Ahad, 5 Februari 2012

Iesya yang SODAP !

HIDUP MAU SEDAP !!! Di saat nih aku malas nak tulis pape.. sekadar membelek hasil "tembakan" subjek serta menyunting apa yang perlu.... SODAP woooo......kerna subjek tersebut adalah I.E.S.Y.A my dotter.... Enjoy the moment.......

Kisah si iesya dengan donkey-nya... ok tak tajuk cenggini ? hehehehe

Sabtu, 4 Februari 2012

Demi SEDAP, lokasi Workstation Irfan dipindahkan !

HIDUP MAU SEDAP !!! Hari ini aku telah berkemas kemas memindahkan workstation si Irfan memandangkan beliau sentiasa bising ketika bermain video games sehingga mengganggu si Iesya tidur. Dari asyik kene marah ngan aku... baik aku pindahkan ke ruang tamu di luar kamar... Tampak beliau gembira dengan lokasi workstationnya yang baru !!! Son, enjoy yourself !

 

Jumaat, 3 Februari 2012

Noodle Station, Nilai


Nantikan ulasannya nanti... tungguuuuu!!!!!

No komen sbb ini tempat aku pangkah !!!!


Licin !!!Take my order please !Tomyam Seafood Springy NoodleCurry Springy NoodleCurry Springy NoodleTomyam Seafood Springy Noodle

Caramel Ice BlendForgotten BeverageIrfan with new toyIrfan in moodysantai si Irfan Iesya in candid
Noodle Station, a set on Flickr.

Khamis, 2 Februari 2012

Satay Station, Kampung Pandan

Lokasi : Kampung Pandan kut...aku tak pasti
Koordinat GPS : XXX
Waktu Niaga : Petang hingga ke malam
Genre : Satay, Mee Rebus, Sup Daging
Lazat : Hao Liao !
Cost Damage : Jatuh ke kategori mahal tapi berbaloi
Suasana : Boleh makan kat open air kat bawah rumah... boleh makan atas rumah kampung secara bersila.. terbaek !
Mau Repeat ? : Sudah Tentu Ya
Geng Terjah : Ahli keluarga aku je...

Peta :


Ulasan :

Hidup Mau SEDAP !!! Malam tadi aku mai lagi sini... Setelah berhempas pulas kerja Overtime di opis di hari cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan, tiba lah pula masanya utk "family Time"... Si irfan awal awal lagi dah minta jalan jalan ke KL manakala mem aku pulak terasa nak makan satay...so aku cadangkan tempat ni lagi ....ni dah kali ke berapa laa aku mai sini menketedarah pun aku tak tau laa. Jika dahulu tekak terasa nak tokak satay, apa yang bermain di benak pemikiran ku adalah Sate Kajang Hj Samuri... Namun kali nih... aku dapati citarasaku dan mem sudah berbeza sama sekali... Sebelum nih aku pernah berkunjung ke sini berbuka puasa (aku rasa dah 2 kali kut dgn geng geng loop)... memang terbaek laa port buka puasa kat situ... Bulan lepas aku teringin membawa mem dan keluarga ku ke sana memandangkan kebetulan aku membawa irfan dan keluarga bersiar siar meladeni laluan SMART Tunnel.. alang alang dah keluar kat Jalan Tun Razak, terus aku membuat kuang lentang U-Turn menghala ke Kg Pandan. Aku rasa jika orang tak biasa memang takkan jumpa laa ini tempat kerana jalannya agak "tricky" sket. Mem aku yang cerewet bab makan akhirnya menunjukkan isyarat "Thumbs up" menandakan tempat ini terbaek .

Kenapa aku suka ke sini ? Makanannya enak, suasana yang nyaman serta anak anak aku leh santai atas rumah yang berhawa dingin sambil menonton TV lagi... Menu makanannya tak banyak tapi bagiku semuanya okeh dan lazat. Sate ayam dia lembut, satay daging dia pergh berperisa... Kuah kacang yang terkstur nya kasar dan menyelerakan... Mee rebus dia aku rasa setanding jugak lah dengan Mee Rebus Haji Wahid. Sup Daging aje aku belum sempat try...Hangpa kalau ada masa try choba laa ini tempat... Terbaek !!! Enjoys gambaq gambaq nih...


Satay Ayam LazatMakan di singgahsanaSatay Ayam LazatSatay Ayam LazatGugusan SataySatay Ayam Lazat Serve with Nasi Himpit

Ulam Ulaman penghapus karsinogenSatay Daging LazatKuah Kacang yang menyelerakanSambal kacang hingga ke titisan terakhirJus Epal diperkaya dengan Asam BoiMee Rebus Bonda
Klik Satay Station untuk Slide Show

Nota kaki : Awas !!! Jika anda jenis yang berkira dalam bab / soal harga makanan... sila pegang jantung anda awal awal... agak mahal tapi aku rasa tidak keterlaluan laa dan berbaloi dgn kelazatan dan kenikmatan sewaktu kita melahap tadi...Satey dia secucuk singgit, mee rebus semangkuk 6 hengget... ok kan kan kan... hehehehehe

Selasa, 31 Januari 2012

Malam malam buta choba sunting gambaq... hahahaha

Hidup Mau SEDAP kan kan kan !!! Aku gagal melelapkan mata.. ntah mengapa entah bagaimana... dari aku mempersia siakan masa ada baiknya aku menelaah teknik Photoshop nih... hari ni aku choba mgejas gambaq dengan memadam apa jua yang tak berkenaan agar gambar tampak seperti yang asli namun begitu... masih banyak kelamahan yang perlu diperbaiki... takpa...pelan pelan kayuh... hehehehe aku persembahkan subjek awan yang sejak dulu lagi aku sangat kagumi... jika ada komen sila berikan tunjuk ajar.....


Aku dah ngantuk...adios !!!! Huargghhh !

Isnin, 30 Januari 2012

Hari ini aku Cuti Kecemasan... SEDAP kah ?

HIDUP MAU SEDAP !!! Assalamualaikum semua... Setelah bercuti 3 hari dan Irfan melangkah ke dunia alam persekolahannya pagi tadi... aku menjadi tidak keruan... Walaupun kerja di opis menimbun nimbun namun aku terpaksa membuat keputusan untuk cuti lagi hari nih. Alasan ? hahaha... macam macam alasan aku boleh buat tapi terpulang lah hangpa nak percaya ke tak... kerana ini bukan chobaan... ini betui betui...hahahaha... walaupun aku bercuti tapi ini tidak bermakna aku lepak kat umah goyang kaki... pelbagai tugas yang kritikal perlu diselesaikan di samping hal hal yang tidak kritikal tetapi boleh dimanfaatkan...  Ini lah alasan aku kenapa aku Emergency Leave (EL) hari nih... :-
  1. Setelah seminggu Irfan bercuti, aku pasti dia kana mengalami orientasi tak keruan terutamanya apa yang telah kami selaku ibu bapa telah ajar sebelum cuti. Contohnya waktu rehat kene pergi kantin makan bekal yg mama sediakan, bawak botol air dan pastikan simpan balik kat beg sekolah nanti hilang,  jangan main kat cerun bukit atau longkang nanti jatuh, jangan main kat tengah panas di padang nanti itam, ambil peluang waktu rehat ni pi bilik air kencing, dan pastikan semua alat tulis disimpan rapi, jangan bagi kawan kawan amibil main... So aku dikehendaki jaga Iesya sementara mem aku pantau irfan sewaktu irfan rehat.
  2. Road tax untuk kesemua kereta aku nih akan dan ada yang dah mampuih. So hari ni aku ambil kesempatan utk settle kan semuanya sekaligus !
  3. Iesya dijadualkan kene cucuk hari nih kat klinik kerajaan.
  4. Ketiadaan aku selama 3 hari di rumah, ada pulak parcel dari GDex mai... dah 2 kali attempt depa buat tapi aku tarak kat umah. Jadi aku diminta ke seremban ambil sendiri parcel tersebut... hurmmm.....
  5. Aku demam selesema dan batuk daaa...uhuk uhuk...
  6. Uruskan hal hal perbankan...
Ketiadaan pembantu rumah sedikit sebanyak mengganggu gugat kelancaran di rumah aku. Namun sebenarnya aku lebih rela begini hari hari dari hidup dengan orang yang aku umpamakan, musuh dalam selimut, api dalam sekam atau gunting dalam lipatan... Sebelum dia tuduh aku lagi teruk... baik aku bye bye je lah ngan maid aku yang giluuu nih... hahahaha...Aku abadikan kisah maid aku yang psycho di SINI

So geng geng loop... sorry wa cuti lagi hari nih.... mesti bersepai mailbox aku .... besok laa check tengok.. hahahahahaa

Tazkirah SEDAP ~ C.I.N.T.A



Cinta buta, cinta mati, cinta yang membawa maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di sekitar para remaja masa kini. Cinta memang wujud, tidak benar andai seseorang itu berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta. Berkemungkinan cinta mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang berkelakuan tidak ingin bercinta dan ingin hidup seorang diri.

Tetapi, cuma satu sahaja manusia sering lupa. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang Dia ciptakan termasuk orang yang kita sayang .

Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selam-lamanya....

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB

Tazkirah SEDAP ~ Kubur


Inilah rumah yang bakal kita semua diami suatu hari nanti. Lambat cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi. Selain dari sibuk menyediakan harta kekayaan untuk diri dan keluarga, jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul kekayaan untuk di bawa bekalan menuju ke rumah yang bakal kita diami ini sehingga berkumpulnya di padang Mahsyar...

Petikan dar
i Jom Berdakwah Di FB