Osama Bin Laden


Credit to Mr Ioannou. Satu perchobaan yang berani dgn teknik airbrush painting yang dilakukan secara digital. Untuk meningkatkan lagi KESEDAPAN di mata saya... saya bermain main dengan teknik Black & White color dan inilah hasilnya.....

Fotografi Sedap ~ Adolf Hitler


Credit to kyraal for the nice potrait !!

Jangan salah anggap yer... Aku bukan menyanjungi sangat mamat nih tetapi aku kagum dengan  karisma, kepimpinan dan jati diri mamat nih sehingga orang yang agak rendang ni mampu mentransformasikan rakyat Jerman ke arah yang beliau mahu... Beliau juga mampu memberi aspirasi dan harapan kepada rakyat. Mamat ni pada aku agak rare jugak laa wujud kat dunia nih...


Hangpa tau tak Adolf Hitler ini sebenarnya nak jadi pelukis, tap[i sewaktu beliau cuba memasuki kolej Kesenian di Vienna, pengajar kat situ kata lukisannya tak ada nilai nilai kehidupan dan ganaz...

Berbalik kepada gambaq potrait nih... aku ada buat sedikit eksperimen bermain main dengan contrast serta light effect... Saya open kalau kalau ada kawan2 yang ada idea bagaimana nak menjadikan gambaq biasa menjadi luarbiasa... Pasti SEDAP !!! Ha Ha Ha !!!

Nota Kaki : Sedang mencari e-buku tentang Hitler berjudul 
"The Rise and Fall of Adolf Hitler" sapa sapa ada sila kasik tangan !!!


Yes... akhirnya aku dapat gak buku nih... dah 2 round aku baca... memang SEDAP woo... Mai klik sini untuk ulasan buku "The Rise and Fall of Adolf Hitler"

Juga saya dah download dan tonton movie sedap berjudul "Hitler : The Rise of Evil" nantikan ulasan selanjutnya ! Klik sini untuk ulasan movie "Hitler : The Rise of Evil"

Sabtu, 1 Oktober 2011

Citer SEDAP ! Siapa Amik Keju Aku ?

Gile kentang aku baca buku nih terus menerus tanpa henti dan mengulanginya sebanyak 3 kali sebab KESEDAPAN tanpa batasan. Cerita yang diolah secara humor dan ringkas tetapi padat intipatinya. Gaya penyampaian yang sempoi dan selamba serta pendekatan metafora haiwan dan manusia kenit bagi saya menjadi. Ia mengisahkan 4 Watak iaitu 2 ekor tikus bernama "Sniff" and "Scurry" dan 2 orang kenit bernama  "Hem" and "Haw" hidup di dalam Maze yang penuh jalan bersimpang siur.

Ringkasnya watak tikus Sniff cepat mengesan perubahan berbanding watak yang lain. Watak Scurry pulak dia ni nampak apa yang perlu dilakukan dan mengambil tindakan dengan pantas. Watak manusia kenit bernama Hem pulak menonjolkan sifat manusia yang berharap agar perubahan tidak diperlukan dalam kehidupan kerana takut perubahan menyebabkan keadaan yang lebih buruk. Namun penulis cuba menonjolkan Haw sebagai hero walaupun sebenarnya beliau sama sifat dengan Hem tetapi akhirnya beliau terpaksa ketawakan diri sendiri kerana enggan berubah walaupun situasi sudah berbeza. Haw akhirnya bertindak bijak setelah kehabisan keju, beliau keluar mengembara walaupun pada awalnya takut namun setelah berjaya mengatasi ketakutan, dia mula sedar akan perlunya berubah dalam kehidupan dan mula bergembira dengan keju yang baru dijumpainya maka persepsi beliau bahawa kita perlu berubah untuk sesuatu yang lebih SEDAP dan KELAZATAN dalam kehidupan ini.

Secara ringkasnya... intipati tersurat dan tersirat dalam buku ini sekurang kurangnya ada 7 perkara yang beolh diambil pengajaran:-
  1. Hidup ini berubah ubah. Dalam buku ini kita dapati stesen keju sentiasa kehabisan dan berubah ubah tempat.

  2. Bersedia untuk menghadapi perubahan. Buku ini cuba menggambarkan sebelum stesen keju kehabisan stok, kita sepatutnya sedar dan sudah bersedia untuk menerima kenyataan serta bersedia untuk mencari stesen keju yang lain.

  3. Pantau perubahan. Buku ini menggariskan untuk memantau keqadaan keju samada ia berubah atau atau tidak adalah dengan keap menghidu keju tersebut jadi kita akan tahu perubahan seperti keju dah semakin lama dan kurang enak serta tahu kuantiti keju yang semakin menyusut atau tidak.

  4. Menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Buku ini menggambarkan orang yang sukar menyesuaikan diri dengan perubahan yang belaku disekeliling berpunca keenganan melepaskan keju yang lama. Lagi cepat kita lepaskan keju yang lama, lagi cepat kita akan menikmati keenakan keju yang baru.

  5. Berubah. Ada yang telah melakukan perkara yang di atas tetapi masih tidak mahu berubah.

  6. Setelah berubah, jangan monyok & toya. Bergumbiralah dengan perubahan yang telah kita lakukan. Pasti ada adventure di sepanjang perubahan itu... Jadi bergembira lah dengan kejuu anda yang baru.

  7. Jangan lupa perkara yang pertama... hidup ini sentiasa yang berubah ubah. jadi lakukan perkara yang pertama tadi dan yang seterusnya dan jangan lupa bergumbira setelah anda berubah... Ingat keju itu sentiasa berubah ubah...
Maaf, jika tak faham apa yang saya perkatakan ini, boleh cari buku ni dan baca.

Untuk menggapai SEDAP dan kelazatan dalam hidup, kita kene sentiasa peka, sentiasa bersiap siaga, cepat menyesuaikan diri dan jangan lupa untuk bergumbira di sepanjang sayembara anda... Ingat dalam dunia ini, binatang terkuat seperti Dinosour pun akhirnya kecundang dan pupus kerana gagal menyesuaikan diri dengan perubahan iklim duniai ketika itu... tetapi lihatlah lipas yang dilihat "fragile" dan lemah tetapi sejarah membuktikan... ianya telah lama wujud sejak berjuta tahun lamanya dan sampai laa ni masih dapat menyesuaikan perubahan yang telah berlaku di dunia ini.... 

Selamat SEDAP membaca !!!

Kisahku - Maid Oh Maid [Part 2]

Wisma Persekutuan Seremban
Aku cuti hari Jumaat semata mata nak uruskan dengan imigresen. Sepatutnya agensi yang aku amik maid ni yang uruskan di Johor sbb agensi ni katanya berdaftar...dan aku diminta hanya tunjuk muka aje katanya pihak Imigresen nak tengok betui ke ada majikan... so aku takde laa saspek apa apapun sbb aku memang ingat segala permohonan di bawah agensi... last last agen aku kata takleh buat kat JB dan diminta uruskan sendiri di Seremban. Depa akan uruskan segala dokumentasi, pos kat aku dan aku hanya perlu hantar segala dokumen tersebut ke Imigresen. Bila aku check balik dokumen yang dah sampai tu baru laa aku tau permohonan maid nih under Permohonan Individu dan memang majikan sendiri kena datang. Demm tepuk dahi laa aku sekali lagi sbb bayar mahai.. tapi sebenarnya setaraf dengan hangpa amik dgn agensi yang tak berdaftar jugak lah... Walau apa pun, oleh kerana dah hampir seminggu maid ni kat umah aku bekerja... prestasi dia aku rasa memberangsangkan... kalau nak ukur KPI  aku rasa meet expectation dah ni...so aku malas nak wat bising dengan agen...aku ok je lah.

