Jumaat, 3 Mei 2013

N.U.M.I.S.M.A.T.I.C ~ Siri Pengenalan

HIDUPMAUSEDAP !!! Ya.. seperti yang ku janjikan...satu ruangan baru akan tercetus. Hobi lama yang diberi nafas baru. Mula berkecimpung dalam NUMISMATIC sejak darjah 4. Aku masih ingat lagi di saat itu lah mak aku sudah memberikan wang saku secara lumps sum setiap bulan dan aku sanggup tak  makan dan minum hanya untuk mengumpul wang kertas yang beraneka warna di zaman itu. Wang kegemaran ku adalah 20 hengget berwarna coklat. Hobi ini terhenti setelah aku melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama di Taiping di mana wang tersebut terpaksa aku masukkan ke dalam bank BIMB demi untuk belanja urus ketika aku berjauhan dengan keluarga. Sehinggalah aku menamatkan zaman universiti ku, setelah ku mula bekerja dan mak aku hadiahkan wang 1 riyal setelah beliau pulang dari mengerjakan Umrah... ya aku mula menghidupkan kembali hobi yang telah lama terkubur... namun ia dilakukan secara tidak professional dan beretika maksudku tidak teratur dan tersusun... Wang yang ku kumpul kuselit dalam buku, bersepah dan tidak tertib...sehingga lah datangnya member ku si Platspender mencetuskan fenomena dan huru hara dalam bab nih... hahaha beliau membeli money paper album di Pudu Plaza membuatku terdetik untuk memiliki sama dan walla inilah hasilnya...satu bentuk kegilaan dan keseronokan tanpa batasan sudah tercetus... yaaa.... Maniak dan ghairah wa cakap lu... meneliti dan memiliki wang Aziz Taha sudah cukup untuk buat ku teruja hari hari ketika membelek album duit nih... 

Di harap ruangan baru ini, aku dapat melampiaskan kegilaan nih kepada kawan2 agar bidang Nimismatik ni semakin berkembang komuniti nya dan semakin gila ah jadiknya... aku rela !!!! hahahahahahahahaha... Platspender... mark my word !!! Kau lah pencetusnya... Andai kata aku ditangkap dan diheret ke hospital psikiatrik (Insane Asylum)... jgn risau dengan hang aku heret sama... hahahahahahahahahah..... Adios...chow !!!

HMS Kembali (I'm back for good)

Assalamualaikum... Salam 1Malaysia... Yaaa HIDUPMAUSEDAP !!!

Hidup ini bagai topeng di pentas opera
Lama sudah aku tidak menjengah ke laman sesawang... bukan sahaja penuh dengan sarang labah labah.. tapi penuh dengan taik chicak... penuh dengan bunyi katak dan cengkerik serta dihiasi dengan bau-bauan yang kurang enak...Hahaha... sepanjang suku tahun aku menyepi diam seribu bahasa  bukan bererti aku sudah mati... atau semangat ku yang luntur ataupun desas desus mengatakan aku sudah melupakan dunia blog..hahaha... meleset telahan itu kawan kawan... Aku cuma tiada masa. itu aje sebabnya.. walaupun semua orang sama ada 24 jam, namun kesibukan hidup membuatkan aku terpaksa melupakan hasrat untuk menjengah ke sesawang ini walau sesaat chuma... Memang tarak masa woi... sepanjang 4 bulan ni mcm mcm  yang berlaku dalam hidup... warna kehidupan kembali beraneka ragam serta pelbagai pengalaman yang telah kutempuhi sepanjang tempoh 4 bulan ini... 

Secara ringkasnya, dalam dunia kerjaya ku...aku telah blah dari projek Valemon secara rasminya dan terjebak dengan projek shell. AKu terpaksa menggalas beban pakej Senior jurutera, terpaksa menghadiri FAT di seberang laut serta masih bekerja di bawah seliaan Mr CFTu yang sempoi tapi ermmm... ntah laa malas nak khabar... Aku senang ajer prinsip...keje ikut arahan cukup bulan cucuk ATM keluaq duit...sudaaa......

Kehidupan peribadiku seperti biasa... semakin menarik dengan alatan alatan baru serta pelbagai hobi lama yang diberi nafas baru yang segar dan nyaman... dan oh ye.. aku ada blog baru yang memaparkan hasil citra tembakan DSLR. Di situ lah aku meluahkan segala apa yang terbuku di benak dan sanubari berkenaan dengan imej atau citra yang kuambil... Kalau hangpa senang boleh klik sini untuk mai melawat. Aku juga akan menyambung kembali legasi berkongsi info dan pengalaman tentang tempat makan yang menarik serta tempat tempat percutian yang SEDAP dan menggiurkan. Aspek keagamaan juga akan diteruskan. Akhir sekali aku juga merancang untuk mewujudkan satu ruangan Numismatik atau dengan kata lain tentang hobi mengumpul wang kertas terutamanya tentang wang kertas Negaraku Malaysia. 

4 bulan tanpa coretan buat aku terasa janggal dan melelahkan. Idea kekeringan serta tekanan dari PLATSPENDER membuat kan aku bukan menjadi diriku sendiri... hahahah aku blah dulu.. nanti aku sambung kembali...Adios Amigos !!!

Selasa, 8 Januari 2013

2013~ Permulaan tahun untuk Irfan Darjah 2 WIra

Assalamualaikum... HIDUPMAUSEDAP !!! Yaa sedap lah sangat... Malam sebelum itu... irfan kubawa untuk dipotong rambutnya... sebelum ini beliau amat payah untuk dipotong rambutnya gara gara geli geleman jika dipotong guna mesin... tapi kali ini... syukur lah beliau kuberi semakfon sewaktu abg macha kerat rambutnya... proper lah sikit kesan potong rambunya... Awal pagi pulak aku terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan persekolahan Irfan yang kini berada dalam darjah 2. Buku sekolah lama dah dibelinya.,.. cuma yuran sekolah tak tau sbb takde surat dari pihak sekolah... tambahan pula irfan yang dah bercuti hampir 2 bukan kut... syukurlah beliau takde masalah nak pii sekolah... cuma aku dan mem terpaksa tune balik aktiviti rutin irfan yang barangkali beliau dah lupa... Sempat juga memperhatikan irfan dalam kelas dan berjumpa dan berbincang dengan guru kelas Irfan. Guru kelas Irfan akan mengajar subjek Matematik, Muzik dan Lukisan. Aku siap pesan lagi kalau Irfan degil, aku benarkan dioa pakai nama aku... keranan kalau aku naik angin... irfan memang takut woo... gaya Abah mesti lah garang tapi biarlah bertempat... heheheh...

Perhimpunan pelajar pada hari pertama persekolahan
Rutin yang kususun adalah seperti... waktu rehat jgn main ke lain... pii kantin dan bawak bekal untuk makan & minum... selepas itu pegi tandas kencing... dan balik ke kelas beratur di kantin... waktu balik tunggu di satu pokok, jgn main kat lereng bukit tepi padang nanti jatuh.,. jgn duduk atas tanah nanti kotor dan pelbagai jenis nasihat dan amaran kuperingatkan... Irfan hanya tunduk akur sambil mudah jawapannya... ok bah... ok... don't worry... hurmmm leh caya ke nih...

Hari pertama sekolah... mengantuk... apa taknya tido lewat...
Ragam hari pertama ke sekolah sesi 2013
Nampak gayanya sylibus untuk linus agak ketat... ini bermakna tugas ku dan mem semakin mencabar... apa taknya 2 bulan bercuti langsung tak dipegangnya buku... haih... duganan dan cabaran.....






Kali ini jugaklah irfan terpaksa balik menggunakan perkhidmatan van. Memang payah nak carik pemandu van sekolah yang betul betul boleh kita percaya... hasil intipan aku sewaktu menunggu irfan di sekolah akhirnya aku memilih Kak Achik sbg pemandu van irfan yang baru... 


Hari pertama lepas balik sekolah
Bersama Kak Achik si pemandu Van Sekolah

Inilah gaya irfan yang pertama kali naik van sekolah... perasaannya ? Teruja , gembira dan menyeronokkan... tiada tanda tanda takut ke apa... kira ok laa tu...
INi lan van sekolah irfan yang sudah sedia untuk berlepas... 

Aku akan buat intipan sekali dua lagi untuk pastikan keselamatan irfan terjamin ketika balik dari sekolah... doakan anak aku nih selamat pulang dari sekolah kerna aku sememangnya takut dengan cabaran zaman sekarang... tak macam zaman kita dulu dulu... haih !!! 

-TAMMAT-

Indomethacin ~ Ubat painkiller yang power

Indomethacin ~ Shoot by
50mm, f/1.4 ISO 200, flash fired with diffuser
HIDUPMAUSEDAP !!! Yaa sedap lah sangat sehingga minggu pertama di awal tahun 2013 nih aku terpaksa ambil 2 hari MC akibat "sentapan" di pinggang gara gara nak sambut Iesya yang mau melompat dari atas katil ke bawah... memang tangkap belakang pinggangku pergh... tak tau cakap apa dah... malam tu kutidur dalam kesakitan lantas terpaksa berkunjung ke klinik untuk dapatkan injeksi di punggung... mujur lah mem aku leh cucukkan... kalau nurse yang cucuk karang WOW pulak... hehehehe.... Lepas dicucuk dengan ubat penahan sakit aka painkiller... terus reda sikit belakang nih... Perut pulak sudah berkeroncong lapaq... lantas...


Pekena mee goreng mamak ngan kopi tarik sat... dan pulang ke rumah... Aku dibekalkan dengan ubat Indomethacin 25 mg dan juga Magnesium Trisilicate sebagai ubat penahan sakit... walaupun ada nya pain killer.. sakit masih terasa terutamanya baring menelentang atau duduk agak lama... tangkap pinggang woi... Inilah kali pertama dalam seumur hidupku aku terpaksa sholat duduk atas kerusi gara gara tak leh bangun ... haih...Harap harap 2 hari MC nih dapat rehat dan hilang lah sakit bakang pinggang aku nih... Moga dugaan ini aku mensyukuri  kepada Rabbi ku dan lebih menghargai waktu sehat ku...

Nota kaki: 2 hari nih memang aku manfaat cukup cukup dengan "toy" baru nih... hehehe

Rabu, 2 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013 ! Ikhlas dari HMS Admin

Assalamualaikum, di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada pengunjung blog HIDUP MAU SEDAP. Moga kita semua beroleh kebahagian dan kesedapan dalam kehidupan kita di dunia dan AKHIRAT... tu yang lebih utama.... SEDAP satu perkara yang sangat bermakna bagi ku... kerana NIKMAT & KESEDAPAN itu tercetus setelah kita menghadapi ujian dan dugaan... ibarat SEDAP makan setelah berlapar dahaga mencari rezeki... NIKMAT ketenangan setelah berusaha dan menerima takdir dari NYA... dapatlah ku rumuskan bahawa intipati SEDAP adalah mensyukuri NIKMAT yang dikurniakan oleh ALLAH...  moga aku tidak lupa dan alpa dari terus mensyukuri NIKMAT-Nya, bershobar dengan dugaannya serta berlapang dada dengan segala ketentuan dari-Nya....

Selamat Tahun Baru 2013... Moga kita lebih mengenali dan mendekati pencipta kita... Ameen.


Ahad, 30 Disember 2012

Keinginan yang tiada kesudahannya...

Saat shutter ku tercetus !!! Sebulan sudah aku bereksperimen dengan 7D berbekalkan kit lense EFS 15-85mm f/3.5... zoom lense yang ok so-so kata mat saleh... tahap aperture atau bukaan yang "suci" dan "naif" masih tidak mampu melampiaskan nafsuku terhadap genre potrait dan tembakan kendid anak anak ku... Bukan salah ibu mengandung kata orang2 tua... bukan salah sesiapa pun... hahahaha... lense tu sesuai utk mengembara, lanskap serta merakam suasana dan momen dlm jarak yang sederhana... Aku dah kata dah... hobi ini menuntun komitmen dan dana... perchobaan potrait menggunakan kit lense masih belum mampu memuaskan hati ku setakat ini... hasilnya seperti berikut :


35mm, f/4.5, 1/60s, ISO 200, Tembakan dengan flash-fired
Pada awalnya memang aku tembak dengan flash-fired untuk dapatkan ketajaman gambaq... Tembakan dengan flash bagi ku agak kureng kerna selain ia meng"over-expose" kan gambaq... details background juga kelam dan hilang lesu tidak bermaya... aduyai... namun setelah berbincang dengan sifu sifu...mereka mengesyorkan aku jangan guna flash... cuba guna cahaya asli... lantas ini adalah hasilnya :-


46mm, f/5, 1/60s, ISO 3200, Tembakan tanpa flash-fired
Secara dasarnya aku berpuashati lah jugak hasilnya kerna detail background masih okeh..namun kita boleh perhatikan gambaq yang terhasil dengan tahap ISO yang agak tinggi maka hasilnya terdapat kesan "grain" akibat noise yang terjadik sekiranya tembakan dlm suasana "cahaya rendah" (low lite)... tak tajam dan detail seperti yang aku harapkan...Haih... apa barang nih nak dapat F/3.5 punye laa payah... hehehehe nanti set aperture mode besaq pulak, shutter jadik slow...padahai nak shoot budak nih yang payah nak dapat depa nih statik. Jadik inilah pendorong untuk aku menchoba prime lense 50mm f/1.4 berdasarkan hasil bacaan aku dan nasihat sifu sifu... nak amik 50mm f/1.2L harga memang agak terlampau... nak amik 50mm f/1.8 harga memang cun dah tu tapi ... aku bertekad nak jugak ada satu prime lense yang kaw kaw aperturenya yang boleh aku buat ujikaji dan berpatutan pula harganya .... Best price beli kat Tarita RM1250 plus UV lense protector RM150 (Total damage : RM1.4k) Inilah hasilnya... Kesan bokeh yang selamba serta details yang aku perlukan boleh tercapai tanpa flash-fired dan dlm keadaan low lite. Aku memang sangat puashati prime lense nih... Terbaek dari ladang...

50mm, f/1.4, 1/60s, ISO 2500, Tembakan tanpa flash-fired 

"Tembakan" Outdoor tanpa dirancang...

Saat shutter ku tercetus !!! Hahaha jgn terpedaya dengan istilah "Outdoor" tu.. kerana aku tembak pun kat porch kereta di rumah ku aje nih... Model ini saya import dari Melaka (Masjid Tanah)... Namanya Haqeem... berpendidikan sedang mengikuti Matrikulasi Sains di Melaka... tetapi bercita cita untuk menjadi "drebar" kapal terbang... Insya Allah beliau akan menghadiri exam assessment peringkat pertama minggu hadapan dengan Airasia. Momen ini saya tak rancang... Haqeem berkunjung ke rumah dengan rambut ala punk membuatkan mak bapaknya kurang selesa... jadi petang tadi agak tergopoh gapah jugak laa utk merakam saat itu sebelum bapak dia hantar balik ke kedai Tambachi (ini kedai gunting rambut yer...bukan kedai chapati) untuk di"normalize"kan rambutnya... hahahaha... Jika ada komen dari segi teknikal... sila kan...


Penamat Tahun 2012 yang ironik bagi ku !!!

Assalamualaikum... HIDUPMAUSEDAP !!! hampir 2 bulan aku tak berkesempatan untuk mencoret di lamanku ini ... bersawang bukan main,,,, maklum aje lah... aku selaku manusia yang tak terlepas dari diuji oleh Rabbiku... yang menuntun kita supaya shobar dengan segala ketentuan dan menerima dengan hati yang terbuka. Aku pasrah dan sedar... hidup ini adalah medan ujian bagi insan... walau ada suara suara kecil di benakku choba menggoyah kepercayaan tersebut... cepat cepatlah beristigfar dan beringat bahawa segala ketentuan yang tersurat dan tersirat... semuanya sudah ditakdirkan... berlapang dada dan berfikir sejenak... apa jua iktibar yang boleh diambil, sematkan dalam diri... apa jua kelemahan yang kita lakukan... kita perbaiki dan buat penambahbaikkan... mana jua yang kurang..kita lengkapkan...Panjang aku menceceh kali ini... okay.. untuk memecahkan keheningan laman ini... aku mulakan dengan adventure aku yang baru... takde lah baru sangat...cuma aku cuba mengetengahkan hobi ku ke tahap yang lebih drastik lagi.. 

Sejak kecil lagi aku mula berminat dlm bidang fotografi sbb apa... abah aku laa pencetusnya... zaman itu adalah zaman kamera filem... kene beli filem negatif... amik gambaq kena berhemah... pastu hantar pii cuci kat kedai... sangat teruja bila tengok... aduhai... posing lintang pukang... rugi "develop" gambaq woii... ini lah kamera Abahku pada zaman kanak kanak aku... Aku tak pasti lah jenama apa... cap ayam kut... tetapi yang pasti ia adalah buatan Jepun... Aku ingat lagi kamera ini lah abahku guna... dan yang pastinyta aku akan posing ala robot... berdiri tegak mcm tiang lampu... hahahaha.... Abah aku ni suka amik candid shot tapi tang aku ajer... pasti lagak tiang... Waktu nih... aku tak berani sentuh kamera abah aku... tengok je lah abah aku pakai kamera ini sambil beraksi ala robot.. hehehehe.... 


Aksi ala roobot laksana tiang lampu LLN (laa ni depa panggey TNB)
Kamera pertama yang aku beli adalah jenis kompak jenama Olympus... Waktu itu tengah panas dengan jenis digital berbanding kamera filem. Attitude manusia pun sudah berubah... snap ajer lah seberapa banyak gambaq yang kita mau asalkan memory card cukup dan bateri masih utuh diperkudakan. mana mana shot yang baguih boleh lah dicetak... Kamera kompak inilah ini lah aku gunakan utk rakam gambaq anakku yang pertama dan gambaq family sehinggalah hilang dicuri pada tahun 2006... Lama gak aku pakai kamera kompak nih... kualiti gambaq ? boleh laa... time bateri kuat boleh tahan... tapi time bateri nak mampuih... tu dia kualiti gambaq memang hancuss... pada waktu ini... DSLR sudah mula memasuki pasaran... namun harga nya ketika itu agak terlampau... aku DGFE je lah... aku masih menggunakan kamera kompak jenis Nikon.. bagus juga Nikon nih... mudah utk zoom dan focus...sesuai utk merakam gambaq family dan ketika mengembara... Kualiti gambaq ? Boleh laa... apa lah yang boleh kita harap sangat dengan kamera kompak... setakat gambaq biasa tarak hgal... tapi kalu mau kreatif sikit mcm bokeh ke... tak dapek laa... So aku teruskan DGFE kerana aku  sedar...sekali aku maju selangkah kehadapan... tiada lagi pandang ke belakang...kerna aku tau hobi ini memerlukan modal serta ilmu yang mendalam tentang seni fotografi... jadi dlm tempoh masa itu... adalah aku baca sket...tengok hasil "tembakan" kawan kawan... bertanya dengan depa tentang fotografi sampai ada yang kata... dah ada kamera baru boleh cerita... aduyai.... jem kapla... lagi laa adik aku si aidil sudah sambaq itu Nikon D80 pada tahun 2008... aku tak lepas peluang mencuba dan nah... semakin parah keinginanku... aduyai...

Pendek cerita... ntah mcm mana komplot G12 telah tercetus...geng geng loop ofisku membulatkan tekad untuk mengangkut kamera separa DSLR berjenama Canon G12 secara berjemaah.... boleh rujuk post SINI untuk mengikuti kisahnya... aku mengharapkan dengan adanya G12 nih sedikit sebanyak dapat meredakan api nafu yang meluap luap di lubuk  hati yang dalam nih... namun jangkaan ku meleset... Adatlah manusia... semakin lama semkain besar nafsunya...Tak dapat aku nafikan Canon G12 nih adalah merupakan kamera semi DSLR yang bagus untuk pengembara melihatkan keupayaan lensa nya yang hampir wide angle serta size aperture yang boleh lah aku kata ok... dan aku mula menyukai Canon berbanding NIKON adalah dari segi tone warna nya yang buat aku "selesa".... namun nak dijadikan cerita... genre yang aku gemari adalah potrait anak anak ku serta gambaq keluarga... espektasi aku semakin memuncak... kualiti yang diharapkan tidak dapat ditampung oleh Canon G12... tambahan pula setelah bercampur baur dengan kawan kawan yang kaki foto... pergh... tak tertahan rasanya... sehingga ada yang berkata... "lagi lambat hang pikiaq... lagi banyak moment yang akan terlepas"... ayat nih terus terngiang ngiang di telinga terutamanya waktu nak tidur... Akhirnya... aku tamatkan penderitaan ini dengan ini "monster" setelah meneliti spesifikasi nya serta keupayaannya yang diharap dapat meningkatkan lagi daya kreativiti dan kehendak ku... -TAMAT-

Ahad, 4 November 2012

HMS: Aktiviti Hujung Minggu Yang Non-Produktif


Hari nih hari yang agak tidak produktif bagiku... awal pagi lagi aku menghantar mem ke klinik kerana berkursus dan hajat di hati nak jenjalan bersama irfan ke dataran nilai terbantut akibat cuaca yang mulanya agak panas bertukar menjadi tidak keruan... mendung semacam... tambahan sejurus menghantar mem aku ke klinik dan menghantar iesya ke rumah pengasuhnya... irfan sakit perut menyebabkan aku bergegas pulang ke rumah bagi melangsaikan qada' hajat si irfan nih...so tak banyak aktiviti dapat dilakukan selain melayan irfan sambil membaca majalah. Hujan semakin lebat hingga ke lewat petang.. dan apa yang boleh aku lakukan adalah bermain main dengan "toy" baru disamping bermain dengan anak anak. Melihat gelagat anak anak sudah cukup bagi ku...


~Kekeringan idea doh aku nih....

Sabtu, 3 November 2012

Masa yang mencemburuiku...



Rasanya memang dah lama dah aku tak mencoret di sini... mcm mcm hal berlaku dan aku selaku hamba Nya... wajiblah aku pasrah di atas ketentuan dan takdir Allah... hidup ini adalah ujian... maka kita seharusnya redha dan berusaha sedaya mungkin mengharungi rintangan disamping memohon pertolongan kepada Allah. Teringat kata pujangga inggeris berbunyi... orang biasa meminta jangan diberikan dugaan, tapi orang luarbiasa pula meminta agar diberikan kekuatan unruk menghadapi dugaan dan cabaran. Walau apa jua yang mendatang... kita ambil dari sudut atau perspektif yang positif, ambil pengajaran apa yang telah berlaku agar menjadi tauladan di masa hadapan dan hidup ini perlu diteruskan dengan bergantung kepada Allah yang maha Berkuasa.. bergembiralah... jika ada yang menyakiti hati dan perasaan... biarkan... mudah mudahan Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik... Insya Allah

~ Sekadar peringatan diri yang sering alpa...


Published with Blogger-droid v2.0.4