Khamis, 29 September 2011

Kalau hidup mau sedap, musti mau selamat [Part 1]

Hidup ini adalah satu perjalanan dan anda lah yang tentukan destinasi dan hala tuju masing masing sebenarnya. Di sepanjang perjalanan pasti ada ranjau dan onak berduri, kemanisan madu  serta kicauan burung yang mengasyikkan...itu lah pengalaman pahit dan manis yang sebenarnya mewarnai kemanisan dan kesedapan hidup. Hanya sedikit bilangan yang mampu mecicip kesedapan hidup walau di bawah himpitan hidup... namun ada juga merasai kenikmatannya setelah berdekad lamanya... dan masih ada juga kapan ajal datang menjemput pun masih gagal memahami erti kehidupan.

Maslow Hierarki
Cut the crap !!! Apa gunanya kelazatan makanan dan kesihatan tubuh badan yang mampan akan tetapi keselamatan diri, keluarga dan sahabat handai tidak keruan. Saya cuba kaitkan dengan Hierarki Maslow di mana kebahagiaan, kesedapan dan kelazatan sebenar berkait rapat dengan keperluan manusia itu sendiri.

Saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan rentetan peristiwa hidup saya dan rakan rakan dalam melampiaskan keperluan keselamatan. Walaupun jika dilihat dalam Hierarki Maslow, faktor keselamatan jatuh di tahap kedua... namun bagi saya ianya adalah asas dalam sayembara mencari kelazatan dan kesedapan dalam kehidupan. err... bukan sekarang nanti laaa aku luahkan.... skrang ngantuk mau beradu... tata...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan