Clark Kent merompak bank Klik sini utk tengok Superman merompak bank |
Allah jadikan sesuatu pasti ada hikmahnya... Dia jadikan kita lapaq supaya kita mengerti erti kekenyangan... Allah anugerahkan kita sakit agar kita lebih mensyukuri sewaktu kita diberi kesihatan yang baik... dan termasuk jugak lah... Allah bagi kita SEDAP agar kita lebih bersyukur dan menghayati erti kehambaran & kekurangan insan insan yang diuji oleh-Nya.
Jadi... salah satu nikmat yang Allah beri kepada hamba hamba Nya adalah nikmat keselamatan (Security). Dahulunya aku sering alpa tentang faktor ini walhal berulangkali abah mengingatkan... Saya teringat sewaktu aku berpindah ke rumah baru, abahku dah pesan... ijal kene pasang security system mcm ni... rumah kat tepi jalan... mudah orang nak masuk. Namun waktu itu aku ambil ringan dan tak ambil pusing perkara itu. Akhirnya Allah uji aku... rumahku dimasuki perampok durjana sewaktu kami sekeluarga bekerja. Itu adalah pengalaman kedua rumahku dimasuki pencuri jahannam. 1st time pengalamanku perompak ni masuk rumah waktu kami sekeluarga sedang nyenyak tidor... mujurlah pintu bilik tidur kami berkunci... so dia kebas apa yang ada kat bilik study aku mcm lappy, jam tangan, handphone, kamerq dan wallet... huhuhuhuh aku pasrah.
Kejadian kali kedua ni.. impak dia sangat besar buat kami sekeluarga... jumlah kerugian yg agak substantial amount serta cara dia masuk rumah itu agak klasik... umpil tingkap dan patahkan jeriji di siang hari. Aku sampai laa ni masih tak percaya bagaimana lobang yang sempit dan kecil leh bolos. Pak polisi yang datang membuat siasatan mengkhabarkan... ini kes biasa dan modus operandi ini dah banyak kali berlaku di kawasan kejiranan kami... kemungkinan penjenayah berbadan kecil dan bolos saja tingkap itu !!! anak bini seminggu trauma terbayang bayang penjenayah mungkin kembali mengenangkan depa sudah tahu situasi dalam umah membuatkan aku tidak pikir panjang utk menamatkan kesengsaraan ini. Aku cuma tau ADT System aje masa tu... so korang tau laa... establish system definitely cost me a bomb... tapi demi keselamatan anak isteri... aku redah je laa... uwang yang berguni tidak ada ertinya jika keselamatan dan kebahagian anda direnggut... Alhamdulillah...setelah security system telah dipasang... pelbagai ujian telah ku lalui seperti false alarm nye sehingga ada satu ketika.. aku ingat betui betui laa orang dah masuk umah aku kerana motion sensor yang detect pergerakan dalam rumah walhal alarm lain masih ok... siap tepon pak polisi suruh masuk and periksa rumah... mana lah tau dia masuk dan menyorok dalam rumah... Security system ini aku anggap tahap sekunder dgn harapan jika ada pencuri cuba masuk rumah setelah melepasi tahap primer, alarm yang berkumandang berupaya merencatkan keinginan depa utk meneruskan aktiviti jahat mereka itu. Dan aku bersyukur sangat sangat setelah membawa kes ini ke persatuan penduduk.. akhirnya kami sepakat untuk mendapatkan khidmat security guard yang aku anggap mata dan telinga kami utk memantau kawsan perumahan (Tertiar defence level)
Spt apa yang aku katakan tadi...setiap kejadian ada hikmahnya... jadi ada beberapa fakta aku nak kongsi bersama:-
- Myth 1 : Jeriji pintu & tingkap serta kunci padlock cukup utk cegah pencuri masuk rumah.Realiti : Boosiit !!! Jeriji pintu dan tingkap adalah tidak boleh diharap sama sekali terutamanya ia dibina hanya berdasarkan nilai estetika walhal fungsi utama adalah primary defence atau lapisan pertama pertahanan rumah telah anda abaikan. Penjenayah dgn mudah boleh memotong padlock, menggunakan kunci master key dan untuk kes umah aku depa bukan potong tapi patahkan terus jeriji tingkap dgn menggunakan alat yang nak jack lori pakai hydraulic system (menurut kata pak polisi)
- Myth 2 : Bahaya jugak duduk rumah atas tanah ni... baik aku duduk kondo lagi selamat... security ketat... rumah tinggi lak tu...
Realiti : Boosiit !!! Tidak ada jaminan korang duduk kat flat ke, apartment ke, kondo ke... rumah setinggan ke... semua ada risiko yang sama... Kondo yang kita ingat selamat sebenarnya karut. Aku ada kawan sekerja aku dok kat Pertiwi Kondo (bukan nama sebenar kut), rumah beliau dimasuki pencuri.. ada rakaman CCTV.. ada bukti rumah dipecah masuk ikut main door.. tapi hapraknya pihak management kondo tersebut mau sapu semua tu bawah kapet kerana takut menjejaskan reputasi dan nama baik kondo... kemungkinan juga insider job yang bagi maklumat dan berkomplot...boosit !!!
- Myth 3 : Pencuri selalunya wat keje mencuri waktu malam !
Realiti : Boosiit !!! Laa ni depa wat keje haram ni waktu siang ketika orang semua sibuk keluar bekerja. Siap ada yang bawak lori rompak umah... korang leh bayangkan laa mcm lori dlm citer Alibaba tu... licin !!!
- Myth 4 : Wajah pencuri selalunya selekeh dan berparut, watak yang mencurigakan serta berkenderaan motorsikal cabuk aje.
Realiti : Boosiit !!! Depa laa ni dah ada stylo... contoh dlm kes yang pecah masuk kondo tu... ternyata mamat cher yang menjadi saspek itu berpakaian kemas mcm nak pi pejabat gitu... siap kereta proton perdana standby untuk mengangkut hasil rompakan.
Walaupun sudah ada ketiga tiga tahap keselamatan bagi mengecapi hidup yang lebih sedap dan selamat... namun aku sedar dan akur... apa jua keadaan hanya Allah yang menentukan... kita selaku hamba Nya perlu bergantung kepada Allah serta tak lupa berusaha memperbaiki ke tahap terbaik... so laa ni aku ada laa parang panjang dan pisau rambo sebagai last defence utk melindungi keluarga aku.... aku nak warning nih... sejak kejadian tu.. aku rasa persepsi terhadap perampok ni berbeda sudaa... jika dahulunya aku beranggapan org terpaksa merompak demi sesuap nasik... namun hakikat tersebut aku tak leh terima sekarang kerana ternyata mereka lakukan demi hasrat jahat dan suka suka menganiaya orang... jadi awas.... jika ada yang choba choba... aku minta maaf sebab kali nih aku tiada belas ihsan dan tiada peluang kedua... No Mercy !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan