Khamis, 15 Disember 2011

Tazkirah SEDAP ~ Keruntuhan Martabat Umat Islam, Mengapa Dan Apakah Jalan Penyelesaiannya ?

Agama Islam adalah agama yang telah disempurnakan oleh Allah s.w.t untuk para hambanya. Sesiapa saja yang mengamalkan segala tuntutan agama ini, yakni dengan mentaati perintah Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w dalam segala lapangan kehidupan dan meninggalkan serta cuba menjauhi sedapat mungkin segala laranganNya, pasti akan memperoleh kejayaan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Sebaliknya, keingkaran untuk memenuhi segala tuntutan tersebut akan mencampakkan sesiapa saja yang mengaku sebagai orang Islam ke lembah kehinaan. Kehinaan akan meliputi setiap inci ruang kehidupan mereka.

Tidak hairanlah dimana saja kedengaran mengenai tragedi yang menimpa umat ini. Mereka dihina, ditindas, dibunuh, dihalau dari kampong halaman sendiri dan harga diri mereka sebagai orang Islam telah dicabut dengan rakus sekali.

Dimanakah letaknya kesilapan?

Dimanakah kelemahannya?

Apakah penyakitnya?

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Segala jawapannya ada didalam Agama Islam itu sendiri.

Pada zaman yang akhir ini tiada seorangpun dapat menafikan bahawa rata rata orang Islam sedang tenggelam didalam kealpaan dan kelalaian dari mentaati perintah Allah s.w.t. Kelalaian mereka mengingati mati sudah tidak perlu diperkatakan lagi memandangkan terlalu kurang masa yang disediakan untuk membuat persediaan menemui Allah jalla wa azza, dimana sebahagian besar masa pengorbanan dan susah payah hanya diberi untuk menunaikan keperluan duniawi mereka.

Didalam agama tidaklah dilarang berusaha keatas kehidupan dunia, tetapi apa yang menjadi masalah adalah pelanggaran terhadap batasan batasan halal haram yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ibadat ibadat yang unggul seperti solat, puasa dan sebagainya telah dicuaikan dan jika ada yang menunaikannya hanyalah sekadar melepaskan hukum fardhu dan hanya sebagai rutin yang hilang kesempurnaannya.

Cinta kepada dunia dan takut mati telah menjadi dua faktor yang paling berkesan dalam proses penghitaman hati mereka dan seterusnya menutupi naluri mereka dari ghairah terhadap kehidupan akhirat. Terdapat juga tuduhan liar dan jahil yang kononnya memperjuangkan pembangunan dan kemajuan dunia untuk kepentingan umat Islam dengan mengatakan kemunduran umat Islam adalah kerana mereka terlalu prihatin didalam gerakan gerakan Islam didalam negara masing masing.

Ini telah menambahkan prejudis atau sangkaan mereka yang buta hati tentang asbab atau faktor yang menentukan kemuliaan umat Islam terhadap pejuang pejuang agama tersebut. Mereka seolah olah takut dengan bayang bayang sendiri dan ragu dengan agama mereka. Faktor faktor menentukan kemuliaan dan kegemilangan umat Islam telah jelas didalam Al Quran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

Puak jahil terus mempersendakan mereka yang mengabdikan diri pada tugas menghidupkan agama dan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai agen kemunduran. Mereka amat jahil tentang satu fakta yang terpenting bahawa sebagai orang Islam mereka tidak akan terlepas dari perintah Allah s.w.t dan hidup mereka mesti dibatasi oleh SyariatNyayang mulia. Ketaatan dan ketakwaan merekalah yang menjadi faktor penentu didalam menarik rahmat Allah s.w.t. Wujudnya manusia yang soleh bertakwa, dan beramal soleh adalah satu rahmat untuk mereka yang ragu ragu dan menentang agama mereka sendiri. Disebabkan amalan insan yang soleh inilah Allah s.w.t masih belum mengazab mereka dengan sekeras kerasnya.

Berapa banyak kaum dan negara yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t dahulu, dan apa yang sedang berlaku sekarang adalah akibat kemungkaran penduduknya walaupun mereka mempunyai segala galanya dari kemajuan dan tamadun tetapi apabila Allah s.w.t mengambil keputusan untuk mengazab mereka, maka kemajuan dan tamadun mereka tidak sekali kali dapat menghalangnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan (penduduk) negeri itu telah kami binasakan ketika mereka berbuat zalim dan telah kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka". (Al Kahfi 59)

FirmanNya lagi yang bermaksud: "Dan diantara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila dia berpaling (dari mukamu), dia berjalan dimuka bumi ini untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosakan tanam tanaman dan binatang ternakan padahal Allah tidak menyukai kebinasaan. Dan apabila dikatakan kepadanya; Bertakwalah kepada Allah, maka bangkitlah kesombongannya yang mrnyebabkan dia berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka jahannam. Dan sesungguhnya neraka jahannam itu tempat tinggal yang seburuk buruknya". (Al Baqarah. 204,205 dan 206) .

FirmanNya lagi: "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar). (Ar Rum 41).

Sekiranya mereka hanya mendendangkan lagu lagu patriotik dan mencanangkan kemajuan tanpa menganbil berat tentang pengamalan agama,sudah pasti akan mengundang azab dan musibah akibat dari kemurkaan Allah s.w.t. Jika ada laungan keperihatinan terhadap agama, hanya dilakukan sambil lewa dan hanya sesuai dengan hawa nafsu yang selari dengan motif motif politik mereka. Akibatnya timbulah unsur unsur yang tidak begitu sihat seperti kemunculan alim ulama yang diperalatkan terutamanya dalam memainkan peranan mengeluarkan fatwa fatwa yang secocok dengan selera mereka.Kesan yang paling buruk yang ditinggalkan adalah dimana umat keseluruhannya hidup dalam kekeliruan antara yang hak dan batil kerana setiap yang hak dikatakan batil dan yang batil dikatakan hak.

Umpamanya menutup aurat oleh kaum wanita dikatakan satu kemunduran dan mendedahkan aurat pula satu kemajuan. Mereka yang banyak beribadat diingatkan supaya jangan melupakan keduniaan tetapi mereka yang bergelumang dengan kemaksiatan tidak pula diingatkan supaya jangan melupakan akhirat. Gerakan dakwah dicerca dan dihalang tetapi perbuatan maksiat diberi galakan sepenuhnya dengan alasan ianya menguntungkan ekonomi negara walaupun mereka terpaksa mendorong umat Islam berlari menuju neraka. Begitu juga media massa dimana gerakan Islam dilumuri fitnah, sedang liputan hiburan dan aktiviti kemaksiatan dilakukan bersungguh sungguh dengan penuh keredhaan. Bahkan mereka menjadi agen agen pendorong didalam menimbulkan kegairahan umat Islam untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemaksiatan itu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kesimpulannya marilah kita memperbanyakkan amalan dengan berselawat keatas Nabi s.a.w dan membaca Al Quran.

Marilah kita meramaikan kembali majlis majlis ilmu dengan mengunjungi kuliah kuliah agama di masjid masjid berhampiran supaya kita mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah s.w.t. Janganlah kita tertipu dengan syaitan laknatullah yang sedang menampakan keburukan dengan perhiasan yang indah. Kuatkan semangat berjuang melawan nafsu kerana kitalah mujahid mujahid yang bakal menentukan keamanan, ketenangan keluarga dan negara.

Sentiasalah berdoa kerana Allah s.w.t tidak akan pernah jemu menerima apa jua permintaan yang baik baik dari hambanya walaupun pada setiap detik. Jadilah umat yang soleh, kebanggaan Nabi kita Muhammad s.a.w supaya kita dapat menumpang dibawah panji panjinya di akhirat kelak. Jauhi perbezaan dekati persamaan agar kita kembali bersatu dibawah naungan agama Islam yang mulia ... Allahu Akbar...!!!!

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Nilai masa dan mensyukuri nikmat umur

Masa atau waktu amat berharga dalam kehidupan insan. Seorang muslim yang mithali, sentiasa menyedari masa adalah sesuatu yang amat bernilai kerana masa itu adalah merupakan kehidupannya.

Manusia akan berada dalam kerugian sekiranya kita tidak menguruskan masa dalam kehidupan kita dengan betul kepada perkara-perkara yang baik dan berfaedah. Orang beriman sentiasa memperhitungkan setiap waktu dan masa yang digunakannya. Orang yang lalai sudah tentu tidak menguruskan masa mereka untuk menghadapi hari akhirat. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi dan tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara.

Orang yang berbahagia adalah orang yang menyediakan bekalan bagi menghadapi alam akhirat. Manakala orang yang rugi ialah orang yang bergelumang dengan maksiat sehingga dia tidak menyedari dia dipanggil oleh Allah s.w.t. dalam keadaan melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.

Antara nikmat yang paling berharga ialah nikmat umur. Setiap pertambahan umur, semakin dekatlah kita dengan kematian, oleh itu hendaklah kita menggunakan umur yang ada sekarang dengan sebaik-baiknya sebelum datang ajal. Jangan tertipu dengan kesihatan yang baik, kekayaan dan pangkat kerana semuanya tidak dapat membantu kita bila nyawa atau roh bercerai dari jasad. Umur yang digunakan itu akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. diakhirat nanti, oleh itu kita hendaklah menggunakan nikmat umur ini dengan sebaik-baiknya.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Melakukan Kebaikan Itu Menghapuskan Dosa


Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan keburukan, yang demikian itu adalah peringatan bagi orang orang yang ingat. [Hud. 114]

Ibnu Kathir berkata: "Sesungguhnya melakukan kebaikan itu menghapuskan dosa dosa silam". [Tafsir Ibnu Kathir 11/462]

Sebuah hadis daripada Abu Zhar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Dan ikutilah keburukan itu dengan kebaikan kerana kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan".
(H.R Ahmad dan Tarmizi, diriwayatkan juga oleh Hakim dan Tabrani dalam Al mu'jam As Saghir).

Dan kebaikan yang dapat menghapuskan keburukan ini dapatlah dikategorikan pada tiga bahagian:
1. Kewajiban dan sunnah.
2. Zikir zikir
3. Berbuat baik kepada makhluk khususnya makhluk hidup.

======================================================================================
1. Kewajiban dan sunnah.

Adapun tentang kewajiban sebagai penghapus dosa maka sesungguhnya semua kewajiban itu menghapus dosa, khususnya tauhid yang merupakan penghapus terbesar terhadap dosa seperti disebut didalam firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan jika Dia disekutukan dan Dia mengampunkan barang yang selain itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. [An Nisa' 48]

Dalam hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis dari Muaz r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apakah kamu mengerti, apakah hak manusia atas Allah jika mereka melakukan itu? Mereka menjawab: Allah dan rasulnya yang lebih mengetahui. Nabi sallallahu a'laihi wasallam bersabda: Hak manusia keatas Allah adalah Dia tidak menyeksa orang orang yang tidak menyekutukanNya dengan apa apapun. [H.R Bukahri dan Muslim]

Begitu juga dengan hal hal kewajiban dan sunnah yang lain seperti solat, puasa, wudhu' azan dan lain lain lagi. Pada semuanya itu terdapat penghapusan dosa.

2. Zikir zikir.(mengingati Allah s.w.t)
Mengingati Allah s.w.t adalah salah satu jalan terhapusnya kesalahan dan bersihnya hati dari dosa. Bagaimana tidak, banyak ayat yang menjelaskan bahawa Allah s.w.t memerintahkan kita untuk banyak berzikir.

Diantaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang orang yang beriman, ingatlah pada Allah dengan ingatan sebanyak banyaknya". [Al Ahzab 41]

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memerintahkan berbanyak zikir padaNya melainkan kerana zikir itu salah satu jalan diangkatkan darjat manusia. Zikir yang paling utama adalah membaca la ilaha illallaah dan membaca Al Quran.
Tidak dinafikan lagi bahawa zikirullah itu merupakan jalan penghapus dosa dan menghilangkan titik hitam pada hati.

3. Berbuat baik kepada makhluk khususnya makhluk hidup.

Tidak syak lagi bahawa Allah s.w.t mewajibkan manusia untuk berbuat baik pada segala sesuatu dan Allah mencintai orang orang yang berbuat baik. Maka perbuatan yang demikian ini adalah sebagai salah satu sebab terampunnya dosa dosa seperti tersebut didalam sabuah hadis yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Ketika seorang lelaki dalam perjalanan, dia merasa sangat haus, maka ketika dia mendapatkan telaga, dia turun dan minum darinya. Kemudia ketika dia keluar tiba tiba ada seekor anjing yang menjulurkan lidahnya dan memakan debu kerana kehausan, maka berkata lelaki itu, sesungguhnya anjing ini merasa haus seperti yang telah aku rasakan, lalu dia turun ke telaga dan mengisi penuh dengan air kedalam kasut butnya, kemudian dia naik dan memberi minum kepada anjing itu. Lalu Allah memuji sikapnya dan Allah s.w.t mengampuni dosanya". [H.R Bukhari]

Dalam hadis ini menerangkan bahawa berbuat baik terhadap sesama makhluk adalah menjadi penyebab terhapusnya dosa. diantara kebaikan itu adalah memberi minum anjing yang kehausan. Dosa juga dapat terhapus dengan berjabat tangan atau bersalaman yang mubah, dan menjauhkan dendam seperti tersebut pada hadis.

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Selasa, 13 Disember 2011

Geng Geng G12 sekalian... ini buku SEDAP sudah dimuat turun... besok aku share !!!


Nampak gaya aku pun sudah terjebak sama dah ni... Dalam kapla hotak aku nih... mcm mcm pertimbangan campuq tolak kali bahagi sume ada untuk justify berbaloi ke tidak... Nampak gaya teknik mengalihkan fokus DGFE terpaksa dilakukan dalam masa sesingkat tak sampai seminggu nih... dah laa cam hareem kene bakaq kat opis... tambah lagi buku ni seolah olah menunjukkan segala apa yang DSLR buat dia pun leh buat...demmm..... walau apa pun hidup ini penuh dengan dilemma dan kita sering terjerat di persimpangan jalanan... keputusan wajar diputuskan... samada GO ahead atau No-Go... we will see !

SEDAPKAH mengHON Orang ?

Izinkan aku berkongsi sekelumit isu yang mungkin remeh dimata orang lain namun bagi diri aku...ia sangat penting, bermakna dan patut diambil berat oleh masyarakat. Budaya menghon di jalanraya sudah menjadi sebati bagi pengguna jalanraya dikota metropolitan tak kira laa mat rempit ke... penunggang motor berhemah ke, pemandu kereta bahkan driver lori juga tidak terkecuali. Mereka hon tak kira masa dan menjadi semakin kritikal sewaktu polis trafik mengawal lalulintas. Aku tak salahkan mereka sekiranya mereka terpaksa hon demi untuk memberi amaran dan menggunakan kemudahan hon nih secara beretika tapi aku dapati mereka semacam menyalahgunakan kemudahan nih. Banyak kali sewaktu kereta tengah jam bersesak sesak, kereta kat bakang aku ni asyik menghon... maaf aku katakan depa buta ker orang tengah jam tak leh maju ke depan pasaipa hang hon ? bodoh kan ?

Aku tak pasti mengapa dan apakah faedah mereka menghon. Mereka semacam mahu melepaskan tekanan yang semakin meluap luap terutamanya ketika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Berbaloi kah ? Itu soalan yang aku mahu tanya... 

Berhati-hati jika anda menggunakan hon anda. Anda tidak tahu bagaimana orang lain akan bertindak balas sekiranya berang terhadap anda sehingga boleh membuat keadaan tegang dan tidak menyenangkan. Kalau nak hon pun, elakkan dari terkena lirikan / jelingan tajam mata dengan pemandu-pemandu lain. Membuat hubungan mata (eye contact) sewaktu hon boleh menyampaikan mesej yang agak sinis dan berniat jahat. Jangan menunjukkan sebarang reaksi fizikal kepada pemandu-pemandu lain seperti meletakkan tangan-tangan anda, menjerit, dan sebagainya. Pasti mereka ingat hang sedang memaki dia dan budaya samseng jalanan mungkin tercetus. Bagi aku, paling penting tak payah laa hon... cuba minimun kan menggunakan hon...Pastikan kesabaran anda sendiri dipelihara dan kekal tenang yang mungkin. Tarik nafas dalam dalam dan fikir secara positif. Jika anda bertemb8ung dengan pemandu yang aggresif menghon... cuba jauhkan diri anda agar kesabaran anda terjaga...

Persoalannya sekarang... SEDAPKAH hon orang lain ? yaa... memang sedap dan seronok... untuk mencari jawapan persoalan nih... tengahari tadi sewaktu menuju ke Sup Sururi di tengah kesesakan lalulintas, aku terlihat member aku terkial kial nak hidupkan motornya mati di tengah jalan... aku hon sekali sebenarnya untuk memanggil beliau... tapi idea jahat aku mendorong aku hon beberapa kali... lagi panik laa kawan aku nih kerana dia tak tahu aku yang hon.... hahahahaha... maafkan aku Pitek (bukan nama sebenar).... aku hanya jalankan ujikaji saja... kah kah kah !!!



Waktu kejadian di Jalan Tun Razak

Nasi Kukus Ampang Park

Lokasi : Ampang Park
Koordinat GPS : XXX
Alamat : Kat Jalan Ampang laa der
Waktu Niaga : Ntah aku tak amik pusing pun, yang penting time lunch pasti bukak
Genre : Nasi Campur + Ayam berempah + macam macam ada
Lazat : Sangat Syiok! Hao Liao !
Cost Damage : RM6.50
Suasana : stended food court...Hingaq tarak henggat
Mau Repeat ? : Boleh no hal !
Geng Terjah : Blogger PS, Melangkah Alam, Tobab, Pitek

Ulasan :



Jam doblas tengahari... aku termanggu manggu sendirian di carpark tingkat 2. Carik kete tobab macam tidak kelihatan. Tepon sue...kanina depa dah chabot pergi meninggalkan aku...demm... dah laa aku jiwa kachau hari nih... sue dengan nada suara mendayu dayu cuba memujukku agar turut serta terjahan kali ini ke Ampang Park. Ikutkan hati aku malas laa tapi mengenangkan geng geng nih ajak berkumpui kat sana... aku gagahkan diriku memandu sang kancil menuju ke Ampang Park. Hari ini keadaan trafik agak tenang...mungkin cuti sekolah agaknya...

Destinasi kali ini adalah food court tingkat 3 di Ampang Park. Terus terang aku katakan, aku memang tak tau kewujudan food court nih... setelah menjejaki food court nih menerusi tangga, kelibat sang pitek kelihatan. Aku merayau rayau mencari habuan tengahari ini sebagai santapan. Cilakak... semua tauke kedai mata sepet ajer... tarak cap halal pun...akhirnya aku nampak lah sorang brader nih juai nasi kukus ngan ayam goreng berempah kat situ. Seraya  aku berkata " Orait boss... nasi kukus taruk lebih yer... ayam kasi bahagian thigh..sayuq kasi meriah...." kosnya hanya RM6.50 dan sajian aku tu siap pakej ngan kuah kari dan sedikit kudapan berupa keropok dan sedikit sambal belacan.

Mesti korang nak tau sedap ke tak ? hahahaha... wa cakap sama lu olang laa... kalau korang terlajak ke sini...korang musti kene try ini nasi kukus nih... Sedap lagi mengenyangkan ! Selamat memburu ye... Kah Kah Kah !!!

Isnin, 12 Disember 2011

Tetiba dapat benda free yang SEDAP... Pelikkan Rezeki nih...


Kisah hidupku hari ini...tetiba project secretary company aku nih panggil kami untuk ambil buah buahan perchuma... katanya akan disediakan setiap hari.. Pelikkan ? tak pernah pernah depa buang tebiat lagu nih... hahaha takpa sangka baik aje...settle ! Orang memberi kita merasa.... Terima kasih daun keladi !

Ahad, 11 Disember 2011

Asam Pedas Claypot , Kota Laksamana Melaka

Lokasi : Kota Laksamana, Melaka (dekat aje dengan Bandar Hiliran)
Koordinat GPS : XXX
Alamat : Ntah laa susah aku nak describe... hehehehe
Waktu Niaga : Ntah la... waktu malam nampaknya happening kat situ...
Genre : Asam Pedas, Nasik Lemak Kukus, roti canai, satay, otak2 dsb
Lazat : Spesel ! lain dari yang lain !
Cost Damage : lebeh kurang RM60 utk 4 orang dewasa dan 2 kanak2
Suasana : Syiok lepak
Mau Repeat ? : Semestinya !
Geng Terjah : Ahli keluarga aje

Peta :


Ulasan :


Lokasi ni kami terjah bersama adik ipaq yang memang duduk kat area melaka. Jadi sememangnya port makan yang dicadangkan ni pasti ada kelebihan dan kelainan yang tersendiri. Aku sememangnya buta di kawasan nih hanya mengikuti buntut kereta mereka untuk sampai ke sini. Yang pasti lokasinya takde lah jauh bebenor dari Bandar Hiliran. Hanya perlu cari kota Laksamana dan korang pasti jumpa tempat ini.

Menu yang disajikan rupanya bukan setakat Asam Pedas. Terdapat satay, nasi lemak kukus ayam, otak2, roti canai pun ada. So kami try laa semua... Aku pasti mahu menchoba asam pedas. Terdapat pilihan samada ikan tenggiri, ikan kembong atau pun ikan pari. So aku pilih ikan pari laa masak asam pedas. Nasi putih, telur masin dan sambal belacan disediakan untuk mengiringi kelazatan asam pedas yang sudah ku order. Aku boleh katakan memang sedap dan memang syiok layan. Walaupun ia tidaklah sepekat seperti yang pernah aku choba di pantai klebang 7 tahun dulu... ia masih mengasyikkan. Lagi satu aku nak puji roti telur dan kuah karinya yang pada aku rasanya pelik tapi sedap. Sukar untuk gambarkan dengan kata kata... hehehehe.

Malam itu kami kekenyangan dan puas. Thanks to adik ipaq kerana tunjukkan port makan yang SEDAP untuk diterjah lagi di kemudian hari ! Jika hangpa terlajak ke Melaka, port ini harus diterjah !!!

Avillion Legacy Malacca


Destinasi kali ini adalah Malacca Bandaraya Bersejarah dan kami berpeluang menchoba Avillion Legacy Hotel yang terletak di Jalan hang Tuah. Oleh kerana laa ni waktu cuti sekolah, kadar semalam ajer sudah mencecah dua atus setengah ringgit mesia... demm !!! Namun ini je lah peluang masa yang ada untuk bawa keluarga ku jalan jalan. Walaupun hanya dapat semalam, aku kira aku masih bernasib baik kerana hotel2 lain semuanya sudah habis ditempah.

Bandaraya Melaka ternyata agak sibuk walaupun bukan hujung minggu dan aku pulak buta jalan kat situ. Dengan jalan yang kebanyakannya "one way street" di tambah pula alat GPS aku juga gagal membantu aku membuatkan aku terbantut untuk menjelajah negeri sang kancil nih. Bayangkan aku ronda kat area Mahkota Parade dan aku nak keluar hidup2 dari situ pun terkial kial dibuatnya. Lagi satu tempat tempat bersejarah pulak aku dah naik jemu nak pii... jadi aku habiskan masa  yang berkualiti ngan si irfan untuk berenang di hotel aje petang tu. Aku agak kurang selesa dgn saiz kolam renang kerana terdapat dua kolam di Avillion legacy, satu untuk budak budak yang ayaqnya separas bawah lutut aku dan satu lagi agak dalam separas bahu aku (agak dalam laa utk budak 6 tahun).. Walaupun si Irfan tampak gembira namun dia terpaksa berenang di kolam dewasa di bawah pengawasan aku dan tak dapat bebas... hehehehe....

Aku rumuskan Hotel Avillion Legacy Malacca :-


Lokasi : Strategik sebelah Bandar Hilir

Bilik : Ok lah tiada WOW factor
Suasana Bilik : Ok bersih, tarak bau hapak,
Kemudahan bilik : Stended tapi malangnya tarak sejadah disediakan, hanya ada tanda arah kiblat aje.
Kemudahan Hotel : Stended ada gymnasium dan kolam renang. Ada Wifi tapi kene bayar laa RM25 kalau nak guna.
Menu breakfast : Hampagas... semua tak kena selera tekak aku dan piihan tak banyak.
Layanan frontdesk : Hampeh. 40 minit baru boleh check in bilik. 
Layanan receptionist : Teruih tarak orang angkat.

Bila malam tiba, kami bersama adik ipaq pii terjah satu tempat yang dikatakan syiok Asam Pedasnya... Jemput ke link sini untuk ulasan port makan sedap nih !




SEDAP kah jika anda dibuli di Jalanraya ?

Suka aku nak berkongsi kisah hidup aku tentang sang kancil ku nih. Aku berulang alik dari rumah ke opis setiap hari sejauh 120km dengan menaiki sang kancil berkuasa 36 kuasa kuda. Boleh tahan laju gak laa aku bawak purata kelajuan 120 kmpj dan biasanya aku akan lalu lorong ke-3 laa sbb laju kan... hahahaha... demi mendapatkan tahap penggunaan petrol yang optimum ngeeee... kebanyakan masa aku akan menunggang kancil ku nih dalam gear 5... Aku suka menunggang sang kancil pabila merentasi hutan metropolitan kerna mudah untuk menyelit dan terselit serta mudah untuk tambat kat kawasan kawasan yang sendat dan padat.

Walau pun begitu... sang kancil tetap menjadi sang kancil dan mana mungkin bertukar menjadi sang dinasour. Seringkali sang kancil ini di herdik dan dihina... dihon dan dikelipkan lampu dari belakang dengan nada suara...nyah ko dari jalan nih, cukup buat ku menyampah... Mereka seolah olah mahu menghalau sang kancil nih agar mengikuti jalan yang terkiri sahaja dan tidak selayak baginya untuk berada di lorong ke-3 mahupun lorong tengah... aku memang tidak mengerti namun ku pasti manusia di bumi Bolehland ni sememangnya sudah dijangkiti dengan sindrome materialistik... yang kaya disembah...yang miskin disanggah.... penilaian dari mata kasar mengabui mata masyarakat kota. Ilusi ini betul betul membuat ku rasa jahannam... jangan fikir sang kancil ini bangsat kerana  sang kancil juga membayar cukai jalan sama seperti insan yang lain.... so sebelum nak hon atau nak kelip2 kan lampu kat sang kancil... fikir dulu la yer..kalau dah hon baru nak fikir... itu maknanya otak hang dah kat kapla lutut laa gamaknya...ngeee... !