Bila dokumen dah di tangan, baru agen aku cakap sebelum nak hantaq dokument tu... ada beberapa perkara kene buat... WTF.. kata aku pii hantaq aje kan... sebenaqnya depa tak berani  nak cakap pape pun sebelum aku bersetuju kata nak buat kat Imigresen Seremban... Aku kene matikan setem hasil, kene tandatangan beberapa dokumen serta lampirkan beberapa dokumen sokongan. Demm... 

S
o awal2 pagi aku dah blah pii Wisma Persekutuan Seremban... makahai punye lah azab nak cari parking... Aku rasa jauh giler nak menapak... sampai ajer... aku cari laa kat wisma tu.. kat mana boleh matikan setem... tanya situ..tanya sini... WTF sekali lagi... takde... kene pii Terminal One kat LHDN pulak.. kat situ leh matikan setem hasil... addoi laaa... jam dah pukui 10.30am nih... hari jumaat lak tu... aku mcm charlie caplin dah... cargas pii LHDN kat terminal 1. Sampai ajer... aku diminta isi satu borang.... walaupun borang tersebut dalam bahasa melayu... aku ternganga jap... demm komplikated...aku tau isi nama aku ajer... yg lain hareemmm.... aku bukannya isi borang ni hari hari bro... so buat tak malu laa tanya pegawai tu... laa encik isi 2 tempat ini aje... dokumen apa nak matikan setem dlm kes aku nih ada 3 dokumen iaitu  Kontrak kerja 2 Ori dan Personal Bond...dan dengan siapa kita deal... itu ajer.... tunggu 5 minit ajer... aku dipanggil... dah bagi borang tu aje... dia cop ketiga tiga dokumen tu dan anda selesai katanya... Aku tanya 2~3 kali... setem tu dah mati kah ? Pegawai tu dgn senyum sinis dia menjawab... ha'ah dah mati dah... aduyai laa... itu aje kesahnya nak mati kan...sapa laa cipta SOP lagu nih... simplify laa work process tak lah menyusahkan org camni... tak berbaloi aku rasa...

Aku sampai balik kat Wisma Persekutuan Seremban jam 11.30am... cam biasa amik nombor giliran...dlm sejam baru turn aku... dia check semua dokumen dah lengkap... dan keluarkan satu surat akuan penerimaan dan keputusan permohonan dalam masa 1~2 minggu dari sekarang... So ngam lah aku habis dlm 12.45... sempat menjamah makanan (sampai skip breakfats tuu) kat Wisma tu dan terus bergegas ke Masjid Seremban yang tak berapa jauh dari situ...

Aku harap pasni aku malas pulak nak uruskan... biaq agensi yg uruskan laa... aku bayaq mahai maaa.... jgn laa ambik kesempatan walaupun nampak aku ni rileks dan mudah bertoleransi kerana kalau tiap kali asyik kene aje... camne aku nak SEDAP.. kan kan kan...

SEDAP nya Khutbah Jumaat hari nih...

Masjid Negeri, Seremban
Sebelum ini aku pernah sholat di sini sewaktu aku masuk matriks di Seremban dulu. Tapi kali ini aku rasa SEDAP sangat... Mungkin aku ingin mengimbau kembali detik detik 16 tahun yang lampau. Di saat aku bergegas berjalan menuju ke Masjid ini, alunan Azan sangat menusuk kalbu... aku tak tau mengapa... aku mempercepatkan langkah... mengambil wudu' dan dengan mulai dgn kaki kananku melangkah... aku WOW sekali lagi... ada air cond laa... SEDAP kuasa dua dah ni... biasa laa... di saat climate (bukan Klimak tau) yang panas membara.... suasana sejuk dan mendamaikan memang mencipta mood SEDAP... bagi aku laa... So aku pilih tempat yang selesa sambil sambil melihat lihat senibina Masjid nih... Dulu aku tak pernah pulak perati... laa ni aku tengok... wadduh memang unik dari segi senibina luaran dan juga dalaman....

Saat dan ketika Khatib memberi salam dengan lantang dan kejelasan tuturkata dan slang arob... bertambah lagi kelazatan dan SEDAP. Beliau memberi khutbah tanpa teks dan yang aku respek habeh... sedikit pun dia tidak menghantam mana mana parti politik seperti mana pak khatib yang lain...kalau takde teks khutbah tu siap laa berbakul bakul kena...

Beliau membicarakan tentang kita ni sekadar beribadat nak lepaskan diri ajer..sekadar buat tanpa memikirkan adakah ibadat tersebut diterima Allah atau tidak... Pepatah melayu kata "janji buat sudah". Walhal Rasulullah yang menjadi Kekasih Allah, selesai sudah mengerjakan ibadah akan beristigfar dan memohon keampunan dari Allah agar diterima amal ibadahnya... aku lihat diri ku pulak... addoi laa... teruk dah ni... kene berubah... kene ikut Al-Quran dan ikut role model Sunnah Nabi Muhammad jika mau sedap di kehidupan selepas mati (Life after death).


Tuan Khatib juga berkongsi satu kisah ketika Rasulullah naik mimbar untuk memberikan khutbah, Rasulullah tidak berkata apa apa pun kecuali mengucapkan 3 kali perkataan "AMEEN". Apalagi para sahabat nabi pun pelik dan hairan la sebab tak pernah belaku sebelum ini lalu para sahabat bertanyakan kepada nabi perihal tersebut. Rasulullah menjelaskan sewaktu Baginda hendak memberikan khutbah, Malaikat Jibril datang kepadaku dan membacakan 3 doa dan aku amin kan doa doa tersebut. Bayangkan Penghulu Langit membaca doa ke hadrat Allah dan diaminkan oleh Penghulu segala makhluk iaitu Nabi Muhammad Rasulullah. Sudah tentu doa tersebut sangat sangat penting untuk kita ketahui.

3 doa tersebut adalah :-

Doa 1 : Ya Allah, andai kata berlalunya Ramadhan tetapi ada dosa dosa manusia masih tidak diampunkan oleh Mu ya Allah, Engkau masukkanlah mereka ini ke dalam neraka mu dan Engkau jauhi lah Rahmat-Mu ya Allah kepada mereka mereka ini.

Doa 2 : Ya Allah, andai kata ibubapa umat manusia masih hidup tetapi anak anak mereka masih tidak berbakti kepada ibu bapa mereka, maka Engkau masukkanlah mereka ini ke dalam neraka mu dan Engkau jauhi lah Rahmat-Mu ya Allah kepada mereka mereka ini.

Doa 3 : Ya Allah, andai kata ada umat manusia yang mendengar nama mu ya Rasulullah tetapi tidak mengucapkan Shelawat dan salam ke atas mu... Semoga Allah mencampakkan mereka ini ke dalam neraka mu dan Engkau jauhi lah Rahmat-Mu ya Allah kepada mereka mereka ini.

Aku ternganga... isu yang sangat bernas dan SEDAP sungguh gaya penyampaian khatib nih...Di saat selesainya sholat Jumaat ni... aku lihat ramai yang berkerumun, bersalaman  dan ada juga yang memeluk khatib nih... aku hanya mampu melihat dari jauh kerana segan utk berjabat memandangkan aku hanya berseluar jeans dan berbaju round neck ajer ketika itu... Bagi aku Allah telah angkat darjat Khatib tersebut sehingga ratusan orang mengambil peluang mendekatinya secara jujur...atas dasar ukhrawi...

Semoga khutbah ini memberikan kita ikhtibar dan berazam utk mempersembahkan amal ibadah terbaek kepada Allah Azza Wajalla seterusnya dianugerahkan oleh Allah Kelazatan dan SEDAP yang Hakiki... berpeluang menduduki Syurga Allah dan menatap wajah-Mu ya Allah...