Ahad, 13 November 2011

Tazkirah SEDAP ~ Ciri-ciri Orang Munafik...

Munāfiq atau Munafik 
(kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an :-
Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.

"Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan. Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami."[Al Munafiquun:1-3]

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.[Riwayat Ahmad]

Huraian :-

i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Ciri-ciri orang munafiq :-

1.Dusta
2.Khianat
3.Fujur dalam pertikaian
4.Ingkar janji
5.Malas beribadah
6.Riya'
7.Sedikit berzikir
8.Mempercepat solat
9.Mencela orang-orang yang taat dan soleh
10.Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
11.Bersumpah palsu
12.Enggan berinfak
13.Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
14.Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
15.Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
16.Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
17.Sering meninggalkan solat berjamaah
18.Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
19.Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
20.Takut terhadap kejadian apa saja
21.Beruzur dengan dalih dusta
22.Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
23.Bakhil dalam masalah kebajikan
24.Lupa kepada Allah s.w.t.
25.Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
26.Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
27.Sombong dalam berbicara
28.Tidak memahami masalah-masalah agama
29.Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
30.Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Kelebihan Sholat Berjemaah


Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. 

Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.

Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalambidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi. 

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. 

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. 

Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. 

Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.

"Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu itu 
sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah dalam surah Ali Imran.

Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama.

Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Wanita Dan Hari Raya...

Dari Ummu Athiyyah ra., ia berkata:” Nabi saw. memerintahkan kami untuk membolehkan gadis-gadis dan gadis-gadis pingitan keluar rumah dan beliau memerintahkan para wanita yang sedang haid agar menjauhi tempat salat kaum muslimin. [Muslim]

Huraian :-

1.Pada Hari Raya disunatkan seluruh kaum muslimin beserta keluarganya untuk hadir di tempat solat. Manakala bagi wanita yang sedang haid yang tidak dapat mengerjakan solat, mereka hendaklah menjauhi tempat solat. Kedatangan tersebut ialah supaya sama–sama dapat menyaksikan kebaikan hari itu dan bersama mengaminkan doa dari kaum muslimin. 

2.Bagi wanita pula mereka hendaklah menjaga diri dan menjauhi dari perkara yang mendatangkan fitnah. Hal ini termasuk bersalaman dengan yang bukan mahram kerana sering terjadi, disebabkan alasan untuk bermaaf-maafan, seorang lelaki dapat menyalami (berjabat tangan) dengan wanita yang bukan mahram. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan wanita."

Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Hati Yang Selalu Muda..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”[Muslim]

Huraian :-

Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, ’rumah kata pergi, kubur kata mari’, masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.


Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.

Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Manusia Tidak Lepas Bebas Daripada Syaitan



Dari Aisyah r.a, isteri Rasulullah s.a.w, dia menceritakan bahawa pada suatu malam rasulullah s.a.w pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah:’Kerana itu aku cemburu kepada beliau. Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya:”Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?” jawabku:”Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda? Tanya baginda:”Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?” Jawab Aisyah:”Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab baginda :”Ya!” Aku bertanya:”Aku sendiri juga?” Jawab baginda:”Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat.” [Muslim]

Huraian :-

Pendekatan tipu daya syaitan adalah pelbagai. Ini bergantung kepada jenis manusia yang mereka dekati. Mereka membelit orang berilmu melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dihasut dengan amalnya. Orang yang kaya dirosakkan dengan harta bendanya, sedangkan orang yang miskin lebih dekat dengan kekufuran disebabkan kesusahan yang dialaminya. Hadith di atas menerangkan bahawa setinggi mana pun ilmu dan sebanyak mana pun amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat menjamin sepenuhnya bahawa ia akan selamat daripada tipu daya syaitan. Oleh itu Rasulullah s.a.w menasihatkan kita supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan godaan syaitan laknatullah.

Petikan dari Jom Berdakwah Di FB

Sabtu, 12 November 2011

Benda PERCUMA pun kekadang tak SEDAP ?

