
Rabu, 2 Januari 2013
Selamat Tahun Baru 2013 ! Ikhlas dari HMS Admin
Assalamualaikum, di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada pengunjung blog HIDUP MAU SEDAP. Moga kita semua beroleh kebahagian dan kesedapan dalam kehidupan kita di dunia dan AKHIRAT... tu yang lebih utama.... SEDAP satu perkara yang sangat bermakna bagi ku... kerana NIKMAT & KESEDAPAN itu tercetus setelah kita menghadapi ujian dan dugaan... ibarat SEDAP makan setelah berlapar dahaga mencari rezeki... NIKMAT ketenangan setelah berusaha dan menerima takdir dari NYA... dapatlah ku rumuskan bahawa intipati SEDAP adalah mensyukuri NIKMAT yang dikurniakan oleh ALLAH... moga aku tidak lupa dan alpa dari terus mensyukuri NIKMAT-Nya, bershobar dengan dugaannya serta berlapang dada dengan segala ketentuan dari-Nya....
Selamat Tahun Baru 2013... Moga kita lebih mengenali dan mendekati pencipta kita... Ameen.

Ahad, 30 Disember 2012
Keinginan yang tiada kesudahannya...
Saat shutter ku tercetus !!! Sebulan sudah aku bereksperimen dengan 7D berbekalkan kit lense EFS 15-85mm f/3.5... zoom lense yang ok so-so kata mat saleh... tahap aperture atau bukaan yang "suci" dan "naif" masih tidak mampu melampiaskan nafsuku terhadap genre potrait dan tembakan kendid anak anak ku... Bukan salah ibu mengandung kata orang2 tua... bukan salah sesiapa pun... hahahaha... lense tu sesuai utk mengembara, lanskap serta merakam suasana dan momen dlm jarak yang sederhana... Aku dah kata dah... hobi ini menuntun komitmen dan dana... perchobaan potrait menggunakan kit lense masih belum mampu memuaskan hati ku setakat ini... hasilnya seperti berikut :
![]() |
| 35mm, f/4.5, 1/60s, ISO 200, Tembakan dengan flash-fired |
Pada awalnya memang aku tembak dengan flash-fired untuk dapatkan ketajaman gambaq... Tembakan dengan flash bagi ku agak kureng kerna selain ia meng"over-expose" kan gambaq... details background juga kelam dan hilang lesu tidak bermaya... aduyai... namun setelah berbincang dengan sifu sifu...mereka mengesyorkan aku jangan guna flash... cuba guna cahaya asli... lantas ini adalah hasilnya :-
![]() |
| 46mm, f/5, 1/60s, ISO 3200, Tembakan tanpa flash-fired |
Secara dasarnya aku berpuashati lah jugak hasilnya kerna detail background masih okeh..namun kita boleh perhatikan gambaq yang terhasil dengan tahap ISO yang agak tinggi maka hasilnya terdapat kesan "grain" akibat noise yang terjadik sekiranya tembakan dlm suasana "cahaya rendah" (low lite)... tak tajam dan detail seperti yang aku harapkan...Haih... apa barang nih nak dapat F/3.5 punye laa payah... hehehehe nanti set aperture mode besaq pulak, shutter jadik slow...padahai nak shoot budak nih yang payah nak dapat depa nih statik. Jadik inilah pendorong untuk aku menchoba prime lense 50mm f/1.4 berdasarkan hasil bacaan aku dan nasihat sifu sifu... nak amik 50mm f/1.2L harga memang agak terlampau... nak amik 50mm f/1.8 harga memang cun dah tu tapi ... aku bertekad nak jugak ada satu prime lense yang kaw kaw aperturenya yang boleh aku buat ujikaji dan berpatutan pula harganya .... Best price beli kat Tarita RM1250 plus UV lense protector RM150 (Total damage : RM1.4k) Inilah hasilnya... Kesan bokeh yang selamba serta details yang aku perlukan boleh tercapai tanpa flash-fired dan dlm keadaan low lite. Aku memang sangat puashati prime lense nih... Terbaek dari ladang...![]() |
| 50mm, f/1.4, 1/60s, ISO 2500, Tembakan tanpa flash-fired |
"Tembakan" Outdoor tanpa dirancang...
Saat shutter ku tercetus !!! Hahaha jgn terpedaya dengan istilah "Outdoor" tu.. kerana aku tembak pun kat porch kereta di rumah ku aje nih... Model ini saya import dari Melaka (Masjid Tanah)... Namanya Haqeem... berpendidikan sedang mengikuti Matrikulasi Sains di Melaka... tetapi bercita cita untuk menjadi "drebar" kapal terbang... Insya Allah beliau akan menghadiri exam assessment peringkat pertama minggu hadapan dengan Airasia. Momen ini saya tak rancang... Haqeem berkunjung ke rumah dengan rambut ala punk membuatkan mak bapaknya kurang selesa... jadi petang tadi agak tergopoh gapah jugak laa utk merakam saat itu sebelum bapak dia hantar balik ke kedai Tambachi (ini kedai gunting rambut yer...bukan kedai chapati) untuk di"normalize"kan rambutnya... hahahaha... Jika ada komen dari segi teknikal... sila kan...
Penamat Tahun 2012 yang ironik bagi ku !!!
Assalamualaikum... HIDUPMAUSEDAP !!! hampir 2 bulan aku tak berkesempatan untuk mencoret di lamanku ini ... bersawang bukan main,,,, maklum aje lah... aku selaku manusia yang tak terlepas dari diuji oleh Rabbiku... yang menuntun kita supaya shobar dengan segala ketentuan dan menerima dengan hati yang terbuka. Aku pasrah dan sedar... hidup ini adalah medan ujian bagi insan... walau ada suara suara kecil di benakku choba menggoyah kepercayaan tersebut... cepat cepatlah beristigfar dan beringat bahawa segala ketentuan yang tersurat dan tersirat... semuanya sudah ditakdirkan... berlapang dada dan berfikir sejenak... apa jua iktibar yang boleh diambil, sematkan dalam diri... apa jua kelemahan yang kita lakukan... kita perbaiki dan buat penambahbaikkan... mana jua yang kurang..kita lengkapkan...Panjang aku menceceh kali ini... okay.. untuk memecahkan keheningan laman ini... aku mulakan dengan adventure aku yang baru... takde lah baru sangat...cuma aku cuba mengetengahkan hobi ku ke tahap yang lebih drastik lagi..
Sejak kecil lagi aku mula berminat dlm bidang fotografi sbb apa... abah aku laa pencetusnya... zaman itu adalah zaman kamera filem... kene beli filem negatif... amik gambaq kena berhemah... pastu hantar pii cuci kat kedai... sangat teruja bila tengok... aduhai... posing lintang pukang... rugi "develop" gambaq woii... ini lah kamera Abahku pada zaman kanak kanak aku... Aku tak pasti lah jenama apa... cap ayam kut... tetapi yang pasti ia adalah buatan Jepun... Aku ingat lagi kamera ini lah abahku guna... dan yang pastinyta aku akan posing ala robot... berdiri tegak mcm tiang lampu... hahahaha.... Abah aku ni suka amik candid shot tapi tang aku ajer... pasti lagak tiang... Waktu nih... aku tak berani sentuh kamera abah aku... tengok je lah abah aku pakai kamera ini sambil beraksi ala robot.. hehehehe.... ![]() |
| Aksi ala roobot laksana tiang lampu LLN (laa ni depa panggey TNB) |
Pendek cerita... ntah mcm mana komplot G12 telah tercetus...geng geng loop ofisku membulatkan tekad untuk mengangkut kamera separa DSLR berjenama Canon G12 secara berjemaah.... boleh rujuk post SINI untuk mengikuti kisahnya... aku mengharapkan dengan adanya G12 nih sedikit sebanyak dapat meredakan api nafu yang meluap luap di lubuk hati yang dalam nih... namun jangkaan ku meleset... Adatlah manusia... semakin lama semkain besar nafsunya...Tak dapat aku nafikan Canon G12 nih adalah merupakan kamera semi DSLR yang bagus untuk pengembara melihatkan keupayaan lensa nya yang hampir wide angle serta size aperture yang boleh lah aku kata ok... dan aku mula menyukai Canon berbanding NIKON adalah dari segi tone warna nya yang buat aku "selesa".... namun nak dijadikan cerita... genre yang aku gemari adalah potrait anak anak ku serta gambaq keluarga... espektasi aku semakin memuncak... kualiti yang diharapkan tidak dapat ditampung oleh Canon G12... tambahan pula setelah bercampur baur dengan kawan kawan yang kaki foto... pergh... tak tertahan rasanya... sehingga ada yang berkata... "lagi lambat hang pikiaq... lagi banyak moment yang akan terlepas"... ayat nih terus terngiang ngiang di telinga terutamanya waktu nak tidur... Akhirnya... aku tamatkan penderitaan ini dengan ini "monster" setelah meneliti spesifikasi nya serta keupayaannya yang diharap dapat meningkatkan lagi daya kreativiti dan kehendak ku... -TAMAT-

Ahad, 4 November 2012
HMS: Aktiviti Hujung Minggu Yang Non-Produktif
Hari nih hari yang agak tidak produktif bagiku... awal pagi lagi aku menghantar mem ke klinik kerana berkursus dan hajat di hati nak jenjalan bersama irfan ke dataran nilai terbantut akibat cuaca yang mulanya agak panas bertukar menjadi tidak keruan... mendung semacam... tambahan sejurus menghantar mem aku ke klinik dan menghantar iesya ke rumah pengasuhnya... irfan sakit perut menyebabkan aku bergegas pulang ke rumah bagi melangsaikan qada' hajat si irfan nih...so tak banyak aktiviti dapat dilakukan selain melayan irfan sambil membaca majalah. Hujan semakin lebat hingga ke lewat petang.. dan apa yang boleh aku lakukan adalah bermain main dengan "toy" baru disamping bermain dengan anak anak. Melihat gelagat anak anak sudah cukup bagi ku...
~Kekeringan idea doh aku nih....
Sabtu, 3 November 2012
Masa yang mencemburuiku...
Rasanya memang dah lama dah aku tak mencoret di sini... mcm mcm hal berlaku dan aku selaku hamba Nya... wajiblah aku pasrah di atas ketentuan dan takdir Allah... hidup ini adalah ujian... maka kita seharusnya redha dan berusaha sedaya mungkin mengharungi rintangan disamping memohon pertolongan kepada Allah. Teringat kata pujangga inggeris berbunyi... orang biasa meminta jangan diberikan dugaan, tapi orang luarbiasa pula meminta agar diberikan kekuatan unruk menghadapi dugaan dan cabaran. Walau apa jua yang mendatang... kita ambil dari sudut atau perspektif yang positif, ambil pengajaran apa yang telah berlaku agar menjadi tauladan di masa hadapan dan hidup ini perlu diteruskan dengan bergantung kepada Allah yang maha Berkuasa.. bergembiralah... jika ada yang menyakiti hati dan perasaan... biarkan... mudah mudahan Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik... Insya Allah
~ Sekadar peringatan diri yang sering alpa...
Published with Blogger-droid v2.0.4
Rabu, 17 Oktober 2012
Trip SEDAP bersama kengkawan - Dusun Tua Hulu Langat
Secara ringkasnya trip ni adalah trip last minit nih dipelopori oleh Encik Nadeen yang sempat dihadiri oleh bebarapa kengkawan yang berkesempatan di pagi Ahad yang lalu. Hasrat beliau untuk membawa kami menjelajahi kawasan Hulu Langat yang sedang hangat diperkatakan berkenaan lokasi yang sesuai sekiranya berhasrat membeli tanah berhampiran dengan kotaraya KL... walaupun aku takde lah beria ria untuk membeli tanah namun peluang ni pasti takkan ku lepas membawa anak isteri jalan jalan di sana memandangkan aku tak pernah sampai kawasan nih lagi...
Trip last minit nih... memang aku tak jangka akan berhasil... walaupun ada desas desus di petang jumaat... namun kata putusnya tercetus pada pagi Ahad tersebut... tempat berjumpa dilaraskan di Restoren Mamak Pulau aka Nashwim jam 10 pagi tapi stended laa... jam 11 pagi baru ketemu... hahaha... tunggu Mand Daud las las beliau kompom akan tunggu di Batu 9 aje...
Aku pendekkan cerita...kami sampai... tengok tanah lot yang ditawarkan... singgah kat gerai di birai Sungai Lui menikmati laksa dan mee udang buat pengisi perut serta cendol dan ABC sebagai penghilang dahaga... bersama rakan rakan... perghh... satu pengalaman yang cukup indah... mungkin kita boleh ulang kembali bersama rakan rakan yang lain di masa yang akan datang... Insya Allah...
Aku abadikan kenangan SEDAP nih menerusi citra je lah memandangkan mata sudah kuyu dan masa tak mengizinkan... Namun apa yang pasti, suasana kehijauan rimba yang masih belum terusik oleh "tangan2" dajjal amat mendamaikan... Saksikan lah....
-TAMMAT-
Labels:
Aktiviti Geng SEDAP,
Kembara SEDAP,
Kisah Hidup
Sabtu, 13 Oktober 2012
Trip Mengail Kawan2 yang SEDAP
Salam dan selamat sejahtera...
Aku abadikan citra ini khas untuk kengkawan yang berjaya menjadikan idaman mereka mengail ke Kuala Perlis tercapai akhirnya... Tahniah... Aku hanya mampu berkongsi keceriaan hangpa semua dgn mengedit sedikit sebanyak gambaq yang ditangkap oleh saudara Sue aka Platspender kita dengan DSLR baru nye... memang best woi trip nih.....
Credit picture goes to platspender.blogspot.com Boleh ikuti secara detail trip mereka di situ
Ahad, 16 September 2012
Selamat Hari Malaysia - Sayembara ke Melaka
Hari sabtu. Aku letih menguruskan pokok pokok bunga yang dahulunya jinak kini tumbuh meliar tanpa kawalan. Ditambah lagi dengan jemputan hari raya jiran yang perlu dihadiri. Setelah semua urusan selesai jam 4pm baru lah kami gerakmula ke melaka. Mujurlah ada kawan aku si tobab memperkenalkan apps waze. Aku dpt tahu hiway PLUS jem jika Aku kekuar dari tol nilai utara. So aku terus ke LEKAS utk bypass jem.
Lepas maghrib, kami bergegas ke Bandaraya Melaka utk menchoba river cruise... makahai 2 kaLi beratur tu.... masa beli tiket dan juga utk menaiki boat.
Port makan kami try nasi kandar padang kota yang terletaK di Mydin. Memang betui betui kAw mcn kena tumbuk xengan beruang aje siiolllll jihangpa
Aku sah tarak jisa padaha
Published with Blogger-droid v2.0.4
Sabtu, 15 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)



