Pabila bende free dipolitikkan... benda yang sedap pun jadi tawar... niat yang baik dipandang hina... apa nak jadi dengan negaraku yang terchenta nih... serabut weiii !!!

Part 2 - Sedapnya Allah bagi rezeki anak... Priceless !!!

Assalamualaikum semua...  masa sungguh mencemburui daku, sibuk dengan tugas, sibuk dengan  anak anak dan sibuk dengan perkara perkara yang tidak produktif mcm terperangkap dlm kesesakan lalu lintas, menunggu kat pandu lalu, terperap dek cuaca yang tidak kondusif dan mcm mcm lagi. Akhirnya dapatlah juga mencuri waktu tidur aku untuk mencoret sepatah dua kata agar rentetan peristiwa tak digantung tidak bertali.
Tanggal 22th Oktober 2011, rentetan pemeriksaan imbasan 4D, Dr Ishak mendapati baby dalam kandungan telah matang namun terdapat 2 kalungan mutiara dileher baby. Rupanya   pabila baby aktif di dalam kandungan, maka mudah lah tali pusat terjerut. Kata dua diberikan oleh Dr Ishak dan  pada masa tu jugak aku kunci lirik itu agar mem aku di"cesarean"kan buat kali yang kedua demi menjaga keselamatan baby dan mem. Dr Ishak mencadangkan mem aku dioperasikan pada hari Isnin di awal pagi. So mem aku kene lah puasa at least 8 jam kat umah dan tak perlu admitted kat ward. Kira check in teruih operate.

Waktunya sudah tiba... 24 Oktober 2011, seawal jam 6am sudah bersiap siaga untuk bertolak ke hospital. Kami tiba di KPJ jam 7.15am, aku daftarkan mem aku utk check in ke ward single bed agar dapat privasi terutamanya ketika sanak saudara datang melawat nanti. Dr Helmi (Pakar Bius) buat ward around pagi tu bertanya khabar. Aku tengok mem aku rileks ajer tapi aku tau dia gerun laa...kalau aku pun...mau aku pengsan seround dua kalu tunggu nak kene bedah... seriau wooo....Yang pasti memang benar bidalan orang2 tua...penantian itu satu penyeksaan... walau bilik yang kami ambil itu berhawa dingin lengkap dgn LCD screen dan bersofa..namun ia tak mampu memadam kehangatan dan kegelisahan yang terbit dari hati nih. Lebih kurang jam 8.15am, mem aku dah kene usung masuk ke OT, aku diminta tunggu tak leh masuk... mcm jaga pun ada aku melangut kat depan pintu...ada laa 30 minit kurasakan sehari menunggu...last last depa panggil masuk seraya menghulurkan set baju dan serkup kapla dan mulut sebagai syarat jika mahu masuk OT.

Dengan tangkas aku menyarung persalinan itu dan masuk ke OT... rupa rupanya operasi sudah pun dijalankan..so aku miss laa part camne dia biuskan mem aku (oleh Pakar Bius Dr Amran). Mem aku dibius separuh badan ajer...so aku leh laa berborak ngan mem waktu itu... Mahu saja aku amik gambaq dan video tapi nampaknya mcm tak bagi jer... aku dok kat kapla mem aku sambil melihat Dr Ishak dan team dia wat kerja...Memang sahih beliau membedah tanpa melibatkan pertumpahan darah yang banyak... beliau memotong dan menguis dgn pantas...

Tiba tiba Dr Ishak melaungkan Azan.. aku tersentak dan sama sama melaungkan bersama sama... Ku lihat Dr Ishak memegang kaki baby ku ni dan memusing musing utk melepaskan jerutan tali pusat gamaknya....jeritan pertama baby telah kedengaran... Alhamdulillah...Terus baby ku disambut oleh nurse utk dipotong tali pusatnya dan aku minta utk qamatkan baby time tu jugak... Satu pengalaman yang mendebarkan, menggembirakan dan menyedapkan... Syukur Alhamdulillah, Allah anugerahkan aku baby  gurl dalam keadaan sempurna dan sihat... aku namakan baby gurl ini dengan nama Irisya Az-Zahra... nama yang penuh dengan maksud bunga bungaan... Alhamdulillah... itu aje yang mampu ku lafazkan....

P/S: Bagi bakal bakal abah mama yang akan menimang cahayamata, saya sarankan lakukan imbasan 3D ke 4D ke tak kisah laa... ini penting untuk persediaan menyambut baby agar kita lebih bersedia dan boleh anticipate seawal mungkin seperti kes saya.... itu hanya usaha kita yang menentukan hanya Allah semata mata...

-TAMMAT-


Jumaat, 28 Oktober 2011

Part 1 - Sedapnya Allah bagi rezeki anak... Priceless !!!

Assalamualaikum. Tergerak hati nuraniku untuk merakamkan sejuta terima kasih kepada keluarga dan rakan sahabat (terutamanya geng2 loop) di atas iringan doa agar dikurniakan keselamatan dan dipermudahkan urusan kelahiran baby girl aku nih oleh Allah SWT. Alhamdulillah... Jazakallahu Khairan Kathiira... itu aje yang mampu aku ucapkan. Sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian. Saya hanya insan biasa yang hanya mampu merancang namun takdir dan perancangan Allah yang Maha sempurna. Saya sebelum ini agak skeptikal terhadap Hospital Swasta yang pada hemat saya organisasi mereka ini berpaksikan profit dan uwang semata mata. Pelbagai cerita kurang enak telah saya dengari menyebabkan saya berbuat  tanggapan dan persepktif yang negatif terhadap institusi Hospital Swasta nih. Tambahan pulak anak pertama aku lahir kat Hospital Kerajaan Selayang dan disambut oleh Doktor Pakar (Ada privilege kut sbb mem aku keje kat situ masa tu). Paa hemat aku... doktor pakar yang bekerja di sektor kerajaan sebenarnya berhati mulia kerana bekerja demi utk masyarakat dan tidak bermata kebendaan.

Namun nak jadikkan cerita... Aku bawak lah mem ke Hospital Kerajaan (lokasi dirahsiakan) untuk mendaftarkan atau booking untuk mem aku deliver baby nanti. Hospital ni bukan calang calang beb...agak canggih laa gak...Disamping itu jugak, ingatkan nak suruh mem scan sekali kat situ. Ntah bagaimana  nak jadikkan cerita... Hospital P tersebut didapati penuh tak cukup katil dan kelahiran akan ditolak ke Hospital K.. Wadduh... mana aku nak carik Hospital kerajaan lain memandangkan mem aku waktu itu dah 35 Weeks. Nak menambahkan perisa pulak, waktu mem nak scan oleh doktor2 fresh kat situ, agak terkial kial laa nak guna alatan scanner tu...siap mem aku lak yang ajar depa... Dari saat itu laa aku goyang jugak laa dgn kredibiliti Hospital P nih... betui ke depa leh wat keje nih atau kerja sekadar melepaskan kentut... main nyawa orang ni woiii...

Lantas aku ajak mem pii check laa kat KPJ Seremban Specialist Hospital memandangkan lokasi nya 10 minit aje dari rumah aku. First impression aku, aku ingat tak ramai kat Hospital Swasta namun ternyata sangkaanku meleset. Makahai punye laa ramai beratur... dari pagi jam 9.30am nombor giliran mem aku adalah yang ke-26... dapat jumpa doktor pakar pukul 4pm. Perghh... dalam hati aku... awat ramai datang sini... free ke apa... ataupun ramai dah orang kaya raya...Terdapat 4 orang pakar O&G kat situ, so kami pilih hok melayu laa nama dia Dr Ishak. Mem aku bile dengaq nama Dr Ishak mcm kenai tapi kat mana tak ingat... so segala galanya terjawab bila dpt jumpa Dr IShak.. Rupa rupanya Dr Ishak ni adalah lecturer mem aku di USM Kubang Kerian dulu. Depan klinik Dr IShak adalah wife dia Dr Maziah Pakar Paedetrik... pun mem aku kenai... memang 1 pakej laa...

Dr Ishak ni memang terkenai laa sbb beliau memang dah senior kat USM dan bagus dlm bidang O&G. Hasil kerja jahitan yang kemas dan jika operate, beliau terkenal dgn pembedahan dengan pendarahan tahap yang minimal. Orangnya cool dan tak banyak bicara, bercakap apa jua yang perlu dan straight to the point (tak cakap meleret leret). Tutur kata yang lemah lembut dan down to earth person. Pertemuan 10 minit tersebut membuat aku rasa inilah jalan yang Allah nak tunjuk agaknya. So kami bersetuju utk meneruskan temujanji minggu hadapan dan seterusnya setiap sabtu.

Tiga pertemuan telah berlalu dan usia kandungan sudah menjangkau 38 minggu. Dr Ishak seperti biasa akan buat scan secara 4D ke atas bayi dlm kandungan. Namun kali ini terdapat sesuatu yang aneh... Beliau menunjukkan terdapat "kalungan mutiara" di leher bayi... Rupa rupanya tali pusat sudah belit itu leher baby daa.... Juga menunjukkan baby dah matang dah sedia utk menjengah dunia. Kami diberi 2 option samada bersalin secara biasa dengan risiko tinggi ataupun Cesarean dengan risiko rendah. Tanpa pikiaq panjang, aku tanya Dr Ishak, bila boleh cesarean... Doktor mencadangkan agar mem aku dioperasikan pada hari Isnin awal pagi... waktu itu beliau kata first opt, beliau fresh dan cargas. Aku dan mem bersetuju.... Nantikan sambungan Part 2 ~ Di hari Mem aku dioperasikan.....

Ahad, 23 Oktober 2011

Lemon Garden Cafe ~ Sedap woo makan free

Lokasi : Dekat Shangrila Hotel, Jln Sultan Ismail
Waktu Niaga : Ntah...24 jam kut
Genre : Buffet style..mcm mcm ada
Lazat : Hantam ajer laaa benda free
Cost Damage : Nil
Suasana : Terbaekkk
Mau Repeat ? : Kalau free..apa salahnya
Geng Terjah : Geng geng blogger dan seantero Instrument department

Koordinat GPS : N 3.154656802816716 E 101.70661926269531



View Larger Map


Ulasan :

Gile lah kalau aku kata makanan kat situ tak sedap kerana ada banyak faktor yang mendorong aku berkata sedemikian... Pertama tamanya, kompom laa aku kata sedap sebab makan free, terima kasih Mr Yee (HOD Instrument) kerna sudi bawak kami semua makan kat sini utk ketiga kalinya berturut turut... hahaha Keduanya, makanan dia memang SEDAP bro. Mcm mcm ada (kecuali beryani aku cari sampai ke sudah tak jumpa)  dari masakan melayu, barat, makanan laut, indian food, sushi tingy  stuff dan pencuci mulutnya sangat sempurna. Utk menambahkan lagi kesedapannya, suasana Lemon Garden Cafe ni memang sesuai bebenor dgn namanya. Terasa kami menikmati kelazatan hidangan di dalam suasana flora yang mendamaikan. Kebetulan bloggers pulak berkumpui satu meja... tu dia pelbagai gelagat dan kerenah depa... sebelum dan selepas makan musti amik gambaq utk dijadikan bahan blog masing masing. We have voluptuous meals, marvelleous ambients with superb friends sitting on the same table.... what a precious and priceless moment !!!

Nantikan sketsa gelagat mereka sedikit masa lagi...Ini cerita adalah imaginasi dan rekaan semata mata... Jika ada yg terguris rasa, saya mohon maaf...



Sedang belajaq teknik meng"kartun"kan gambaq.. so maafkan saya jika terpaksa menjadikan kalian semua "tikus putih makmal" buat sementara waktu... hehehehe.... jika ada komen membina...sila share... thanks